Showing posts with label Mustafa Ali. Show all posts
Showing posts with label Mustafa Ali. Show all posts

Thursday, 28 August 2014

ISU MB SELANGOR: TOLAK AMANAH KEPIMPINAN, PAS BACUL!


Cakap berapi-rapi, memperjuangkan bangsa Melayu dan Agama Islam tapi bila diberi peluang secara tidak langsung oleh Sultan Selangor untuk memimpin negeri itu, PAS bagaikan kecut telur bagaikan lelaki yang dayus lagi bacul sebaliknya menolak amanah rakyat tersebut bulat-bulat kepada PKR.

Sia-sia jer rakyat Selangor mengundi PAS sehingga menang 15 kerusi menyamai jumlah kerusi DAP berbanding dengan PKR yang hanya mendapat 14 kerusi di negeri tersebut pada PRU yang lepas hanya untuk dipelkedaikan sedemikian rupa.

Ini jelas digambarkan menerusi kenyataan terkini Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang PAS tidak akan mencalonkan mana-mana wakil rakyatnya untuk jawatan menteri besar Selangor sebaliknya akan mencalonkan tiga nama wakil rakyat PKR.

"Keputusan untuk tidak menamakan mana-mana wakil rakyat PAS (untuk jawatan MB) adalah muktamad. Ini kerana jawatan itu telah dikhaskan untuk PKR. Kami menghormati perkara ini," katanya lagi selepas menghadiri mesyuarat tertutup dengan pemimpin-pemimpin PAS negeri di ibu pejabat parti itu di sini semalam.

PAS sanggup menghampakan harapan rakyat Selangor yang tidak mahukan Jijah Kipas yang bukannya anak jati Selangor menjadi MB Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim demi untuk memenuhi kehendak KETUM Nuar Brahim.

Kemanakah keislaman PAS? Mengapa terlalu obses dan memperdewakan KETUM sehinggakan nasib dan masadepan rakyat Selangor di pertanggungjawabkan ke tangan orang lain yang nyata tiada kelayakan dan mem punyai kepentingan peribadi sedang anda telah diberi peluang untuk memimpin? 

Islam tidak pernah mengajar kita untuk lari dari tanggungjawab, lebih-lebih lagi sekiranya tanggungjawab tersebut datang dari amanah rakyat yang telah memilih kita untuk memimpin mereka namun tindakan terkini PAS membukti PAS adalah parti yang dayus dan bacul.

Takut untuk memikul tanggugjawab, takut dengan amanah rakyat, takut untuk memimpin dan takut dengan KETUM! Itu PAS sebenarnya!!!

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya:

"Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ianya pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya."

(Riwayat Muslim)

Dari Abu Zar, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

"Wahai Abu Zar, sesungguhnya aku melihat engkau seorang yang lemah, sesungguhnya aku suka untuk engkau apa aku suka untuk diriku. Maka jangan engkau menjadi ketua ke atas dua orang dan jangan engkau uruskan harta anak yatim."

(Riwayat Muslim)

SYARAH AL HADIS

Dalam hadith ini Rasulullah s.a.w. tidak memberikan jawatan sekalipun kepada Abu Zar, seorang sahabat yang sangat dikasihi baginda, apabila dilihat ciri-ciri kelayak tidak wujud sepenuh. Abu Zar adalah seorang sahabat yang soleh lagi warak dan zuhud. Namun begitu, amanah jawatan dan politik berhajat ciri-ciri yang yang lebih dari itu, yang bukan semua individu memilikinya. Justeru itu tidak semua sahabat layak mengendalikan urusan siyasah atau politik seperti al-Khulafa ar-Rasyidun. Demikian juga bukan semua mereka kuat agama boleh mengendalikan urusan politik.

Juga hadith ini menonjolkan sikap yang terpuji Abu Zar r.a. yang meriwayatkan ucapan Nabi s.a.w, sekalipun inti kandungannya menyatakan kelemahan dirinya dalam kepimpinan. Ini amanah ilmu dan kejujuran para sahabah yang menyampaikan ajaran Rasulullah s.a.w kepada umat.

Berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, maka para ulama ahli sunnah yang silam seperti Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) telah membahaskan persoalan ini. Dengan itu umat Islam tidak sepatutnya hilang garisan dalam perlantikan dan pemberian kuasa terutamanya dalam hal politik.

Hadith ini juga menjelaskan besarnya tanggungjawab kepimpinan dan pengurusan di dalam Islam dan bukan sebarangan individu yang benar-benar mampu memikulnya. Justeru itu memberikannya kepada seseorang yang tidak memiliki keahlian atau kelayakan adalah punca kerosakan masyarakat dan umat. Kerosakan sistem masyarakat menatijahkan kerosakan individu keseluruhannya. Nabi s.a.w. sering memberi amaran tentang kemusnahan hidup apabila amanah dikhianati.

-UnReportedNews™®

Wednesday, 27 August 2014

PAS TAK DERHAKA, AKAN KEMUKAKAN DUA CALON MB NAMA PADA SULTAN


Sebagai menghormati dan menjunjung titah Sultan Selangor, PAS akan mengemukakan tidak kurang dua nama calon bakal Menteri Besar Selangor yang baharu kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS akan mempersembahkan nama calon tersebut selepas menerima surat pemakluman rasmi daripada istana.

"Apapun perbincangan tak rasmi kita akan buat untuk mendapatkan pandangan," Mustafa dipetik sebagai berkata oleh Harakahdaily. 

Menurut Mustafa lagi tindakan berkenaan dilakukan bagi mengulas titah Sultan Selangor yang mahu Pakatan Rakyat memberi lebih dua nama untuk diperkenankan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. 

Bagaimanapun, PKR dan DAP tetap berkeras untuk mencalonkan satu nama sahaja, iaitu presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. -Sarawakiana

-UnReportedNews™®

Monday, 25 August 2014

ISU MB SELANGOR: SEKEJAP BERIA BENAR, SEKEJAP TIDAK .. ENTAH APA-APA LAH PAS NIH ...


Ketika PKR mengharap sentuhan kasih dari parti PAS, namun sekali lagi PAS membuat keputusan bercanggah dengan impian PKR yang ingin melihat isteri Ketua Umum parti itu bertahta sebagai Menteri Besar Selangor.

Tidak cukup dengan isu 13 ADUN PAS Selangor yang tidak menandatangani surat akuan bersumpah menyokong Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB yang baharu menggantikan Tan Sri Khalid.

Sebaliknya PAS hari ini menyatakan keputusan sebulat suara parti itu akan menyerahkan isu pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu kepada Sultan Selangor.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bersetuju menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan Sultan Selangor dalam menentukan (memilih individu bagi ) jawatan menteri besar Selangor. (berita selanjutnya, klik di sini


-UnReportedNews™®

Friday, 15 August 2014

TERKINI: WAN AZIZAH KIPAS BUKAN CALON MB SELANGOR BARU LAGI?


KUALA LUMPUR: 'Drama' politik Selangor bakal menyaksikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tersingkir dari tercalon sebagai peneraju negeri selepas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih  ADUN Ijok Dr Idris Ahmad sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Zahid Mat Arip berkata, keputusan tersebut bagi memastikan PAS terus menyokong PKR mendesak Tan Sri khalid Ibrahim meletakkan jawatannya.

"Anwar kini dikatakan sedang berura-ura untuk mencari calon alternatif bagi jawatan menteri besar yang baru, bukan lagi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tetapi ADUN Ijok Dr Idris Ahmad," katanya kepada RakyatNews, hari ini.

Jelasnya, pucuk pimpinan PAS juga telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan misi Anwar adalah untuk mendapatkan persetujuan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya difahamkan Dr Idris sudah geli-geleman dengan tawaran baru ini. Dr Idris Ahmad dari PKR Ijok ditawarkan sebagai calon alternatif bagi membolehkan PAS bersetuju dengan pelantikan menteri besar baru menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali juga telah bersetuju untuk menggantikan Wan Azizah dengan Dr Idris. Apabila ini berlaku maknanya PAS telah 'dikencing' dua kali dengan Anwar," ujarnya.

Tegasnya, PAS seharusnya bertindak lebih tegas dengan menegakkan pendiriannya dari terus dipermainkan rakan Pakatan Rakyat (PR), PKR dan DAP, bagi memastikan Khalid disingkirkan dari pentadbiran Selangor.

"Bagi Anwar, PAS hanyalah parti politik hingusan yang boleh diperbudak-budakkan, dikotak-katikkan demi memastikan Tan Sri Khalid tersingkir (dari pentadbiran Selangor).

"Saya yakin mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat 17 Ogos ini akan membuat ketetapan menyokong Dr Idris Ahmad dari ADUN Ijok menggantikan Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar," katanya lagi. (sumber

-UnReportedNews™®

Sunday, 14 July 2013

PRK KUALA BESUT: DAKWAAN STOPA SPENDA PALSU?!

-CALON BN TENGKU ZAIHAN ADALAH ANAK JATI KAMPUNG NAIL, KUALA BESUT & TUDUHAN STOPA SPENDA ADALAH PALSU SERTA BERMOTIFKAN SERANGAN POLITIK YANG HENDAK MEROSAKKAN IMEJNYA! PUASA-PUASA JUGAK TAPI KALO AKU KAT KUALA BESUT SEKARANG, AKU KIBAR JE SELAI SPENDA PUTIH BESAR, ABIH CERITA! KEKEKE!!!-

Calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Ku Abd Rahman menolak sekeras-kerasnya dakwaan PAS berhubung kesahihannya sebagai anak tempatan Kuala Besut sekaligus menegaskan tuduhan tersebut tidak tepat.

Katanya yang memberitahu Antarapos melalui khidmat sistem pesanan ringkas (SMS), beliau dilahirkan di Kampung Nail, Kuala Besut.

Tambahnya lagi, beliau telah berkhidmat dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) selama lima tahun dan berpindah ke Kuala Lumpur sejak dua bulan lalu.

"Saya adalah kelahiran kampung Nail, Kuala Besut. Telah berkhidmat lima tahun di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut.

"Baru dua bulan sahaja pindah ke Kuala Lumpur. Jadi isu bukan anak tempatan adalah sangat tidak tepat," tegas beliau.

PAS memulakan kempen hari pertama dengan mempertikaikan pemilihan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang didakwa bukan anak tempatan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mendakwa dimaklumkan bahawa Tengku Zaihan tidak dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Besut seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

PAS juga turut mendakwa pemilihan Tengku Zaihan sebagai calon bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut tidak mendapat restu pemimpin tempatan.

Media walau bagaimanapun sebelum ini melaporkanTengku Zaihan merupakan anak kelahiran Kuala Besut dan pernah berkhidmat sebagai jurutera awam di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut sebelum dipindahkan ke Putrajaya.

-UnReportedNews™®

PRK KUALA BESUT: SIKAP "MINUM SAMBIL MENYELAM" PAS!

-AIK .. DAKWAAN STOPA SPENDA IAITU CALON BN PRK KUALA BESUT BUKAN ANAK TEMPATAN SEMACAM MEMERLI RAKAN SEPAKATAN MEREKA; DAP JE? AMBIK KESEMPATAN MINUM SAMBIL MENYELAM KER BANG? KEKEKE!!!-

PAS memulakan kempen hari pertama dengan mempertikaikan pemilihan calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang didakwa bukan anak tempatan.

Malah serangan peribadi terhadap Tengku Zaihan juga membabitkan dakwaan kononnya pemilihannya sebagai calon bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut tidak mendapat restu pemimpin tempatan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau dimaklumkan bahawa Tengku Zaihan tidak dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Besut seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

"Calon BN ini kurang dikenali oleh masyarakat setempat. Ada yang kata beliau tidak dilahirkan dan dibesarkan di sini...cuma keluarganya ada di sini.

"Mengikut sumber juga calon BN ini bukan kehendak masyarakat setempat. Tetapi beliau didatangkan dari pilihan orang Putrajaya," katanya pada sidang media di markas PAS di Kampung Baharu di sini, Sabtu.

Menurut Mustafa, berbanding wakil PAS, Endut @ Azlan Yusor, beliau merupakan calon akar umbi yang menjadi pilihan masyarakat setempat di Kuala Besut.

"Azlan tak pernah pun bercita-cita nak jadi calon pilihan raya. Tapi memandangkan beliau mempunyai kriteria 'calon rakyat', maka kita beri kepercayaan kepadanya," katanya.

Media sebelum ini melaporkan Tengku Zaihan merupakan anak kelahiran Kuala Besut dan pernah berkhidmat sebagai jurutera awam di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut sebelum dipindahkan ke Putrajaya. (sumber


(sumber

-UnReportedNews™®

Friday, 12 July 2013

PRK KUALA BESUT: RAKYAT MASIH "TRAUMA" DENGAN SPENDA STOPA!

-SECARA UMUMNYA, IGAUAN NGERI RAKYAT KEPADA PENAYANGAN VIDEO YANG ADA KELIBAT SPENDA STOPA YANG SELEBAR LAYAR KAPAL "BERKIBAR-KIBAR" MASIH DAPAT DIRASAKAN! AKIBATNYA STOPA ALI DIKUTUK KERANA SPENDANYA DI KUALA BESUT! KEKEKE!!!-

Kehadiran Stopa Ali di hari penamaan calon bagi PRK Kuala Besut hari ini menyebabkan keadaan sedikit kecoh. 

Ini berikutan beliau menerima sindiran dan juga kata perli dari penyokong-penyokong BN disini. 

Antara laungan yang dapat didengar ialah "Stopa Spenda" dan juga "hero blue".

Ini menyebabkan penyokong-penyokong Pas yang mengiringi kumpulan Stopa Ali mula membalas kutukan tersebut sehingga menimbulkan keadaan sedikit kecoh.

Stopa Ali dalam satu kenyataan ringkas kepada penyokongnya, telah berikrar untuk membawa Pas memenangi Pilihanraya kecil ini untuk membuktikan bahawa Pas semakin disokong oleh rakyat.

Jentera Pas di Kuala Besut juga berjanji akan memastikan spenda bendera Pas berkibar di Kuala Besut selepas berakhirnya pilihanraya kecil ini nanti.

Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut diadakan bagi menggantikan bekas ADUN Datuk A Rahman Mokhtar yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru.

Calon PAS Azlan Yusof adalah seorang ahli perniagaan manakala calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman pula merupakan seorang jurutera muda yang dikatakan bakal mewakili suara anak muda Terengganu. (sumber)

PS:  Baguslah, kehadiran individu-individu seperti Stopa & Husam ke Besut akan menipiskan lagi peluang untuk PAS menang dalam PRK tersebut! Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

Monday, 1 July 2013

"STOPA SPENDA" DAKWA PKR TIDAK PAHAM!

-ALAA .. PERKATAAN "TIDAK PAHAM" YANG DIGUNAPAKAI OLEH STOPA ALI LEMBUT SANGAT, SEPATUTNYA DITUKAR DENGAN PERKATAAN "TAMAK"! PKR SENGAJA BUAT-BUAT TAK PAHAM TU! SATU LAGI, ABANG STOPA ADER PAKAI SPENDA TAK ARI NI? KEKEKE!!!-

PAS mendakwa PKR Terengganu “tidak faham” apabila mengeluarkan kenyataan untuk mengetengahkan calon daripada parti itu pada PRK DUN Kuala Besut ekoran kematian penyandangnya, Rabu lalu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, sebenarnya isu PKR mahu meletakkan calonnya bertanding di kerusi itu tidak sepatutnya timbul.

Lazimnya ujar Mustafa, kerusi yang berlaku kekosongan perlu diserahkan kepada parti yang bertanding di kerusi itu pada PRU.

“Kita lihat dia tak serius dalam memberi kenyataan tersebut. Sebenarnya soal itu tidak berbangkit, isu nak meletakkan calon tersebut.

“Dia tak faham tentang kerusi tersebut,” katanya lapor Sinar Harian.

Kelmarin, Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, PKR mempunyai calon berpotensi untuk bertanding di kawasan tersebut yang sebelum ini ditandingi calon PAS, Napisah Ismail.

“Saya yakin PAS akan pertimbangkan calon daripada PKR. Bagi memperbaiki kedudukan di Terengganu, adalah baik PAS beri pertimbangan calon PKR di situ,” kata Azan.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali semalam berkata, kerusi Kuala Besut pernah dimenangi oleh PKR pada tahun 1999.


Di sebalik kesediaan PKR itu, Pas dari segenap negeri tampil dengan kenyataan sudah siap sedia untuk menggempur kubu BN itu.

Kerusi Dun Kuala Besut diisytiharkan kosong selepas penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar dari BN meninggal dunia, 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Mengulas lanjut, Mustafa yakin Pas di peringkat negeri mempunyai calon yang berkelayakan untuk diletakkan di kerusi Dun Kuala Besut pada PRK akan datang sekali gus menewaskan calon BN.

Bagaimanapun, tambahnya, memandangkan tarikh PRK belum ditetapkan, PAS Pusat masih belum meminta sebarang senarai nama untuk melakukan proses pilihan calon.

“Negeri yang akan cadangkan calon, saya yakin mereka sudah ada nama calon, nanti Pusat akan tapis dan tentukan.

“Setakat ini, negeri pun belum hantar lagi kepada PAS Pusat,” katanya.

-UnReportedNews™®

Monday, 22 April 2013

PRU-13 SARAWAK : PKR SARAWAK PERCAYA VIDEO YANG DIDEDAH INTERNET ADALAH BENAR!

-RAKAN-RAKAN KEPADA AHMAD NAZIB JOHARI, CALON PKR PETRA JAYA PADA PRU13 IAITU TIMBALAN PENGERUSI PKR SARAWAK HAJI WAN ZAINAL WAN SANUSI & LT KOLONEL ABANG HAMDEN ABANG HADAR SEWAKTU CERAMAH DI SEBUAH TEMPAT MENJAMU SELERA DI SATOK PADA HUJUNG MINGGU LEPAS TELAH MENGAKUI APA YANG ADA DI INTERNET ITU ADALAH BENAR! JOM LAYAN INTERNET! KEKEKE!!!-





-UnReportedNews™®

PRU13: ANWAR TIDAK LAGI RELEVAN DALAM PAKATAN!

-BACALAH! JANGAN TAK BACA! ARAHAN ANWAR BAGI DAP & PAS HANYA BAGAIKAN KERTAS TISU TANDAS YANG DIGUNAPAKAI MENGELAP ***** SETELAH MEMBUANG AIR BESAR! KEKEKE!!!-

Calon-calon yang bakal bertanding dalam PRU-13 telah pun diputuskan di mana bagi kerusi Parlimen, PAS akan bertanding 73 kerusi, PKR 99 dan DAP 51 manakala bagi kerusi DUN pula, PAS 236, PKR 172 dan DAP 102.

Dua kawasan di Sabah bakal menyaksikan pertandingan 7 penjuru iaitu N52 Sulabayan dan P191 Kalabakan.  Bagi Sulabayan, pertandingan adalah antara parti BN - Dato’ Jaujan Sambakong dengan PKR - Hermeny Murgal, Bersama - Hasaman Sagaran, dan empat calon Bebas iaitu Hussein b. Mumakil, Mamat Barhana, Julkalani Abd Rahman dan Ghazalie Pg.  Hindi.   

Kalabakan pula, BN – Ghaphur Salleh, PAS – Usman Madeaming, Star – Malvine Reyes, dan empat Bebas – Yahya Zainal, Siamsir Borhan, Freddie Japat dan Mohd Manuke.

Beberapa kawasan lain turut menyaksikan pertentangan sesama sendiri antara sekutu Pakatan Rakyat iaitu PAS dan PKR antaranya di Parlimen Labuan Wilayah Persekutuan, serta DUN Sungai Acheh Pulau pInang, Kota Damansara Selangor dan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir.

Secara dasarnya, PKR dilihat berusaha sedaya upaya untuk menonjolkan dominasi parti itu selaras dengan kedudukan Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan bakal Perdana Menteri PR. 

Namun, PAS juga tidak mahu mengalah dan berusaha melonjakkan Hadi Awang sebagai bakal Perdana Menteri yang jauh lebih layak dari Anwar Ibrahim.  Perkara ini bukan lagi rahsia di mana penolakan PAS terhadap Anwar kini semakin menjadi-jadi dan berlaku secara terbuka juga.

Di masa yang sama, PAS turut menghadapi cabaran untuk membuktikan bahawa parti itu berupaya menjadi dominan dalam Pakatan Rakyat.  Ini kerana Hadi Awang tidak mempunyai karisma dan kelayakan yang sesuai sebagai seorang Perdana Menteri yang mampu membawa Malaysia mengharungi era teknologi. 

DAP pula mengambil langkah lebih realistik dengan meletakkan calon hanya di kawasan yang ‘masuk akal’ untuk menang kerana cukup yakin bahawa apapun keputusan undian bagi PAS dan PKR, DAP akan kekal sebagai kuasa dominan pakatan mereka.  DAP bagaimanapun tidak begitu teruja untuk menerima Hadi Awang sebagai Perdana Menteri kerana gusar dengan pendirian ekstrem Presiden PAS tersebut dalam soal agama Islam.  

Justeru, walaupun tiada pertembungan DAP-PAS tetapi hakikatnya, berlaku pertarungan hebat antara keduanya dari segi mental dan juga spiritual. 

Pertindihan kerusi dan juga perselisihan yang berlaku di sana sini antara sesama sekutu PR adalah bukti jelas bahawa Anwar Ibrahim tidak lagi relevan dalam politik pembangkang khasnya, dan Malaysia, amnya.  

Anwar ditolak mentah-mentah oleh PAS dan DAP pula langsung tidak menghormatinya.  Kata-kata Anwar langsung tidak diterima oleh pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong PR sebagai amanat mahupun arahan. 

Selama ini juga, Anwar tidak pernah mempunyai kuasa khas yang mampu memberi kata putus atas apa saja kemelut yang dihadapi oleh PR.  Biarpun DAP bergelut dengan masalah pemilihan CEC, biarpun PAS berpeluh menahan malu akibat skandal Mustafa Ali, Anwar tidak mampu memberi komen atau masuk campur langsung dalam hal ehwal parti sekutunya sebagai seorang Ketua sebenar. 

Ini kerana siapalah Anwar untuk memberi komen mengenai skandal seks atau ketidaktelusan kerana beliaulah Raja segala skandal didunia. 

Oleh itu, walaupun kepimpinan Anwar tidak diiktiraf oleh pemimpin dan penyokong PR sendiri tetapi, dari segi skandal, kita tidak dapat nafikan bahawa Anwar seorang pemimpin yang hebat, yang benar-benar mampu memimpin melalui tauladan.  Jika tidak, tidak mungkin Mustafa Ali yang bergelar Ulama juga turut mengikut jejak langkahnya.(sumber

-UnReportedNews™®

Friday, 19 April 2013

PRU-13: PAS KINI SETARAF SEKUTUNYA; DAP & PKR MENGAMALKAN KRONISME!

-KETIGA-TIGA PARTI PEMBANGKANG INI SEBENARNYA SAMA-SAMA HEBAT KERANA MASING-MASING MEMPUNYAI PELAKON AKSI KLAS 18+ YANG BERBAKAT NAMUN BEGITU, PAS TETAP UNGGUL DALAM KLASNYA YANG TERSENDIRI KERANA MEMPUNYAI SATU KELEBIHAN YANG TAK MUNGKIN AKAN DAPAT DIMILIKI OLEH DAP MAHUPUN PKR IAITU SPENDER PUTIH STOPA! KEKEKE!!!-


Pas kini sudah sebaris dengan sekutu mereka Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP iaitu parti 'anak-beranak' yang mengamalkan dasar kronisme dan nepotisme terutamanya dalam soal pemilihan calon pilihan raya.

Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh yang dipetik Utusan Online mendakwa, perkara ini terbukti dengan keputusan Pas Kelantan yang mencalonkan anak Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Beliau mendakwa, semua orang tahu Nik Abdul Aziz sudah lanjut usia dan entah berapa lama lagi akan mampu bertahan, justeru itu, beliau awal-awal lagi mempertaruhkan anaknya demi memastikan ada keturunan mereka kekal dalam jawatan politik.

Datuk Mohd Fatmi
Katanya, budaya kronisme dan nepotisme yang mula diamalkan Pas itu membuktikan mereka kini sudah tidak ada beza lagi dengan PKR dan DAP yang sedia maklum sudah sekian lama mengamalkannya.

"Kalau kita lihat DAP, Penasihat DAP, Lim Kit Siang merupakan ahli parlimen, anaknya, Lim Guan Eng bukan sahaja menjadi Ketua Menteri malah turut memegang jawatan penting di dalam parti. Tidak cukup dengan itu, menantu Kit Siang yang juga merupakan isteri Guan Eng juga menjadi wakil rakyat. Pengerusi DAP, Karpal Singh juga turut mempertaruhkan anaknya yang menjadi wakil rakyat.  

"PKR pula, penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli parlimen, anaknya Nurul Izzah juga ahli parlimen manakala Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail terus kekal menjadi presiden parti. Ini parti anak beranak bukan parti rakyat. Nama sahaja Parti Keadilan Rakyat, tetapi sebenarnya parti anak beranak. Ini bukti yang patut rakyat nilai, termasuk di Kelantan sendiri," katanya pada pemberita selepas merasmikan Bilik Operasi Pemuda BN Kota Bharu di sini malam tadi.

Mohd Fatmi diminta mengulas mengenai pengumuman calon Pas dan PKR untuk menghadapi PRU-13 yang dilakukan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah di Machang semalam.

Kombinasi kedua-dua parti itu dalam PRU-13 ini menampilkan 16 muka baharu dan yang paling mendapat tumpuan adalah pencalonan Nik Abduh anak kepada Menteri Besar dan Musyidul Am Pas.

Tambah Mohd. Fatmi yang juga merupakan calon BN Parlimen Kota Bharu, budaya begini tidak pernah berlaku pada BN yang apabila pemimpin masih berjawatan mempertaruhkan anak mereka untuk bertanding pada pilihan raya.

"Sebagai contoh, Bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa mereka memegang jawatan

itu tidak ada seorang pun anak mereka menjadi wakil rakyat.

"Hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga tidak pernah mempertaruhkan anak untuk bertanding pada pilihan raya. Ini bezanya BN dan Pakatan Pembangkang," katanya. 


-UnReportedNews™®

Saturday, 13 April 2013

KERJA JAHAT UMNO MENG"EDIT" GAMBAR MUSTAFA ALI!

-UMNO HARUS BERTAUBAT! JANGANLAH SAMPAI GAMBAR ORANG CARI MAKAN PUN KORANG EDITKAN! INGATLAH, SEBESAR MANA PUN DOSA MEREKA-MEREKA DI DALAM PAS INI, DOSA MEREKA DAPAT DI AMPUNI DENGAN SEDIKIT "PUTARAN" FATWA & DOA OLEH TOK GURU NIK AZIZ! KEKEKE!!!-

Bismill..
-UnReportedNews™®

Friday, 12 April 2013

SAPA PUNYA SPENDER NI?

-HADI AWANG & PAS TAK PERCAYA INDIVIDU DALAM VIDEO TU YANG MENUNJUKKAN "SKILL" DENGAN JARINYA ADALAH MUSTAFA ALI, MEH CEK SIAPA YANG PAKAI SPENDER MACAM NI! KEKEKE!!!-

PAS dan para pemimpinnya tidak percaya lelaki yang muncul dalam klip video seks terbaru adalah salah seorang pemimpin tertinggi mereka.

Oleh yang demikian kata Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang yang dipetik mStar, parti itu tidak perlu memanggil satu mesyuarat khas untuk membincangkan perkara itu.

Kata Hadi, beliau sendiri tidak percaya lelaki itu adalah pemimpin PAS sebagaimana yang didakwa oleh beberapa bloger.

"Teruskanlah sebarkan video itu. Ia hanya akan menguatkan parti apabila orang ramai mengetahui yang ia adalah tidak benar," ujar Hadi sambil menyeru para penyokong PAS agar mengadakan sembahyang hajat.

Sebelum ini dilaporkan, sebuah blog politik Kedahan69ers.com memuat naik klip rakaman video berdurasi empat saat pada pukul 8.30 malam Khamis.

Video berkenaan menunjukkan aksi seorang lelaki menyerupai pemimpin PAS sedang hendak memakai seluar dalamnya ketika duduk di tepi katil dan ia kelihatan seperti dalam sebuah bilik hotel.

Lelaki berkenaan hanya memakai sehelai singlet berwarna putih.

Selepas itu, satu lagi blog Medan Info Kita memuat naik satu lagi versi rakaman video yang lebih panjang.

Dengan rakaman yang lebih lama, iaitu 25 saat, ia menunjukkan aksi lelaki berkenaan di atas katil bersama seorang wanita dalam satu bilik yang sama dan paparan skrin menunjukkan mereka sedang bersiap.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa meminta pihak berkuasa menyiasat penyebaran video berkenaan.

"Biar pihak polis siasat. Kami sudah lali dengan isu sebegini, kita sudah tidak peduli. Saya beranggapan apa jua skandal yang didedahkan kini adalah bermotifkan politik,” katanya.

Beliau menambah orang yang akan menanggung reputasi dan imej yang buruk adalah mereka yang membuat dan mengedarkan video berkenaan, termasuk pihak berkuasa yang tidak mengambil sebarang tindakan mengenainya.

Seorang lagi Naib Presiden, Salahuddin Ayub menyifatkan rakaman video tersebut sebagai politik kotor, terutamanya ketika hampir kepada tarikh pilihan raya umum ke-13.

“Ia merupakan tindakan tidak bertamadun yang dilakukan oleh pihak yang terdesak dengan menggunakan taktik kotor seperti ini.

“Tindakan menyebarkan video sebegini perlu dikutuk…adalah sangat meragukan apabila video berkenaan disebarkan kurang 10 hari daripada hari penamaan calon,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu Abdul Wahid Endut berkata rakyat Malaysia sepatutnya lebih matang dalam berpolitik daripada menggunakan taktik lama.

”Musuh politik tidak sepatutnya menyentuh hal peribadi…fokus kepada polisi. Saya bimbang dengan suasana politik tempatan sekiranya taktik seperti ini terus digunakan,” katanya.

Abdul Wahid menjelaskan beliau sangat terperanjat mengapa pemimpinan kanan PAS itu diserang kerana beliau tidak berminat untuk bertanding dalam pilihan raya.

“Berdasarkan pengetahuan saya, beliau hanya mahu memfokuskan kepada hal-hal parti sahaja. Saya sangat terkejut mengapa dalam banyak-banyak orang hanya beliau yang diserang,” katanya

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Ketua Pengarah Sekteriat Perhubungan Awam Bukit Aman, Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf berkata, polis sedang menyiasat identiti individu yang terlibat dalam video berkenaan.

“Kami belum membuat sebarang tangkapan kerana siasatan masih lagi berjalan. Kita harap orang ramai dapat tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List