Showing posts with label Nasharudin. Show all posts
Showing posts with label Nasharudin. Show all posts

Sunday, 12 May 2013

REALISASIKAN AGENDA PENYATUAN UMNO-PAS!

-SEGALA KEPAHITAN MAHUPUN APAJUA PERBEZAAN YANG BERKEMUNGKINAN AKAN TIMBUL KELAK SEHARUSNYA DITERIMA DENGAN REDHA & PALING PENTING; TIADA SABOTAJ DALAMAN OLEH KEDUA PIHAK DEMI UNTUK SATU MATLAMAT UTAMA IAITU MENGUKUHKAN KEDUDUKAN AGAMA ISLAM & BANGSA MELAYU YANG KINI BEGITU NYATA DICABAR, LEBIH SADIS LAGI DALANG-DALANG UTAMA DISEBALIKNYA ADALAH MEREKA-MEREKA YANG PADA ZAHIRNYA DARI GOLONGAN YANG BERAGAMA ISLAM & BERBANGSA MELAYU SENDIRI! KEKEKE!!!-

Umno dan PAS harus menjadikan agenda penyatuan kedua-dua parti itu usaha berterusan demi mengukuhkan kedudukan agama Islam dan bangsa Melayu di negara ini, kata bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa.

Katanya yang dipetik oleh Bernama sebagai berkata, berdasarkan perubahan landskap politik selepas Pilihan Raya Umum 2008, PAS telah memulakan usaha tersebut tetapi tidak kesampaian.

"Bagi saya penyatuan PAS dan Umno mesti menjadi agenda berterusan.

"Cuma saya tidak boleh terima apabila ada yang hendak usahakan lagi penyatuan PAS dan Umno ada yang mengatakan muka mereka hendak diludah...ini ajaran agama mana?" katanya ketika berucap pada program Wacana Kepimpinan Survival Ummah di Kuala Lumpur di sini siang tadi.

Nasharuddin berkata perbezaan pandangan bukan isu utama demi menjayakan penyatuan kedua-dua parti yang mempunyai teras perjuangan sama iaitu mempertahankan agama Islam dan Melayu.

"Soal penyatuan ini adakah hendak tunggu dah ranap baru nak bersatu seperti di dunia Islam lain.

"Setelah ranap, jadi 'ground zero' baru ada kesedaran untuk perpaduan," katanya.

Selaku seorang yang pernah menduduki kepimpinan tertinggi PAS selama 10 tahun, Nasharuddin turut memberi rumusan mengenai Umno dan PAS.

"Berdasarkan pengalaman saya, boleh dirumuskan bahawa tidak semua Umno itu iblis, dan tidak semua dalam PAS itu malaikat," katanya.

Mengenai post mortem PRU13, Nasharuddin berkata proses penyatuan semula nasional harus dimulakan dengan penyatuan di kalangan orang Melayu.

"'Reconciliation' di kalangan orang Melayu itu harus menjadi agenda utama," katanya.

Selain Nasharuddin, beberapa tokoh termasuk tokoh pendidik Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, mantan hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah dan Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia Prof Datuk Dr Kamaruddin Kachar.

Program bertajuk 'Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan Dan Survival Ummah' dianjurkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan Alumni UiTM. 



-UnReportedNews™®

Monday, 25 February 2013

ALLAH MENYAYANGI MALAYSIA!!!

-JIKA ALLAH TIDAK MENAKDIRKAN ANWAR IBRAHIM TERSUNGKUR KETIKA "SEJENGKAL" LAGI BELIAU NAK DINOBATKAN MENJADI PM, MALAYSIA KINI SEMEMANGNYA SUDAH MENJADI SEKUTU REJIM ZIONIST! ALLAHUAKHBAR!!!-

Bagaimana seorang manusia yang dikurniakan dengan pemikiran yang sebegitu tajam dan pintar seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pada masa itu (1998) bukan saja menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri bahkan memangku jawatan nombor satu negara ini boleh tersungkur?

Beliau yang terkenal sebagai seorang "pakar stratergist" telah membuat perancangan yang sebegitu rapi untuk membolehkannya menjadi PM dengan mencaturnya "orang-orangnya" memegang jawatan-jawatan penting di seluruh negara pun juga boleh tersungkur? 

Tersungkurnya dia (Anwar), bukan alang-alang lagi malah bahana-bahana yang menimpanya bagaikan semakin lama semakin "menjauhkannya" dari jawatan PM yang diidam-idamkan selama ini kerana sejak saat itu, satu demi satu "perbuatan terkutuknya" terbongkar dan diketahui umum!

Nak salahkan UMNO? Nak salahkan Barisan Nasional? Nak salahkan orang lain? Sebagai seorang yang beragama Islam, Anwar Ibrahim harus akur kepada Qada dan Qadar serta semuanya ini sudah suratan takdir yang ditentukanNYA.

Bak kata sekutunya (Karpal Singh), Anwar Ibrahim harus bertaubat namun sebaliknya, beliau jelas tidak serik dengan "kesilapannya" malah kian rakus melakukannya sehingga dituduh meliwat bekas pembantunya Saiful Burhari.

Beliau sedar yang untuk "membersihkan namanya dalam komuniti Islam" beliau harus disokongi oleh satu entiti Islam yang besar maka ini menjuruskannya dengan mendekati PAS yang selama ini memang "hauskan" sokongan dalam misi "membalas dendam" terhadap UMNO!

Namun "pakatan Anwar Ibrahim dengan PAS" sebaliknya memburukkan keadaan kerana PAS kini jelas bagaikan "terikut-ikut tarian ANwar Ibrahim" dan jauh tersasar dari perjuangan asal PAS untuk menegakkan Islam ditambahkan lagi secara realiti PAS mejadi "bahaman" DAP, satu lagi sekutu ketat Anwar Ibrahim (kinilah!).

Ini terbukti kerana dengan tindakan yang di ambil oleh "wira-wira Islam PAS sejati" seperti Ustaz Nasharuddin, Datuk Hassan Ali dan nama-nama besar lain meninggalkan PAS kerana mereka menyedari "pengaruh negatif" yang telah diserapkan Anwar Ibrahim ke dalam PAS menerusi pakatan tersebut.

Secara ikhlas aku akui, ilmu Islam aku agak cetek namun pengertian umum aku akan satu perkara iaitu setiap kejadian itu adalah ketentuanNYA yang mempunyai ikhtibar yang perlu difahami dan dipelajari oleh semua manusia ciptaanNYA.

Ada sebab dan alasan mengapa ALLAH menidakkan Anwar Ibrahim agar tidak menjadi PM pada masa lalu namun dan bagaikan memberi "peringatan" kepada rakyat Malaysia dengan meredakan "setiap tindakan Anwar Ibrahim yang bertentangan dengan Islam" didedahkan satu persatu agar kita boleh memikirannya sendiri.

Kini, pilihan di tangan kita samada kita menerima "segala ikhtibar" yang diberikanNYA kepada kita atau sebaliknya pada PRU nanti. ALLAH menyayangi Malaysia! WALLAHUALAM.

-UnReportedNews™®

Friday, 15 February 2013

USTAZ NASHA BAKAL DILANTIK NAJIB JADI MENTERI!

-BERITA PERLANTIKAN BEKAS NAIB PRESIDEN PAS TERSEBUT SUDAH PASTI AKAN MEMBUAT NIK AZIZ & THE GANG TERUTAMANYA HADI AWANG & MAT SABU LUMPUH TERDUDUK ATAU KOMA TERUS! KEKEKE!!!-

Ucapan setinggi-tinggi tahniah buat bekas Presiden PAS Ustaz Haji Nasharuddin Mat Isa yang telah diwar-warkan bakal dilantik sebagai Menteri Pertama Kementerian Hal Ehwal Agama Islam iaitu sebuah kementerian baru yang akan diperkenalkan sebaik sahaja Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dinaiktaraf kepada Kementerian dalam masa yang terdekat. 

Tidak lupa ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan JAKIM kerana kewujudan stu entiti ditahap kementerian yang benar-benar menjaga hal-ehwal Islam dalam negara ini dapat direalisaikan lebih-lebih dengan keadaan terkini dmana Malaysia bagaikan dilanda "wabak isu" yang melibatkan hukum hakam Islam yang sensitif.

Keputusan menaiktaraf JAKIM kepada taraf Kementerian diputuskan didalam satu mesyuarat tertutup kabinet baru-baru ini secara langsungnya juga telah merealisasikan  usaha kerajaan BN selama berpuluh tahun yang bermula sejak kepimpinan Tun Abdul Razak lagi untuk mendapatkan keputusan sebulat suara menubuhkan kementerian khas untuk Agama Islam akhirnya membuahkan hasil.

Cadangan ini akan dibawa kepada Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam dan juga Majlis Raja-Raja untuk menyelaraskan struktur pentadbiran baru antara negeri-negeri di dalam negara. 

Dengan adanya kementerian sebegini, maka hukum-hakam tentang Agama Islam boleh diselaraskan dan dikawal termasuk isu-isu yang melibatkan hal ehwal agama Islam juga boleh dikawal dan dilaksanakan dengan secara menyeluruh di peringkat kebangsaan isu-isu senstif terkini seperti Kalimah Allah, Bible di dalam bahasa Melayu, Murtad dan pelbagai lagi kini boleh dicegah daripada berulang kembali.

Berbalik kepada khabar Uzstaz Nasha yang akan dilantik menjadi Menteri Kementerian Hal Ehwal Agama Islam , jika ianya drealisasikan ini adalah kali pertama di dalam sejarah pada mana ahli dari parti pembangkang dilantik sebagai menteri di dalam sesebuah kerajaan dan ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana kerajaan di dalam dunia ini meskipun tidak pernah dihalang oleh peruntukan perlembagaan.

Jika dilihat di dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 43: Jemaah Menteri dimana; (1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam: penjalanan fungsinya dan tidak ada satu fasal pun yang menyebut bahawa Perdana Menteri perlu menasihatkan Yang Dipertuan Agong untuk melantik mana-mana individu daripada mana-mana parti asalkan beliau adalah seorang ahli Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara.

Maknanya, Najib boleh mencadangkan dan menasihatkan Yang Dipertuan Agong untuk melantik individu yang bukan daripada Barisan Nasional sekalipun dan ianya tidak menjadi isu kerana Dato' Seri Jamil Khir Baharom akan terus berkhidmat sebagai Menteri akan di Jabatan Perdana Menteri seperti mana TS Nor Mohamed Yakcop yang juga memegang portfolio Menteri Di Jabatan perdana Menteri (Ekonomi) walaupun terdapat Kementerian Kewangan.

Pelantikan Ustaz Nasha adalah wajar kerana secara umum mengetahui Ustaz Nasha telah pergi ke luar negara terutamanya Timur Tengah bersama-sama robongan Najib untuk menjalinkan hubungan antara negara-negara tersebut dengan Malaysia dan sekiranya Ustaz Nasha tidak dicalonkan oleh PAS dalam PRU13 kelak sekalipun, Najib boleh melantiknya sebagai Senator ke Dewan Negara untuk mendapatkan khidmat beliau memegang jawatan Menteri Pertama Kementerian tersebut.

Ustaz Nasharuddin pun masih lagi ahli PAS tetapi beliau bakal menjadi Menteri Pertama Kementerian ini dsn ini menunjukkan ketelusan sebenar Najib dan usaha murni mereka (Najib dan Ustaz Nasha) untuk mengadakan kerajaan perpaduan harus disokong dan dipuji agar ianya boleh direalisasikan bukannya dengan menghalang atau membantah sepertimana yang telah dilakukan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan PAS yang tidak henti-henti membantah dengan apa cara sekalipun, waima hingga terpaksa "mengeluarkan fatwa-fatwa"nya sendiri demi untuk menghasilkan dalil-dalil yang menyokong penentangan mereka terhadap usaha murni tersebut.

Artikel asal dari Truth Vaccine

-UnReportedNews™®

Wednesday, 13 February 2013

AKAR UMBI TIDAK MAHU PAS BERSEKONGKOL LAGI DENGAN PAKATAN!

-KENYATAAN TERBARU MANTAN PESURUHJAYA PAS SELANGOR DATO' DR. HASAN MOHAMED ALI BERKAITAN DILEMA PAS SUSULAN PEMECATAN NASHARUDIN MAT ISA SELAKU AHLI MAJLIS SYURA PAS PUSAT .. APA LAGI PAS? KELUAR LE! KEKEKE!!!- 

Gesaan bekas Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa baru-baru ini supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat  dan terus berjuang bersendirian bukan perkara baru. Sebelum ini pun terutama selepas DAP menunjukkan belang sebenar mereka mengenai Islam telah menimbulkan berbagai reaksi terutamanya di kalangan ahli dan penyokong akar umbi PAS.

Rata-ratanya marah dan bosan dengan cara pimpipan PAS menangani tindakan-tindakan DAP yang tidak pernah bersetuju dengan apa sahaja tindakan PAS yang ada hubungkait dengan Islam. Bahkan lebih dari itu sebarang langkah yang di ambil oleh PAS hatta yang tidak secara langsung mempunyai gambaran atau warna-warna Islam pun  ditentang habis-habisan oleh DAP.

Hampir dalam semua insiden PAS dilihat akur dan menyerah kalah hingga  termasuk terpaksa mengorbankan dasar-dasar asasi perjuangan. Berbagai alasan diberi semata-mata untuk menjaga kesatuan komponen parti dalam Pakatan dalam mengejar cita-cita menawan Putrajaya.

Situasi yang ada sekarang menunjukkan PAS sedang berada di satu persimpangan “T”. PAS mesti memutar steering samada memutar ke kanan atau ke kiri. Memutar ke kanan ertinya balik kepangkal jalan menjunjung dasar perjuangan asal parti yang telah disuburkan buat sekian lamanya melalui taburan dan  bajaan keringat, airmata dan darah.

Membeluk ke kiri pula bermakna terus bersekongkol dengan petualang-petualang dan musuh-musuh Islam dan Bangsa Melayu.

PAS terus diperalatkan demi mencapai tujuan tersembunyi yang kini mula terserlah di kalangan pimpinan DAP dan PKR. Negara sekular republik dengan amalanfahaman liberalisme barat kemungkinan besar akan menjadi ideologi negara apabila mereka berjaya menguasai Putrajaya.

Ustaz Nasharudin dan pimpinan ulamak serta sebahagian pimpinan pemuda sememangnya memahami tektik DAP, PKR dan elemen parasit dalam PAS. Ahli dan penyokong bawahan yang selama ini merelakan diri mereka jatuh bangun bersama Parti Islam ini sedar apa yang sedang berlaku. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa lantaran pimpinan parti dikuasai oleh golongan parasit yang diketahui menjadi proksi kepada DAP dan PKR.

Pilihan yang ada yang masih terbuka luas kini ada di tangan mereka. Pertama, dari bawah mendesak pimpinan PAS mengambil langkah menyelamat parti dari terus menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR serta yang lebih penting menyelamatkan  maruah Islam dan kesucian perjuangan dengan keluar dari Pakatan Rakyat.

Kedua, jika opsyen pertama gagal, ahli dan penyokong parti tidak mempunyai banyak pilihan melainkan tanpa ada syak dan ragu tidak memberi undi kepada mana-mana calon Pakatan Rakyat sebaliknya memilih calon-calon Islam Melayu yang benar-benar dapat memartabatkan Islam diluar daripada Pakatan Rakyat.

Di dalam kepala pengundi-pengundi Islam Melayu di negara ini  perlu tertanam keyakinan dan semangat kental mempertahankan kuasa politik Islam Melayu sebagai penyelamat kepada survival Islam Melayu di bumi Malaysia ini.

Saya melihat saranan di atas mungkin lebih praktikal daripada apa yang pernah dikemukakan termasuk gesaan Ustaz Nasharudin yang terbaru itu.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
12 Februari 2013

Sumber: KL Pos

-UnReportedNews™®

Monday, 28 January 2013

USTAZ NASHA "DIJATUHKAN TALAK" MELALUI MEDIA?

-KURANG ASAM PUNYA PAS, BAGAIKAN TIDAK MENDAPAT CUKUP AJAR SEMASA KECIK-KECIK DULU, TERUTAMANNYA DALAM BAB "HORMAT MENGHORMATI & BUDI BAHASA" NI SEHINGGA USTAZ NASHA, BEKAS TIMBALAN PRESIDEN PAS HANYA MENGETAHUI STATUS JAWATAN AHLI MAJLIS SYURA PAS NYA SUDAH DIPECAT MENERUSI PIHAK KETIGA (MEDIA)! ALHAMDULLILLAH USTAZ, PASTINYA ADA IKTIBAR DSEBALIK KEJADIAN INI, MUNGKIN USTAZ DAH DITAKDIR AKAN MENERUSKKAN DI ATAS PLATFOM YANG JAUH LEBIH BAIK DARI PAS SEPERTI .. UMNO?! AMIN!!!-

Keputusan Majlis Syura Ulama' PAS Pusat untuk menggugurkan jawatan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dari jawatan anggota badan tersebut hanya diketahui oleh beliau melalui media.
Menurut Nasharudin, keputusan Majlis Syura itu hanya diketahui melalui laporan media dan tiada saluran rasmi daripada parti yang diperolehi. 

"Sehingga saat saya mengirimkan khidmat pesanan ringkas (SMS) ini, saya masih belum menerima sebarang surat menyatakan mengenai perlucutan jawatan tersebut," katanya menerusi SMS di sini hari ini.
Semalam, Majlis Syura Ulama Pas mengumumkan perlucutan Nasharuddin kerana berdasarkan rekod Nasharuddin yang telah melanggar beberapa peraturan jawatankuasa berkenaan. 

Namun tegas Nasharuddin, beliau akan tetap meneruskan perjuangan untuk mendaulatkan Islam sama ada memegang sesuatu jawatan atau tidak. 

"Jawatan tersebut adalah lantikan parti, bukan pilihan saya, jika parti ambil kembali jawatan itu,itu adalah hak parti. 

"Saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana-mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam," ujarnya.

Sumber: KL Pos


Artikel berkaitan:



-UnReportedNews™®

Wednesday, 23 January 2013

PAS BOLEH UCAPKAN SELAMAT TINGGAL KEPADA USTAZ NASHA?

-AHLI MAJLIS SYURA PAS MEMANG "JELES TAHAP BOIBOIBOY" SEKARANG BILA NASHA DIPILIH UNTUK MENGIRINGI PM NAJIB KE GAZA! KEKEKE!!!-
 
 
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak kini dalam siri lawatannya ke negara Palestine ditemani oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang juga merupakan ahli Majlis Syura Pas.
 
Dipahamkan Ustaz Nasha dipilih untuk menjadi salah seorang daripada pegawai pengiring kepada PM sempena lawatannya ke sana.
 
Gambar: Najib & Nasha bersama PM Palestine Ismail Haniyeh, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri di JPM Jamil Khir Baharom berdoa di depan bangkai kereta Almarhum Ahmed Al-Jaabari yg terbunuh dibom oleh tentera Israel di Gaza.
 
Foto: Sungai Rapat Online
 
-UnReportedNews™®

Monday, 12 November 2012

NASHARUDIN SARAN NURUL TARIK BALIK KENYATAAN

-LEBIH BAIK MENYINGGUNG RAKAN DALAM PAKATAN DARIPADA MENYINGGUNG ISLAM ITU SENDIRI ,TEGAS NASHARUDIN!! DENGAR TU NUROOL? SALUTE SAMA USTAZ NASHA KERANA BERANI BERKATA-KATA KERANA KEBENARAN SEDANGKAN YANG LAN MACAM TAKDE TELOQ!!KEKEKE!!-
 
TEMURAMAH NASHARUDIN MAT ISA BERSAMA MINGGUAN MALAYSIA-

MINGGUAN: Apa pandangan Yang Berhormat (YB) tentang kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar bahawa orang Melayu bebas memilih agama mereka dalam satu forum di sebuah gereja di Subang Jaya, Sabtu lalu?
 
NASHARUDIN: Isu ini pada saya, sangat fundamental dan menyentuh umat Islam di Malaysia terutamanya malah Islam secara amnya, ditinjau daripada segi tasawwur dan epistemologi Islam. Isu ini sangat serius kerana melibatkan perkara asas Islam itu sendiri. Oleh itu ia mesti dijelaskan secara ilmiah tetapi mudah difahami oleh semua umat Islam dan juga rakyat di Malaysia.
 
Pertamanya, kita sedia maklum latar belakang setting isu ini timbul, yakni dalam suatu forum, di sebuah gereja dan dianjurkan oleh pihak gereja. Keduanya, berlaku cubaan untuk menjawab balik oleh Ahli Parlimen berkenaan dengan menyalahkan pihak-pihak tertentu, menyalahkan Utusan Malaysia contohnya kononnya disalahtafsir atau disalahpetik. Ketiganya, ramai di kalangan kita termasuklah saya sendiri, mula mendapat tahu isu tersebut dalam portal media internet. Dan keempatnya, kini seluruh rakyat Malaysia boleh lihat dan dengar hampir setiap hari di dalam berita televisyen kenyataan asal Nurul Izzah dalam bentuk verbatim - amat terang dan jelas maksud setiap perkataan yang beliau ucapkan itu. Itu adalah empat perkara penting yang menggarisi ulasan saya seterusnya.
 
Di dalam Fiqh Islami, terdapat satu kaedah penting yang diterimapakai oleh pakar-pakar dan sarjana Islam, bermaksud (nahkum bizawahir wallah yatawwala bi alsaraair) yakni, kita meletakkan hukum dengan perkara yang zahir; perkara tidak zahir (yakni tidak nampak) kita serah kepada Allah SWT". Ini kaedah Islam yang digunapakai sehingga kini oleh para ulama. Dalam konteks kenyataan Nurul Izzah secara zahirnya dan berdasarkan pengamatan yang kita semua dapat lihat dan dengar, beliau menyebut dengan jelas dan bermaksud untuk memberikan kebebasan kepada orang Melayu memilih agama atas prinsip kebebasan manusia untuk membuat pilihan. Dalam hal ini beliau mentafsirkan ayat ke-256 surah al-Baqarah yang bermaksud 'Tiada paksaan dalam agama' untuk ke arah sebagaimana yang telah beliau ucapkan, iaitu dengan maksud untuk memberikan kebebasan kepada orang Melayu memilih agama atas prinsip kebebasan manusia untuk membuat pilihan beragama. Itu adalah maksud yang amat jelas daripada ucapan beliau yang dilafazkan secara zahir lagi terang. Begitulah yang boleh difahami dan setakat saya bertanya beberapa kali dengan ramai kalangan yang turut sama mendengar ucapan beliau tersebut. Itulah perkara zahir yang diucapkan oleh Nurul Izzah yang dirakam secara verbatim tanpa edit oleh media elektronik. Disebabkan itu, maka Nurul Izzah harus memberi penjelasan - umpamanya apa sebenar maksud beliau jika menafikan berkata begitu? Apa hujah beliau berkata demikian? Jika beliau akui berkata demikian, beliau harus menariknya semula kerana kata-kata itu bertentangan dengan epistemologi dan tasawwur Islam. Mudahnya, ia menyalahi hukum Islam, bercanggah dengan al-Quran dan hadis malah bertentangan dengan akidah Islamiah yang suci murni itu. Kenyataan beliau juga menyalahi pemahaman dan tafsiran yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Sebagai seorang Ahli Parlimen, adalah dianggap beliau memahami tafsiran Melayu-Islam dalam konteks Perlembagaan Negara. Kalau tidak pun menarik balik kenyataan tersebut kerana ini ada berkaitan dengan akidah.
 
Ayat 'Tiada paksaan dalam agama' itu hanya terpakai kepada orang bukan Islam. Tafsiran ini disepakati oleh seluruh Mufassirin (Ahli Tafsir) Islam tanpa khilaf. Tafsiran itu bermaksud selagi mana seseorang itu bukan Islam, kita sebagai Muslim, tidak ada hak sedikit pun untuk memaksa dia memeluk Islam. Namun, apabila orang bukan Islam itu sudah menjadi seorang Muslim, maka ayat ke-36 daripada surah al-Ahzah yang bermaksud 'Tidak boleh bagi orang yang beriman lelaki dan perempuan apabila telah ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya tentang satu urusan mereka tidak hak untuk memilih......' terpakai ke atasnya sebagai Muslim. Ini adalah tafsiran tanpa khilaf di kalangan ulama sejak dulu hingga kini. Orang Islam tertakluk dengan ayat ini. Apabila Allah telah tentukan dalam urusan berkaitan dengan akidah, syariah dan akhlak kita tidak ada hak untuk memilih. Hak kita hanya (Sami' na wa ata'na) yakni "kami dengar, dan kami taat" sebagaimana yang dinyatakan dengan jelas dalam al-Quran.
 
Oleh itulah, istidlal (pendalilan) yang digunakan oleh Nurul Izzah kepada ayat "Tiada paksaan dalam agama" itu untuk digunapakai kepada orang Melayu mempunyai beberapa implikasi serius. Pertama, ia bercanggah dengan prinsip asas "Akidah dan Syariah Islam. Kedua, ia juga bercanggah dengan pemahaman dan tafsiran peruntukan yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan. Seperti yang saya sebut terdahulu, kenyataan Nurul Izzah itu sebenarnya adalah kenyataan yang cukup besar dan membawa implikasi yang amat dalam kepada umat Islam di Malaysia .
 
Saya juga sudah membaca sebuah laporan di dalam Utusan Malaysia yang menyiarkan berita mengenai individu yang bertanya soalan itu kepada Nurul Izzah. Orang yang bertanya itu pula secara kebetulan seorang peguam berdaftar, menyatakan bahawa dia sendiri amat memahami apa yang dijawab oleh Nurul Izzah sebagai mengiyakan supaya orang Melayu boleh dan berhak memilih agama - dengan maksud "tidak semestinya orang Melayu itu menjadi Muslim secara natural, jika orang Melayu itu tidak mahu memilih Islam sebagai agamanya". Itulah konteks ucapan beliau, sebab itulah saya kata isu ini merupakan satu isu yang besar dan Nurul Izzah harus bertanggungjawab dengan kenyataan tersebut.
 
Dalam hal ini, saya menyarankan supaya Nurul Izzah menarik balik kenyataan itu. Dalam Islam, apabila kita melakukan kesalahan, dan apabila kita sedar kita tersilap, kita boleh membetulkannya, bertaubat di atas kesalahan kita dan Allah SWT pasti menerima pengampunan kita kerana Allah SWT itu Maha Pengampun Lagi Mengasihani. Yang paling penting di sini, kita sedar kita silap dan memohon maaf kepada siapa yang telah lakukan kesalahan berkenaan, dan selepas itu bertaubat kepada Allah SWT. Inilah kelebihan Islam di mana Allah SWT memahami kelemahan insan. Dalam kes ini, Nurul Izzah telah mentafsirkan ayat tidak kena pada tempatnya dan tafsiran yang dibuat itu adalah tafsiran yang salah.
 
Sebab itulah saya merasakan isu ini boleh menimbulkan kekeliruan yang cukup besar dalam masyarakat kita. Sebagai komponen Pakatan Rakyat, Pas khasnya, kepimpinan Pas yang terdiri daripada kalangan ulama harus memandang serius kenyataan ini. Sebelum ini, isu hudud telah menimbulkan satu polemik besar dalam masyarakat dan ia tidak terjawab sehingga hari ini. Saya telah menyatakan pendirian secara terbuka tentang isu hudud ini, bagi saya, ia merupakan satu tamparan yang cukup kuat kepada Pas dalam usaha kita hendak meneruskan agenda memperkenalkan Islam itu kepada masyarakat.
 
Sekarang isu terbaru ini pula yang berbangkit dan bagi saya, kenyataan zahir yang dibuat oleh Nurul Izzah bercanggah dengan Islam dan dengan apa yang sepatutnya difahami daripada ayat yang beliau bacakan itu.
 
Ada pemimpin kanan Pas yang menganggap isu yang dikaitkan dengan Nurul Izzah ini isu remeh?
 
NASHARUDIN: Bagi saya, ini isu besar kerana ia melibatkan akidah dan salah tafsir terhadap Islam. Menjadi hebat lagi isu ini kerana semua orang boleh akses di dalam YouTube, tiap-tiap malam orang tengok berita di dalam media dan kini menjadi perdebatan, ini bukan satu isu yang remeh. Ia berlaku kerana dibangkitkan oleh orang yang bukan ahli dalam bidang Islam tetapi membuat tafsiran yang silap terhadap Islam. Dalam hal ini, Rasulullah SAW telah memberi amaran yang bermaksud "Apabila diletakkan amanah itu kepada orang yang bukan ahlinya, kamu tunggulah saat kehancurannya". Mentafsirkan Islam daripada seorang yang bukan ahlinya dan tafsiran itu pula salah melibatkan akidah, ini cukup bahaya.
 
Tetapi masalahnya ada beberapa pemimpin kanan Pas mempertahankan kenyataan Nurul Izzah?
 
NASHARUDIN: Saya lihat orang yang mempertahankannya itu bukan berlatar belakangkan pengajian Islam secara akademiknya apatah lagi dari kalangan ulamak. Dalam hal-hal tentang pentafsiran ayat-ayat al-Quran biarlah ahlinya sahaja yang bercakap. Janganlah kerana (mungkin) hendak dikaitkan dengan politik, tuduhan dan sebagainya ada orang yang bukan berlatar belakang asas pengajian Islam pun hendak bercakap mengenai hukum hakam agama Islam. Ini yang akan terus menerus menimbulkan polemik.
 
Ada pihak yang mengaitkan kenyataan Nurul Izzah itu dengan agenda fahaman pluralisme?
 
NASHARUDIN: Kita berhukum pada perkara yang zahir. Kenyataan itu bagi saya bukan sahaja mengiyakan gerakan fahaman pluralisme agama juga termasuk dalam kategori mengiyakan fahaman liberalisme iaitu 'meliberalkan' fahaman agama Islam dan 'mempluralkan' fahaman agama Islam. Meletakkan agama Islam itu sama taraf dengan agama-agama lain. Ini bercanggah dengan Islam, bercanggah dengan akidah Islam. Betul, ada ayat al-Quran yang menyatakan tiada paksaan dalam agama dan Allah sendiri menyebutnya dalam al-Quran dalam surah al-Kafirun ayat 6, yakni lakum dinukum wa liyadin bermaksud "Bagi kamu agama kamu, bagiku agamaku." . Maksudnya di sini, dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, kita menghormati orang beragama Kristian, orang yang memilih Hindu sebagai agamanya, kita menghormati orang memilih Buddha sebagai fahamannya. Daripada segi hormat-menghormati, ya kita dituntut menghormatinya. Saya juga selalu menyebut Islam mengajar kita untuk menghormati orang sesama Islam sebagai saudara kita seiman dan orang bukan Islam sebagai saudara kita seinsan. Paksa tidak boleh. Tetapi barang diingat, berdakwah, sama ada kepada Muslim atau non-Muslim, adalah wajib dan berterusan sehingga hari kiamat. Demikilah Islam yang mesti kita baca dan faham dalam konteks the bigger picture of Islam. Dan memberi kebebasan beragama kepada orang Melayu "untuk memilih agamanya sendiri" adalah satu saranan yang cukup bercanggah dengan ajaran Islam dan peruntukan Perlembagaan kita.
 
Ada penyokong-penyokong Pas merasa tidak selesa dengan isu Nurul Izzah ini, sejauh mana YB yakin Pas ada keberanian bersuara dalam isu ini.
 
NASHARUDIN: Apa yang saudara katakan itu betul yang mana ramai yang menghubungi saya tentang isu ini. Mereka tunggu kenyataan kepimpinan tertinggi dan sampai sekarang tidak keluar-keluar lagi. Ramai yang menghubungi saya untuk mendapatkan pandangan. Saya katakan saya bukan kepimpinan tertinggi. Namun atas nama seorang Muslim saya berpandangan Pas harus berani menyatakan pendiriannya sebagaimana orang Pas diajar dalam skema tarbiah Pas itu sendiri.
 
Saya amat yakin Pas berani untuk menyatakan pendiriannya sebab aliran pluralisme agama, aliran liberalisme merupakan dua aliran yang ditentang hebat oleh Pas. Dakwah yang dibawa oleh Pas sejak mula ditubuhkan sehingga sekarang ialah mengajak kepada Islam yang syumul. Kita selalu dididik dalam Pas untuk menghayati ayat 208 surah al-Baqarah yang bermaksud "Wahai orang yang beriman masuklah kamu ke dalam agama Islam keseluruhannya". Itulah yang dididik oleh Pas kepada kami. Betul, kita boleh berkawan dengan pihak lain sehingga ke peringkat bertahalluf daripada segi siasahnya tetapi seperti yang saya katakan dahulu at-tahalluf as-siyasi ada syarat dan batasnya juga. Kita berkawan dengan orang (parti lain) ada syarat-syaratnya. Dalam konteks ini saya pasti mungkin dalam tempoh terdekat ini ada pimpinan terkanan Pas akan membuat kenyataan dan saya juga dapat merasakan ini akan menjadi topik yang akan ketengahkan oleh para perwakilan dalam Muktamar Tahun Pas Ke-58 minggu depan. Mengapa tidak - bukankah ini isu yang sangat fundamental dalam arus perdana dasar perjuangan Pas yakni, al-amru bil makruf, wan-nahyu 'anil munkar - menyeru kepada yang baik dan mencegah daripada kejahatan.
 
Dalam isu Nurul Izzah ini kita mesti menjaga dan membela kredibiliti Pas dalam memperjuangkan Islam yang mana akidah tidak sepatutnya dipolitikkan. Pemikiran dan amalan pluralisme dan liberalisme bercanggah dengan perjuangan Pas sejak parti ini ditubuhkan. Selain sebagai seorang Muslim, saya juga bercakap sebagai aktivis Pas dan Ahli Majlis Syura Pas. Saya sudah menjalankan tugas mengeluarkan kenyataan ini - mendahulukan asas Islam daripada perimbangan dan perkiraan poltik kepartaian. Kredibiliti Pas harus diangkat kerana kita telah diterjah dengan beberapa isu yang Pas tidak respons dengan cara yang dikehendaki oleh Islam dan juga oleh ahli serta para penyokong Pas. Jadi, dalam isu ini diharap ia dapat diselesaikan secepat mungkin supaya persiapan Pas untuk menghadapi PRU-13 dengan imej Islamnya tidak akan terganggu sehingga mengakibatkan nanti boleh hilang kepercayaan pengundi-pengundi teras Pas iaitu orang Melayu Islam. Majlis Syura dan Dewan Ulama Pas harus proaktif dan berani memastikan haluan parti berada di atas landasan syarak yang jelas.Wajib bersuara di mana perlu kerana tanggungjawab dan amanah disaksikan Allah SWT.
 
Apakah kesannya dalam isu ini jika Pas tidak membuat pendirian yang jelas?
 
NASHARUDIN: Saya melihat ada kesannya. Mahu tidak mahu kita terpaksa akur bahawa Pas akan bertanding dalam kawasan pilihan raya yang mempunyai majoriti pengundi di kalangan orang Melayu Islam. Seperkara lagi, bukankah kita selalu menyebut bahawa politik adalah hal berkaitan dengan persepsi rakyat dan masyarakat. Jadi persepsi yang sebegini, apabila Pas tidak dilihat mendepani atau berada di saf hadapan mempertahankan hal yang berkaitan dengan akidah atau menjelaskan hal berkaitan dengan 'akidah mungkin orang akan letakkan Pas ini sama tarafnya dengan parti-parti politik yang lain.
 
Adakah benar timbul persepsi meluas bahawa keengganan Pas membuat teguran dalam isu ini kerana tidak mahu menyinggung hati rakan-rakan dalam pakatan pembangkang?
 
NASHARUDIN: Beginilah, tegasnya saya lebih bersedia dan jauh lebih baik jika saya singgung rakan dalam pakatan daripada menyinggung Islam itu sendiri ataupun menyinggung dalam konteks politiknya harapan dan kepercayaan orang yang hendak melihat Pas ini memperjuangkan Islam.
 
Sumber: Wira Kenyalang™

-UnReportedNews™®

Sunday, 9 September 2012

NASIB USTAZ NASHA SEBENARNYA DI TANGAN ANWAR BUKAN PAS?

-KESIAN USTAZ NASHA .. ADAKAH KEPUTUSAN DI BUAT BERDASARKAN MAJLIS ULAMA SYURA ATAU MAJLIS ULAMA ANWAR? TEPUK DADA TANYA SELERA .. KEKEKE!!-

Hanya tinggal beberapa jam sahaja dari sekarang, Majlis Syura Ulama PAS akan bersidang untuk menentukan untung rugi nasib bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa berikutan kenyataan kerasnya sekembali dari Mekah yang dianggap melanggar dasar parti.

Dalam kenyataan yang bersifat ultimatum itu, Ustaz Nasharudin telah meminta PAS mengkaji semula kedudukan dalam PR selepas DAP secara konsisten menolak dasar PAS yang mahu menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud sebagai perundangan negara.

Sebelum itu, penyiaran gambarnya yang dilihat mesra dengan Perdana Menteri sewaktu pertemuan khusus dengan beberapa orang ulama Arab Saudi di Mekah juga telah menerima kecaman keras dari ramai pemimpin PAS dari kumpulan Anwarinas.

Antara komen yang agak pedas termasuklah dari Mursyidul Am PAS sendiri yang juga Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat yang secara terbuka menghalau Ustaz Nasharudin untuk segera keluar dari parti.

Berikutan kontroversi itu, Presiden PAS, Hadi Awang yang mempengerusikan mesyuarat Lajnah Politik & Pilihanraya PAS Pusat selepas itu telah menyerahkan kepada Majlis Syura untuk membuat keputusan muktamad berhubung perkara tersebut.

Sejak seminggu lepas, pelbagai usaha dan kempen secara terbuka dan berbisik hebat dijalankan oleh beberapa pihak dalam PAS untuk mempengaruhi pandangan ahli-ahli Majlis Syura agar mengikut telunjuk mereka.

Dilihat dari segi kempen dan kekuatan pengaruh ditambah pula dengan tekanan dari Nik Aziz sendiri yang cukup anti pada Ustaz Nasharudin, besar kebarangkalian senario 'gantung sampai mati' seperti yang menimpa bekas Naib Presiden PAS, Hasan Ali akan berulang kembali.

Walaupun sejak beberapa hari lalu, beberapa orang pemimpin 'ulama' PAS termasuklah Timbalan Mursyidul Am PAS, Haron Din kelihatan bertungkus lumus untuk mempertahankan hak Ustaz Nasharudin memberi pandangan yang berbeza, namun masih dilihat tidak cukup kuat untuk membendung pengaruh kumpulan Anwarinas yang didukung kuat oleh Nik Aziz.

Tambahan pula, jika sekiranya keputusan Majlis Syura memihak kepada Ustaz Nasharudin, impak buruknya agak menggoncang imej dan pengaruh Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS sekaligus akan memberi kesan besar dalam merobek kekuatan PAS di negeri Nik Aziz sendiri.

Menurut maklumat terbaru dari seorang pemimpin kanan PAS yang bersimpati dengan Ustaz Nasharudin, sedikit masa yang tinggal ini sebelum Majlis Syura bermesyuarat pada esok hari adalah terlalu panas, hangat dengan kempen-kempen yang agak melukakan hati.

Katanya lagi, seperti sudah tiada peluang kedua untuk Ustaz Nasharudin, ruang demokrasi dan keadilan seperti sudah tertutup dalam PAS. Kalaupun Ustaz Nasharudin terlepas dari hukuman pun, berkemungkinan beliau akan di 'peti sejukkan' begitu sahaja.

Jika benar seperti dikatakannya, maka jelaslah hari ini akan menjadi hari yang paling sial untuk Ustaz Nasharudin.

Sumber: Medan Tempur Kedah

-UnReportedNews™®


Wednesday, 5 September 2012

PAS BAGAI RETAK MENANTI BELAH!

-PAS KINI TERBAHAGI KEPADA DUA PUAK; PROFESSIONAL & ULAMA .. PROFESSIONAL LEBIH BERPAKSI KEPADA ANWAR IBRAHIM NAMUN SEBAHAGIAN BESAR YANG BERPEGANG KEPADA AGAMA KINI SEDAR MEREKA TELAH DI MANIPULASIKAN & KINI MENENTANG PIMPINAN SECARA TERBUKA .. ABIS LAH KALO DAH LAGU NIH .. KEKEKE!!
Inilah yang memeningkan kepala pemimpin ulama PAS khususnya Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz.

Fenomena Nasharudin kini melanda PAS berbanding fenomena Dr Hassan Ali suatu ketika dahulu.

Hanya sekeping gambar, ketika Nasharudin bersama Najib Razak di Mekkah dalam sidang OIC di Mekah, pemimpin ulama PAS mengelabah hingga memberikan persepsi buruk kepada Nasharudin.

Sedangkan hakikatnya, perjumpaan Nasharudin dan Najib Razak dengan sekumpulan cendikiawan dan pemimpin Islam di Mekah disifatkan sebagai politik. Sempit sungguh pemikiran ulama PAS ini.

Bagi PAS, semua perilaku pemimpinnya kini diperhatikan termasuklah gambar Nasharudin dan Najib Razak yang kelihatan mesra berbincang dengan pemimpin dan cendiakawan Islam di Mekah.

PAS hanya melihat dari sudut politik dan tidak dari sudut kepentingan agama Islam itu sendiri.

Mengapa tidak dilihat dari sudut hidayah Islam apabila Nasharudin sanggup berada dalam saf yang sama dengan Perdana Menteri semasa pertemuan muhibah bersama para ulama Arab Saudi tersebut?

Bagi pemimpin PAS yang melihat gambar di atas, pastinya mereka cuba mempercayai bahawa perbincangan lebih berkisar kepada politik Malaysia dan pandangan dunia terhadap PAS. Itulah pemikiran sempit PAS.

Hakikatnya, banyak isu besar yang dibincangkan antara pemimpin-pemimpin Islam termasuklah isu konflik pergolakan di Syria dan kekejaman junta Myanmar ke atas etnik Rohingya.

Bagaimanapun, tidak semua ulama dalam PAS yang bersikap dan bersifat seperti Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz yang lebih mementingkan jawatan dan politik ke Putrajaya daripada Islam itu sendiri.

Nasharudin membawa imej politik sederhana berbanding fahaman politik yang membudaya semangat kebencian.

Berikut antara petikan sokongan terbuka yang diterima oleh Nasharudin daripada sebahagian pemimpin PAS di seluruh negara.

Beliau ialah bekas Timbalan Presiden, sudah tentu masih relevan walaupun beliau dilihat mengambil pendekatan menongkah arus dalam mempertahankan maruah PAS.

Mungkin ramai yang tidak senang dengan tindakan beliau kebelakangan ini yang dilihat cukup lantang, tetapi untuk menidakkan sumbangan yang boleh dimainkan Nasharudin adalah tidak wajar. (27 Ogos 2012)

NOR AZMI MUSA (Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak)

SAYA sudah cakap dari dulu lagi, Nasharudin masih relevan. Beliau bekas Timbalan Presiden dan meskipun tidak terpilih pada muktamar lalu, Nasharudin masih mampu menyumbang kepada perjuangan PAS."(27 Ogos 2012)

DATUK HARUN TAIB (Ketua Dewan Ulama PAS)

SAYA sebenarnya yakin pada mesyuarat Ahli Majlis Syura Ulama PAS pada 9 September ini iaitu mereka tidak akan terikut-ikut dengan rentak pihak yang mahu mengetepikan Nasharudin.

Dengan kata lain tiada keputusan drastik yang akan dibuat. Insya-Allah keputusan yang bakal diambil pada mesyuarat berkenaan lebih memberi manfaat kepada kedudukan Nasharudin dalam PAS."(28 Ogos 2012)

DATUK DR. MAHFODZ MOHAMED (Pesuruhjaya PAS Johor)

Saya bukannya hendak kata yang saya sokong Ustaz Nasharudin atau tidak, tetapi adalah tidak adil untuk kita menghukum beliau hanya berdasarkan apa yang kita lihat melalui media. 

Beliau juga berhak untuk mempertahankan diri dan menjelaskan apa yang berlaku kepada Majlis Syura Ulama PAS."

"Hanya selepas memberi penjelasan dan mempertahankan tindakannya itu, barulah Majlis Syura Ulama boleh menilai sama ada beliau bersalah atau sebaliknya."(28 Ogos 2012)

MUHAMAD ZIN ABDUL RAHMAN (Ketua Dewan Ulama PAS Selangor)

Dari segi rekod, Nasharudin memang sangat rapat dengan Allahyarham Datuk Fadzil Noor (Presiden PAS pada akhir 1990-an), malah beliau telah dibawa masuk dan dididik oleh arwah untuk menjadi pemimpin PAS. Harapan saya, dia sepatutnya boleh diberi ruang lagi kerana kelebihan yang dia ada.

"Masing-masing ada jasa dan setiap insan ada kelemahannya, begitu juga dengan Ustaz Nasharudin, setiap orang ada kelebihannya dan perjuangan PAS terbuka untuk sesiapa sahaja."(28 Ogos 2012)

MOHD. NOR HAMZAH (Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu)

PAS tidak akan meminggirkan sesiapa, perkara ini terpulang kepada individu masing-masing yang sanggup berkhidmat."(28 Ogos 2012)

NIK ZAWAWI NIK SALLEH (Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS)

Kenyataan Nasharudin yang menggesa parti supaya mengkaji semula hubungan dengan pakatan (pembangkang) sehingga mencetuskan polemik bukan satu kesalahan.

Saya melihat ia satu kewajaran kerana akhir-akhir ini Karpal Singh kembali mengeluarkan kenyataan yang amat keras dalam menolak hudud.

Bagi saya sebagai seorang pemimpin Islam, Nasharudin berjuang atas kapasiti yang ada pada beliau ketika membuat gesaan tersebut. Sebagai parti yang mengamal demokrasi kenapa ia harus dilihat sebagai kesalahan. Saya tidak nampak ia satu kesalahan.

Nasharudin kekal relevan dengan Pas walaupun tewas pada pemilihan muktamar lalu kerana Ahli Parlimen Bachok itu masih ahli parti dan Ahli Majlis Syura Ulama serta banyak menyumbang kepada perjuangan Pas."(29 Ogos 2012)

DATUK DR HARON DIN (Timbalan Mursyidul Am PAS)

KITA berharap isu ini (melibatkan Nasharudin) akan diselesaikan pada mesyuarat Majlis Syura Ulama (pada 9 September ini) kerana ia telah lama berlarutan. PAS perlu lebih fokus kepada isu-isu yang lebih besar.

PAS Negeri Sembilan juga akan menyuarakan pandangan pada mesyuarat itu." (30 Ogos 2012)

MOHAMAD TAUFEK ABDUL GHANI (Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan)  

Sumber: Wira Kenyalang

-UnReportedNews™®


UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List