Showing posts with label BN. Show all posts
Showing posts with label BN. Show all posts

Wednesday, 19 March 2014

#PRKBALINGIAN: KOLEKSI GAMBAR YANG BOLEH BUAT CALON PKR TARIK DIRI!

-INGAT TAK DAKWAAN CALON PKR HAJI JALIL YANG "BUTA MATA, BUTA HATI" MENGENAI "TIADA SEBARANG PERUBAHAN SELAMA 30 TAHUN DI BAWAH BN"? CUBA PEMBACA NILAIKAN SENDIRI DAKWAANNYA. INI REALITI, INILAH PEMBANGUNAN YANG DIBAWA OLEH BN KE BALINGIAN! KEKEKE!!!-






 






Apakah semuanya ini Jalil? Bukan ini yang dimaksudkan pembangunan? Ini semuanya adalah politik realiti BN bukannya politik rethorik pembangkang yang hanya inginkan kuasa yang diberi oleh rakyat untuk hanya seorang individu yang nawaitunya hanya untuk menjadi PM.

Masyarakat Balingian mahukan lebih banyak pembangunan masuk ke kawasan mereka dan pilihan yang terbaik agar pembangunan di Balingian berterusan adalah dengan memberi mandat kepada BN.

(Ucapan terimakasih dari UnReportedNews™® buat Sahabat Harits Baharom yang memberi info gambar-gambar di atas)


-UnReportedNews™®

Tuesday, 18 March 2014

#PRKBALINGIAN : RAHSIA DI SEBALIK TEMA KEMPEN PKR, "HARAPAN BARU UNTUK BALINGIAN"

Tindakan pembangkang Sarawak, khususnya PKR Sarawak mencaturkan Haji Jalil Bujang yang berasal dari Kampung Sibiew, Bintulu sebagai calon mereka untuk bertanding pada PRK Balingian seolah-oleh memberi gambaran mereka sebenarnya sudah ketandusan calon-calon lain yang berkredibiliti.

Jalil, 53, merupakan bekas pekerja MLNG yang kini menjalankan perniagaan sendiri juga merupakan mantan calon yang bertanding di atas tiket PKR menentang Datuk Haji Talib Zulpilip dalam PRN ke-10 yang lalu.

Apa relevannya Jalil menjadi calon PKR di DUN Balingian sedangkan masyarakat di Bintulu sendiri yakni di mana tempat beliau tinggal  pun telah menolaknya?

Bukannya admin UnReportedNews™® nak mempertikaikan asal usul tempat seseorang calon itu menjadi salah satu kretiria utama dalam satu-satu pilihanraya namun bagi calon PKR dalam PRK ini, sekiranya penduduk tempat asal calon  tersebut "merejek"nya, apatah lagi masyarakat di tempat lain.

Jelas sekali, PKR Sarawak memandang remeh akan keperluan dan kehendak pengundi dan masyarakat Baligian yang perlukan seseorang yang memahami apa saja permasalahan mereka.

Sebaliknya, Yussibnosh Balo, calon BN di PRK Balingian adalah anak tempatan dari Kampung Kampung Telian yang begitu rapat serta menjiwai kehendak dan aspirasi rakyat di Balingian kerana sebelum ini, beliau adalah mantan Pegawai Daerah Dalat yang begitu disenangi ramai.

Pemahaman Yussibnosh mengenai segala masalah di DUN Balingian menerusi pengalamannya selama bertahun-tahun sebagai Pegawai Daerah serta keserasiannya dengan penduduk setempat memberi kelebihan dan kelayakan yang ultimum kepada beliau untuk menjadi ADUN Balingian berbanding dengan Jalil.

Berbalik kepada tajuk posting ini iaitu Rahsia di sebalik tema kempen PKR untuk PRK Balingian, "Harapan Baru Untuk Balingian", tema tersebut hanyalah sekadar gimmik semata-mata untuk meraih undi kerana "bunyi"nya memang agak sedap didengari.

"Harapan" apa yang PKR hendak berikan kepada penduduk Balingian? Harapan untuk "menghentikan" pembangunan di Balingian? 

Semolek-moleknya, tema tersebut harus ditukar kepada, "Harapan Baru Buat Jalil Menjadi Seorang ADUN di Balingian Setelah Di Rejek Penduduk Bintulu". Takkanlah penduduk di Balingian nakkan benda yang direjek kan? Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

Sunday, 16 March 2014

#PRKBALINGIAN : JENTERA PILIHANRAYA WANITA BN SIAP SEDIA

Photo by: Azmin Ramlie

Sayap Wanita BN akan berhabis-habisan membantu calon Barisan Nasional (BN) Yussubnosh Balo berkempen agar memenangini PRK Balingian dengan majoriti yang lebih besar.

Ketua Wanita BN Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyatakan untuk PRK Balingian Wanita BN akan mengunakan pendekatan berkempen dari rumah ke rumah.

"Stratergi ini memang berkesan kerana kami dapat berinteraksi secara terus dengan masyarakat," katanya lagi.

"Selama ini, BN telah membawa pembangunan serta menyediakan kemudahan ke Balingian yang begitu drastik sekali."

"Dan kesinambungan pembangunan ini harus diteruskan dengan kepimpinan BN di Balingian," katanya lagi.

Shahrizat berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Berambeh dan Pelancaran Jentera Pilihanraya Wanita BN untuk PRK Balingian di Kampung Setellian di Mukah.

Antara yang turut serta di majlis tersebut adalah Menteri Wanita, Kebajikan dan Pembangunan Keluarga Datuk Hajah Fatimah Abdullah dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Sharifah Hasidah Aman Ghazali.

-UnReportedNews™®

Saturday, 15 March 2014

PENGUMUMAN CALON BN PADA #PRKBALINGIAN

Barisan Nasional (BN) telah menyandarkan harapan kepada Yussibnosh Balo sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian pada 29 Mac ini.

Pengumuman calon rasmi BN itu dibuat Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam di satu majlis yang di adakan di Dewan Suarah Mukah sebentar tadi.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata bekas Pegawai Daerah Dalat, Yussibnosh Balo, 47, dalah anak tempatan yang berasal dari Kampung Tellian Tengah, Mukah.

Pemilihan Yussibnosh yang juga Ahli Jawatankuasa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di ranting kampung kelahirannya dilihat memenuhi 'Konsensus 1963' yang menentukan hala tuju politik etnik Melanau di Parlimen Mukah, selain DUN Balingian dan DUN Dalat.

"Pemilihan calon berkretiria beragama Kristian ini adalah juga telah ditekankan oleh pemimpin agung Sarawak, mantan Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib mahmud sebelum beliau mengundur diri dan di lantik sebagai Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak."

"Pehin Sri menunjukan keperihatinan dan berpesan agar kerajaan negeri memenuhi janji yang sekurang-kurang seorang pemimpin di kawasan tersebut mesti dari golongan mereka yang beragama Kristian."


Dengan perkembangan ini, Muhyiddin yakin pemilihan Yussibnosh sekali gus menamatkan ketidakpuasan hati banyak pihak berikutan wujudnya cadangan nama-nama dari luar kerangka politik PBB Cawangan Balingian.

Pemilihan Yussibnosh sekaligus mengakhiri teka-teki mengenai calon pengganti bagi kerusi DUN Balingian sejak dikosongkan penyandangnya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, 28 Februari lalu berikutan keputusannya berundur dari arena politik dan pentadbiran kerajaan sebelum dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak Ke-7.

Muhyiddin sebelum itu, yang turut diiringi Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem merangkap Pengerusi BN Sarawak: Setiausaha Agung BN Pusat, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar mengikuti taklimat ringkas persiapan jentera pilihan raya BN negeri, juga di lokasi sama.

Yossibnosh dalam ucapan ringkasnya berterimakasih kepada pucuk pimpinan serta merasa berbangga kerana dipilih sebagai calon BN pada PRK Balingian.

"Saya selama ini berusaha untuk berkhidmat kepada rakyat (sebagai Pegawai Daerah) namun kini (sekiranya memenangi PRK Balingian nanti) akan berkhidmat di atas platform yang lain (sebagai wakil rakyat) dan sudah pastinya saya akan meneruskan perkhidmatan saya kepada rakyat."  

Turut kelihatan bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Muhammad Leo Toyad sebagai Pengarah Pilihan Raya BN DUN Balingian atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Mukah.

Pada minggu lepas, SPR telah memutuskan tarikh penamaan calon yang akan bertanding di PRK Balingian ditetapkan pada 17 Mac sementara pengundian awal dijadual akan diadakan pada 29 Mac.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-10 pada April 2011 telah menyaksikan Pehin Sri Taib menang bergaya dalam pertandingan tiga-penjuru dengan mengalahkan calon bebas Datuk Salleh Jafaruddin dan Suriati Abdullah (PKR) dengan majoriti 5,154 undi (Salleh-1,056 undi dan Suriati-871 undi).

Fakta-fakta berkaitan dengan Balingian:

-terdapat 21 Daerah mengundi (39 saluran)
-berkeluasan 1,384 kilometer persegi
-majoriti bumiputera (Melanau & Iban)
-rangkuman projek SCORE
-jalanraya meliputi 90 peratus
-terkenal dengan perusahaan sagu
-terdapat sebanyak 68 buah rumah panjang
-63 kawasan perumahan dan kampung
-terdapat Melanau melayu, Melanau Kristian dan Melanau Liko

-UnReportedNews™®

Tuesday, 11 March 2014

PRK KAJANG: DUA CALON IBARAT LANGIT & BUMI?

-UMUM TAHU WAN AZIZAH (PKR) "TERPAKSA" MENJADI CALON PRK KAJANG MENGGANTI SUAMINYA ANWAR IBRAHIM TIDAK LAYAK BERTANDING KERANA DIDAPATI BERSALAH MELIWAT PEMBANTU PRIBADINYA! KEKEKE!!!-


Tabik springlah kepada calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana begitu "berani" (ataupun beliau sebenarnya tiada pilihan lain untuk) mengganti suaminya sendiri yang telah didapati bersalah oleh mahkamah kerana kesalahan meliwat!

Bagaimana agaknya Kak Wan berkempen untuk meraih simpati rakyat di Kajang nanti ye? Apa agaknya isu utama yang akan beliau gunapakai nanti ye?

"Suami saya (Nuar) di didapati salah oleh mahkamah hanya kerana untuk menghalang beliau menjadi calon PRK Kajang .. beliau adalah "Anugerah Tuhan" dan tidak mungkin beliau membuat perbuatan terkutuk itu." 

Mungkin beginilah skrip yang akan digunapakai Kak Wan nanti sewaktu berkempen sambil di iringi oleh titisan airmatanya dengan harapan meleburkan hati masyarakat Kajang untuk mengundi Pakatan Rakyat.

Perlu di ingatkan, wanita yang (akan) menangis tersebut adalah wanita yang sama yang gagal menunjukkan jam omega untuk membukti suaminya tidak terlibat dalam skandal video China Doll beberapa tahun lalu.

Bagaimana Kak Wan nak mempertahankan rakyat Kajang walhal suami sendiri pun beliau tak hingin nak bela? Adoi Kak Wan, kalau Kak Wan ikhlas, tunjukkanlah bukti tersebut!

Lain pulanya dengan karekter calon Barisan Nasional (BN) iaitu Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun yang tiada kontrovesi malah beliau diketahui umum mempunyai intergriti yang tinggi.

Beliau telah rela melepaskan segala jawatan dalam MCA apabila skandal video sex mantan Presiden MCA tersebar beberapa tahun yang lalu.

PRK Kajang yang diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi DUN Kajang berikutan peletakan jawatan secara mengejut wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu akan melihat pertandingan satu lawan satu antara Wan Azizah dan Chew Mei Fun.

Tepuk dada, tanya selera kerana hanya pengundi-pengundi Kajang saja yang akan dapat menentukan siapa yang akan mewakili mereka, seorang wanita berintegriti atau seorang wanita yang hanya pandai menangis.

-UnReportedNews™®

Sunday, 15 September 2013

WAJIB BACA: HAK KERAJAAN MEMBANTU MELAYU & BUMIPUTERA!

-UNDI BN TAK NAK TAPI INSENTIF NAK? PUNYALAH TAMAK HALOBA & SADISNYA PUAK NI, APASAL KORANG TAKUT PULAK KERAJAAN NAK TOLONG MELAYU & BUMIPUTERA YANG TELAH MEMPERTAHANKAN KERAJAAN DALAM PRU-13 YANG LEPAS? AKU TENGAH TERGULING-GULING KETAWA TIME BUAT POSTING NIH! KEKEKE!!!-

Sudah ada bunyi suara-suara yang sumbang kendengaran berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan dengan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dilangsungkan di Dewan Agong Tuanku Canselor, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor semalam.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Haji Maslan tiada timbul persoalan dimana kaum-kaum yang yang mungkin terasa "terpinggir" dengan adanya program-program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera ini.

"Kepada masyarakat Cina dan India yang miskin dan bermasaalah, masih ada banyak program-program kerajaan yang boleh membantu mereka," jelas Ahmad Maslam..

"Manakala bagi masyarakat Cina dan India yang sudah kaya-raya, terdapat kaedah-kaedah yang tertentu dari segi perlesenan, pemberian peluang perniagaan dan sebagainya." 

Tegasnya, ia (program-program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera) bukannnya menarik hak kaum lain, cuma kerajaan ingin membantu ekonomi Bumiputera dan Melayu yang jelas masih ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum yang lain.

Ahmad Maslan berkata demikian dalam satu sidang akhbar selepas sesi Dialog Bajet 2014 dan Isu Isu Semasa oleh Timbalan Menteri Kewangan bersama pemimpin masyarakat tempatan yang diadakan di Akedemi Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN) di Bandaraya Kuching siang tadi.

Haa .. korang dengar tu? Program-program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera bukannnya menarik hak kaum lain cuma usaha kerajaan ingin membantu ekonomi Bumiputera dan Melayu yang jelas masih ketingggalan jika dibandingkan dengan kaum yang lain.

UnReportedNews™® nak tanya balik satu soalan .. apa hak mereka-mereka yang tak membantu kerajaan dalam PRU-13 dulu nak mempersoalkan niat baik kerajaan membantu Melayu dan Bumiputera?

-UnReportedNews™®

Saturday, 14 September 2013

SUBSIDI MINYAK HANYA TERSASAR KEPADA RAKYAT BERPENDAPATAN TINGGI?

-JADI ADA BAIKNYA KERAJAAN MENGURANG SUBSIDI MINYAK SEPERTI SEKARANG & MENGFOKUSKAN SUBSIDI TERSEBUT MEMBANTU GOLONGAN RAKYAT YANG BERPENDAPATAN RENDAH MENERUSI SUBSIDI DALAM BENTUK YANG LAIN! BETUL TAK? KEKEKE!!!-

Kajian oleh Kerajaan menunjukkan pemberian subsidi bahan api adalah tidak bersasar tetapi tersasar di mana rakyat berpendapatan tinggi mendapat menafaat terbesar berbanding rakyat berpendapatan rendah. 

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata berdasarkan jumlah perbelanjaan keseluruhan isi rumah di Malaysia ke atas petrol RON 5, hanya 30 peratus disumbangkan oleh kumpulan berpendapatan kurang daripada RM3,000  sebulan. 

"Purata perbelanjaan ke atas petrol isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan adalah RM132 sebulan, berbanding RM375 sebulan oleh isi rumah yangg berpendapatan lebih RM5,000 sebulan."

"Kajian oleh IMF Tabung Kewangan Antarabangsa pula mendapati, di seluruh dunia, manfaat subsidi petrol kepadd rakyat mengikut pendapatan isi rumah adalah tidak baik."

"Lebih 80 peratus daripada manfaat subsidi petrol dinikmati golongan 40 peratus isi rumah berpendapatan tinggi manakala bagi diesel dan gas petroleum cecair LPG, 65 peratus dan 70 peratus daripada manfaat subsidi dinikmati golongan 40 peratus isi rumah berpendapatan tinggi."

Ahmad menambah, namun, pemberian subsidi tertentu akan diteruskan tetapi perlu bersasar (targeted) kepada rakyat yang layak bukan tersasar.

"Perlu diingat perkataan PURATA adalah amat penting. Contohnya dalam sebuah isi rumah yang ada ayah, ibu dan tiga anak, maksud purata pendapatan RM3,000 ialah pendapatan lima orang dalam rumah itu samada ibu atau anak-anak yang mendiami dalam rumah itu bekerja atau tidak, kecil, besar, masih bersekolah atau tidak."

"Purata perbelanjaan ke atas petrol isi rumah juga begitu, dibahagi kepada yang ada kereta, ada motorsikal dan lain-lain dalam rumah itu, isi rumah dari Perlis hingga ke Sabah, rumah teres atau rumah panjang, bandar atau di kawasan pedalaman."

Ahmad menjelaskan, maksud purata juga ialah sebahagian isi rumah berbelanja lebih, sebahagian pula kurang daripada angka yang dinyatakan itu dan angka itu betul untuk purata seluruh negara.

"Pengiraan purata itu pula bersumberkan daripada Penyiasatan Perbelanjaan Isi rumah 2009/10 (Household Expenditure Survey HES) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang dibuat setiap lima tahun sekali]".

Ahmad berkata demikian dalam ucapannya di Kementerian Kewangan MOF Putrajaya selepas Majlis Bantuan sempena Syawal kpd 503 staff MOF yang terpilih daripada kategori sokongan, OKU, ibu tunggal dan lain-lain tentang Rasionalisasi Subsidi pada Khamis yang lepas.

-UnReportedNews™®

APA LAGI MELAYU & BUMIPUTERA MAU?

-MELAYU & BUMIPUTERA WAJIB MEMBACA NIH! PENGUMUMAN PERDANA MENTERI NAJIB TUN RAZAK MENGENAI BERPULUH BILION RINGGIT UNTUK BUMIPUTERA DALAM PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA! SIAPA KATA NAJIB TAK TOLONG MELAYU & BUMIPUTERA? KEKEKE!!!-

Berikut adalah 34 Touch Points yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sempena Majlis Permerkasaan Ekonomi Bumiputera yang berlangsung di Dewan Canselor, UiTM Shah Alam, sebentar tadi.

Fokus Pemerkasaan Pertama: Mendaya Modal Insan Bumiputera.

1. Memperbanyakkan Program Latihan Peningkatan Kemahiran.

2. Mempergiatkan Program Latihan Semula atau Re-Skilling.

3. Mempergiatkan Skim Latihan 1Malaysia, Program Kebolehpasaran Graduan dan Program Peneraju Skil.

4. Memperluaskan Program Pendidikan Lepas Ijazah melalui Jabatan Perkhidmatan Awam, MARA dan agensi berkaitan.

5. Program Peneraju Profesional di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) diperluaskan.

Fokus Pemerkasaan Kedua: Memantapkan Pemilikian Ekuiti Bumiputera Dalam Sektor Korporat.

6. Melancarkan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) dengan suntikan pelaburan 10 bilion unit saham.

7. Mentransformasikan program Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) melalui Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS).

Fokus Pemerkasaan Ketiga: Memperkukuh Pemilikan Aset Bukan Kewangan Bumiputera.

8. Memperkemaskan Yayasan Wakaf Malaysia.

9. Memperkukuhkan peranan institusi-institusi hartanah seperti Pelaburan Hartanah Berhad(PHB), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) bagi membangun dan memperoleh hartanah komersil dan industri.

10. Memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik kepada Bumiputera melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan Kerajaan Negeri.

11. Perkukuhkan UDA Corporation untuk membangunkan hartanah.

12. GLC yang terlibat dalam pembangunan hartanah memberi penekanan kepada pembangunan hartanah Bumiputera.

Fokus Pemerkasaan Keempat: Memperhebatkan Keusahawanan dan Perniagaan Bumiputera.

13. Memperkuatkan peranan agensi pembangunan usahawan Bumiputera seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB.

14. Menambah pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM300 juta.

15. Menambah pembiayaan pinjaman kepada TEKUN Nasional sebanyak RM700 juta.

16. Mengarahkan kementerian dan agensi mengukuhkan Program Pembangunan Vendor.

17. Memastikan jangkamasa kontrak dan konsesi vendor disesuai dengan tempoh bayar balik pinjaman bank.

18. Melonjakkan program VDP di bawah PETRONAS, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia (TM), Axiata dan United Engineers (Malaysia) Berhad (UEM).

19. Ketua Pegawai Eksekutif GLC menetapkan sasaran penyertaan Bumiputera sebagai KPI.

20. Program VDP PETRONAS RM20 bilion setahun dan 22 skop kerja untuk Bumiputera.

21. GLC dan GLIC menerajui usaha mengwujudkan konsortium syarikat Bumiputera dalam sektor rangkaian perbekalan.

22. Mempergiatkan program penswastaan perkhidmatan Kerajaan secara terpilih.

23. Memperluaskan dasar carve out.

24. Membina satu komuniti baru entrepreneur Bumiputera.

25. Memperkenalkan Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB).

Fokus Pemerkasaan Kelima: Memantapkan Ekosistem Penyampaian Perkhidmatan.

26. Mewujudkan ekosistem penyampaian perkhidmatan yang cekap, komprehensif dan konstraktif

27. Mewujudkan Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) di semua kementerian.

28. Meningkatkan enrolmen pelajar UiTM kepada 250,000 menjelang 2020.

29. Menubuhkan beberapa kampus baru UiTM.

30. Menubuhkan dana pendidikan MARA berjumlah RM1 bilion.

31. Membestarikan TERAJU.

32. Mewujudkan komuniti entreprenuer Bumiputera.

33. Meletakkan INSKEN dan SUPERB di bawah TERAJU.

34. Menubuhkan Majlis Ekonomi Bumiputera atau MEB bagi menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera.

-UnReportedNews™®

Friday, 30 August 2013

TEMBELANG ANWAR PECAH JUA AKHIRNYA!

-HIDUNG TAK MANCUNG, PIPI TERSORONG-SORONG ... ITULAH DISKRIPSI YANG PALING TEPAT BAGI SITUASI YANG DIALAMI ANWAR KINI! SETELAH GAGAL MEMPENGARUHI RAKYAT YANG KONONNYA BELIAU TELAH DITAWAR PM NAJIB UNTUK MENGADAKAN "KERAJAAN PERPADUAN", ANWAR KEMUDIANNYA TERHEGEH-HEGEH MENYUARAKAN "KESEDIAANNYA" UNTUK BERBINCANG DENGAN KERAJAAN! PUNYALAH SADIS & DESPERADO MAHLUK INI! KEKEKE!!!-

Tanpa ribut atau taufan, Anwar tetibe jer "declare" yang dia sudah bersedia untuk berbincang dengan kerajaan mengenai beberapa isu yang kononnya "amat penting"!

Apakah Anwar langsung tidak ada perasaan malu ker nak berjumpa dengan PM Najib atas niat untuk "berbincang" sedangkan tidak lama dahulu, Anwar mati-mati mendakwa Najiblah yang tergedik-gedik sangat nak bertemu dengannya atas sebab yang sama.

Dakwaan Anwar itu telah dinafikan oleh pihak Najib, ye ler, kalau dah benda tu takde, buat apa nak mengiyakan kan? Takkan Najib terlalu naif sehingga dapat diperbodohkan oleh Anwar dengan menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri seperti man yang telah di"gossip"kan oleh sesetengah pihak.

Dengan perkembangan terbaru ini, terbukti, Anwar yang kemaruk sangat nak mengadakan perbincangan ni. Licik betul game dier orang ni kan? 

Penyebaran dongengan yang kononnya Najiblah yang beria-ia sangat nak mengadakan pertemuan dengan Anwar untuk berbincang mengadakan kerajaan perpaduan serta tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri sebenarnya secara tidak langsung seakan berniat memberi "hint" kepada Najib akan "jalan pendamaian" bagi kedua belah pihak.

Siapalah Anwar, nak berbincang dengan Najib melibatkan isu-isu penting serta masalah yang melanda negara ini sejak kebelakangan ini walhal, jika di kaji secara terperinci ianya menunjukkan kecenderungan masalah-masalah yang terjadi secara langsung atau tidak, telah dibangkitkan oleh beliau dan kuncu-kuncunya sendiri.

Layakkah Anwar bertemu Najib untuk berbincang mengenai "kerjasama" diantara pembangkang dan kerajaan? Persoalan ini harus di tanya kerana kredibiliti serta integriti beliau terkini boleh dianggap di tahap "negatif sifar".

Selama ini, pelbagai pembohongan, penipuan, muslihat dan entah apa lagi gimik dalam dunia ni telah digunakan pembangkang, khususnya Anwar sendiri dalam usaha untuk "menyusahkan" kerajaan disamping menyemarakkan kebencian rakyat kepada kerajaan.

Dengan alasan Pakatan Rakyat bersedia mengetepikan ideologi politik, Anwar yang dulunya bermati-matian membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu manyatakan kesediaan ini adalah demi masa depan dan kesejahteraan negara.

Biarpun Anwar seakan cuba "mengumpan" Najib agar bersetuju mengadakan perbingan itu dengan berkata, pembangkang percaya bahawa adalah penting bagi Perdana Menteri untuk segera mengadakan rundingan meja bulat antara BN dan PR bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan dan merumuskan satu penyelesaian yang menyeluruh," sebaik-baiknya, Najib tak perlulah melayan meroyan si Anwar tu sangat.

Perlu diingatkan, Anwar ini banyak muslihat serta penuh dengan pelbagai taktik dan strategi yang licik sepertimana yang kita sendiri boleh perhatikan di sepanjang karier beliau dalam politik.

PS: Kalo aku jadi Najib, aku malaslah nak layan si gilo tu! Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

Thursday, 15 August 2013

BN SARAWAK "KETINGGALAN" BAS LAGI?

-LAMBATNYA TINDAKAN BN SARAWAK KE ATAS DAKWAAN PENGERUSI DAP SARAWAK CHONG CHIENG JEN YANG MENDAKWA INSIDEN KES TEMBAK YANG KERAP BERLAKU KINI ADALAH "SANDIWARA BN" SEMATA-MATA! SYABAS PEMUDA BN PERAK KERANA BEGITU PRO-AKTIF MEMBUAT LAPURAN POLIS TERHADAP DAKWAAN CHONG INI! KEKEKE!!!-

Pergerakan Pemuda Barisan Nasional(BN) Perak membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Senam di sini sebentar tadi terhadap Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, yang mendakwa insiden kes tembak yang kerap berlaku kini adalah sandiwara BN.

Chieng Jen didakwa mengeluarkan kenyataan dalam akhbar Borneo Post hari ini dengan mengatakan BN bersandiwara dengan kes tembak untuk mengembalikan semula beberapa akta yang sudah dan sedang dimansuhkan.

Setiausaha Pemuda BN Perak, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi berkata pihaknya membuat laporan itu supaya siasatan dijalankan terhadapnya yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan politik jahat. -BH

-UnReportedNews™®

Wednesday, 24 July 2013

PRK KUALA BESUT: JAM 3 PETANG NI, BN DAH SAH MENDAPAT LEBIH 3,000 UNDI!

-AHLI KELUARGA CALON BN TENGKU ZAIHAN CHE KU ABDUL RAHMAN TELAH BERIKRAR MENYOKONG BN! PAS BAGAIMANA PULA? STEADY PENGUNDI KUALA BESUT! CAYALAH! KEKEKE!!!-


Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman mempunyai keluarga yang besar di Kuala Besut, sekitar 3,000 orang.

Malah mereka mempunyai persatuan keluarga yang dikenali sebagai “Keluarga Tuan Fatimah Tuan Long”.

Faktor keluarga menjadi penyebab kepada kekuatan Tengku Zaihan dan ia ternyata benar apabila usaha menghimpunkan ahli keluarganya menjadi sambutan.

Baru-baru ini satu perhimpunan keluarganya telah diadakan di sebuah rumah salah seorang keluarga Tengku Zaihan yang dihadiri oleh sekumpulan ahli keluarga mereka di kampung Nail, kampung kelahiran ‘Abe Ku’ calon BN bagi PRK Kuala Besut.

Dalam perjumpaan itu, semua sanak keluarga berikrar memberi sokongan dan akan bekerja keras untuk kemenangan calon BN, Tengku Zaihan.

Bahkan, mereka telah membentuk suatu urusetia khas untuk memantau dan memastikan semua ahli keluarga mereka yang ramai itu keluarga mengundi, termasuk pengundi luar dari keluarga mereka akan diusahakan agar balik mengundi calon BN, Tengku Zaihan. (sumber

-UnReportedNews™®

Sunday, 21 July 2013

MENYINGKAP SEJARAH: PUNCA PAS “DIPECAT” DARI PERIKATAN BN!

-MUNGKIN RAMAI YANG SUDAH MENGETAHUI PERKARA INI KHUSUSNYA RAKAN-RAKAN PEMBACA SEMENANJUNG YANG DIHORMATI NAMUN BAGI KAMI DARI SARAWAK YANG TELAH “DISAJIKAN” DENGAN “PELBAGAI VERSI” MENGENAI PERKARA INI, AKU RASA PENULISAN INILAH YANG PALING LOGIKA SEKALI, RINGKAS & MUDAH DIFAHAMI MENGAPA SEMUANYA TELAH BERLAKU-

Perkara ini sudah lama ditunggu-tunggu. Sebelum ini ada cerita dari beberapa orang mengenai sebab sebenar Pas ditendang keluar dari BN, kerana Pas mengkhianati BN.

Antaranya ialah kerana, Pas cuba mengambil kesempatan semasa dalam BN untuk menguatkan kedudukannya, bukan kedudukan BN. Pas lebih penting nafsu mereka sendiri dan sanggup menikam rakan dari belakang.

Difahamkan antara perjanjian Pas dan Umno sebelum Pas masuk BN, mereka tidak boleh kacau tempat Umno termasuk tidak boleh membuka cawangan-cawangan Pas di mana Umno mempunyai cawangan. Begitu juga sebaliknya.

Pada masa itu menteri yang menjaga Felda adalah menteri dari Pas di bawah Kementerian Tanah dan Galian. Pas tidak patuh janji, mereka guna kuasa dan jawatan mereka untuk mengembangkan partinya di Felda termasuk membuka beberapa kawasan Felda baru. Antaranya di Kemahang Kelantan dan di Johor.

Berbeza dengan apa yang dimomok-momokkan oleh Nik Aziz dan juak-juak Pas sebelum ini, kononnya Pas dikhianati oleh BN dengan menendang keluar dari komponen parti itu (BN) pada tahun 70an dan mereka serik untuk bekerjasama dengan Umno lagi. Cerita tersebut tidak benar sama sekali.

Tapi sayang seribu kali sayang, disini kita boleh lihat kelemahan BN untuk menjawab dan menerangkan balik perkara sebenar kepada rakyat. Mereka biarkan cerita bohong yang disebarkan oleh Pas bermaharajalela. 

Seorang veteran Umno, Datuk Rozali Isohak telah menjelaskan perkara sebenar. Tetapi berita mengenai perkara tersebut tidak panjang di Bernama.Com.

Saya cuba membuat semakan di Google, Alhamdulilah, kali ini lebih terperinci datang dari blog Pemuda Umno Jasin iaitu ucapan penuh Arwah Tun Hussein Onn pada tahun 1977 mengenai penyingkiran Pas dari BN.

Pas adalah punca sebenar perpecahan umat Islam di bumi Tanah Melayu. Pemimpin-pemimpin Pas adalah ejen-ejen iblis di muka bumi ini yang ditugaskan untuk memecah belah umat Islam.

Ucapan penuh Tun Hussein Pada Tahun 1977(dipetik dari blog Pemuda Umno Jasin)
"Terlebih dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh suasana sedih dan pilu. Sedih kerana kehilangan seorang menteri yang telah banyak berjasa kepada UMNO dan negara. Kemalangan kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor yang telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh mengejut dan mengharukan kita semua. Oleh itu sempena dengan perjumpaan kita yang bersejarah ini, marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Dato’ Seri Ali bin Haji Ahmad serta lain-lain roh orang yang telah terkorban dalam kemalangan itu.

Sebelum saya menyebut perkara penting dalam perjumpaan ini, marilah kita menoleh sejenak ke belakang mengkaji semula dengan secara ringkas perkembangan yang telah berlaku sehinggalah keperjumpaan yang diadakan pada petang ini.

Saya tidaklah berhajat hendak menerangkan kemajuan dan kejayaan UMNO yang telah lalu atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Perikatan sejak ia ditubuhkan. Kesemuanya ini ada dalam pengetahuan tiap-tiap ahli UMNO. Demikianlah juga dengan hasrat dan tujuan menubuhkan Barisan Nasional yang telah menyatupadukan sehingga ke hari ini sebelas buah parti politik yang yang sebilangannya telah menentang UMNO pada masa sebelumnya.

Sesungguhnya UMNO telah membuat membuat banyak pengorbanan politik bagi memenuhi hasrat dan matlamat Barisan Nasional. Walaupun perjalanan kita masih jauh dan penuh dengan liku-liku tetapi Barisan Nasional telah dapat menumpukan sepenuh tenaga memupuk dan menyuburkan semangat kerjasama dan persefahaman dalam melaksanakan rancangan pembangunan, membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat berbilang kaum.

Barisan Nasional berazam akan terus dengan penuh keberanian dan dengan usaha yang lebih bersungguh-sungguh mewujud dan mengeratkan perpaduan. Dengan sokongan rakyat saya percaya Barisan Nasional akan mencapai kejayaan.

Barisan Nasional merupakan satu federasi yang longgar kerana tiap-tiap parti yang bergabung ingin mengekalkan identiti partinya masing-masing. Tetapi parti-parti komponen adalah terikat dengan semangat ingin bekerjasama, saling mengerti sesama sendiri dan yang paling penting sekali ialah mematuhi disiplin parti.

Semangat kerjasama dan persefahaman adalah penting bagi menyelesaikan masalah negara. Ia lebih berharga dengan membuktikan dalam amalan daripada semata-mata mengadakan perakuan-perakuan sahaja tetapi tidak dipraktikkan.

Inilah caranya Barisan Nasional bergerak selama ini dari semenjak ia ditubuhkan. Hasil kejayaan penubuhan Barisan Nasional telah dapat dilihat dengan nyata apabila parti ini mencapai kemenangan yang paling gemilang dalam pilihan raya tahun 1974. UMNO yang paling mempelopori gabungan ini serta memastikan ia dapat terus wujud kukuh dan teguh supaya pembangunan negara dapat diselenggarakan dengan lebih licin, sempurna dan jayanya.

Parti-parti politik yang bercorak gabungan seperti Barisan Nasional ini sudah pasti sekali-sekala menghadapi masalah. Pertentangan pendapat dan perbezaan cara mendekati dan menyelesaikan sesuatu masalah merupakan satu perkara biasa yang memang diramalkan dari mula-mula lagi.

Peristiwa perpecahan parti komponen Barisan Nasional di Sabah merupakan kejadian pertama yang telah berlaku. Walaupun perkara ini belum dapat diselesaikan dengan sepenuhnya tetapi Insya Allah penyelesaian terakhir akan dapat dibuat dengan secara beransur-ansur. Pergolakan yang sedang kita hadapi di Kelantan sekarang merupakan peristiwa kedua. Perkara ini besar, yang berkehendakkan pengkajian dan pertimbangan yang serius kerana ia melibatkan soal pokok.

Sebagaimana kita maklum, Dato’ Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Semangat tolak ansur seperti ini patut sentiasa wujud, digalak dan dikekalkan. Ia merupakan faktor utama bagi mengekal dan menjamin perpaduan dalam Barisan Nasional.

UMNO tidak berhajat dan tidak mahu mencampuri langkah-langkah pimpinan PAS melucutkan jawatan Dato’ Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan PAS mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS. UMNO menganggap perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu.

UMNO tidak dapat menyokong langkah yang diambil oleh pucuk pimpinan PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15 Oktober itu bukan kerana UMNO tidak dibawa berunding, tetapi kerana UMNO tidak tahu sebab atau diberitahu sebab-sebab mengapa Menteri Besar Dato’ Haji Mohamad Nasir dilucutkan daripada jawatannya. Oleh itu sikap berkecuali yang telah diambil oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah. Tambahan pula UMNO masih lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan dengan PAS.

Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk. Peristiwa yang telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. Jika keadaan ini tidak dikawal segera ia akan melibatkan keselamatan negara seluruhnya.

Sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, saya terpaksa mengambil langkah yang tegas. Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama kita dalam jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen.

Kerajaan Darurat terpaksa ditubuhkan di Kelantan dengan tidak mengira siapakah yang menjadi parti pemerintahnya. Sama ada ia dari parti lawan ataupun parti kawan tidaklah penting kerana yang pentingnya ialah keselamatan dan kebajikan rakyat Kelantan sendiri. Saya memanglah sentiasa meletakkan kepentingan keselamatan di atas segala-galanya.

Memang benar demokrasi telah mati di Kelantan. Tetapi rakyat Kelantan telah dapat terus hidup dengan penuh keyakinan di atas keselamatan dan masa depan mereka. Demokrasi di Kelantan tetap akan dipulihkan sebaik-baik sahaja keadaan mengizinkan.

Bukti nyata kita semua telah dapat nikmati sekarang dimana pemerintahan NOC atau Mageran tahun 1969 telah dimansuhkan dan kita telah kembali kepada pemerintahan demokrasi. Tempoh dan lama masa berjalannya kerajaan darurat di Kelantan itu hanya dikehendaki sekadar yang wajib sahaja.

Lebih pendek adalah lebih baik. Kerajaan Pusat berikrar akan memulihkan kembali pemerintahan demokrasi seberapa segera yang boleh. Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa parti PAS yang mempunyai anggota di Dewan Undangan yang lebih ramai akan tetap memegang teraju pemerintahan negeri itu semula dan bukanlah UMNO.

Malang sekali tujuan baik Kerajaan Pusat dan rang Undang-undang yang telah mendapat persetujuan daripada Parlimen itu telah sengaja disalah faham dan disalahtafsirkan oleh pucuk pimpinan PAS. Semua wakil rakyat PAS, telah menyokong rang undang-undang penubuhan kerajaan Darurat di Kelantan itu.

Biarlah saya bersalah dalam tindakan saya mengadakan undang-undang itu. Tetapi saya tidak sanggup memikul dosa yang lebih besar dengan membiarkan berlakunya pertumpahan darah, pengorbanan nyawa, kecederaan dan kemusnahan harta benda. Sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh memandang ringan perkara ini. Saya berkewajipan penuh melindungi nyawa rakyat.

Tindakan saya ini telah disambut baik dan disokong oleh sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri. Saya tidak faham kenapa pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya. Saya tahu tidak semua ahli PAS bersetuju dengan tindak tanduk pucuk pimpinannya. Sebenarnya UMNO juga memerlukan kerjasama PAS dan tidak sekali-kali meragukan penyertaan PAS tetapi yang kita sangsikan ialah sikap dan pendirian pucuk pimpinannya.

Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan parti anggota Barisan Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini dimasa akan datang. Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan disiplin parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur. Kita semua tahu bahawa disiplin merupakan rahsia perpaduan dan kekuatan Barisan Nasional selama ini.

Disiplin adalah paling mustahak dalam penghidupan manusia dan hendaklah diutamakan. Mengenakan disiplin di atas diri sendiri pun merupakan perkara penting, apatah lagi masyarakat atau pertubuhan seperti parti-parti politik.

Satu daripada sebab-sebab kejayaan UMNO selama selama ini ialah kerana ahli-ahlinya mematuhi disiplin parti serta menghormati dan menjunjung tinggi peraturan yang ditetapkan. Parti-parti yang ahlinya tidak patuh kepada disiplin akan membawa kehancuran kepada parti itu sendiri.

Soal mengenai siapa yang bersalah sehingga mengakibatkan tercetusnya kejadian buruk di Kelantan itu tidaklah berfaedah dibangkitkan. Tetapi perkara yang paling penting dan yang patut diutamakan ialah melindungi nyawa rakyat terlebih dahulu. Sebagai Perdana Menteri, saya mengetahui dengan sedalam-dalamnya masalah keselamatan dalam negeri. Saya mesti bertindak sewajarnya mengikut keadaan.

Saya telah pun menerangkan bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa Kelantan itu. Saya jalankan segala tindakan yang perlu bagi mengawal dan mententeramkan keadaan di atas sifat saya sebagai Perdana Menteri.

Yang bertanggungjawab di atas kepentingan, keselamatan dan kebajikan rakyat, bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh tanah air kita. Inilah amanah yang telah bertanggungjawab oleh rakyat kepada saya. Saya tidak faham mengapa pucuk pimpinan PAS tidak tidak memahami hakikat ini. Soal keselamatan adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan tawar menawar.

Di bawah kuasa-kuasa darurat, Pengarah Kerajaan negeri Kelantan adalah bertanggungjawab kepada saya sebagai Perdana Menteri. Saya pula bertanggungjawab kepada Jamaah Menteri di mana menteri-menteri dari PAS menganggotainya.

Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dimana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan kemajuan di negeri Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh membangkitkan sebarang kemusykilan mengenainya. Sebaliknya mereka telah mengambil tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan.

Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri daripada ahli-ahli UMNO.

Di antara yang yang paling baru ialah di negeri Kedah. Menteri-menteri Besar boleh ditukar ganti tetapi apa yang meragukan ialah tentang sejauh mana keikhlasan pucuk pimpinan PAS melakukan perbuatan-perbuatan ini dengan tidak mahu berunding terlebih dahulu dengan kita.

Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS dalam Barisan Nasional? Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan kita terlebih dahulu? Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain?

Sungguh sukar sekali bagi kita hendak memahami tindak-tanduk pucuk pimpinan PAS ini. Setelah menimbulkan gejala-gejala ini, pucuk pimpinan PAS melahirkan hasrat hendak terus kekal dalam Barisan Nasional. Kita sungguh tidak faham dengan sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS ini.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan datang pada 17 Disember ini sudah pasti akan menimbulkan perbalahan yang hebat. Tidakkah pucuk pimpinan PAS sedar atas perkara ini?

Apakah tujuan pucuk pimpinan PAS membuat demikian? Bukankah ini semuanya merupakan gejala-gejala yang sengaja ditimbulkan dengan niat hendak memecah-belahkan Barisan Nasional? Di negeri Johor pula, pucuk pimpinan PAS di sana telah memberi amaran yang merupakan kata dua bahawa calon-calon PAS akan bertanding dalam semua kawasan pilihan raya menentang Barisan Nasional.

Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.

Pucuk pimpinan PAS telah juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang.

Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya PAS meninggalkan atau dikeluarkan daripada Barisan Nasional. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri.

Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional, Perkara ini telah dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini.

Penubuhan ranting-ranting PAS dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan PAS yang meragukan.

Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan Barisan Nasional. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak-pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.

Walaupun Barisan Nasional terpaksa berpecah, tetapi ini tidak bererti pembangunan akan terjejas dan terhenti. Pembangunan tetap akan berjalan terus. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti dijayakan dengan sepenuh-penuhnya. Inilah janji saya kepada rakyat sekalian.

Berikutan dengan berlakunya kejadian-kejadian ini, saya telah mengadakan sidang tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada Disember 1977, Fasal 14, Perlembagaan Barisan Nasional membolehkan dengan suara majoriti memecat parti-parti ahli yang bergabung yang didapati melanggar disiplin. Tetapi Barisan Nasional sekali-kali tidak berniat hendak menggunakan Fasal tersebut bagi memecat PAS.

Barisan Nasional masih lagi, jika boleh, berkehendakkan PAS tinggal kekal dalam Barisan Nasional. Sungguhpun demikian, disiplin parti mesti dipelihara dan dipatuhi kalau kita mahu melihat Barisan Nasional hidup berpanjangan. Oleh itu satu usul yang merupakan suatu tolak ansur sebagai jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi meyelesaikan masalah ini telah dikemukakan dalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional itu.

Tolak ansur ini merupakan usul yang berkehendakkan supaya parti-parti anggota yang ahli-ahlinya didapati menentang arahan parti whip mengenai sesuatu masalah yang dibentangkan di dalam dewan rakyat, dewan negara atau dewan negeri hendaklah mengambil tindakan disiplin terhadapnya dengan memecat mereka itu daripada parti masing-masing.

Apabila semangat kerjasama yang tulus ikhlas itu luput dan disiplin parti telah diketepikan, Barisan Nasional sudah tentu akan pecah dan musnah. Jika ini berlaku tentulah tidak berguna lagi. Eloklah kekusutan yang berlaku ini diselesaikan sekarang juga kerana jika dibiarkan berlanjutan akan merugikan parti dan rakyat.

Daripada sebelas parti anggota dalam Barisan Nasional, sembilan telah menyokong, PPP berkecuali dan PAS menentang usul itu. Keputusan suara terbanyak ini telah dimaklumkan dengan secara rasmi kepada pucuk pimpinan PAS.

Memandangkan betapa pentingnya masalah yang kita hadapi, saya telah mengadakan mesyuarat khas majlis Tertinggi UMNO malam tadi. Majlis tertinggi UMNO telah membincangkan dengan teliti segala akibatnya terutama sekali tentang sikap pucuk pimpinan PAS yang ada sekarang, yang terang-terang menggugat perpaduan Barisan Nasional khususnya dan perpaduan orang Melayu amnya. Kami berpendapat bahawa haruslah diwujudkan kesungguhan dan keikhlasan bagi memperkukuhkan Barisan Nasional.

Memandangkan kepada perbuatan, sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS selama ini, UMNO berpendapat kerjasama yang erat tidak mungkin dapat terus wujud di antara UMNO dengan PAS dalam Barisan Nasional.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan pertelingkahan ini berpanjangan, yang akhirnya akan membawa perpecahan kepada Barisan Nasional, Majlis Tertinggi UMNO telah dengan perasaan amat dukacita mengambil pendirian, jika pucuk pimpinan PAS tidak mematuhi dan mengambil tindakan sebagaimana yang dikehendaki di dalam Mesyuarat Dewan Tertingginya pada 5 Disember yang lalu, UMNO akan meminta diadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional supaya dipersetujui resolusi memecat PAS daripada Barisan Nasional.

Pagi ini saya telah menyampaikan pendirian UMNO itu kepada ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional. Ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional dalam perjumpaannya pagi ini telah bersetuju supaya mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional diadakan pada 13 Disember yang akan datang ini.

Inilah tujuan kami mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian UMNO petang ini bagi menjelaskan pendirian yang telah diambil oleh Majlis Tertinggi UMNO itu.

UMNO sudah membuat keputusan dan menentukan pendiriannya. Keputusan dan pendirian itu adalah dibuat dengan hati yang suci, demi kepentingan Barisan Nasional dan negara. Saya yakin dengan kesucian hati kita itu, Allah akan memberkati perjuangan kita.

Saya merayu kepada semua ahli UMNO supaya bertenang dan terus menjalankan tanggungjawab kita dengan lebih berhati-hati lagi, lebih bersungguh-sungguh lagi dan lebih berdedikasi lagi. Masa hadapan Barisan Nasional penuh dengan cabaran. Kita akan menghadapinya dengan meminta petunjuk dan keredhaan Allah.

Dengan ini maka kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah."

FAKTA TAMBAHAN.

Izinkan saya memberi sedikit fakta tambahan.

Antara punca sebenar krisis Kelantan 1977 adalah berpunca dari pihak PAS itu sendiri. Malah dalam portal PAS pusat itu sendiri menyatakan bahawa ianya bermula apabila timbulnya ketidakpuasan hati PAS terhadap Menteri Besar ketika itu, Datuk Muhamed bin Nasir.

Yang tidak diceritakan oleh PAS:

1. Ada diantara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk Muhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pd ketika itu UMNO-BN tidak pernah campur tangan dlm corak pemerintahan PAS (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih ditangan kuasa majoriti dewan undangan negeri.

2. Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS utk menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu) Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda. Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana Datuk Mohd Asri adalah tokoh PAS yg bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.

3. Asas yg digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketiak itu) utk menolak Datuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dgn 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO.

4. Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli2 PAS yg tidak berpuashati dgn perpaduan PAS-UMNO.

5. Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.

6. Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan Pas antaranya dengan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.

7. Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 ini yg membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978.
Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yg dibuat oleh PAS Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dgn alasan yg diberi oleh PAS Kelantan itu dgn mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS.

8. Tumbangnya Dato' Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah menyebabkn berlakulah rusuhan yg dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

9. Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku perdana menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri2 lain, dan mengengkang rusuhan seperti peristiwa 13mei berulang.

10. Pada November 1977,Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.

11. Rang undang2 Darurat Kelantan dirangka bersama menteri2 PAS yg ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dr kalangan menteri PAS sendiri.

12. Setelah Kelantan dibawah Darurat. Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat yg dari awal begitu lantang menetang gabungan PAS-BN.

13. Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timb. Yang DiPertua Agung PAS dijadikan kambing hitam PAS apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yg kononnya beliau menjadi ketua menteri2 PAS yg menyokong rang undang-undang Darurat.

14. Malah beberapa pimpinan Pas yg menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menetang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yg dilakukan BN di Kelantan.

15. Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yg mengabungkan PAS-UMNO.

16. Rentetan dari itu juga menyebabkan Krisis dalaman PAS yang kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.

17. Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan diadakan pada Mac 1978.

18. Pada PRK mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekong yg selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas diantaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan.

Setelah membaca ucapan penuh Tun Hussin, bulu roma saya jadi tegak, darah jadi berderau. Geramnya aku pada Pas tidak boleh nak dikatakan lagi. Ayuh rakan-rakan ku sekalian, kita harus bangkit menentang Pas habis-habisan. Perkara ini wajib dilakukan, kita harus menentang Pas sebagaimana kita menentang iblis dan syaitan. Kerana Pas lah punca kepada segala perpecahan di muka bumi ini. Pas jugalah yang menyebabkan fitnah berleluasa di negara ini.

Pas harus ditentang habis-habisan. Di sinilah bermulanya segala masalah perpecahan di kalangan orang melayu iaitu dari PAS. Parti yang sesat lagi menyesatkan dengan penuh fatwa songsang untuk kepentingan parti. Sejak dari di awal penubuhan sudah pun pincang, begitu juga dengan parti keluarga PKR yang sejak dari penubuhan telah pincang dengan skandal-skandal sex yang tidak bermaruah, dan Parti perkauman DAP juga sejak dari awal penubuhan adalah parti racist berasal dari Singapura berpaksikan China. Mereka ini yang menggelarkan PKR mempunyai cukup racun untuk membunuh keseluruhan bangsa Malaysia dan bangsa melayu khasnya. (sumber

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List