Showing posts with label Selangor. Show all posts
Showing posts with label Selangor. Show all posts

Wednesday, 22 October 2014

Seminggu Nak "Penjara-Kajang-Move", Nuar Brahim Mula Meroyan


Entah apa yang difikirkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga beliau semalam mengeluarkan kenyataan yang "tiada sebab lagi" untuknya di penjarakan.

Yakin akan keputusan Mahkamah Persekutuan pada minggu depan akan memihak kepadanya dan beliau tidak akan dipenjarakan, Anwar berkata, tiada lagi sebab yang timbul, sama ada dari segi perundangan mahupun politik untuk menyabitkan dirinya dengan kesalahan itu.

Anwar yang dipetik dari Malaysiakini sebagai berkata, "Keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara ke atas saya awal tahun ini hanyalah untuk menghalang saya dari bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang."

"Kenapa tak berjaya? Fakta tak ada. Tiada bukti. Dia nak guna alasan apa? Pilihan raya (kecil) Kajang dah lepas." katanya kepada pemberita.

Kita semua tahu siapa Anwar sebenarnya, kita tahu bertapa bergeliganya Anwar Ibrahim, lebih-lebih lagi apabila masuk bab-bab memberi alasan nak melepaskanj diri, memanipulasikan orang dan sebagainya.

Anwar hanya ingin meracuni pemikirannya penyokongnya yang hukuman penjara yang telah dijatuhkan terhadapnya hanya dirancang untuk menghalang beliau bertanding di PRK Kajang.

Perlu di ingatkan, proses undang-undang berkaitan kes liwat ini telah begitu lama dijalankan (itupun setelah lebih daripada 6o kali penundaan kes atas permintaan pihak Anwar), jauh lebih lama dari PRK Kajang (yang juga telah dirancang oleh pihak Anwar sendiri).

Jadi alasan "tiada sebab lagi" untuk beliau dipenjarakan tidak boleh digunapakai dalam hal ini kerana beliau sememangnya telah didapati salah oleh mahkamah kerana meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan!

Liwat tetap liwat! 

-UnReportedNews™®

Sunday, 5 October 2014

Nuar Brahim Sembat RM15 Juta Sebagai Penasihat Ekonomi Selangor?


Nah, ambik kau!!!

Sebelum ini, Khalid Ibrahim cuba menyembunyikan fakta sebenar bagaimana Anwar Ibrahim menyalahgunakan wang rakyat Selangor dalam usahanya memuaskan nafsu serakahnya bebas pergi ke luar negara dengan perbelanjaan rakyat.

Berstatus  Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Anwar Ibrahim seringkali bercakap besar kononnya dia boleh membawa masuk pelaburan berbilion-bilion ringgit ke negeri Selangor jikalau dia menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Malangnya, sepanjang dia menjadi Penasihat Ekonomi Selangor dan sekalipun mendabik dada dia kenal baik semua orang di dunia ini, haram tak satu sen pun Anwar Ibrahim bawa masuk pelaburan ke Selangor selepas enam tahun menjadi Penasihat Ekonomi Selangor. Dan dia begitu marah apabila Faekah Hussin memansuhkan Pejabat Penasihat Ekonomi yang hanya makan duit rakyat Selangor tanpa menghasilkan keuntungan.

Dengan menggunakan remote control ke atas Azmin Ali, Anwar Ibrahim merebut kembali jawatan yang telah dimansuhkan. Sebabnya mudah, Anwar mahu menggunakan wang RM3.2 bilion yang telah dikumpul daripada peruntukan-peruntukan Kerajaan Pusat yang tidak dibelanjakan oleh Khalid Ibrahim untuk rakyat Selangor.

Dan Faekah Hussin membuka rahsia besar yang sebelum ini hanya kedengaran sayup-sayup!

Azmin Ali tak mahu saman Faekah? Anwar Ibrahim berani ke buat apa-apa kepada Faekah yang banyak tahu kerenah serta penyalahgunaan wang rakyat Selangor demi kepuasan nafsunya?

Sudah tentu tidak, sebaliknya, baik Azmin mahupun Anwar akan cuba buat-buat pekak badak... macam biasa, setiap kali mereka terkantoi! - The Flying Kick

-UnReportedNews™®

Friday, 3 October 2014

Azmin Nafi Kerajaan Selangor Peruntuk RM1 Bil Tampung Kenaikan Harga Minyak


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menafikan berita yang tersebar di media sosial pada Khamis mengenai 'bantuan' yang kononnya disalurkan kerajaan negeri bagi menangani kenaikan harga minyak.

Jelasnya di laman Twitter, berita itu adalah tidak benar sama sekali.

Semenjak tengah malam Rabu, beberapa laman blog melaporkan kenyataan bergambar Azmin yang menyatakan harga minyak di negeri itu tidak akan naik.

Azmin turut dilaporkan oleh blog berkenaan bahawa kononnya kerajaan negeri memperuntukkan RM1 bilion bagi menampung pengurangan subsidi sebanyak 20 sen oleh Kerajaan Pusat sehingga harga minyak kembali stabil.

Laporan itu menambah bahawa langkah itu merupakan tanda kerajaan negeri di bawah kepimpinan menteri besar baharu amat memahami dan prihatin terhadap beban yang ditanggung oleh rakyat menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha. - Astro Awani

-UnReportedNews™®

Nota: Sebelum ini, UnReportedNews™® juga ada melapurkan berita dari sumber tersebut. Harap maklum.

Thursday, 2 October 2014

Terkini: Selangor Setuju Tampung Penarikan Subsidi Minyak RM.020?


MALAM tadi kita rakyat Malaysia dikejutkan dengan kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen. Tinggal 3 hari umat Islam hendak menyambut perayaan Hari Raya Aidil Adha, kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh DS Najib Tun Razak tergamak menaikkan harga minyak.

Penasihat ekonomi Najib mungkin tidak pernah merasa hidup susah atau tidak pernah merasa hidup di kampung-kampung yang mana ekonomi penduduk kampung yang majoritinya adalah kaum bumiputra terasa terbeban walaupun dengan kenaikan 20 sen.

Ini perkara yang tak boleh disangkal langsung. Memang benar. Aku sebagai salah seorang anak kampung yang bekerja mencari rezeki dibandar turut terbeban dengan kenaikan ini.

Oleh kerana ekonomi di kampung tidak memberangsangkanlah aku terpaksa berhijrah ke bandar untuk meneruskan kehidupan di Malaysia yang semakin mencabar.

Mungkin bagi menteri tidak ada apa sangat dengan nilai kenaikan 20 sen bagi petrol dan diesel namun bagi kami sebagai rakyat bawahan yang punyai ekonomi isi rumah yang tidak menentu membuatkan kami terfikir, benarkah kerajaan Malaysia hendak membantu rakyat Malaysia?

Apa-apa pun kita tunggu bajet 2015 yang bakal dibentangkan pada November ini.

Mungkin ada kejutan yang hendak diberikan oleh Najib Razak. Atau mungkin inilah penggal terakhir mereka memerintah.

TERIMA KASIH kepada kerajaan Selangor yang dikhabarkan prihatin dengan nasib rakyat terutama rakyat Selangor. Menteri Besar Selangor yang baru telah bersetuju untuk memperuntukkan RM1 billion bagi menampung penarikan subsidi 20 sen oleh kerajaan pusat sehingga minyak kembali stabil.

Mungkin benarlah Azmin betul-betul memahami denyut nadi rakyat yang semakin terbeban dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Sama-sama kita berdoa semoga bebanan ini tidak akan berlangsung lama. - Jawa Bernam 


-UnReportedNews™®

Tuesday, 30 September 2014

Wajah Individu-Individu Disyaki Terlibat Dalam Kes Godam ATM





Di atas adalah wajah individu-individu, warga asing Latin Amerika yang dipercayai terlibat dalam kes pengodaman mesin ATM yang di ambil dari CCTV di permis-permis kejadian.

Setakat semalam (Isnin) sebanyak 10 kes (dua kes pada hari Ahad dan lapan kes pada hari Isnin) berkaitan pengeluaran wang di mesin-mesin ATM yang melibatkan kerugian lebih dari RM1 juta ringgit.

Setakat ini, kes pengodaman mesin ATM hanya melibatkan Bank Al- Rajhi, Bank Affin dan Bank Islam di Negeri Selangor dan berikut adalah lokasi bank-bank yang telah digodam:

1. Cawangan bank: Al- Rajhi Kota Damansara, PJ
Masa Kejadian: 29.9.14 @ 12:46 am Kerugian: RM285,700

2. Cawangan bank: Affin Bank Jalan Yong Shook Lin, PJ
Masa kejadian: 27.9.14 Kerugian: RM303,000

3. Cawangan bank: Affin Bank USJ10/1J
Masa kejadian: 27.9.14 @ 5:30 pm Kerugian: RM265,000

4. Cawangan bank: Al- Rajhi Seksyen 9, Shah Alam
Masa kejadian: 29.9.14 @ 12:30 pm Kerugian: RM116,000

5. Cawangan bank: Al-Rajhi Wisma Metro Kajang
Masa kejadian: 29.9.14 @ 12:46 am Kerugian: belum diketahui

6. Cawangan bank: Al-Rajhi Puchong
Masa kejadian: 29.9.14 @ 01:12 am Kerugian: belum diketahui

7. Cawangan bank: Al-Rajhi Kelana Jaya
Masa kejadian: 29.9.14 @ 12:46 am Kerugian: belum diketahui

8. Cawangan bank: Al-Rajhi Jalan Raja Bot, Klang
Masa kejadian: 29.9.14 @ 4:00 pm Kerugian : RM150,000

9. Cawangan bank: Bank Islam Seksyen 14, PJ
Masa kejadian: 29.9.14 @ Kerugian: RM 395,850

10. Cawangan bank: Bank Islam Jalan PJU 5/5 Dataran Sunway
Masa kejadian : 29.9.14 @ Kerugian: RM: 221,160

Dari raut wajah suspek-suspek yang dirakam dari CCTV tersebut, mereka dipercayai berumur dalam lingkungan 20 ke 30-an.

Sumber polis memberitahu Sarawakiana bahawa pihak berkuasa di setiap sempadan di seluruh negara sedang dalam keadaan berjaga-jaga dan siap-siagam sekiranya suspek-suspek tersebut ingin melarikan diri dari negara ini. - Sarawakiana

-UnReportedNews™®

Monday, 29 September 2014

Tu Dia .. Nuar Mula Main "Remote Control" Azmin


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim “mengarahkan” Menteri Besar baru Selangor Azmin Ali agar mendedahkan senarai syarikat dan individu yang dikatakan mendapat manfaat jutaan ringgit daripada rundingan air yang ditandatangani oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.

Anwar yang dipetik oleh Malaysiakini sebagai berkata, Azmin sudah diberitahu agar menyenaraikan individu atau pemegang saham disebalik syarikat-syarikat berkaitan.

“Demi ketelusan, rakyat Selangor patut tahu siapa yang mendapat manfaat daripada kontrak itu,” katanya lagi.

“Saya tidak kisah jika orang ramai mendapat faedah daripada rundingan itu,”

“Tetapi siapa yang akan membayarnya?... Rakyat Selangor,” katanya secara sinis.

Anwar berkata demikian dihadapan kira-kira 300 orang yang menghadiri ceramah menentang Akta Hasutan 1948 di Seberang Jaya, Pulau Pinang malam sabtu lepas.

Kenyataan Anwar tersebut secara tidak langsung seolah-olah mengesahkan bahawa beliau sebenarnya yang berkuasa dan mengawal Menteri Besar Selangor yang baru.

Sehubungan itu, mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid dilaman Facebooknya berkata, beliau mengalu-alukan semua pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyemak dan menyiasat semua perjanjian yang ditandatanganinya. - Sarawakiana

-UnReportedNews™®

Wednesday, 24 September 2014

Pembohongan Jijah Kipas Yang Nyata


Keegoan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melampaui segalanya sehinggakan kadangkala beliau sendiri "terbohong" dengan nyata sekali.

Mungkin keadaan emosinya sudah terganggu bukan sahaja kerana tidak dilantik menjadi Menteri Besar (MB) Selangor yang baharu malahan beliau lamgsung tidak mendapat perkenan untuk menemui Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj sebelum ini.

Keadaan ini mungkin telah membuat Wan Azizah "tidak sedarkan diri" sewaktu menulis kenyataan media berkaitan perlantikan MB Selangor yang baru sehingga terdapat beberapa kenyataan amat bercanggah dengan keadaan yang sebenarnya.

" ... saya telah membuat keputusan untuk menarik diri dari pencalonan Menteri Besar Selangor. Saya telah mencadangkan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) agar YB Tuan Mohamed Azmin Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, diangkat sebagai MB Selangor ..." 

Apakah Wan Azizah terlupa yang beliau telah ditolak mentah-mentah oleh pihak Istana untuk jawatan MB Selangor sebelum ini sehinggakan Sultan Selengor menitahkan setiap komponen parti PR menghantar sekurang-kurangnya tiga nama calon?

Malah, nama Wan Azizah tak tersenarai langsung sebagai calon-calon MB Selangor dan difahamkan hanya Timbalan Presiden PKR Azmin ali (ADUN Bukit Antarabangsa), ADUN Chempaka (PAS) Iskandar Samad dan ADUN Sijingkang Dr Ahmad Yunus Hairi saya yang telah di "temuduga" Sultan Selangor. 

Jadi dimanakah relevannya Wan Azizah mengguna phrasa "menarik diri" sedangkan pada mula lagi, beliau tidak tersenarai langsung dalam senarai nama calon-calon MB Selangor?

Kadangkala apabila emosi seseorang itu terganggu kerana tertekan atau kecewa, ianya boleh mengaburi pemikiran dan hilang pertimbangan ketika membuat kenyataan maka, di sini penulis berpendapat Wan Azizah telah mengelami keadaan tersebut. -Sarawakiana

-UnReportedNews™®

Tuesday, 23 September 2014

Azmin Pilihan Utama Anwar Jadi MB Selangor Bukan Jijah


PETALING JAYA: Walaupun mendapat perkenan pihak istana untuk mengisi kerusi Menteri Besar Selangor, beberapa pihak mendakwa pelantikan Mohamed Azmin Ali bermakna matlamat ketua pembangkang kini sudah tercapai.

Malahan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dikatakan menjadi pilihan utama Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak awal lagi untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Mantan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Prof Dr Mohammad Fairus Khairuddin pula berkata, menjadi strategi Anwar untuk mengusulkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar.

“Hakikatnya memang itulah strategi Anwar kerana memang sekian lama dia mahukan Azmin menjadi MB.

“Segala yang lain hanyalah lakonan sahaja untuk mencipta diversion (mengalih perhatian) dan apabila Azmin diangkat menjadi MB, semakin lengkaplah kerosakan terhadap Selangor dari segi kepentingan Islam dan Melayu,” katanya kepada mStar Online, Isnin.

Fairus berkata, usaha mengalih perhatian dengan usul pelantikan Presiden PKR itu hanya untuk memudahkan laluan Azmin dilantik sebagai menteri besar.

“Bagaimanapun, dalam hal ini istana tidak bersalah apa-apa pun,” katanya.

Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit ketua umum PKR itu, Anuar Shaari berkata, Azmin adalah pilihan tepat bagi melaksanakan agenda Anwar.

“Agenda Anwar tetap untuk memenuhi cita-citanya menjadi Perdana Menteri, walaupun dibelenggu masalah moral yang serius,” katanya kepada mStar Online.

Sehubungan itu, kata Anuar, kemungkinan Azmin menjadi boneka Anwar itu tetap ada kerana ketua pembangkang itu tidak dapat melakukannya ketika era Selangor ditadbir Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim – mStar

-UnReportedNews™®

Tak Dapat Jadi MB, Jijah Dilantik Menjadi Exco Selangor?


BERKEMUNGKINAN Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan dilantik sebagai ahli exco kerajaan negeri bergantung kepada perbincangan Azmin dengan pihak berkenaan. 

Menurut Azmin, siapa Exco dalam pentabirannya akan dibuat Khamis ini manakala majlis angkat sumpah pada Jumaat ini. 

"Jadi saya tidak sebut siapa akan dilantik dan kemungkinan dilantik," kata beliau pada sidang media di sini sebentar tadi. 

Mengenai empat EXCO PAS yang baru-baru ini kekal dalam kerajaan pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim , Azmin berkata hal berkenaan juga akan dibincangkan. 

Terdapat 10 orang ecxo semasa pentabiran Khalid iaitu sebanyak tiga dari PKR, tiga DAP dan empat PAS. Speaker pula dari DAP manakala timbalan Speaker dari PKR.

Azmin menegaskan keutamaan kepada beliau ialah membawa Selangor keluar daripada kemelut yang telah berpanjangan selama sembilan bulan sehingga menjejaskan perpaduan di dalam Pakatan Rakyat. 

Beliau akan mengkaji semula perjanjian pengambilalihan industri air serta perjanjian lain yang dibuat semasa pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum membuat apa-apa keputusan. 

"Beri saya masa untuk semak," kata beliau.

Beliau juga menolak andaian dan kebimbangan sesetengah pihak beliau akan menjadi Menteri Besar kawalan jauh atau ' remote control' oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.-Sarawakiana

-UnReportedNews™®

Akibat Kemaluan Besar, KETUM & Isteri Tak Hadir Majlis Istiadat Angkat Sumpah MB Selangor?



Sikap dendam dan kecewa suami-isteri yang kedua-duanya gagal menjadi Menteri Besar (MB) Selangor dipercayai telah menyebabkan tidak hadir ke Majlis Istiadat Angkat Sumpah MB Selangor yang dilangsungkan di Istana Alam Syah sebentar tadi.

Semalam, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah menzahirkan perasaan "kecewanya" menerusi kenyataan media beliau.

Biar pun beliau berkata beliau menerima dengan hati terbuka pemilihan Timbalan Presidennya Mohamed Azmin Ali sebagai MB Selangor yang baharu, umum tahu ianya adalah sebaliknya.

Umum juga tahu yang kenyataannya mengenai yang "beliaulah yang mencadangkan nama Azmin sebagai calom MB Selangor serta menarik diri dalam perlantikkan MB" adalah satu penipuan besar.

Ini adalah kerana Azizah dan Anwarlah yang "bermati-matian" tidak mahu nama Azmin disertakan didalam senarai calon-calon MB Selangor sepertimana yang dititah Sulta Selangor sebelum ini.

Kenyataan Azizah yang keputusan itu dibuat bagi menyelesaikan kemelut MB Selangor, selain memelihara kepentingan rakyat di negeri ini langsung tidak masuk akal sekali kerana jika benar dia ikhlas, beliau dan suaminya sepatutnya tidak engkar dengan titah Sultan.

Beliau juga telah meluahkan kekecewaannya apabila menyatakan  secara sinis walaupun proses pelantikan ini pada hemat dirinya, yang tidak menepati peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Ada atau tiada kelibat KETUM dan isterinya pada majlis tersebut, ianya berjalan dengan lancar bermula dengan Azmin membaca "Surat Aku Janji" dan angkat sumpah sebanyak tiga kali sebelum menandatangani surat perlantikan jawatan MB Selangor serta surat akuan rahsia pada jam 10.40 pagi.

-UnReportedNews™®

Monday, 22 September 2014

Akhirnya Wan Azizah "Redha" Azmin Sebagai MB Selangor


SHAH ALAM: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau menerima dengan hati terbuka pemilihan Timbalan Presidennya Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar (MB) Selangor yang baharu.

"Saya menerima dengan hati yang terbuka keputusan yang telah dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor yang memperkenankan YB Mohamed Azmin Ali, sebagai MB Selangor yang baharu.

"Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang bermesyuarat pada hari ini juga sebulat suara bersetuju agar YB Tuan Mohamed Azmin Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, diangkat sebagai MB Selangor," katanya dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

Dr Wan Azizah berkata keputusan itu dibuat bagi menyelesaikan kemelut MB Selangor, selain memelihara kepentingan rakyat di negeri ini.

"Saya yakin bahawa PKR telah kekal mempertahankan prinsip demokrasi raja berperlembagaan.

"Walaupun proses pelantikan ini pada hemat saya tidak menepati peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, saya percaya tumpuan perlu dikembalikan kepada usaha membela rakyat di Selangor," kata Dr Wan Azizah.

Sebentar tadi, Azmin telah mengesahkan pelantikannya sebagai MB Selangor yang ke-15 berkuat kuasa esok selepas Istiadat Angkat Sumpah dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan di Istana Alam Shah, Klang pada 10.30 pagi. -Sarawakiana

-UnReportedNews™®

SAH! BUKAN JIJAH KIPAS JADI MB SELANGOR BAHARU!


Tahniah kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang juga ADUN Bukit Antarabangsa kerana terpilih menjadi Menteri Besar (MB)Selangor yang baharu mengganti Tan Sri Khalid Ibrahim.

Surat perlantikan beliau ke jawatan tersebut telah tersebar dengan meluas di media sosial.

Beliau adalah di antara tiga calon termasuk ADUN Chempaka (PAS) Iskandar Samad dan ADUN Sijingkang Dr Ahmad Yunus Hairi yang telah di "temuduga" Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj baru-baru ini.

Sumber siang tadi telah mendedahkan bakal MB Selangor yang baharu (Azmin) sedang giat menjalankan  raptai Majlis Angkat Sumpah MB Selangor di Istana Kayangan yang dijadualkan akan berlangsung pada pagi esok.

Apa-apa pun Jijah Kipas keempunanlah seperti suaminya si Nuar Brahim nak menjadi MB Selangor! Kire double keempunanlah .. hasrat suami-isteri tu nampaknya tak kesampaian! KahKahKah!!!

Apa agaknya tindakan KETUM seterusnya ye? Nak pecat Azmin jugak ker? Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

Calon MB Selangor Baharu (Bukan Jijah Kipas) Berlatih Angkat Sumpah Di Istana





Teka-teki siapakah bakal Menteri Besar (MB) Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sudah pun hampir sampai ke kemuncaknya.

Terkini, satu sumber mendedahkan salah seorang dari tiga calon Menteri Besar (MB) Selangor yang baharu sedang giat menjalankan  raptai Majlis Angkat Sumpah MB Selangor di Istana Kayangan sekarang.

Majlis Angkat Sumpah BM Selangor baharu dijadualkan akan dilangsung di hadapan Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah Al-Haj di Istana Kayangan esok.

Pelbagai spekulasi berkaitan siapakah pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim termasuk Presiden PKR Datin Sri Wan Azizah Wan Ismail yang juga ADUN Kajang.

Setakat ini, diwar-warkan hanya tiga calon; Timbalan Presiden PKR Azmin ali (ADUN Bukit Antarabangsa), ADUN Chempaka (PAS) Iskandar Samad dan ADUN Sijingkang Dr Ahmad Yunus Hairi telah di "temuduga" Sultan Selangor. -Sarawakiana

-UnReportedNews™®

Saturday, 13 September 2014

ADA RAHSIA TERKANDUNG DALAM SURAT KEDUA PKR KEPADA ISTANA SELANGOR?


KUALA SELANGOR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail enggan mendedahkan kandungan surat kedua yang dihantar parti itu kepada Istana Selangor pada Selasa lepas.

Beliau juga enggan menyebut sama ada nama calon lain disertakan dalam surat itu bagi jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu.

"Kita tunggu dahulu, hari ini separuh hari kan. Kita tunggu respon Istana.

"Hari ini saya jumpa (anggota PKR Kuala Selangor) selepas pemilihan parti bersama-sama (Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok) Dr Idris Ahmad, (bekas Exco kerajaan Selangor) Elizabeth Wong, (Anggota Parlimen Subang) R. Sivarasa dan Anggota Parlimen Ampang (Zuraida Kamaruddin)," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri penyampaian sijil program bacaan Bahasa Inggeris dan penyerahan wang bantuan program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), di sini.

Selasa lepas, PKR dan DAP masing-masing menyerahkan sepucuk surat kepada Istana Selangor susulan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap tindakan kedua-dua parti itu yang hanya mengemukakan satu nama iaitu Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar baharu.

Selain menghantar surat kedua itu, pada hari yang sama PKR dan DAP mengeluarkan kenyataan memohon ampun secara terbuka kepada Sultan Selangor.

Walaupun memohon ampun kepada Sultan Selangor, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tetap mempertahankan tindakan kedua-dua parti itu berhubung calon mereka bagi jawatan Menteri Besar Selangor. -Bernama

-UnReportedNews™®

Thursday, 4 September 2014

BIJAK-BIJAK ... JIJAH KIPAS & NUAR BRAHIM KENA "MAIN" HADI


Krisis menteri besar di Selangor telah menemui episod baru apabila PAS dipercayai telah menolak pencalonan isteri Anwar Ibrahim Wan Azizah sebagai MB Selangor serta mengemukakan nama tiga ahli majlis eksekutif PAS untuk jawatan itu.

Tiga nama tersebut ialah Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus.

Surat daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dihantar sebelum tarikh 3 September bagi mengemukakan lebih daripada dua nama calon jawatan menteri besar berikutan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR, menurut beberapa sumber di negeri ini. 

Menurut sumber mereka berkata Hadi secara peribadi telah menandatangani surat untuk istana, menamakan tiga ahli exco parti itu dalam pentadbiran negeri sebagai calon. Dan lebih pasti Pas menolak pencalonan Wan Azizah sebagai MB Selangor.

PAS menegaskan bahawa lebih dari dua nama hendaklah dikemukakan mengikut permintaan istana.

Sudah sampai masa Pas perlu bersuara demi mencegah kemungkaran yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan sekutunya. (sumber

-UnReportedNews™®

Friday, 29 August 2014

VIDEO: BAKAL MB SELANGOR BERUCAP? HAMPEH!!!


Meh lihat bakal MB Selangor Jijah Kipas beraksi dalam DUN Selangor ... sungguh memalu kan .. ku kira Khalid yang tergagap-gagap rupanya Jijah pun mengalami syndrom kegagapan yang kronik.

Ini jer yang dapat ku transkrip dari ucapan video tersebut (0:00 hingga 0:30) sewaktu Jijah  Kipas berucap:

"Dan juga kalaulah kita tengok ya ... dalam ertikatanya ... hilang dalam ... berakhir ... tidak memberikan apa-apa ... saya akui bahawa ... apa ni ... usaha-usaha untuk mencari itu  ... Alhamdullillah ... melibatkan banyak-banyak negara tapi negara-negara ini telah memberi satu kerjasama yang ... terpaksa ... bukannya kata Malaysia ini baik sangat tapi ... terpaksa ..."

Terus terang aku cakap, aku tak paham langsung ape yang bakal MB Selangor ni katakan ...  sebagai seorang yang bakal memegang jawatan tinggi, punye lah "hebat" quality ucapannya apatah lagi mengutuk Malaysia secara terang-terangan ...

Mungkin beliau tak bersemangat untuk berucap kerana tidak memegang kipas di tangannya kot? Kahkahkah!!! (sumber)

 


-UnReportedNews™®

RAFIZI GESA ADUN PR SELANGOR BUKTIKAN "CINTA" KEPADA AZIZAH?


PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari parti itu supaya menolak pencalonan sebagai menteri besar Selangor.

Menurutnya, tindakan tersebut membuktikan lambang kesetiaan mereka (Adun) kepada parti dan perpaduan dalam menentang parti lawan.

"Setiap Adun PKR di Selangor harus menarik diri daripada sebarang pencalonan oleh mana-mana pihak sebagai menghormati keputusan sebulat suara parti itu yang turut dipersetuju Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.

Terdahulu, PKR menegaskan tetap akan menghantar nama Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal untuk jawatan tersebut kepada Istana Selangor.

Jelas Rafizi, setiap Adun (PKR) harus menyokong keputusan parti untuk menamakan presiden parti sebagai calon tunggal untuk jawatan menteri besar Selangor yang baharu.

"PKR dan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara memilih Wan Azizah sebagai calon tunggal Pakatan Rakyat sebagai menteri besar Selangor. Keputusan ini perlulah dihormati," katanya.

Pada masa sama, beliau turut memuji tindakan Ketua Angkatan Muda Keadilan dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad yang menolak cadangan PAS agar beliau dinamakan sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Saya ucapkan tahniah kepada Nik Nazmi kerana menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap Wan Azizah," katanya.

Pada Khamis, Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat berpendapat Nik Nazmi adalah calon yang sesuai bagi jawatan tersebut kerana beliau merupakan seorang calon yang muda dan mampu memimpin dengan baik.

Bagaimanapun, Nik Nazmi menolak cadangan tersebut dan tetap menyokong pencalonan Wan Azizah untuk dilantik ke jawatan tersebut. -mStar

-UnReportedNews™®

Thursday, 28 August 2014

ISU MB SELANGOR: TOLAK AMANAH KEPIMPINAN, PAS BACUL!


Cakap berapi-rapi, memperjuangkan bangsa Melayu dan Agama Islam tapi bila diberi peluang secara tidak langsung oleh Sultan Selangor untuk memimpin negeri itu, PAS bagaikan kecut telur bagaikan lelaki yang dayus lagi bacul sebaliknya menolak amanah rakyat tersebut bulat-bulat kepada PKR.

Sia-sia jer rakyat Selangor mengundi PAS sehingga menang 15 kerusi menyamai jumlah kerusi DAP berbanding dengan PKR yang hanya mendapat 14 kerusi di negeri tersebut pada PRU yang lepas hanya untuk dipelkedaikan sedemikian rupa.

Ini jelas digambarkan menerusi kenyataan terkini Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang PAS tidak akan mencalonkan mana-mana wakil rakyatnya untuk jawatan menteri besar Selangor sebaliknya akan mencalonkan tiga nama wakil rakyat PKR.

"Keputusan untuk tidak menamakan mana-mana wakil rakyat PAS (untuk jawatan MB) adalah muktamad. Ini kerana jawatan itu telah dikhaskan untuk PKR. Kami menghormati perkara ini," katanya lagi selepas menghadiri mesyuarat tertutup dengan pemimpin-pemimpin PAS negeri di ibu pejabat parti itu di sini semalam.

PAS sanggup menghampakan harapan rakyat Selangor yang tidak mahukan Jijah Kipas yang bukannya anak jati Selangor menjadi MB Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim demi untuk memenuhi kehendak KETUM Nuar Brahim.

Kemanakah keislaman PAS? Mengapa terlalu obses dan memperdewakan KETUM sehinggakan nasib dan masadepan rakyat Selangor di pertanggungjawabkan ke tangan orang lain yang nyata tiada kelayakan dan mem punyai kepentingan peribadi sedang anda telah diberi peluang untuk memimpin? 

Islam tidak pernah mengajar kita untuk lari dari tanggungjawab, lebih-lebih lagi sekiranya tanggungjawab tersebut datang dari amanah rakyat yang telah memilih kita untuk memimpin mereka namun tindakan terkini PAS membukti PAS adalah parti yang dayus dan bacul.

Takut untuk memikul tanggugjawab, takut dengan amanah rakyat, takut untuk memimpin dan takut dengan KETUM! Itu PAS sebenarnya!!!

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya:

"Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ianya pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya."

(Riwayat Muslim)

Dari Abu Zar, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

"Wahai Abu Zar, sesungguhnya aku melihat engkau seorang yang lemah, sesungguhnya aku suka untuk engkau apa aku suka untuk diriku. Maka jangan engkau menjadi ketua ke atas dua orang dan jangan engkau uruskan harta anak yatim."

(Riwayat Muslim)

SYARAH AL HADIS

Dalam hadith ini Rasulullah s.a.w. tidak memberikan jawatan sekalipun kepada Abu Zar, seorang sahabat yang sangat dikasihi baginda, apabila dilihat ciri-ciri kelayak tidak wujud sepenuh. Abu Zar adalah seorang sahabat yang soleh lagi warak dan zuhud. Namun begitu, amanah jawatan dan politik berhajat ciri-ciri yang yang lebih dari itu, yang bukan semua individu memilikinya. Justeru itu tidak semua sahabat layak mengendalikan urusan siyasah atau politik seperti al-Khulafa ar-Rasyidun. Demikian juga bukan semua mereka kuat agama boleh mengendalikan urusan politik.

Juga hadith ini menonjolkan sikap yang terpuji Abu Zar r.a. yang meriwayatkan ucapan Nabi s.a.w, sekalipun inti kandungannya menyatakan kelemahan dirinya dalam kepimpinan. Ini amanah ilmu dan kejujuran para sahabah yang menyampaikan ajaran Rasulullah s.a.w kepada umat.

Berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, maka para ulama ahli sunnah yang silam seperti Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) telah membahaskan persoalan ini. Dengan itu umat Islam tidak sepatutnya hilang garisan dalam perlantikan dan pemberian kuasa terutamanya dalam hal politik.

Hadith ini juga menjelaskan besarnya tanggungjawab kepimpinan dan pengurusan di dalam Islam dan bukan sebarangan individu yang benar-benar mampu memikulnya. Justeru itu memberikannya kepada seseorang yang tidak memiliki keahlian atau kelayakan adalah punca kerosakan masyarakat dan umat. Kerosakan sistem masyarakat menatijahkan kerosakan individu keseluruhannya. Nabi s.a.w. sering memberi amaran tentang kemusnahan hidup apabila amanah dikhianati.

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List