Showing posts with label Abdul Taib Mahmud. Show all posts
Showing posts with label Abdul Taib Mahmud. Show all posts

Thursday, 31 March 2016

Adenan Temui TYT Hari Ini


Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem tiba di Demak Jaya, di sini, sebentar tadi untuk mengadakan pertemuan rasmi bersama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud. 

Adenan yang menaiki kenderaan rasminya dilihat memasuki kediaman rasmi Abdul Taib kira-kira jam 9.45 pagi dengan diiringi beberapa pegawai kanan Jabatan Ketua Menteri. 

Pertemuan dilakukan secara tertutup dan pihak media hanya dibenarkan membuat liputan di bahagian luar kediaman. 

Selepas pertemuan itu, Adenan dijadual menghadiri mesyuarat Kabinet negeri, di Wisma Bapa Malaysia pada jam 10.30 pagi ini. 

Difahamkan, pertemuan itu adalah rutin biasa bagi Adenan sebelum mempengerusikan Mesyuarat Kabinet Sarawak, khusus bagi memaklumkan Abdul Taib mengenai perkembangan terkini urusan pentadbiran kerajaan negeri. 

Malah, kedua-dua pemimpin dipercayai turut memanfaatkan pertemuan itu bagi menetapkan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, seterusnya memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) diadakan. 

Adenan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak sebelum ini mengemukakan tarikh cadangan penamaan calon pada 18 April, manakala hari pengundian pada 30 April untuk dipertimbangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). 

Namun, tiada sebarang tarikh dinyatakan beliau berhubung pembubaran DUN, kecuali sekadar membayangkan proses itu akan dilakukan dalam waktu terdekat. -Berita Harian

-UnReportedNews™®

Monday, 20 July 2015

Laman Sarawak Report Disekat


Akhirnya kerajaan Malaysia mengambil keputusan menyekat laman sesawang Sarawak Report yang didakwa telah menyebar fitnah dan berita palsu berkaitan dengan kerajaan dan pemimpin negara ini. 

Difahamkan, laman sesawang yang dikendali oleh Clare Rewcastle Brown yang berpusat di London, England tersebut tidak dapat di akses sejak enam jam yang lepas (10 malam semalam).

Pada skrin sekatan laman sesawang tersebut tertera, "Laman sesawang ini tidak dapat diakses di Malaysia kerana kandungannya melanggar undang-undang negara."

Sejak beberapa tahun yang lalu, Sarawak Report dilihat telah banyak "menyerang" mantan Ketua Menteri Sarawak iaitu (Tun) Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang kini telah dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak namun "serangan" tidak mampu memgugat kepimpinan beliau.

Hanyasejak beberapa bulan yang lepas, serangan Sarawak Report bertumpu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan 1MDB.

Syabas kepada SKKM kerana mengambil tindakan ini. - Sarawakiana

-UnReportedNews™®

Friday, 10 July 2015

Clare Rewcastle Brown: Penyiasat Yang Kini Sedang Disiasat


Oleh Raja Petra Kamarudin.

Semalam, terdapat dua posting blog menarik yang bertajuk "Jutaan Ringgit Dalam Akaun Rosmah - Mana datangnya? EKSKLUSIF!" dan "Pendakwaan mengejutkan oleh Sarawak Report".

Selama enam tahun atau lebih, Clare Rewcastle Brown telah menggunakan Sarawak Report menyerang Abdul Taib Mahmud, bekas Ketua Menteri Sarawak dan keluarganya, dengan hanya satu objektif: untuk menjatuhkan Barisan Nasional Sarawak dan menyerahkan negeri itu kepada PKR.

Matlamatnya hanya satu dan 'kuda' yang akan menjadi Ketua Menteri Sarawak baru sebaik PKR mengambil alih kerajaan negeri ialah Baru Bian yang telah mengadakan lawatan beberapa kali ke London untuk berjumpa Clare.

Pada suatu ketika, ketua umum PKR, Anwar Ibrahim, membuat keputusan untuk membatalkan rancangan menjadikan Baru Bian sebagai ketua PKR Sarawak dan menggantikannya dengan calon Islam. Clare marah dengan keputusan itu. Dia menghentikan operasi Sarawak Report serta-merta dan menelefon Anwar bagi membantah keputusannya. Jika Anwar tidak menaikkan Baru Bian sebagai Ketua PKR Sarawak mengikut rancangan asal, maka Sarawak Report akan terus ditutup dan Clare tidak akan membantu PKR menjatuhkan Taib.

Anwar mengalah dan beberapa hari kemudian, Sarawak Report kembali beroperasi.

Tun Dr Mahathir Mohamad melihat Sarawak Report sebagai kenderaan yang sesuai untuk digunakan dalam misi menjatuhkan Perdana Menteri, jadi dia bertemu dengan Clare untuk membincangkan kemungkinan Sarawak Report bekerjasama dengan pakatan anti-Najib.

Kemungkinan sentiasa ada, sudah tentu, tetapi semuanya bergantung pada isu wang. Sarawak Report juga dibiayai oleh pihak yang mahu menyingkirkan Taib dan mahu PKR mengambil alih Sarawak. Untuk melakukan perkara yang sama dalam kempen menggulingkan Najib, pembiayaan yang lebih besar amat ditagih.

Selama ini, Sarawak Report melakukan serangan sehala dengan menyerang Taib dan keluarganya tetapi Taib tidak melawan. Sebaliknya, dalam siri serangan Najib, penyokong Najib tidak akan membenarkan Clare terus menyerang Perdana Menteri dan keluarganya tanpa sebarang tindak balas.

Para penyiasat kini sedang menyiasat jumlah wang yang diterima Clare dan Sarawak Report untuk beberapa tahun ini dan siapa pembiayanya (walaupun identiti pembiaya itu lebih-kurang sudah diketahui). Penyiasat tahu Clare memperolehi wang dari luar UK tetapi apa yang mereka mahu tahu adalah berapa banyak daripada wang itu tidak diisytiharkan dan telah disembunyikan dari pengetahuan pengutip cukai UK.

Penyiasat juga sedang menyiasat bagaimana Clare yang bermula sebagai seorang wartawan telah menjalani gaya hidup yang berbeza selepas dia mula menyerang Taib dan kini, selepas dia mula menyerang Najib, gaya hidupnya mirip dengan gaya hidup sasaran serangannya. Tidak syak lagi bahawa Clare menerima wang dan ada seseorang yang membelanjakan wang yang banyak untuk membiayai serangan ke atas Najib, kata para penyiasat.

Penyiasat mahu membuktikan Clare adalah seorang mata duitan dan motivasi utamanya adalah wang, bukan mencari kebenaran. Malah, kata para penyiasat, Clare yang kononnya sentiasa mencari kebenaran, sanggup menggunakan taktik penipuan dan dokumen palsu bagi menyerang sasarannya.

Apa pun, semoga berjaya kepada penyiasat kerana saya yakin orang yang licik seperti Clare tahu cara menutup jejak langkah dan tidak akan meninggalkan sebarang bukti. Lagipun, kerjanya selama ini adalah menyiasat orang lain jadi dia mesti tahu apa kesilapan yang sering dibuat orang, yang juga bermaksud dia tahu apa yang perlu dilakukan untuk mengelakkan diri daripada ditangkap.

Pasukan penyiasat bagaimanapun berkata ia bukanlah sesuatu yang sukar untuk membuktikan dakwaan itu. Mereka merujuk kepada pangsapuri mewah bernilai jutaan paun yang didiaminya yang tidak mungkin dapat dimiliki orang biasa kecuali mereka yang berada dalam kategori jutawan.

Setelah jumlah hartanya dikenal pasti, tindakan undang-undang akan difailkan terhadap Clare. Para penyiasat mengatakan peguam sudah pun meneliti perkara ini dan mereka merancang untuk mengambil tindakan ke atasnya. Mereka tidak akan mendedahkan strategi tetapi penyiasat percaya Clare telah melampaui batas dalam pendedahan terbarunya mengenai akaun bank Rosmah.

Nampaknya saman juga mungkin akan difailkan terhadap Affin Bank Berhad kerana bekerjasama dengan Clare mendedahkan butiran perbankan peribadi pemegang akaun mereka. Jika mereka memutuskan untuk mendakwa pihak dari Affin Bank yang terlibat dalam koloborasi ini dengan pendakwaan jenayah, pesalah yang terlibat mungkin sanggup membuat perjanjian agar tidak dipenjarakan dengan mendedahkan pihak berkaitan yang turut terlibat dan segala urusan dengan Clare, yang akan mengukuhkan lagi kes terhadap pengasas Sarawak Report itu.

Sementara itu, pihak polis Thai telah meminta polis Malaysia beberapa nama rakyat Malaysia yang boleh membantu mereka dalam siasatan terhadap Xavier Andre Justo. Pembantu Dr Mahathir, Sufi Yusuf dikatakan adalah antara lima rakyat Malaysia yang didakwa terlibat dalam jenayah mencuri data dan jenayah pemalsuan emel. Hmm ... adakah Sufi akan menyambut Hari Raya di Kuala Lumpur atau di Bangkok tahun ini?

Selain itu, polis Thailand juga sedang menyiasat aliran wang kepada Justo. Polis mahu tahu berapa banyak yang dibayar dan bagaimana ia dibayar, melalui wang tunai atau pemindahan elektronik. Mereka mahu tahu siapa lagi yang membayar kepada Justo selain RM15 juta yang diterimanya dan sudah diketahui umum. Sekiranya wang tunai diseludup ke Thailand untuk membayar Justo, ia akan menjadi satu lagi kes jenayah kerana menyeludup wang tunai ke Thailand tanpa mengisytiharkannya adalah menyalahi undang-undang negara itu.

Plot semakin rancak dan kita mungkin di ambang melihat perkembangan yang lebih menarik dalam isu 1MDB ini. Ya, cerita ini masih belum berakhir. Sebaliknya ia baru bermula. Dijangkakan ia akan menjadi lebih panas dalam tempoh beberapa minggu akan datang. - Sarawakiana 

-UnReportedNews™®

Sunday, 5 July 2015

Sarawak Report: Beza Orang Sarawak Dan Orang Semenanjung


Seluruh dunia kini sedang gempar dengan "pendedahan sensasi" Sarawak Report mengenai 1MDB yang kononnya wang berbilion-bilion ringgit di "songlap" oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ironinya, Sarawak Report juga pernah (bertahun-tahun) menyerang bekas Ketua Menteri Sarawak (Tun) Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud (yang kini dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak) namun serang-serangan serta fitnah-fitnah yang dilemparkan tidak menjadi.

Persoalannya mengapa pula fitnah Sarawak Report ke atas Taib tidak menjadi dan mengapa pula fitnah terhadap Najib seakan "berjaya" pula? 

Jawapannya adalah kerana ramai rakyat Sarawak tidak percaya kepada media asing yang kesahihan maklumatnya amat di ragui dan kami penuh yakin dengan pucuk pimpinan kami.

Biarpun terdapat juga segelintir pembangkang dan rakyat Sarawak yang cuba membangkit isu-isu yang dimain oleh Sarawak Report namun keyakinan dan kesabaran kami membuahkan hasil dan Sarawak Report sudah berkali-kali didapati menipu dalam serangan mereka terhadap Taib.

Memang semestinya terdapat sedikit keraguan namun kami telah memberi ruang dan masa yang secukupnya bagi Taib dan Alhamdullillah, akhirnya segala fitnah dan serangan Sarawak Report tersebut terbukti tiada kebenaran langsung.

Kami sayang akan negeri kami, kami mempertahankan kedaulatan negeri Sarawak, kami tak izin orang asing masuk campur hal Sarawak.

Berlainan dengan situasi yang di alami oleh Najib, sadisnya, ramai pula (bukan semua) rakan-rakan di Semenanjung sana terus percaya dengan tuduhan dan fitnah Sarawak Report.

Baru sekali jentik, terus percaya? Janganlah kerana hasutan orang asing kita terus seakan hilang pedoman. Janganlah kerana serangan dari "orang dalam" (orang yang berkepentingan) kita terus hilang kepercayaan kepada Najib.

Jelas, mereka-mereka (Sarawak Report dan orang-orang berkepentingan) ini tidak akan henti-henti menyerang Najib dengan apa jua cara pun.

Satu demi satu isu mereka pertengahkan, belum dijawab satu isu mereka dah mengeluarkan isu yang lain, tidakkah itu menjadi satu keganjilan?

Yakinlah dengan Najib, berilah ruang dan masa yang secukupnya bagi dirinya dan InsyaAllah, segalanya akan terhurai jua akhirnya.

"Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai); (Al-Quran: Surah Qalam – Ayat 11)."

-UnReportedNews™®

Sunday, 14 September 2014

MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN TYT SARAWAK 2014




Lebih dari 10,000 warga Bandaraya Kuching membanjiri Padang Merdeka untuk menghadiri Majlis Perarakan Sambutan Hari Lahir Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud di Padang Merdeka sebentar tadi.

Tun Pehin Sri Taib, yang mengambil alih dari Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhamad Salahuddin pada 1 Mac menyambut ulangtahunnya yang ke-78 tahun kali pertamanya secara rasmi sebagai Tuan Yang D-Pertua Negeri Sarawak

Sebanyak 114 kontinjen yang terdiri daripada 5,000 peserta dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, sektor swasta, institusi pendidikan, badan-badan politik dan badan-badan beruniform dan tidak beruniform yang lain mengambil bahagian dalam perarakan tersebut. 

Walaupun acara itu secara rasmi tersebut bermula pada pukul 8 pagi, sekumpulan besar orang sudah mula membanjiri sekitar Padang Merdeka dan sepanjang jalan di mana perarakan akan dilangsungkan. 

Tuan Yang D-Pertua, diiringi oleh isterinya Toh Puan Sri Ragad Kurdi-Taib tiba di hadapan pentas utama di bertentangan dengan Padang Merdeka pada kira-kira jam 8 pagi dengan disambut oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem dan isterinya Puan Seri Hajah Jamilah. (Baca seterusnya)

-UnReportedNews™®

Sunday, 7 September 2014

Gambar-gambar di sepanjang Majlis Perarakan Hari Bandaraya Kuching 2014


 







Majlis Perarakan Hari Kuching 2014 sempena Hari Bandaraya Kuching yang ke-26 telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang di temani isteri Puan Sri Raghad Kurdi-Taib.

Perarakan telah disertai oleh lebih dari 60 pelbagai agensi, jabatan kerajaan, persatuan dan sebagainya.

Antara orang kenamaan yang hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem serta isteri Puan Sri Dato Hajah Jamilah dan def-def kenamaan yang lain. -Sarawakiana 

-UnReportedNews™®

Thursday, 4 September 2014

Tiga Wira Selamatkan Lebih 100 Mangsa Bot Karam Terima Anugerah Negeri




"Saya masih ingat, kami mengambil masa lebih sejam untuk menaikkan mangsa daripada sungai berarus deras itu dan walaupun penat, kami terus membantu sehinggalah kami pasti semuanya dibawa ke tebing sungai."

Demikan kata Harudis Busan, 47, salah seorang daripada tiga penerima anugerah Pingat Perwira Negeri (Gangsa) daripada kerajaan negeri Sarawak kerana menyelamatkan lebih 100 penumpang dalam kejadian bot ekspres karam di sebatang sungai di Belaga pada 28 Mei lepas.

Harudis beserta adiknya Nerius, 36, dan rakan sekerja mereka Remy Legit, 32, telah dianugerahkan pingat keberanian tersebut daripada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud pada satu upacara di Astana Negeri di Kuching semalam. baca selanjutnya

-UnReportedNews™®

Friday, 7 March 2014

"INOW DENGAH LIKO N51 BALINGIAN?" (APA KHABAR ORANG N51 BALINGIAN?)

-PENAMAAN CALON PRK BALINGIAN PADA MAC 17, PENGUNDIAN AWAL PADA MAC 25 & HARI MEMBUANG UNDI PADA MAC 29. PASTI KEMENANGAN BUAT BN!-

Nama calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Balingian akan diumumkan beberapa hari sebelum hari penamaan calon dan berkemungkinan besar, BN akan meletakkan anak kelahiran Mukah sebagai calon untuk pilihan raya kecil di kawasan tersebut.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Satem berkata walaubagaimanapun beliau belum memutuskan soal calon di Balingian walaupun sudah menerima beberapa senarai nama.
"Saya akan mengadakan mesyuarat bersama-sama dengan beberapa pemimpin kanan parti untuk berbincang dan seterusnya memutuskan calon untuk pilihan raya kecil di Balingian."

"Kita juga berhasrat untuk meletakkan anak kelahiran Mukah sebagai calon dan seperti yang saya katakan tadi, nama calon akan diumumkan sebelum hari penamaan calon yang sudah ditetapkan pada 17 Mac 2014 oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tengah hari ini di Kuala Lumpur," ujar beliau.

Beliau juga berkata bahawa calon tersebut perlu diberi sedikit masa untuk menyiapkan diri untuk menghadapi pilihan raya kecil ini yang akan diadakan pada 29 Mac 2014.

Apabila ditanya mengenai persediaan BN Sarawak dalam menghadapi pilihan raya kecil ini, Adenan mengatakan bahawa BN sentiasa bersedia dan telah membuat persiapan rapi menjelang pilihan raya tersebut.

"BN mampu mengekalkan kerusi di Balingian berdasarkan rekod terdahulu dan tidak gentar dengan niat parti pembangkang yang turut sama menghantar calon untuk bertanding," katanya sambil menambah Malaysia adalah negara yang bebas dan terpulang kepada mereka (pembangkang) sekiranya mereka juga mahu turut serta dalam pilihan raya kecil Balingian ini.

Masa yang diberikan oleh SPRM selama 12 hari untuk berkempen adalah mencukupi untuk BN melaksanakan strategi untuk memenangi kerusi DUN Balingian, katanya lagi.

Kerusi DUN Balingian telah diisytiharkan kosong oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Haji Mohamad Asfia Awang Nassar pada 27 Februari yang lalu selepas penyandang kerusi DUN Balingian Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang juga Ketua Menteri mengemukakan surat peletakan jawatan sebagai ADUN sehari sebelum pengumuman tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR ) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan di Putrajaya siang tadi, "Penamaan calon yang akan bertanding di Balingian pilihan raya telah ditetapkan pada 17 Mac sementara  pengundian awal dijadual akan diadakan pada 25 Mac.

Taib, yang juga memegang dua portfolio lain; Menteri Kewangan dan Menteri Perancangan Sumber dan Pembangunan relinguished semua kedudukan di atas pelantikan beliau sebagai Yang Terutama baru Ketua Negara pada 1 Mac.

Pilihan Raya Kecil  (PRK) perlu diadakan dalam masa 60 hari selepas kerusi telah dikosongka (daripada 27 Mac) susulan perletakan jawatan Taib sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian.

Baru-baru ini di Pusa, Sarawak , Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang secara terbuka mengumumkan bahawa Sarawak PAS ahli jawatankuasa Belia Abang Kerdee Abang Masagus akan bertanding sebagai calon parti pembangkang untuk bertanding PRK DUN Balingian.

Pada Pilihan Raya Negeri ke-10 pada April 2011 telah menyaksikan Taib menang bergaya dengan mengalahkan calon bebas Datuk Salleh Jafaruddin dan Suriati Abdullah (PKR) dengan majoriti 5,154 undi (Salleh- 1,056 undi dan Suriati -871 undi).

DUN Balingian mempunyai 11,792 pengundi yang terdiri daripada orang Melayu dan Melanau- 8093 atau 69 peratus, Iban- 2,188 atau 19 peratus, Cina- 1,510 atau 12 peratus dan hanya satu pengundi dalam "lain-lain " kategori.

-UnReportedNews™®

Saturday, 1 March 2014

PEMBANGKANG "KURANG HAJAR" DENGAN TYT SARAWAK BARU?

-WALAUPUN BERBEZA PANDANGAN POLITIK, BEKAS KETUA MENTERI SARAWAK PEHIN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD KINI TELAH DILANTIK MENJADI TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI SARAWAK YANG BARU MAKA SEHARUSNYA PEMBANGKANG MENGHORMATI PERLANTIKAN INI!-


Alhamdullilah, tadi admin UnReportedNews™® berkesempatan menghadiri Majlis Istiadat Angkat Sumpah Perlantikan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang baru Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang berlangsung di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. 

Cuaca yang baik disepanjang pagi tadi di Bandaraya Kuching bagaikan mengrahmati majlis tersebut yang berjalan dengan lancar yang dihadiri oleh semua Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) namun sesuatu bagaikan tidak kena kerana tiada langsung kelibat ADUN-ADUN pembangkang Sarawak yang menghadiri majlis tersebut kecuali ADUN Pelagus George Lagong (SWP).

Mohon maaf jika admin UnReportedNews™® mungkin terlepas pandang sekiranya mungkin ada ADUN-ADUN pembangkang yang menghadiri majlis tersebut tapi malangnya mereka bagaikan "menyorok diri" dan tidak nampak di majlis berkenaan.

Buat pencerahan pembangkang, TYT Yang di-Pertua Negeri ataupun dahulunya dikenali sebagai Gabenor sebelum tahun kemerdekaan 1957 merupakan komponen DUN dan mempunyai kuasa untuk mengadakan perhimpunan atau pembubaran DUN serta persetujuan beliau adalah diperlukan bagi meluluskan DUN.

Maka sebagai ADUN, pembangkang seharusnya memberi penghormatan yang setimpalnya kepada Yang di-Pertua Negeri bukannya bagaikan "memboikot" Majlis Istiadat Angkat Sumpah Perlantikan TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak tadi.

Yang di-Pertua Negeri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Ketua Menteri kerana negeri-negeri ini tidak mempunyai Sultan dan TYT Negeri dan beliau juga merupakan Ahli Majlis Raja-Raja yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong dan kuasa mentadbir negeri dipikul oleh Yang di-Pertua Negeri tetapi fungsi-fungsi pentadbiran boleh diserahkan kepada pihak lain dari segi undang-undang. 

Selain dari melantik Ketua Menteri dan ahli Exco bagi menasihati beliau dalam menjalankan peranannya serta fungsi, peranan Yang di-Pertua Negeri juga meliputi perkara-perkara; Ketua Kerajaan Negeri, Fungsi Kehakiman, Fungsi Pertadbiran, Kuasa Pengampunan dan Sumber Kehormatan dan Daulat.

Maka, tindakan pembangkang Sarawak yang tidak menghadiri Majlis Istiadat Angkat Sumpah Perlantikan TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak bagaikan tidak menghormati Yang di-Pertua Negeri baru Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud juga secara tidak langsung tidak menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong dan rakyat Sarawak.

Pembangkang selama ini dengan lantang mendakwa mereka adalah juara rakyat dan merekalah yang mendukung dan mengikuti undang-undang yang sedia-ada namun tindakan mereka pada hari sebaliknya menampilkan peribadi yang sebaliknya.

-UnReportedNews™®

TAIB ANGKAT SUMPAH SEBAGAI TYT SARAWAK





Bekas Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebentar tadi mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak Ke-7 menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, 92, yang tamat tempoh perkhidmatannya semalam.

Taib, 78, yang telah bersara dari semua jawatan politik dan pentadbiran negeri menerima watikah pelantikannya daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara jam 3 petang semalam.

Beliau mengangkat sumpah jawatan tepat jam 11 pagi  di hadapan Hakim Besar Sabah Dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjun di Dewau Lapau, Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Ia turut disaksikan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Haji Adenan Satem, Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Haji Mohamad Asfia Awang Nassar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Tetamu jemputan tiba seawal jam 9.30 pagi di perkarangan Dewan Undangan Negeri disusuli ketibaan Ketua Menteri serta isteri pada pukul 9.50 pagi.

Pehin Sri HajiAbdul Taib serta isteri tiba jam 10.10 pagi dan diberi hormat di raja sambil diiringi Lagu Ibu Pertiwiku.

Sejurus itu beliau memeriksa Pasukan Kawalan Kehormatan Utama diiringi oleh Pegawai Pemerintah Perbarisan sebelum menuju ke Dewan Lapau untuk Istiadat Angkat Sumpah.

Istiadat bermula dengan bacaan Surat Cara Perlantikan daripada Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong oleh Ketua Menteri. 

Yang di-Pertua Negeri kemudiannya mengangkat sumpah dan menandatangani Surat Sumpah di hadapan Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

Beliau seterusnya beliau menandatangani Surat Pengisytiharan disaksikan Ketua Menteri sebelum bacaan doa oleh Imam besar Negeri Datuk Jorgi Suhaili.

Istiadat diakhiri dengan Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku oleh Pancaragam Pasukan Polis.

-UnReportedNews™®

Friday, 28 February 2014

GAMBAR: SAMBUTAN KETIBAAN TYT BARU SARAWAK

-BEKAS KETUA MENTERI SARAWAK PEHIN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD TELAH DILANTIK SEBAGAI TUAN YANG TERUTAMA NEGERI SARAWAK YANG BARU!-




Laksana seorang pewira, ketibaan Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baru Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak di sambut oleh ratusan rakyat Sarawak yang menanti dengan setianya di lapangan Hornbill di Kuching, Sarawak sebentar tadi.

Kira-kira 800 hadirin menanti ketibaan Taib. Antara yang hadir adalah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Satem, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, keluarga Taib dan menteri-menteri kabinet Sarawak seta orang-orang.

Siang tadi, Yang di- Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah berkenan menyerahkan Watikah Pelantikan Yang Dipertua Negeri Sarawak kepada Taib di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Secara ringkas, Taib menggunakan lebih dari separuh usia beliau berkecimpung dalam politik Malaysia serta memberi khidmat bakti kepada rakyat Malaysia amnya dan rakyat Sarawak khasnya.

Taib telah menganggotai kabinet pertama Sarawak pada tahun 1963 dengan memegang portfolio Menteri Tanah dan Galian Sarawak di bawah kepimpinan Ketua Menteri Pertama Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan.

Pada sekitar tahun 1969, beliau disenaraikan ke dalam kabinet Persekutuan Malaysia oleh Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Petra Alhaj.

Selepas Tunku Abdul Rahman bersara dari jawatan Perdana Menteri, Taib kekal tersenarai di dalam kabinet persekutuan di bawah pentadbiran Perdana Menteri kedua iaitu Tun Haji Abdul Razak Hussein sebagai Menteri Penerangan Malaysia awal tahun 1970an. 

Selepas berlaku peralihan kuasa dari Tun Abdul Razak yang meninggal dunia dalam tahun 1976, pentadbiran negara kemudiannya diambilalih oleh Tun Hussein Onn selaku Perdana Menteri ketiga di mana Taib dilantik sebagai Menteri Pertahanan Malaysia sehingga awal tahun 1981.

Dalam tahun 1981, Taib telah dipanggil kembali ke Sarawak oleh ayah saudara beliau Tun Haji Abdul Rahman Ya'akub bagi menggantikan tempat beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak berikutan Tun Rahman baru saja dilantik menjadi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-4.

Memulakan tugas beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak yang keempat dalam tahun 1981, Taib telah memperkenalkan Dasar Politik Pembangunan di dalam pentadbirannya dengan matlamat untuk membawa rakyat serta negeri Sarawak keluar dari budaya kerja lama kepada cara bekerja yang lebih moden dan mencabar.

Di samping mengubah wajah negeri Sarawak yang sebelumnya agak suram dari segi kegiatan ekonominya kepada sebuah negeri membangun yang bersedia menggunakan segala sumber untuk menukar status Sarawak dari sebuah negeri pertanian kepada sebuah negeri perindustrian iaitu selari visi kerajaan pusat yang menyasarkan tahun 2020 menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

Selama 51 tahun mengharungi suka duka kehidupan sebagai seorang pemimpin rakyat Sarawak khususnya, Taib yang kekal bertahan sehingga kini nyata dan terbukti telah mengubah wajah Sarawak dari sebuah negeri yang mundur satu ketika dulu menjadi sepertimana yang dapat dilihat pada hari ini. 

Biarpun tidak semua kawasan penduduk mampu dibangunkan, tetapi sekurang-kurang usaha kerajaan di bawah kepimpinan Taib telah menyaksikan banyak kejayaan yang dicapai dalam mewujudkan peluang kerja, mewujudkan penempatan baru bagi rakyat apabila semakin banyak rangkaian jalanraya dibina.

-UnReportedNews™®

TAIB TERIMA WATIKAH SEBAGAI TYT SARAWAK BARU DARI YDP AGONG

-TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!-


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan menyerahkan watikah pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Istana Negara di sini.

Istiadat itu, yang berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil, turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sarawak yang baharu Tan Sri Adenan Satem.

Selepas hampir 33 tahun menabur jasa sebagai Ketua Menteri, Taib secara rasmi dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang ketujuh menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng yang tamat perkhidmatan hari ini.

Semalam, Taib diraikan dalam satu majlis perpisahan ringkas tetapi penuh bermakna di bangunan pentadbiran negeri Sarawak dengan dihadiri kira-kira 300 kakitangan kerajaan yang bertugas bersama-sama beliau.

Taib menjadi Ketua Menteri Sarawak keempat pada 26 Mac 1981 menggantikan bapa saudaranya Abdul Rahman Ya'akub.

Anak pertama daripada 10 beradik itu dilahirkan pada 21 Mei 1936 hasil perkongsian hidup antara Mahmud Abang Yahya dan isterinya Hamidah Ya'kub.

Taib memulakan kerjayanya sebagai hakim bersekutu kepada Hakim Herbert Mayo dari Australia Selatan selepas menerima Ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada 1961.

Beliau kembali bertugas di Sarawak dengan berkhidmat sebagai peguam negara Sarawak selama setahun pada 1961.

Taib menyertai dunia politik selepas menganggotai Majlis Perundangan Sarawak pada 1963 hingga 1966 dan dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Kerja Raya Negeri serta Menteri Pembangunan dan Perhutanan Sarawak (1966-1967).

Kerjaya politik Taib di peringkat persekutuan bermula selepas beliau memenangi kerusi Parlimen Samarahan. -BERNAMA

-UnReportedNews™®

ADENAN ANGKAT SUMPAH SEBAGAI KETUA MENTERI SARAWAK KE-5

-TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH! MOGA SARAWAK AKAN TERUS MELANGKAH MAJU & MAKMUR DIBAWAH PIMPINAN BELIAU!-

Tan Sri Adenan Satem, 70, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak kelima pada Jumaat.

Beliau mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang memegang jawatan itu selama 33 tahun, menjadikannya sebagai ketua menteri paling lama di negeri itu.

Adenan menerima watikah perlantikan daripada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Astana pada pukul 9.40 pagi.

Adenan merupakan Menteri Tugas-Tugas Khas Sarawak yang pernah memegang beberapa portfolio di Kerajaan Persekutuan dan negeri dalam tempoh dua dekad.

Beliau berkahwin dengan Puan Sri Jamilah Anu dan dikurniakan seramai lima anak. -mStar

-UnReportedNews™®

Thursday, 27 February 2014

GAMBAR: HARI TERAKHIR TAIB SEBAGAI KETUA MENTERI SARAWAK

-KETUA MENTERI PEHIN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD MELUANGKAN HAMPIR SETENGAH JAM BERSALAMAN & BERBUAL MESRA DENGAN WARGA-WARGA WISMA BAPA MALAYSIA!-







Biarpun cuaca indah dengan matahari bersinar di Bandaraya Kuching tengahari tadi namun suasana kesedihan dan muram seolah-olah menyelubungi warga Wisma Bapa Malaysia bagaikan mengetahui ianya adalah hari terakhir Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud bertugas secara rasmi di pejabatnya.

Beratus-ratus kakitangan dan pekerja Wisma Bapa Malaysia, ada yang membawa pelbagai sepanduk penuh dengan ucapan terimakasih beratur di tepi bangunan itu menanti kehadiran.

Ramai daripada mereka, terutamanya golongan wanita bagaikan tidak dapat menahan titisan air mata mereka sebaik sahaja Taib menghampiri dan berjabat tangan dengan mereka buat kali yang terakhir sebagai seorang Ketua Menteri Sarawak.

Taib diiringi oleh isterinya Puan Sri Raghad Kurdi-Taib,  Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Penasihat Ketua Menteri dan pengganti Taib, Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Satem dan lain-lain orang kenamaan.

Taib meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk bersalaman dengan kakitangan Wisma Bapa Malaysia diikuti dengan sesi fotografi dengan ketua-ketua pelbagai jabatan kerajaan sebelum meninggalkan kawasan bangunan tersebut kira-kira jam 2:15 petang.

Taib , 77, yang juga merupakan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada 12 Februari telah mengumumkan untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri, jawatan yang beliau sandarkan selama lebih dari tiga dekad sejak 1981, berkuatkuasa esok (28 Februari).

Taib juga telah menyerahkan surat peletakan jawatan beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian yang dimenanginya sejak Negeri Pilihan Raya 2011 kepada Speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Taib dijangka menjadi baru Ketua Negara untuk menggantikan Datuk Tun Abang Haji Muhammad Salahuddin Patinggi bersara esok (28 Februari).

-UnReportedNews™®

ANAK TAIB NAFI AKAN BERTANDING DI PRK DUN BALINGIAN

-DATO SRI MAHMUD ABU BEKIR TAIB MENEGASKAN WALAUPUN BELIAU SEDIA BERKHIDMAT UNTUK KEPENTINGAN PENDUDUK SARAWAK NAMUN BUAT MASA INI TUMPUANNYA DIFOKUSKAN KEPADA DUNIA KORPORAT!-

Anak Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Dato Sri Mahmud Abu Bekir Taib menafikan beliau adalah calon untuk Balingian apabila Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu kelak.

Beliau berkata, masih terlalu awal bagi dirinya untuk berkecimpung dalam dunia politik ekoran tanggungjawabnya dalam sektor korporat.

“Saya mengutamakan kepentingan penduduk Sarawak namun jika saya dipanggil untuk berkhidmat, saya akan melakukan yang terbaik tetapi sekarang saya amat sibuk dalam sektor korporat.

“Saya bersedia berkhidmat… cuma saya rasa saya belum diperlukan dalam masa terdekat ini,” jelasnya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Penyerahan Kontrak antara Sarawak Energy Berhad dengan usaha sama Sinohydro Corporation Sdn Bhd-Trenergy Infrastructure Sdn Bhd di Menara SEB The Isthmus di sini, semalam.

Bekir yang juga pengerusi Trenergy Infrastructure Sdn Bhd berkata demikian ketika ditanya jika beliau berminat untuk bertanding di kerusi Balingian apabila ia dikosongkan oleh bapanya kelak.

PRK di Balingian dijangka boleh diadakan bila-bila masa apabila Taib mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ADUN Balingian semalam yang dimenanginya pada Pilihan Raya Negeri pada 2001.

Taib dijangka menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian kepada Speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar hari ini.

Taib, 77, presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada 12 Februari lalu mengumumkan meletak jawatan sebagai Ketua Menteri yang disandangnya lebih tiga dekad sejak 1981, berkuat kuasa 28 Februari ini.

Taib dijangka akan menjadi Yang di-Pertua Negeri baharu bagi menggantikan Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin yang akan bersara pada 28 Februari ini. (sumber

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List