Wednesday 27 August 2014

PAS TAK DERHAKA, AKAN KEMUKAKAN DUA CALON MB NAMA PADA SULTAN


Sebagai menghormati dan menjunjung titah Sultan Selangor, PAS akan mengemukakan tidak kurang dua nama calon bakal Menteri Besar Selangor yang baharu kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS akan mempersembahkan nama calon tersebut selepas menerima surat pemakluman rasmi daripada istana.

"Apapun perbincangan tak rasmi kita akan buat untuk mendapatkan pandangan," Mustafa dipetik sebagai berkata oleh Harakahdaily. 

Menurut Mustafa lagi tindakan berkenaan dilakukan bagi mengulas titah Sultan Selangor yang mahu Pakatan Rakyat memberi lebih dua nama untuk diperkenankan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. 

Bagaimanapun, PKR dan DAP tetap berkeras untuk mencalonkan satu nama sahaja, iaitu presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. -Sarawakiana

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List