Showing posts with label Rosmah Mansur. Show all posts
Showing posts with label Rosmah Mansur. Show all posts

Friday, 10 July 2015

Clare Rewcastle Brown: Penyiasat Yang Kini Sedang Disiasat


Oleh Raja Petra Kamarudin.

Semalam, terdapat dua posting blog menarik yang bertajuk "Jutaan Ringgit Dalam Akaun Rosmah - Mana datangnya? EKSKLUSIF!" dan "Pendakwaan mengejutkan oleh Sarawak Report".

Selama enam tahun atau lebih, Clare Rewcastle Brown telah menggunakan Sarawak Report menyerang Abdul Taib Mahmud, bekas Ketua Menteri Sarawak dan keluarganya, dengan hanya satu objektif: untuk menjatuhkan Barisan Nasional Sarawak dan menyerahkan negeri itu kepada PKR.

Matlamatnya hanya satu dan 'kuda' yang akan menjadi Ketua Menteri Sarawak baru sebaik PKR mengambil alih kerajaan negeri ialah Baru Bian yang telah mengadakan lawatan beberapa kali ke London untuk berjumpa Clare.

Pada suatu ketika, ketua umum PKR, Anwar Ibrahim, membuat keputusan untuk membatalkan rancangan menjadikan Baru Bian sebagai ketua PKR Sarawak dan menggantikannya dengan calon Islam. Clare marah dengan keputusan itu. Dia menghentikan operasi Sarawak Report serta-merta dan menelefon Anwar bagi membantah keputusannya. Jika Anwar tidak menaikkan Baru Bian sebagai Ketua PKR Sarawak mengikut rancangan asal, maka Sarawak Report akan terus ditutup dan Clare tidak akan membantu PKR menjatuhkan Taib.

Anwar mengalah dan beberapa hari kemudian, Sarawak Report kembali beroperasi.

Tun Dr Mahathir Mohamad melihat Sarawak Report sebagai kenderaan yang sesuai untuk digunakan dalam misi menjatuhkan Perdana Menteri, jadi dia bertemu dengan Clare untuk membincangkan kemungkinan Sarawak Report bekerjasama dengan pakatan anti-Najib.

Kemungkinan sentiasa ada, sudah tentu, tetapi semuanya bergantung pada isu wang. Sarawak Report juga dibiayai oleh pihak yang mahu menyingkirkan Taib dan mahu PKR mengambil alih Sarawak. Untuk melakukan perkara yang sama dalam kempen menggulingkan Najib, pembiayaan yang lebih besar amat ditagih.

Selama ini, Sarawak Report melakukan serangan sehala dengan menyerang Taib dan keluarganya tetapi Taib tidak melawan. Sebaliknya, dalam siri serangan Najib, penyokong Najib tidak akan membenarkan Clare terus menyerang Perdana Menteri dan keluarganya tanpa sebarang tindak balas.

Para penyiasat kini sedang menyiasat jumlah wang yang diterima Clare dan Sarawak Report untuk beberapa tahun ini dan siapa pembiayanya (walaupun identiti pembiaya itu lebih-kurang sudah diketahui). Penyiasat tahu Clare memperolehi wang dari luar UK tetapi apa yang mereka mahu tahu adalah berapa banyak daripada wang itu tidak diisytiharkan dan telah disembunyikan dari pengetahuan pengutip cukai UK.

Penyiasat juga sedang menyiasat bagaimana Clare yang bermula sebagai seorang wartawan telah menjalani gaya hidup yang berbeza selepas dia mula menyerang Taib dan kini, selepas dia mula menyerang Najib, gaya hidupnya mirip dengan gaya hidup sasaran serangannya. Tidak syak lagi bahawa Clare menerima wang dan ada seseorang yang membelanjakan wang yang banyak untuk membiayai serangan ke atas Najib, kata para penyiasat.

Penyiasat mahu membuktikan Clare adalah seorang mata duitan dan motivasi utamanya adalah wang, bukan mencari kebenaran. Malah, kata para penyiasat, Clare yang kononnya sentiasa mencari kebenaran, sanggup menggunakan taktik penipuan dan dokumen palsu bagi menyerang sasarannya.

Apa pun, semoga berjaya kepada penyiasat kerana saya yakin orang yang licik seperti Clare tahu cara menutup jejak langkah dan tidak akan meninggalkan sebarang bukti. Lagipun, kerjanya selama ini adalah menyiasat orang lain jadi dia mesti tahu apa kesilapan yang sering dibuat orang, yang juga bermaksud dia tahu apa yang perlu dilakukan untuk mengelakkan diri daripada ditangkap.

Pasukan penyiasat bagaimanapun berkata ia bukanlah sesuatu yang sukar untuk membuktikan dakwaan itu. Mereka merujuk kepada pangsapuri mewah bernilai jutaan paun yang didiaminya yang tidak mungkin dapat dimiliki orang biasa kecuali mereka yang berada dalam kategori jutawan.

Setelah jumlah hartanya dikenal pasti, tindakan undang-undang akan difailkan terhadap Clare. Para penyiasat mengatakan peguam sudah pun meneliti perkara ini dan mereka merancang untuk mengambil tindakan ke atasnya. Mereka tidak akan mendedahkan strategi tetapi penyiasat percaya Clare telah melampaui batas dalam pendedahan terbarunya mengenai akaun bank Rosmah.

Nampaknya saman juga mungkin akan difailkan terhadap Affin Bank Berhad kerana bekerjasama dengan Clare mendedahkan butiran perbankan peribadi pemegang akaun mereka. Jika mereka memutuskan untuk mendakwa pihak dari Affin Bank yang terlibat dalam koloborasi ini dengan pendakwaan jenayah, pesalah yang terlibat mungkin sanggup membuat perjanjian agar tidak dipenjarakan dengan mendedahkan pihak berkaitan yang turut terlibat dan segala urusan dengan Clare, yang akan mengukuhkan lagi kes terhadap pengasas Sarawak Report itu.

Sementara itu, pihak polis Thai telah meminta polis Malaysia beberapa nama rakyat Malaysia yang boleh membantu mereka dalam siasatan terhadap Xavier Andre Justo. Pembantu Dr Mahathir, Sufi Yusuf dikatakan adalah antara lima rakyat Malaysia yang didakwa terlibat dalam jenayah mencuri data dan jenayah pemalsuan emel. Hmm ... adakah Sufi akan menyambut Hari Raya di Kuala Lumpur atau di Bangkok tahun ini?

Selain itu, polis Thailand juga sedang menyiasat aliran wang kepada Justo. Polis mahu tahu berapa banyak yang dibayar dan bagaimana ia dibayar, melalui wang tunai atau pemindahan elektronik. Mereka mahu tahu siapa lagi yang membayar kepada Justo selain RM15 juta yang diterimanya dan sudah diketahui umum. Sekiranya wang tunai diseludup ke Thailand untuk membayar Justo, ia akan menjadi satu lagi kes jenayah kerana menyeludup wang tunai ke Thailand tanpa mengisytiharkannya adalah menyalahi undang-undang negara itu.

Plot semakin rancak dan kita mungkin di ambang melihat perkembangan yang lebih menarik dalam isu 1MDB ini. Ya, cerita ini masih belum berakhir. Sebaliknya ia baru bermula. Dijangkakan ia akan menjadi lebih panas dalam tempoh beberapa minggu akan datang. - Sarawakiana 

-UnReportedNews™®

Sunday, 10 February 2013

TU DIA! PSY @OPPAGANGNAM AKAN BERAKSI DI MALAYSIA!

-KEHADIRAN PSY UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2013 BN PERINGKAT NASIONAL DI PULAU PINANG BISA MENGAKIBATKAN PAKATAN RAKYAT TERUTAMANYA DAP PULAU PINANG SESAK NAFAS TAPI TIDAK MUSTAHIL KALAU ADA YANG TERUS KOMA DEK RASA DENGKI SELEPAS TENGOK GAMBAR ISTERI PM DATIN SERI ROSMAH MANSUR BERGAMBAR BERSAMA PSY DI BAWAH NI! AMBIK KOW! KEKEKE!!!-

Gambar MatKilau Penang
Bintang sensasi K-pop Korea Selatan Park Jae-Sang atau Psy yang mencipta nama di peringkat antarabangsa dengan Oppa Gangnam Style dijangka tiba di sini dengan menaiki jet peribadi awal esok untuk membuat persembahan pada Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia anjuran Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang. 

Psy dan rombongannya dijangka akan berangkat menuju terus ke lokasi di mana acara itu dijadual akan diadakan iaitu di Sekolah Hang Chiang sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas.

Gambar MatKilau Penang

Difahamkan, Psy sebelum ini berada beraksi di Salvador, Brazil dalam acara parti jalanan terbesar dunia selama dua hari bermula 8 hingga 10 Februari namun pada sekitar 10 pagi Ahad (waktu Malaysia), Psy menulis mesej di laman Twitternya memaklumkan pengikutnya Twitternya yang dia akan meninggalkan Brazil tanpa menjelaskan destinasinya yang selepas itu.

Walaupun demikian, Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang Oh Tong Keong yang juga penganjur persembahan Psy ke Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia menjelaskan setakat in, dia belum dapat memastikan pukul berapa Psy akan tiba namun mengesahkan bintang K-pop itu meminta pengiring untuk membawanya ke Sekolah Han Chiang.

Dalam hal yang berkaitan, siang tadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang untuk lawatan rasmi beliau selama selama dua hari disini sempena Sambutan Tahunn Baru Cina.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng setakat ini seolah-olah dalam keadaan "malu-malu kucing" untuk memberi pengesahan samaada beliau akan menghadiri program tersebut ataupun sebaliknya.

Guan Eng ketika ditanya perkara berkenaan oleh pemberita di satu Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Ketua Menteri Pulau Pinang di Pusat Arena Sukan Antarabangsa (PISA) Pulau Pinang sebaliknya menegaskan yang dia akan memaklumkan secara peribadi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekiranya memutuskan akan menghadiri program tersebut. 


"Saya akan beritahu sendiri (kehadiran) kepada Perdana Menteri, awak (wartawan) tunggu sidang media selepas ini kerana saya perlu melayan tetamu," janji Guan Eng kepada pemberita setelah enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Namun sehingga majlis tersebut yang dihadiri oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP Karpal Singh tamat, Guan Eng gagal menunaikan janjinya untuk mengadakan sidang media ini amat mengecewakan kumpulan wartawan yang telah berjam-jam menantinya.

Difahamkan, surat jemputan rasmi ke Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia yang dijangka akan dihadiri kira-kira 80,000 tetamu esok telah diserahkan oleh BN Pulau Pinang kepada Guan Eng dan semua barisan EXCO kerajaan negeri pimpinan DAP namun hingga kini tiada sebarang respon yang diberi.

-UnReportedNews™®

Saturday, 2 February 2013

ANWAR IBRAHIM AKHIRNYA AKUI KEHEBATAN NAJIB RAZAK!

-ADA PERPATAH INGGERIS YANG MENYATAKAN; "IF YOU CAN'T BEAT THEM SO "JOIN" THEM!" .. BEGITULAH YANG KINI DIALAMI ANWAR IBRAHIM MELIHAT IMPAK YANG MENAIKAN LAGI MARTABAT SERTA HORMAT RAKYAT KEPADA RAZAK & ROSMAH SEKEMBALI MEREKA DARI GAZA BARU-BARU NI! ANWAR SEBENARNYA DALAM DELIMA, DIA NAK JUGAK NAK PEGI SANA MACAM NAJIB NAMUN DIA TAKUT MATI KATAK KALAU TERKENA PELURU SESAT, MAKLUMLAH, DOSA SEMAKIN BERAT, KOT? KEKEKE!!!-



Pakatan Rakyat (PR) sentiasa menyokong usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memulihkan pergolakan di Palestin.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menyambut baik lawatan kemanusiaan Perdana Menteri ke Gaza baru-baru ini dan tidak berkompromi dalam mana-mana usaha ke arah kezaliman Negara tersebut.

"Kita tidak pernah kompromi dalam hal ini, sesiapa sahaja yang ada usaha untuk membantu Gaza, kita alu-alukan walaupun Datuk Seri Najib Razak, walaupun baru kali pertama beliau ke sana," katanya kepada pemberita ketika mengadakan pertemuan bersama anggota Kabinet Hamas, Walid Amudi. 

Kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dilihat bercanggah dengan maklum balas beliau sebelum ini yang mendakwa lawatan Najib ke Gaza sebagai gimik politik untuk memenangi undi Melayu.

Sementara itu Walid Amudi menjelaskan, Kerajaan Hamas di Palestin menghargai usaha seluruh rakyat Malaysia yang prihatin terhadap nasib yang menimpa umat Islam di Palestin.

"Kami yakin seluruh umat Islam akan membebaskan Masjid Al-Aqsa. Semoga ALLAH terus mencurahkan barakah kepada rakyat Malaysia," katanya sambil menyambut baik maklum balas positif Anwar terhadap kunjungan Najib ke Gaza baru-baru ini.

Sumber: KL Pos


-UnReportedNews™® 

Thursday, 24 January 2013

KOMPOM USTAZ NASHA AKAN MASUK UMNO?

-KETUA PEMUDA PAS SI NASRUDIN HASSAN JELES PADA USTAZ NASHA YANG MENGIRINGI ROMBONGAN PN NAJIB KE GAZA SEBAB ITU DIA "MENGKEK" SANGAT KOT! USTAZ NASHA DAH SAMPAI KE GAZA, KO (NASRUDIN) ADA? KEKEKE!!!-

 
Tindakan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan yang memperlekehkan lawatan kemanusiaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza diselar oleh Ketua Pemuda Umno hari ini.
 
Khairy Jamaluddin berkata, Nasrudin tidak harus bertindak sedemikian kerana lawatan tersebut bertujuan memberi sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin membebaskan negara mereka daripada Israel.
 
Menurut Khairy, Nasrudin sebenarnya iri hati kerana lawatan Perdana Menteri mendapat sambutan luar biasa rakyat Palestin dan pemimpin Hamas.
 
"Nasrudin sepatutnya mengetepikan kepentingan politik dengan memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri kerana lawatan itu menunjukkan rakyat negara ini sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin.
 
"Sikapnya itu amat tidak matang apabila mencampurkan soal politik dalam negara dengan perjuangan kemanusiaan bagi membebaskan bumi Palestin dan rakyatnya yang dizalimi Israel sejak puluhan tahun lalu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua Pemuda Umno Pahang dalam siri lawatan kerjanya bagi meninjau persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 di Temerloh.
 
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Nasrudin yang mengeluarkan kenyataan mencemuh lawatan kemanusiaan Perdana Menteri ke Gaza dengan perkataan kesat dalam blognya.
 
Selasa lalu, Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama untuk menjejakkan kaki di bumi Palestin dalam rangka lawatan kemanusiaan ke Gaza.
 
Dalam lawatan singkat itu, Najib ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
 
Sumber: KL Pos
 
-UnReportedNews™®

Wednesday, 23 January 2013

NAJIB BERJUMPA PEMIMPIN HAMAS

-AGAKNYA APA YANG DIPORET MEREKA BERDUA YA? MUNGKIN TENTANG "AGENT ISRAEL" ATAU MEREKA-MEREKA YANG "SEWAKTU" DENGANNYA KAN? KAN? KAN? MAHU TERKEDU ATAUPUN TERKINCIT BANG ANU TENGOK GAMBAR KAT BAWAH NI! KEKEKE!!!-
 
 
 
Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama untuk menjejakkan kaki di bumi Palestin dalam rangka lawatan kemanusiaan ke Gaza, Selasa, hari ini.

Beliau tiba pada jam 10.40 pagi (4.40 petang waktu Malaysia) di sempadan Palestin berhampiran Rafah.

Najib turut menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh, di kawasan lintasan sempadan. Lagu kebangsaan 'Negaraku', dan lagu kebangsaan Palestin telah dimainkan sewaktu pertemuan kedua-dua pemimpin itu.

Sebelum itu, Perdana Menteri terpaksa mengharungi perjalanan sejauh 55km dari lapangan terbang El-Arish di Mesir ke sempadan Rafah melaui jalan darat.

Selepas memeriksa kawalan kehormat oleh pasukan Polis Palestin, Perdana Menteri Malaysia dan Ismail mengadakan mesyuarat di Pusat Imigresen Rafah.

Najib dijadualkan untuk melawat sebuah sekolah yang dibiayai Malaysia, Al Madrasah Al Malaziah, sebelum melawat tapak bagi pembinaan sebuah pejabat baru bagi Perdana Menteri Kerajaan Hamas di Gaza.

Pejabat lama Ismail telah mengalami kemusnahan teruk sewaktu serangan Israel pada bulan November tahun lepas.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dijadualkan untuk menghadiri majlis makan tengah hari yang dihoskan oleh Ismail di Movenpick Hotel sebelum melawat Universiti Al-Aqsa, di mana Najib akan dianugerahkan ijazah doktor kehormat.

Selepas menerima ijazah kedoktoran, Najib akan berlepas ke Kaherah untuk melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Mesir Mohamed Morsi.
 
Sumber: KL Pos
 
-UnReportedNews™®

Friday, 18 January 2013

ANWAR IBRAHIM BOLEH NAZAK DENGAR SUMPAH DATIN SERI ROSMAH MANSUR

-"WALLAHI, SAYA TIADA CINCIN RM24 JUTA," SUMPAHNYA .. ROSMAH & SAIFUL DAH BERSUMPAH .. DEMO BILA LAGI BANG ANU? KEKEKE!!!-


Datin Seri Rosmah Mansur hari ini telah membuatkan nasi yang dimakan oleh Anwar tersembur keluar apabila Datin Seri Rosmah Mansor telah membuat kejutan besar di hadapan balu-balu tentera malam tadi dan dengan beraninya beliau telah bersumpah kerana Allah swt yang beliau tidak mempunyai cincin berlian seperti yang didakwa pihak pembangkang.

Lagi satu penipuan yang dilakukan oleh pembangkang ditepis oleh isteri Perdana Menteri yang sanggup bersumpah dihadapan khalayak ramai.

Lepas ni tak tau apa pembangkang nak fitnah keluarga Perdana Menteri pulak.

Apa yang pastinya rakyat dah tau segala perkara yang sebenar dan isu cincin tersebut hanya diperbesar besarkan oleh pembangkang dalam usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. (Bertia lanjut klik sini)


"Cincin berlian RM24 juta yang menjadi kontroversi itu sebenarnya dibawa masuk Malaysia disebabkan ada pameran sulit.

Namun, ia telah menjadi kontroversi apabila wujud pemimpin Pakatan Rakyat yang memanipulasikan kemasukan cincin berkenaan dengan membuat fitnah terhadap Rosmah.


Setelah sekian lama berdiam diri, lantas Rosmah hari ini mengambil tindakan nekad dengan melafazkan sumpah demi Allah swt bagi membersihkan namanya yang telah difitnah.


"Tak kisahlah apa mereka nak cakap… biarlah… mereka nak buat dosa maka biarlah mereka buat dosa… kita ni sabar sahajalah.


"Selagi saya boleh sabar saya akan sabar… saya tahu agenda mereka yang utama adalah untukk menyerang saya Rosmah dari pelbagai sudut dan isu cincin ada diantaranya.


"Jangan nanti bila kita balik, ada pula dengar yang saya ada cincin berjuta-juta harganya maka anda percaya.


"Kalau saya ada cincin itu, mari saya jemput anda datang kerumah saya dan lihat sendiri cincin itu… tetapi masalahnya saya tak ada cincin itu.

"Sebab itu saya berani bersumpah… kita tak buat salah kenapa kita nak takut tegakkan kebenaran… kenapa kita nak takut bersihkan nama kita," katanya selepas melafazkan sumpah berkenaan." (petikan dari Perak Today)

Sumber: Tun Faisal Dot Com

-UnReportedNews™®

Sunday, 6 January 2013

RAFIZI KETANDUSAN "PENDEDAHAN PANAS"

-"ASSANGE WANNABE" MALAYSIA KINI SEPERTI KEHABISAN MODAL SEHINGGAKAN MEMBUAT PENDEDAHAN YANG "KURANG RAPI"! LEMBU DAH HABIS SUSU KOT?! KEKEKE!!!-



Rakyat Malaysia sekali lagi dihidangkan dengan permainan wayang kulit pembangkang yang gemar mendedahkan dokumen sulit sebagai senjata politik kotor mereka. Kali ini Pengarah Strategik PKR,Rafizi Ramli muncul lagi sebagai watak hero parti itu untuk mengelirukan rakyat dengan 'pendedahan panas' seolah-olah beliaulah Julian Assange Malaysia. Assange adalah seorang pengarang dari Australia yang juga merupakan pengasas laman web Wikipedia. 

Beliau kini bersembunyi di bawah suaka politik dalam kedutaan Ecuador kerana takut di buru pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Eropah berhubung aktiviti beliau mendedahkan banyak dokumen sulit kerajaan terutamanya berkaitan pengintipan dan ketenteraan. Mungkin Rafizi juga bercita-cita untuk mencapai status seperti Assange dan menyorok pula di dalam kedutaan Turki.

Terkini pemimpin muda kesayangan Anwar Ibrahim ini mendedahkan melalui kenyataan media isi kandungan beberapa dokumen serta invois berhubung pembelian barang kemas bernilai RM13 juta dari Hong Kong Kononnya, Rafizi mendakwa, invois tersebut adalah kepunyaan ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan barangan kemas tersebut adalah pemberian kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri.

Strategi yang dirancang oleh Rafizi mudah sahaja. Kaitkan Perdana Menteri, isteri atau mana-mana pemimpin kerajaan dengan amalan rasuah, jenayah dan penyelewengan kuasa dengan menggunakan dokumen sulit, milik peribadi atau rasmi. 

Tanpa mengesahkan samada dokumen yang didedahkan itu adalah sahih ataupun palsu, dan diperjelaskan dari mana sumbernya, rakyat terus diperbodohkan dengan rekaan cerita dan hikayat berunsur fitnah dan tohmahan pembangkang. Dalam pendedahan terbaru, Deepak telahpun membuat penafian bahawa dokumen dalam tangan Rafizi bukan datang darinya. Jadi persoalannya dari manakah Rafizi memperolehi dokumen-dokumen tersebut ??? 

Dalam dunia digital dengan teknologi digital komputer yang canggih,semuanya boleh menjadi kenyataan.Tidak mustahil mana-mana dokumen boleh dipalsukan menggunakan teknologi masa kini termasuk yang didakwa Rafizi sebagai kepunyaan Deepak. Jikapun benar barang kemas tersebut dibeli oleh Deepak, kemungkinan ia adalah untuk ibu atau adik beradik perempuannya atau sebagai pelaburan malah boleh juga dibeli untuk Rafizi sekalipun.

Mengapa pula tanpa sebarang bukti kukuh,pembelian barang kemas itu disabitkan pula dengan isteri Perdana Menteri ??? Apakah asas Rafizi untuk menuduh Datin Seri Rosmah menerima barangan kemas itu dari Deepak hanya berdasarkan beberapa invois yang diragukan keasliannya ??? 

Terlebih dahulu pembangkang pernah menuduh isteri Perdana Menteri kononnya memiliki cincin berlian bernilai RM73 juta yang dibeli dari Amerika Syarikat. Hanya berdasarkan cetakan dokumen yang kononnya di ambil dari skrin komputer pihak kastam, pembangkang terus mengaitkannya kepada Datin Seri Rosmah.Akhirnya isu tersebut terkubur begitu sahaja kerana nyata apa yang dituduh adalah fitnah semata-mata dengan niat untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Begitu juga pendedahan terdahulu seperti isu NFC,projek LRT Ampang dan sistem kawalan trafik udara KLIA yang semuanya senyap dan tidak bersuara lagi apabila pihak kerajaan atau agensi yang dituduh melakukan penyelewengan memberi penjelasan dan kenyataan sebenar. Namun kedudukan pembangkang seolah-olahnya melebihi undang-undang negara dan mereka mampu membuat fitnah serta dakwa dakwi tanpa sebarang rasa tanggungjawab malah dan terlepas lupa daripada tindakan. 

Mereka tahu individu seperti isteri Perdana Menteri atau Perdana Menteri sendiri tidak berpeluang menjawab segala tuduhan dan dakwaan palsu yang dilempar terhadap mereka.

Oleh kerana itu pembangkang bermaharajalela memyebar sebanyak mungkin fitnah dan berita palsu mengenai pemimpin kerajaan untuk mengaburi mata rakyat demi kepentingan politik mereka. 

Pilihan Raya Umum ke-13 semakin dekat dan gendang fitnah pembangkang pun semakin kuat dan rancak. Disebabkan ketandusan isu konkrit untuk membuktikan kemampuan mereka untuik mentadbir negara, pembangkang kini tangkap muat apa sahaja isu yang boleh dieksploitasikan. 

Tidak kira isu kecil atau besar, pembangkang sekarang sudah terdesak untuk menutup segala kepincangan mereka sendiri dan penipuan yang telah mereka lakukan selama ini. Rakyat kini sudah bijak bestari membandingkan antara permata dan batu, dan tidak mungkin pembangkang boleh menggangap mereka mampu diperbodohkan selamanya.
Sumber: Badut Rakyat

-UnReportedNews™®

Friday, 4 January 2013

BAEK PUNYA CILOK; ANTARA RAFIZI & ANWAR, SIAPA LEBIH LEMBU?

-DOKUMEN YANG BUKAN MILIK DEEPAK DIDEDAHKAN RAFIZI KEMUNGKINAN BERIKUTAN DENGAN KEKECIWAAN ANWAR TERHADAP "CILOK" DEEPAK .. APA-APA PUN DUA-DUA MEREKA TU MACAM LEMBU!KEKEKE!!!-
Ahli perniagaan Deepak Jaikishan berkata beliau tidak tahu menahu mengenai dokumen yang dikemukakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini berhubung dakwaan pembelian barang kemas - didakwa sebahagian daripada sogokan untuk melicinkan satu urusniaga tanah.

Menurut Deepak lagi, beliau juga tidak pernah menyerahkan apa-apa dokumen sama ada kepada Rafizi mahupun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan pembelian barang kemas tersebut.

"Saya tak pernah beri (Rafizi) apa-apa dokumen.

"Saya juga tidak pernah melalui seseorang (proksi) memberikan sebarang dokumen itu kepadanya. Saya sendiri tidak pernah lihat dokumen yang dikatakan," katanya.

Beliau yang ditanya pemberita meluahkan kekecewaan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwanya menggunakan Rafizi Ramli untuk mendedahkan dokumen-dokumen yang bukan miliknya.

"Secara jujur saya tidak tahu apa yang dikatakan oleh Rafizi. Saya rasa ianya bertujuan untuk mensensasikan isu (urusniaga tanah) dan saya sekali lagi berkata tidak pernah melihat dokumen itu.

"Oleh itu saya bersama peguam akan meneliti tentang perkara ini," katanya pada sidang media di ibu negara petang ini.

Deepak juga berkata beliau dinasihatkan peguam supaya tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan bahawa beliau membeli barang kemas tersebut.

Beliau juga mahu Rafizi tampil untuk menunjukkan dokumen-dokumen tersebut yang dipaparkan dalam blog beliau rafiziramli.com

Ditanya lagi mengenai kesahihan dokumen-dokumen tersebut yang turut memperlihatkan nama syarikat Carpet Raya Sdn Bhd, Deepak berkata "Syarikat itu memang milik saya, namun dokumen-dokumen yang didakwa Rafizi bukan milik syarikat saya."

Sebelum itu, Pengarah Strategi PKR itu mendakwa dokumen-dokumen pembelian 19 keping barang kemas tersebut dari dua firma di Hong Kong bernilai RM13 juta adalah untuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Sumber: KL Pos

-UnReportedNews™®

Tuesday, 24 July 2012

VIDEO PENAFIAN FARID ISMETH ADA HUBUNGAN DENGAN ROSMAH

-ALLAH MAHA ADIL & SAKSAMA, POSTING VIDEO PESONALITI RTM ZAMZARINA ZABRI DI BLOG BELIAU DENGAN RAKAN SEKERJANYA FARID ISMETH YANG DIDAKWA PIHAK YANG TAK BERTANGGUNGJAWAB SEBAGAI BEKAS SUAMI DATIN SERI ROSMAH MANSUR TEPAT PADA 23HB JULAI BERSAMAAN HARIJADI YAB PM DATO' SERI NAJIB TUN RAZAK KE 59 SEMALAM MENJAWAB SEGALA TOHMAHAN TERSEBUT..JAWAB PR..JAWAB BALIK..KEKEKE!-

FARID ISMETH EMIR ATAU LEBIH MESRA DENGAN PANGGILAN 'PAK NGAH' DIKALANGAN RAKAN-RAKAN WARGA RTM AKIBAT FITNAH ORANG YANG MENGATAKAN BELIAU PERNAH BERKAHWIN DENGAN ORANG KENAMAAN.. TELAH LEBIH SEDEKAD PAK NGAH MEMENDAM RASA DI LUBUK HATI..

IKUTI TEMUBUAL EKSKLUSIF ZZ BERSAMA FARID ISMETH YANG TELAH DIRAKAMKAN SECARA AMATUR. TUJUAN ZZ MENGADAKAN TEMUBUAL INI AGAR PIHAK-PIHAK YANG MEMFITNAH PAK NGAH & VVIP ITU MENDAPAT KEBENARANNYA HARI INI WALAUPUN PAK NGAH TAK PERNAH BERSUARA TETAPI INILAH YANG TERBUKU DI HATI PAK NGAH SELAMA INI..

JOM TONTON PENGAKUAN PAK NGAH..


(Cerita sepenuhnya klik disini)

Sumber: zamzarinazabri.blogspot.com

-UnReportedNews™®


UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List