Tuesday 18 March 2014

#PRKBALINGIAN: JALIL, CALON PKR "BUTA MATA, BUTA HATI"?

-DAKWAANNYA, "TIADA SEBARANG PERUBAHAN SELAMA 30 TAHUN DI BAWAH BN" BETUL-BETUL "MENGETUK" KEPALANYA SENDIRI! KEKEKE!!!-

"Bengap atau sengaja bodoh", itulah pandangan UnReportedNews™® terhadap calon PKR Haji Abdul Jalil Bujang dengan ucapan mukadimah beliau dalam ceramahnya di Medan Setia Raja, Mukah semalam.

Pertanyaan Jalil, yang baru saja balik dari proses penamaan calon, "Mana Pembangunan di DUN Balingian?", betul-betul menunjukkan kejahilan Jalil terhadap Mukah.

Kalau begitulah pendekatan calon PKR kepada masyarakat Mukah untuk meraih undi, adalah lebih baiklah Jalil bersara dalam politik dan duduk diam-diam balik ke tempat asalnya ke Bintulu sahaja.

"Tiada SEBARANG perubahan selama 30 tahun di bawah BN, Balingian masih mundur walaupun banyak hasil balak dan minyak," kata Jalil sambil menambah rakyat di DUN Balingian mencontohi keputusan rakyat di negeri yang diperintah PR, yang jelas menolak BN.

Apakah Jalil tertidur di sepanjang perjalanan dari Bintulu ke Balingian, khususnya Bandar Mukah sehinggakan beliau tidak perasan segala pasarana dan infrastruktur yang kini sudah  tersergam indah.

Bagaimana pula dengan kewujudan jalanraya utama Selangau-Mukah-Balingian serta jalan-jalan kampung yang sering dinaiktaraf? Siapa yang membuat segalanya ya, Nuar Brahim ker?

Tidak kurang juga dengan bangunan-bangunan kerajaan dan komersil, IPTA (UITM & POLI), MRSM, SCORE, RECODA, Kilang press metal, perusahaan arangbatu, perladangan dan sebagainya. Siapa yang mewujudkannya ya, Jalil dan PKR ker?

Dakwaan Jalil mengenai pembangunan di negeri-negeri jajahan pembangkang yang tiada tolok bandingnya betul-betul menggambarkan calon tersebut berfikir dengan kepala lutut.

Memanglah Selangor dan Pulau Pinang dah maju, tolong ingat sikit siapa yang membangunkan negeri-negeri tersebut-tak lain dan tak bukan kerajaan BN.

Pakatan baru jer memimpin negara tersebut dari tahun 2008, memang dah maju pun jadi tak perlulah nak ambik kredit. 

Bagaimana pula dengan Kelantan yang berdekad-dekad diterajui PAS? Bengap tak sudahlah ko Jalil! Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List