Showing posts with label SPRM. Show all posts
Showing posts with label SPRM. Show all posts

Wednesday, 13 May 2015

Menteri Muda Sarawak Disiasat SPRM


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menerima satu aduan berhubung dakwaan berlakunya perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan kontrak pembinaan bangunan 16 tingkat Baitulmal Makmur II bernilai lebih RM250 juta. 

Bagi maksud menyiasat dakwaan ini, keterangan seorang anggota pentadbiran yang merupakan Menteri Muda Sarawak telah diambil. Turut diambil keterangan ialah seorang ahli perniagaan berusia dalam lingkungan 50-an, yang merupakan pengarah syarikat yang terlibat dalam projek pembinaan bangunan milik Kerajaan Negeri Sarawak tersebut. 

Selain mereka, beberapa pihak lain juga akan dipanggil untuk diambil keterangan.

Berikutan siasatan ini, beberapa akaun bank bernilai RM 4 juta milik Menteri Muda tersebut telah dibekukan.

DATO’ MOHAMAD JAMIDAN BIN ABDULLAH
PENGARAH BAHAGIAN SIASATAN
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
13 MEI 2015

-UnReportedNews™®

Ops Gergaji Bersepadu Sarawak: Lebih RM560 Juta Dibekukan


Ops Gergaji, satu operasi bersepadu bagi membanteras kegiatan rasuah, pembalakan dan penebangan hutan secara haram di Sarawak serta perbuatan mengelak cukai kepada kerajaan oleh pemilik syarikat-syarikat pembalakan di Sarawak telah diadakan pada hari ini (12 Mei 2015) mulai jam 9.30 pagi.

Operasi bersepadu yang melibatkan sekurang-kurangnya 400 orang pegawai dan anggota dari Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak ini diketuai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak, Polis Diraja Malaysia termasuklah Pasukan Gerakan Am, Jabatan Perhutanan Negeri Sarawak dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Serbuan telah dilakukan secara serentak ke atas 48 lokasi yang disyaki berlakunya perbuatan rasuah, aktiviti pembalakan dan penebangan hutan secara haram serta perbuatan mengelak cukai kepada kerajaan oleh pemilik syarikat-syarikat pembalakan dan kilang papan di Sarawak. Serbuan ini adalah hasil daripada siasatan yang terperinci dan menyeluruh berdasarkan maklumat risikan yang diperoleh oleh SPRM bersama agensi-agensi yang terlibat. (Baca sepenuhnya) -UnReportedNews™®

Thursday, 1 May 2014

MANUSIA "JAHANAM" PUNCA TRAGEDI BOT EKSPRESS BELAGA?

-SIKAP TAMAK PENGUSAHA MENJUAL DIESEL SUBSIDI UNTUK ENAM BUAH BOT EKSPRESS NAMUN HANYA MENGUSAHAKAN DUA SAJA BOAT TERSEBUT DIKATAKAN PUNCA BOT LEBIH MUATAN PENUMPANG YANG KEMUDIANNYA KARAM MENGORBANKAN TIGA ORANG PENUMPANG!- 


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pemilik syarikat bot ekspres 'Kawan Mas', bot ekspres yang karam di Sungai Rajang, berhampiran Giam Bungan di Belaga, 28 Mei tahun lalu bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan diesel bersubsidi.

Pengarah SPRM negeri Datuk Bahri Mohamad Zin berkata lelaki itu ditahan 6 petang semalam hasil siasatan unit risikan SPRM selepas bot yang membawa 222 penumpang dalam perjalanan dari Bakun di pekan Belaga menuju Kapit itu karam, kejadian yang turut mengakibatkan tiga penumpang maut.

"Selepas siasatan hampir setahun, pemilik syarikat terbabit seorang lelaki berusia 44 tahun itu ditahan di Sibu petang Selasa.

"Pemilik bot didapati mempunyai enam buah bot ekspres, keenam-enam bot menerima subsidi minyak kerajaan. Mengikut syarat subsidi keenam-enam bot perlu beroperasi, tetapi kerana mengejar keuntungan empat bot tidak beroperasi, hanya dua digerakkan untuk membawa penumpang termasuk apabila tiba musim perayaan," katanya.

Akibat tindakan itu, bot yang diberi kebenaran membawa hanya 64 penumpang, kerap kali terpaksa membawa penumpang berlebihan sehingga ada yang terpaksa duduk di atas bumbung bot terutama pada musim perayaan, katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Bahri juga berkata hasil siasatan awal mendapati diesel bersubsidi dijual kepada pihak industri, kilang-kilang balak di Sibu dan Kapit, malahan siasatan mendapati diesel bersubsidi itu turut dijual kepada pihak luar menerusi transaksi di perairan negara.

"SPRM percaya kegiatan ini sudah lama berlaku. Insiden bot karam itu telah menjadi sebab kepada SPRM untuk melakukan siasatan. Berdasarkan pengalaman SPRM, syarikat itu sudah membuat 'untung' terlalu banyak," katanya sambil menambah unit forensik perakaunan SPRM juga sedang menjalankan siasatan akaun syarikat terbabit.

Bahri berkata selain siasatan unit forensik perakaunan SPRM, pihaknya juga mendapat kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk mendapatkan semua dokumen tuntutan dibuat syarikat terbabit bagi membuktikan sebahagian minyak diesel bersubsidi itu dijual kepada pihak tidak berkelayakan untuk membelinya.

SPRM kini sedang mendapatkan reman ke atas lelaki berkenaan dan kesalahan pemilik syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009, katanya.-BERNAMA

-UnReportedNews™®

Thursday, 19 September 2013

SEPULUH KENDERAAN MEWAH YANG DIRAMPAS BUKAN MILIK SAYA!

-SUHAIMI IBRAHIM MENEGASKAN BELIAU TIDAK AKAN TERAGAK-AGAK MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG SEIKRANYA LAPORAN YANG TIDAK BENAR ITU TERUS BERULANG! KEKEKE!!!-

Suhaimi mempersoalkan laporan The Star semalam 
Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Suhaimi Ibrahim menegaskan sebanyak 10 kenderaan mewah yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan dana Program Akhiri Zaman Miskin (1Azam) bukan miliknya.

Beliau yang kesal dengan laporan media berhubung perkara itu berkata, kenderaan mewah tersebut milik individu lain yang turut disiasat dalam kes berkenaan sambil menegaskan tiada sebuah kereta, harta atau sebarang dokumen miliknya dirampas SPRM sehingga kini.

Menurutnya, kesemua 10 kenderaan mewah tersebut juga bukan milik proksi beliau sebagaimana dakwaan pihak tertentu.

Sehubungan itu, Suhaimi yang juga bekas Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) meminta media berhati-hati melaporkan perkara tersebut dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya laporan tidak benar tersebut terus berulang.

Tambahnya, beliau tampil memberi penjelasan kerana yakin bebas daripada amalan rasuah selain mengambil sikap berani kerana benar walaupun mengakui dugaan yang diterima kali ini paling mencabar sepanjang hidupnya.

"Saya beritahu terus terang, 10 buah kenderaan mewah itu bukan milik saya tetapi milik individu lain yang turut disiasat dalam kes ini. Tapi media melaporkan seolah-olah hanya saya seorang sahaja yang disiasat. Lebih tujuh individu yang disiasat oleh SPRM dalam kes ini.

"Boleh tanya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau sahkan sendiri dengan SPRM. Tiada sebuah kereta atau harta benda saya yang dirampas. SPRM juga tidak merampas sebarang dokumen. Saya datang memberi keterangan dengan sukarela," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam media melaporkan, seorang bekas setiausaha politik kepada bekas menteri Kabinet dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM100,000 selepas ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana program 1Azam dengan 10 buah kenderaan mewah turut dirampas.

Menurut Suhaimi, jika benar terbabit dalam penyelewengan dana projek 1Azam, beliau tidak mungkin hadir ke ibu pejabat SPRM Putrajaya Jumaat lalu berseorangan tanpa ditemani peguam.

"Pegawai SPRM telefon minta saya hadir. Saya datang sukarela tanpa ditemani peguam. Saya bagi kerjasama sebaik mungkin ketika disiasat selama lima hari kerana percaya saya bersih daripada rasuah. Selebihnya, biarlah SPRM buat kerja kerana saya tidak mahu ganggu siasatan," katanya.

Mengenai dakwaan rumahnya di Taman Melawati dekat sini, juga ada kaitan dengan penyelewengan dana program 1Azam, Suhaimi berkata, pihak yang membuat fitnah itu sepatutnya sedar beliau sudah terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan seperti pembinaan, restoran dan pertanian sejak 1995.

"Tiada satu pun perniagaan itu ada kaitan dengan tugas saya sebagai bekas setiausaha politik sebelum ini. Saya beli rumah terbabit hasil rezeki melalui perniagaan. Jangan membuat tuduhan melulu tanpa siasatan," katanya. -UM 

-UnReportedNews™®

Wednesday, 7 August 2013

SPRM SARAWAK CARI INDIVIDU BERNAMA DAVID SNG!

-DAVID, YANG BERASAL DARI KAPIT, MERUPAKAN ORANG KENA TUDUH (OKT) DALAM SATU KES RASUAH DI MAHKAMAH TINGGI & DIA DIKEHENDAKI BAGI SEBUTAN SEMULA HUKUMAN PADA 23 OGOS INI DI MAHKAMAH TINGGI-

David Sng
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak sedang mengesan seorang lelaki yang merupakan orang kena tuduh (OKT) bagi satu kes di mahkamah tinggi.

Bahagian Komunikasi Strategik SPRM dalam satu kenyataan media memberitahu, OKT terbabit dikenali sebagai David Sng berusia 44 tahun.

“Alamat terakhirnya di Pasar Kapit, 96800 Kapit, Sarawak. Dia dikehendaki bagi sebutan semula hukuman pada 23 Ogos 2013 di Mahkamah Tinggi,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, orang ramai yang mengetahui lokasi OKT tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat SPRM di talian 082-231016.

Kata kenyataan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat lain seperti pernah melihatnya juga diminta menghulurkan maklumat itu kepada SPRM. (sumber

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List