Showing posts with label Video. Show all posts
Showing posts with label Video. Show all posts

Thursday, 14 November 2013

VIDEO: SEJARAH HITAM PEMBANGKANG DI PARLIMEN

-HARI INI TERCIPTALAH SEJARAH PALING TRAGIS & HAMPEH SEKALI BAGI PUAK PEMBANGKANG DI DEWAN RAKYAT MALAYSIA! KEKEKE!!!-

Hampir satu setengah jam masa persidangan Dewan Rakyat pada Khamis 14 November (14/11) dibazirkan dengan kekecohan membabitkan ahli-ahli Parlimen pembangkang yang membantah usul kerajaan mahu menggantung ahli parlimen PKR Padang Serai N.Surendran kerana menghina Speaker.

Suasana Dewan Rakyat tidak ubah seperti ‘pasar borong’ atau ‘sarkas’ dengan ahli parlimen pembangkang berterusan bangun, menjerit termasuk mengoyak kertas usul semata-mata marah dan tidak berpuas hati dengan usul yang dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Nancy Shukri.

Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee diasak bertubi-tubi oleh ahli parlimen DAP Puchong Gobind Singh Deo dan ahli Parlimen PKR Gombak Azmin Ali yang mempertikai usul tersebut kononnya tidak mematuhi peraturan kerana tidak menyebut peraturan mesyuarat usul itu serta tempohnya kurang sehari.

Beberapa ahli parlimen pembangkang lain termasuk dari PAS Shah Alam, Khalid Samad, PAS Sepang, Hanipa Maidin, PKR Kapar G. Manivanan serta DAP Ipoh Barat M.Kulasegaran sengaja mengguna peraturan Dewan untuk menganggu persidangan.

Melihat barisan ahli parlimen pembangkang yang bangun berhujah dan mencelah, jelas mereka sudah merancang untuk menolak dan membatah usul menggantung Surendran daripada menghadiri persidangan Dewan selama enam bulan.

Ini kerana jumlah kedatangan ahli parlimen pembangkang yang melebihi hari biasa malah Gobind dan Kit Siang yang tidak kelihatan beberapa hari lalu, turut hadir.

Arahan Ronald supaya ahli-ahli Yang Berhormat termasuk kalangan ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) supaya duduk, diam dan mematuhi peraturan tidak dihirau.

Ahli-ahli parlimen Barisan Nasional yang turut bangun menentang tindakan pembangkang antaranya Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, Lenggong – Datuk Shamsul Anuar Nasarah dan Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar.

Pengerusi BNBBC yang juga ahli Parlimen Johor Bharu Tan Sri Shahrir Samad turut bangun mencelah mempertahankan pembentangan usul itu kerana Surendran bukan sahaja menghina Speakar, Tan Sri Pandikar Amin Mulia tetapi Parlimen dan ahli-ahlinya.

Katanya, isu itu memang ada kepentingan awam dan perlu disegerakan tambahan pula Padang Serai membuat kenyataan parlimen kini macam parlimen Robert Mugabe (Presiden Zimbabwe).

“Saya tak terasa ke,..ini tuduhan bukan sahaja hina speaker tetapi Parlimen,” katanya yang kemudian mahu usul itu diluluskan jika pembangkang tidak berminat membahaskannya.

Noh turut mencadangkan perkara sama selepas Nancy meneruskan membaca usul kira-kira jam 12.10 tengahari dalam suasana Dewan yang hinggar binggar jeritan ahli parlimen yang meneruskan bantahan.

Sebilangan besar ahli parlimen pembangkang dilihat mengoyak kertas usul manakala Azmin menjerit mengatakan ‘usul haram…usul haram’ berkali-kali.

Ronald kemudian menetapkan undian belah bahagi untuk menentukan usul itu dipersetujui atau sebaliknya oleh semua ahli-ahli parlimen.

Keputusan undian jam 12.40 itu berkesudahan dengan 92 undi daripada blok Barisan Nasional manakala ahli-ahli parlimen pembangkang tidak mengundi.

Dewan terus kecoh kerana pembangkang tidak berpuashati dengan keputusan timbalan Speaker itu namun Ronald meneruskan persidangan Dewan Rakyat bagi meneruskan mesyuarat peringkat Jawatankuasa bagi Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 yang bermula hari ini.

Insiden yang bakal tercatat sebagai sejarah hitam dalam persidangan Dewan Rakyat mengenai tindak tanduk pembangkang yang ada antaranya peguam tetapi seperti orang tidak tahu undang-undang dalam isu penggantungan terhadap Naib Presiden PKR itu boleh dinilai sendiri dengan menonton video penuh kejadian itu di laman ini.


VIDEO: Sejarah Hitam Pembangkang Di Dewan Rakyat Tercipta Hari Ini!http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/DSC_0015-300x163.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/DSC_0015-300x163-150x150.jpgMyNewsHubmyHangatUtama
(sumber


-UnReportedNews™®

Tuesday, 22 October 2013

VIDEO: PEREMPUAN BERGADUH DALAM SEMAK!

-DUA WANITA SABAH SEKSI BERGADUH DALAM SEMAK! MMM! KEKEKE!!!-


Jika semalam kami ada siarkan video tiga remaja perempuan bergaduh sampai salah seorangnya pengsan, hari ini sebuah lagi video perempuan bergaduh tersebar di laman sosial.

Video berdurasi 3:24 minit yang dipercayai dirakamkan di Penampang, Sabah ini menyaksikan dua gadis seksi bergomol dalam semak.

Memang ganas habis sampaikan salah seorang yang menjadi ‘lauk’ dalam rakaman ini terpaksa melaungkan ‘Allahukbar’ dan meminta tolong sekuat hati, barangkali kerana terlalu takut melihat kawan gaduhnya dah macam naik hantu.

Jika didengar pada perbualan mereka, punca kelahi dipercayai disebabkan oleh ‘mulut’ salah seorang daripadanya.

Apa yang kelakar setelah berjaya menumbangkan lawannya, gadis yang dikira pemenang dalam video ini baru sedar ada semut di telinga dan pahanya.

Tapi tak kiralah walau apa pun punca pergaduhan ini, kami tak fikir ini cara terbaik untuk menyelesaikan masalah.

Apatah lagi bagi kaum hawa, sebab buruk benar bila menengoknya.


Kalaulah bakal bini macam ini perangainya, sah-sah kena pangkah awal-awal lagi! 



-UnReportedNews™®

Monday, 21 October 2013

VIDEO: GADIS-GADIS BRUTAL LANYAK REMAJA PEREMPUAN SAMPAI PENGSAN!

-MAK DATUK! PUNYE LER BRUTAL DUA ORANG GADIS REMAJA NI MELANYAK SEORANG GADIS LAIN SAMPAI PENGSAN! KEKEKE!!!-


Video remaja bergaduh sebenarnya bukan perkara luar biasa.

Tapi selalunya, yang buat macam itu adalah remaja lelaki. Kalau melibatkan perempuan memang jarang dan habis kuat pun setakat tarik-tarik rambut dan menjerit macam orang gila saja.

Tapi pergaduhan tiga budak perempuan dalam video ini memang dahsyat. Salah seorang daripada mereka yang jadi mangsa tak dapat buat apa-apa untuk mempertahankan diri bila dilanyak oleh dua yang lain.
Macam dirasuk hantu, dua remaja perempuan terbabit membelasah termasuk meendang mangsa di kepala, rentap baju sampai terselak dan menarik rambut sampai terbangun.

Akhir sekali mangsa yang longlai pengsan tepi longkang sebelum rakaman dihentikan.

Tak pasti di mana video ini dirakam tapi jika didengar butir perbualan, rasanya di Malaysia.

Harap-harap budak yang terbabit dalam video ini dapat dikesan dan disiasat. Kecik-kecik dah perangai pailang macam ni, tak tahulah apa jadi bila dah dewasa nanti.

Ada harapan jadi pendera anak atau suami ni. 

(sumber

-UnReportedNews™®

Saturday, 19 October 2013

VIDEO: SILAP MENONGGENG DEPAN LEMBU KORBAN

-PADAH MENONGGENG DEPAN LEMBU KORBAN, SEORANG SUKRELAWAN KAMPUNG DISONDOL MASUK KEDALAM LUBANG YANG SEDANG DICANGKULNYA! RELAKS LAH BRADER, SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA! KEKEKE!!!-

Bila tiba waktu nak menjalankan ibadah korban ni, macam-macam cerita kita akan dengar.

Ada lembu yang terlepas masuk ‘highway’, ada yang lembu ‘naik minyak’ dan macam-macam lagilah.

Hari ini kami di Mynewshub.my dapat satu video klip yang tak kurang ‘suspennya’.

Entah kat manalah kejadian ini tetapi yang pasti boleh menyebabkan kita ketawa sendiri.

Ketika seorang abang kita ni sedang sibuk menyiapkan upacara penyembelihan, dia telah ‘menonggeng’ di depan lembu yang bakal dikorbankannya itu.

Mungkin disebabkan ‘tension’ kerana tahu bakal menjadi ‘mangsa’ tak lama lagi, lembu itu telah MENYONDOL abang tadi sampai terpelanting, adoyyyyy.'


Hah di bawah ini ada satu lagi video klip…dah jadi macam kat Sepanyol pula bila lembu yang nak dikorbankan tu ‘mengamuk’.
Nasib baik le tiada siapa yang cedera.

Ketawa- ketawa juga tapi harapnya kita lebih berhati-hati kerana kebanyakan kita yang terlibat dalam majlis korban ni adalah dari golongan amatur, setahun sekali baru ‘berurusan’ dengan lembu.
Jangan ambil mudah ye bang, adehhhhhhhh….. 

(sumber

-UnReportedNews™®

Thursday, 17 October 2013

VIDEO: LELAKI SERANG BEKAS TEMAN WANITA DENGAN TUKUL

-VIDEO YANG TERSEBAR DI LAMAN FACEBOOK DIPERCAYAI BERLAKU DI MALAYSIA DIMANA SEORANG LELALKI MEMUKUL SEORANG WANITA YANG DIKATAKAN BEKAS TEMAN WANITANYA DENGAN SEBATANG TUKUL! YA T-U-K-U-L= TUKUL! KEKEKE!!!-

Video seorang lelaki yang menyerang bekas teman wanitanya tersebar di Internet.

Lelaki tersebut bukan saja bertindak memijak badan wanita berkenaan tetapi memukulnya dengan penukul.

Video itu dipercayai dirakamkan oleh anak perempuannya.

Seorang lagi wanita cuba menghentikan pertengkaran itu manakala terdengar suara merayu supaya ianya dihentikan.

Video tersebut yang disiarkan dalam laman Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign itu dikongsi sebanyak 160 kali sejak ia dimuat naik pada Isnin.

Video itu yang turut dimuat naik dalam laman YouToube ditonton lebih 6,800 kali.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan insiden itu berlaku pada Ahad.

Beliau berkata insiden itu berkaitan dengan keganasan domestik dan suspek ditahan pada hari yang sama.

Mangsa menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban.


Beliau berkata kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata

(sumber

-UnReportedNews™®

Sunday, 13 October 2013

VIDEO: ROMPAKAN DIKANTOIKAN PEROMPAK SENDIRI!

-AKIBAT RASA BANGGA YANG TAK TERHINGGA, DUA ORANG PEROMPAK MUDA MEMUATNAIK GAMBAR & HASIL ROMPAKAN MEREKA DUA JAM SELEPAS ROMPAKAN TERSEBUT! BANGANGKAN? KEKEKE!!!-

Kami ada menulis berkenan satu video jenayah samun menggunakan parang di sebuah kafe siber Red Sea di Setapak yang terjadi semalam kira-kira pukul 6 petang.

Dalam video berkenaan, dua penyamun yang dirasakan masih berumur sekitar belasan tahun dengan bersenjatakan parang masuk dan kemudian menyuruh penjaga kafe siber berkenaan menyerahkan duit dan barang berharga mereka.

Penulis dah katakan bahawa mereka masih muda. Mungkin baru sahaja menceburi bidang merompak ini.

Ketika merompak mereka beriya-iya memakain topi keledar mengelakkan identiti mereka dikenalpasti, dek kerana kebodohan mereka kemudian mereka memuatnaik gambar mereka dengan hasil rompakan ke laman sosial Facebook.

Tak ke bodoh tu? Baiklah demi menjaga hak asasi manusia kami katakan mereka berdua ‘kurang pandai’.

Bagaimanapun akhbar Harian Metro yang menyiarkan berita mereka menggunakan tajuk “Penyamun Bodoh Diburu” jadi anda boleh menilai sendiri tahap mental mereka yang baru berjinak-jinak nak jadi perompak ini.

Menurut laporan akhbar itu, dua penyamun ini memuatnaik gambar bangga mereka selepas merompak bersama dengan hasil rompakan sambil tersenyum.

Adik, tunggu sahajalah polis memburu anda. Ketika dalam lokap, cubalah senyum macam dalam gambar tu ya. 

VIDEO : Kejadian Rompak Kafe Siber Dengan Paranghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Samun.pnghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Samun-150x150.pngMyNewsHubTerkini,

 (sumber

-UnReportedNews™®

Saturday, 5 October 2013

VIDEO: ZAHID KASI "WARNING" PADA MALAYSIAKINI!

-MENTERI KDN DS ZAHID HAMIDI YANG NYATA SUDAH "NAIK ANGIN" PADA MALAYSIAKINI YANG DIDAKWANYA SENTIASA "SPIN" FAKTA & MELAPORKAN BERITA YANG TIDAK TEPAT MENGENAI BELIAU & KDN! TARIK BALIK LESEN PENYIARAN DIER ORANG BARU TAU! PADANLAH MUKA MALAYSIAKINI! KEKEKE!!!-

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilihat meluahkan perasaan geramnya terhadap Malaysiakini apabila menegur wartawan portal berita berkenaan secara berdepan dalam satu sesi temu bual yang turut melibatkan wartawan daripada media lain.

Berdasarkan rungutan yang diluahkan Zahid berkali-kali, beliau nyata tidak berpuas hati dengan Malaysiakini kerana didakwa sentiasa spin atau melaporkan berita tidak tepat tentang beliau dan KDN.

Keadaan tegang, boleh dikatakan bermula selepas wartawan Malaysiakini bertanyakan sesuatu melibatkan angka padanya.

Saat itu, Zahid bertanya wartawan tersebut dari mana dan apabila mengetahui dari Malaysiakini beliau berkata, “Patutlah tanya pelik-pelik. Tanya kos apa semua… nanti you spin. Rm3 jadi RM30. Jangan spin ma.. tulis betul-betul. You bagus, you punya bosses tak bagus.”

Amaran Zahid tidak berakhir di situ apabila beliau kelihatan agak terganggu dengan wartawan portal berkenaan yang tidak berputus asa mahu bertanyakan soalan meskipun beliau sudah memberitahu tidak akan melayan sebarang soalan daripada Malaysiakini.

Sampai satu peringkat beliau berkata, “Macam mana Malaysiakini boleh dijemput ni? Saya tak nak jawab soalan. Selalu spin saya punya cerita. Recorded tapi tulis lain.”

Menjawab soalan berkaitan laporan audit, Zahid menyatakan kehilangan 1.3 juta senjata di bawah PDRM bukan disebabkan oleh pecah amanah, penyelewengan dan unsur-unsur rasuah. Sebaiknya kehilangan itu antaranya disebabkan kecuaian atau kelemahan ketika operasi dijalankan termasuk melibatkan pihak lain seperti awam dan syarikat kawalan keselamatan.

Sebelum dan selepas kenyataan berkaitan audit ini diterangkan pun, Zahid masih berkali-kali menitipkan pesan supaya kenyataannya itu ditulis dengan betul oleh Malaysiakini.

“You boleh tulis saya tak percaya Malaysiakini langsung. Tulis semua tak baik tentang saya, tentang KDN. Malulah datang.

“You tulis betul, you punya editor tak betul. Saya tak percaya langsung Malaysiakini, saya cakap banyak kali,” kata Zahid yang kelihatan marah tapi terkawal.

Malah sebaik selesai sesi temubual, Zahid menuju ke arah wartawan portal berita berkenaan. Beliau menolak untuk bersalam sebaliknya menepuk bahunya.

“Tulis betul-betul, jangan main-main sama saya.. I monitor,” tegas Zahid kepada wartawan Malaysiakini sebelum beredar. 



-UnReportedNews™®

Friday, 27 September 2013

VIDEO: PENGUATKUASA DBKL "GEDEBEH"!

-APA-APA PUN ALASANNYA, ANGGOTA PENGUATKUASA DBKL YANG BERTENGKAR DENGAN SEORANG PENIAGA INI DALAM VIDEO INI SEPATUTNYA DAPAT MENGAWALKAN PERASAANNYA, BUKANNYA HENDAK BERGADUH SEHINGGA SAMPAI NAK "BUKA UNIFORM"NYA! AWAK TU PENJAWAT DI AGENSI BERUNIFORM PERBANDARAN KERAJAAN, JANGAN NAK TUNJUK SAMSENG LAK! KEKEKE!!!-

Kita sendiri ‘keliru’ apa yang sebenarnya berlaku…tetapi yang pasti video ini kini mula heboh diperkatakan.

Kelihatan pada mulanya pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ‘bertegang urat’ dengan  salah seorang peniaga.

Tetapi keadaan kemudian menjadi semakin serius apabila berlaku tolak-menolak antara sesama mereka.

Kemudian salah seorang pegawai penguatkuasa itu membuka uniformnya, cuma yang tinggal seluar dan singlet sahaja.

Pasti berlaku provakasi hingga menyebabkan dia bertindak demikian.

Nasib baik ia tidak berakhir dengan pergaduhan yang lebih serius.

Sebenarnya inilah cabaran yang terpaksa dihadapi bila kita bertugas untuk melaksanakan undang-undang,,,baik PBT, polis atau jabatan apa sekalipun.

Kesabaran tahap tertinggi diperlukan. Maklumlah terpaksa berhadapan dengan kerenah manusia dan pemiaga yang pelbagai.

Namun perbuatan menanggalkan baju atau uniform ini tetap SALAH.

Sebagai penjawat awam, kita tidak boleh sesuka hati berbuat demikian walaupun marah macam mana sekalipun.

Pada masa yang sama, orang awam pun tidak bolehlah sesuka hati mencabar atau mempertikai tugasan penguatkuasa ini.

Mereka telah diamanahkan untuk melaksanakan apa yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka.

Sebarang ketidakpuasan hati boleh disalurkan dengan baik melalui saluran yang telah sedia ada…percayalah, kalau dua-dua pihak berkeras, tak mungkin kita akan jumpa penyelesaiannya.

Harap pihak DBKL boleh memberi penjelasan lanjut mengenai insiden ini. 

(sumber

-UnReportedNews™®

Sunday, 22 September 2013

VIDEO: BILA PENGADIL MENG"TAEKWANDO"KAN PERSERTA!

-ADER KER SPARRING MACAM TU? .. KORANG TAK NAK DENGAR ARAHAN AKU? NAH, AMBIK KOW! DAN ENGKAU! SIAPA LAGI NAK? KEKEKE!!!-


Biasanya kita melihat pengadil sesuatu pertandingan seni mempertahankan diri tidak mengganggu sebarang insiden dalam pertandingan sebaliknya dilihat seperti sentiasa berjaya menahan sabar.

Dalam video yang tersebar di laman sosial Facebook ini lain pula ceritanya apabila pengadil pertandingan Taekwondo di Russia yang hilang sabar kemudian bertindak membelasah kedua-dua peserta yang sedang beraksi.

Perbuatan pengadil berkenaan cuba ditenangkan oleh para petugas tetapi ekoran badannya yang tegap dan sasa, para petugas lain gagal menghalangnya dari terus memukul peserta.

Selepas diperiksa lebih lanjut, sebenarnya aksi berkenaan adalah rakaman atau lakonan untuk satu program televisyen.

Jika pada pertandingan sebenar, tidak ada seorang pun jurugambar dibenarkan berada begitu hampir dengan gelanggang pertandingan atas dasar keselamatan.


Ini siap dengan mikrofon boom lagi untuk merakam setiap aksi kedua-dua pelakon yang konon-kononnya menjadi peserta sebuah pertandingan taekwondo. 

(sumber

-UnReportedNews™®

Saturday, 21 September 2013

VIDEO: CINTA PASANGAN GAY MELAYU!

-LAKNAT DUA EKOR MAMAT NIH! PASANGAN GAY MELAYU YANG MEMANGGIL MEREKA SENDIRI DENGAN PANGGILAN MANJA "HUBBY & DADDY" (MELUAT AKU!) BANGGA PAMER CINTA SONGSANG MEREKA DI YOUTUBE! MANUSIA AKHIR ZAMAN! KEKEKE!!!-

Suatu ketika dahulu, hubungan cinta terlarang seperti homoseksual dianggap tabu dalam masyarakat kita.

Pendek kata, memang berani matilah jika ada pasangan gay atau lesbian yang mengaku secara terang-terangan mengenai hubungan mereka.

Namun sekarang tidak lagi apabila ada di kalangan mereka yang sudah semakin berani mencanang hubungan jijik itu seperti yang dilakukan pasangan gay, Qied Nazz dan Syakie Syah.

Video ‘keindahan alam percintaan’ kedua-duanya dapat disaksikan di laman YouTube dengan tajuk “Qied Nazz & Syakie Syah – “GAY”licious Yang Terindah Is Love”.

Pasangan ini juga menggunakan panggilan ‘hubby’ dan ‘daddy’ berdasarkan minit ke 0:39.

Tidak diketahui sama ada video itu dimuat naik sendiri oleh pasangan tersebut atau pihak lain, namun kami percaya video itu dibuat sendiri oleh mereka.

Ini dibuktikan melalui sebaris ayat pada minit terakhir video tersebut iaitu, “Thank’s to whacting present video from us ; Syakie Syah & Qied Nazz”.

Abaikan kesilapan ejaan kerana itulah yang mereka sampaikan melalui video yang sangat ‘romantis’ ini.

Penulis percaya, sokongan daripada ramai pihaklah yang menjadikan gejala songsang ini semakin berleluasa.

Jika diperhatikan di laman sosial, siap ada komen-komen yang mendoakan kebahagian pasangan homoseksual kerana merasakan ia merupakan hak mereka.


Hak bercinta, hak kami katanya. Hai, nampaknya semakin hebat teknologi, semakin cetek akal dan fikiran sesetengah manusia.


(sumber

-UnReportedNews™®

Tuesday, 27 August 2013

VIDEO: KESESATAN DALAM ISLAM YANG PATUT KITA JAUHI!

-CONTOH RAKAMAN VIDEO AKAN AMALAN KESESATAN YANG MESTI DI JAUHI OLEH SEMUA MASYARAKAT ISLAM, TERUTAMANYA YANG BERADA DI MALAYSIA-

Kali ini MyNewsHub ingin berkongsi sebuah video yang kini sedang hangat diperkatakan di laman sosial Facebook setelah ia mula menjadi viral masa kini.

Secara jelas ia menunjukkan ajaran yang sama sekali bertentangan dengan Al-Quran dan Hadis.

Golongan dalam video tersebut mengangung-agungkan manusia.

Malah, lebih mengejutkan apabila seseorang itu bersalaman dengan ‘Sheikh’, dia seolah-olah sawan ataupun disambar petir mahupun dirasuk.

Apa sudah jadi?

Anda lihat sendiri dan nilaikan mengikut fikiran waras anda sebagai umat Islam sejati.

Berikut adalah beberapa penerangan mengenai ajaran sesat.

Ajaran sesat bermaksud ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah

Memetik beberapa sumber sahih, berikut adalah beberapa ciri-ciri yang jelas menerangkan sesuatu ajaran itu adalah sesat.

1. Mencemarkan kesucian Al-Quran dan Hadis seperti memansuhkan, mengubah, mempertikaikan atau membuat tafsiran menyeleweng terhadap Al-Quran dan Hadis. Contoh : Kumpulan Bahai beriktikad bahawa kitab sucinya Al-Bayan memansuhkan semua Kitab Samawi.

2. Mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah Islam contoh mendakwa semua agama adalah sama – ajaran Bahai

3. Mendewa-dewakan pemimpin sehingga menganggapnya bersifat maksum, Al-Mahdi, nabi dan sebagai tuhan – ajaran Qadiani

4. Menolak perkara yang Qat’ie dalam Islam seperti menghapuskan jihad – ajaran Bahai dan Qadiani

5. Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti mengurangkan ibadat puasa kepada 19 hari dan bersolat hanya dengan berniat- ajaran Bahai

6. Mengubah konsep dosa dan pahala seperti memberi kuasa penebusan kepada seseorang – ajaran Tarikat Al-Mufarridiah

7. Mendakwa boleh melakukan perkara-perkara pelik yang bersangkutan dengan perkara-perkara ghaib seperti memanggil roh orang mati

8. Mendewa-dewakan sesuatu selain Allah SWT seperti menyeru nama-nama orang yang telah meninggal dunia didalam doa atau jampi – bomoh


9. Menolak hadis Mutawatir atau hadis secara umum seperti golongan anti hadis. 


-UnReportedNews™®

VIDEO: HANG KENA BARU HANG TAU!

-PARAH BETUL KES NI, SEORANG LELAKI CUBA MENGKONTROLKAN MACHONYA WALAUPUN KEPALANYA TERSANGKUT DI CELAH PAGAR BESI SEBUAH RUMAH! KEKEKE!!!

Sesungguhnya tidak baik mengetawakan orang apatah lagi kawan baik tapi sesiapa pun yang berdepan dengan insiden dalam video di bawah ini pasti tak dapat menahan perasaan lucu.

Entah apa tujuan asalnya, budak lelaki dalam video ini menjulurkan kepalanya di celah pagar rumah dan kemudian menghadapi masalah untuk mengeluarkannya semula.

Rakannya yang menyedari terus merekodkan kejadian tersebut sambil tertawa besar.

Sebagai langkah ‘cover line’, budak lelaki berkenaan akan berpura-pura dia tidak menghadapi apa-apa masalah setiap kali ada kenderaan lalu di depan rumah tersebut.

Dia juga pada mulanya cuba mengelak daripada menampakkan wajah dalam rakaman tapi bila keadaan nyata dah darurat, mahu tak mahu dia terpaksa meminta pertolongan rakannya yang merekod itu untuk membantu.

Mujurlah, rakannya berjaya membantu walaupun daripada rakaman dapat didengar dia sudah memikirkan untuk meminta bantuan bomba.

Moral daripada kejadian ini, jangan cuba-cuba menjulurkan kepala di celah pintu pagar melainkan anda adalah seekor kucing! (sumber

-UnReportedNews™®

Sunday, 25 August 2013

VIDEO: PENYAMUN DICAMPAK MELALUI TINGKAP!

-KANTOI HABIS! BUKAN JER GAGAL MEROMPAK TAPI SALAH SEORANG DARI PEROMPAK TU "DICAMPAK" KELUAR DARI TINGKAP! KEKEKE!!!-

Gagal merompak satu hal, digagalkan pula dengan cara yang amat memalukan satu hal lain.

Inilah yang berlaku di Brazil terhadap seorang penyamun malang.

Dalam kejadian yang direkodkan ini, penyamun pertama memasuki sebuah kiosk untuk mencuri sementara penyamun kedua menunggu di luar di atas motosikal.

Mengikut perancangan mereka, sebaik sahaja rompakan berjaya maka penyamun pertama akan bergegas keluar lalu beredar secepat mungkin dengan rakannya itu.

Tapi apa yang berlaku, penyamun pertama ‘dikeluarkan’ dari kiosk tersebut dengan cara dilempar melalui tingkap dan ini mengejutkan rakan yang sedang menunggu di luar hingga dia terus memecut laju motosikalnya.

Kalau lepas itu masih tak insaf dan tetap gigih hendak menyamun, tak tahulah nak cakap apa. (sumber



-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List