Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts
Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts

Wednesday, 8 October 2014

Setakat Jam 10 Pagi, Demonstrasi di Jalan Parlimen Mendapat Sambutan Hampeh



Demonstrasi Bantahan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan kenaikan 20 sen harga petrol RON95 yang dijadualkan hari ini nampak mendapat sambutan yang hambar.

Sumber Sarawakiana memberitahu setakat ini, demonstrasi anjuran beberapa Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dijadualkan berarak ke Jalan Parlimen bagi menyerahkan memorandum bantahan mengenai kenaikan minyak hanya di hadiri hanya lebih kurang 200 orang.

Sebelum ini, Pengarah penerangan dan penganjur bersama demontrasi tersebut Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Edy Noor Reduan berkata mereka akan menyerah memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kumpulan tersebut dikatakan telah berkumpul di Tugu Negara pada pukul 10 pagi sebelum berarak ke bangunan Parlimen.

Setakat berita ini di tulis, tiada kejadian yang tidak di ingini berlaku sementara pihak polis memantau sepanjang demonstrasi ini di adakan.

Beberapa hari yang lepas, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa menggesa kumpulan yang merancang untuk mengadakan demontrasi tersebut agar mematuhi kehendak Akta Perhimpunan Aman 2012 jika mereka mahu meneruskan perhimpunan bantahan ini.

"Kami tetap memantau (perarakan berkenaan) dan bersedia dengan sebarang kemungkinan," katanya memberi peringatan tersebut NGO-NGO berkenaan. - Sarawakiana

-UnReportedNews™®

Friday, 3 October 2014

#MH17 : Lima Jenazah Tiba Di KLIA



SEPANG: Pesawat komersial MH19 yang membawa kumpulan keenam terdiri daripada lima jenazah mangsa nahas pesawat MH17 dari Amsterdam, Belanda tiba di perkarangan Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, jam 8.38 pagi tadi. 

Jenazah akan diberi penghormatan dalam satu istiadat penuh ketenteraan seperti sebelum ini.

Hadir pada majlis itu ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim bersama ahli keluarga dan waris mangsa nahas.

Kumpulan keenam mangsa MH17 itu terdiri ahli keluarga terakhir kepada Allahyarham Tambi Jiee iaitu Muhammad Afruz Tambi; Liew Yau Chee; Lee Kiah Yeen; Meling Anak Mula dan Mathew Ezekial Sivagnanam.

Daripada lima jenazah ini, tiga jenazah dalam keranda, manakala dua jenazah (pasangan suami isteri-Liew Yau Chee dan Lee Kiah Yeen) akan dibawa dalam bekas abu.

Bagaimanapun, dua bekas abu itu akan dibawa dalam satu kenderaan jenazah sahaja atas permintaan keluarga mangsa.

Bekas abu Liew Yau Chee dan Lee Kiah Yeen akan dibawa ke Nirvana Sungai Besi manakala jenazah Matthew Ezekial Sivagnanam pula akan dibawa ke St Fatima Church di Brickfields.

Jenazah Muhammad Afruz dan Meling Anak Mula pula akan diterbangkan menggunakan pesawat C-130, masing-masing ke Kuching dan Bintulu. - BH

-UnReportedNews™®

Tuesday, 30 September 2014

Permohonan "Papagomo" Untuk Kemukakan Bukti Baru Di Tolak


Wan Muhammad Azri Wan Deris, individu yang dikatakan sebagai penulis blog Papagomo, hari ini memfailkan permohonan untuk mengemukakan bukti baru dalam rayuannya terhadap saman Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mana dia diarah membayar RM800,000. 

Ini adalah susulan kepada keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonannya untuk memperkenal bukti baru, termasuk penulisan blog tersebut sewaktu beliau berada dalam tahanan pada 2012.

Mahkamah juga menolak permohonan Wan Muhammad Azri untuk menerima bukti sama dalam saman lain yang difailkan oleh peguam Syukri Mohamed.

Wan Muhammad Azri mahu mengemukakan bukti tersebut sebagai bukti beliau bukanlah Papagomo sepertimana yang didakwa. - Sarawakiana

-UnReportedNews™®

Thursday, 25 September 2014

Pejuang LGBT Tegar Melabel Malaysia Sebagai "Neraka" Buat Pondan


Setelah menamakan Malaysia sebagai "tempat yang paling teruk" buat transgender (pondan), pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) mendedahkan hari ini yang mendakwa akan bertemu dengan wakil kerajaan dengan harapan untuk mengakhiri penangkapan yang di lakukan dengan sewenang-wenangnya terhadap kumpulan tersebut di bawah undang-undang Syariah.  

Dalam satu laporan yang yang terperinci mengenai pencabulan hak asasi manusia terhadap kumpulan tersebut yang dikeluarkan hari ini, HRW telah membuat beberapa cadangan, termasuk menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menarik balik kenyataan beliau pada 2012, di mana beliau dilaporkan berkata Malaysia perlu "melawan" kumpulan minoriti.

"Perkara pertama yang kami minta ialah untuk menghentikan penangkapan orang transgender yang berkeadaan mereka sendiri ... Kami mahu orang transgender hidup dengan aman di Malaysia," kata pengarah advokasi HRW Boris Dittrich yang bertanggungjawab dengan isu-isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kepada pemberita semasa pelancaran laporan itu di Kuala Lumpur tadi.

Dittrich berkata pasukan HRW telah berada di negara ini sejak hari Ahad untuk bertemu dengan pegawai kerajaan termasuk Jabatan Peguam Negara pada hari Isnin lepas.

"Kami akan mengadakan pertemuan dengan Pejabat Perdana Menteri untuk membentangkan laporan dan bercakap tentang isu-isu ini," kata Dittrich namun beliau tidak menjelaskan sama ada pegawai-pegawai kerajaan yang mereka akan temui sudah menerima laporan dan cadangan mereka.  

HRW juga mendakwa mereka telah menggesa Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa agama negeri agar memansuhkan undang-undang jenayah berpakaian berlainan jantina, serbuan mereka mensasarkan komuniti tersebut dan mana-mana inisiatif yang bertujuan untuk "mengubati" orang transgender. -Sarawakiana

PS: Sukalah Nuar Brahim dan kuncu-kuncunya sebab ada orang kuat LGBT "backing" dier orang! KahkahKah!

-UnReportedNews™®

Tuesday, 16 September 2014

Isu MB Selangor: PAS Sepatutnya Berdiam Diri


KUALA LUMPUR: PAS sepatutnya "berdiam diri" demi menghormati PR setelah dua parti komponen bertegas dengan cadangan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Peguam PAS Zulhazmi Sharif yang dipetik dari Sinar Harian sebagai berkata, PAS tidak sepatutnya menyuarakan penentangan terhadap cadangan tersebut.

Beliau berkata, sebenarnya masalah ini datang dari PAS dimana sekiranya 15 ADUN PAS (Selangor) bersetuju nak tukar menteri besar, masalah ini sudah selesai.

“Kalau tidak setuju pun, tidak perlu bantah. Itu sahaja. Dalam PR ada tiga komponen, PKR, DAP dan Pas. PKR sudah setuju, DAP sudah setuju, jadi dua lawan satu."

"Majoriti sudah bersetuju. Jadi kalau kita tidak setuju jangan bantahlah, duduk diam-diam sahaja,” katanya dalam sesi soal jawab “Kemelut MB Selangor: Mampukah PR Bertahan?" anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma), semalam.

"Kedegilan PAS yang menolak Wan Azizah melambatkan proses  pertukaran menteri besar di negeri itu," kata Zulhami sambil menambah, seramai 28 ADUN telah bersetuju menteri besar ditukar, hanya 15 ADUN PAS sahaja yang masih mahu kekalkan Khalid.

"Yang 15 (DUN) ni tunggu apa lagi? ... yang kita (PAS) degil sangat ni kenapa? Apa yang kita (PAS) mahu?"

“Sepatutnya hal ini sudah lama selesai, tapi PAS boleh pula keluar kenyataan kata tak setuju (Dengan Wan Azizah) ... PAS kata tidak setuju dengan Wan Azizah, tapi dia (PAS) juga yang calonkan Wan Azizah,” katanya lagi. -Sarawakiana

-UnReportedNews™®

Tuesday, 2 September 2014

KETUA POLIS NEGARA: TIADA MAAF LAGI KEPADA PENGHASUT


Kuala Lumpur: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menolak permohonan maaf yang dikemukakan oleh penguna media sosial yang mengeluarkan kenyataan biadap dan menghina pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Khalid melalui laman twitternya berkata individu yang menyalahgunakan rangkaian media sosial untuk menghina, mengutuk dan menghasut hanya perlu menunggu tindakan diambil terhadap mereka.

“Tiada Maaf lagi kepada sesiapa jua yang menyalahgunakan rangkaian media untuk menghina/mengutuk dan menghasut. Tunggu tindakan@PDRMsia” ujar beliau di twitter sebentar tadi.

Beliau sebelum ini telah mengarahkan Police Cyber Investigation Response Centre (PCIRC) untuk mengambil tindakan dan menjalankan siasatan terhadap mana-mana individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina PDRM melalui media sosial.

Pengguna Twitter menggunakan nama Viktor Wong (@wonghoicheng) sebelum ini menulis: “Bastardization of @PDRMsia. Thanks to the ruthless @KBAB51 Henrich Himmler of Malaysia.” (Celaka PDRM. Terima kasih kepada @KBAB51 yang kejam, Henrich Himmler Malaysia).

Viktor kemudiannya menarik kembali kenyataan tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Khalid dan PDRM.

Manakala seorang lagi pengguna twitter bernama Nasrul Omar (@ennasrul) yang menuduh Khalid sebagai ‘anjing BN’ telah menutup akaun tersebut. -Suara.tv

-UnReportedNews™®

Friday, 22 August 2014

GAMBAR TERKINI: "SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR MH17" (UPDATED)

Gambar-gambar yang aku dapat compile dari rakan-rakan Facebook di Kompleks Bunga Raya, KLIA sejurus pesawat khas membawah jenazah mangsa MH17 tiba di Kuala Lumpur dari Belanda sebentar tadi.






(Updated)








-UnReportedNews™®

Wednesday, 20 August 2014

TU DIA .. PASANGAN YANG MENCURI WANG AKAUN BANK MANGSA MH370




KUALA LUMPUR: Seorang pegawai bank dan suaminya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan melakukan pelbagai kesalahan antaranya mencuri, memindahkan, menggunakan dokumen palsu dan menggunakan kad bank milik empat penumpang pesawat MH370 membabitkan wang berjumlah RM110,643.

Nur Shila Kanan dan suaminya, Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan terhadap semua pertuduhan.

Nur Shila didakwa dengan 12 pertuduhan manakala Basheer menghadapi tiga pertuduhan.

Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing dijamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasport milik mereka diserahkan kepada mahkamah.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fadhli Mahmud dan Muhd Ilmami Ahmad, manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Hakeem Aiman Mohd.

Mahkamah menetapkan 25 Ogos ini bagi sebutan kes. – BH online

-UnReportedNews™®

Saturday, 16 August 2014

INI BARU SIAL .. PASANGAN CURI DUIT DALAM AKAUN BANK MILIK MANGSA MH370


KUALA LUMPUR: Seorang pegawai bank dan suaminya yang dipercayai terbabit dalam kes memindah dan mengeluarkan wang daripada akaun milik penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 ditahan, Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abd Ghani berkata, pegawai bank itu yang bekerja di bank berkenaan sejak 10 tahun lalu ditahan di rumahnya di Ampang kira-kira 4 petang.

"Suaminya yang berusia 33 tahun turut ditahan di bengkel kereta di Ampang ketika membaiki keretanya. Polis percaya suaminya mungkin turut terlibat.

"Polis masih belum mendapat rakaman kamera litar tertutup (cctv) daripada pihak bank. Ia akan mengambil masa sedikit," katanya kepada Bernama dan menambah kedua-dua mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Kedua-dua mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Izany menasihati keluarga penumpang MH370 yang pesawat itu masih belum ditemui supaya meneliti kenyataan akaun bank penumpang.

"Keluarga mereka boleh periksa kenyataan bank penumpang. Kita minta mereka berwaspada," katanya.

Rabu lepas media melaporkan sebanyak RM110,643 milik empat penumpang pesawat MH370 lesap daripada akaun bank dipercayai dipindahkan oleh kakitangan bank tanpa kebenaran.

Siasatan mendapati wang dari akaun milik penumpang dipindahkan ke akaun penumpang lain melalui perbankan Internet melibatkan jumlah keseluruhan RM110,643.

Akaun berkenaan masing-masing milik dua penumpang warga China, seorang penumpang warga Malaysia dan akaun serang pramugara.

Kejadian disedari pada 18 Julai lepas oleh seorang petugas bank yang mengesan beberapa transaksi pengeluaran dan pemindahan secara mencurigakan dari empat akaun berkenaan. (sumber)

-UnReportedNews™®

Friday, 20 June 2014

NAJIB ANGGAP LAPORAN MUHYIDDIN BERUNDUR SEBAGAI "REKAAN POLITIK"


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata laporan media sosial bahawa timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berundur daripada kabinet hanyalah 'rekaan politik' pihak tertentu.

Najib berkata ini kerana beliau mempunyai hubungan dan persefahaman yang amat baik dengan timbalannya itu.

"Sebagai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sentiasa mendukung dan telah menjayakan segala dasar dan agenda pembangunan nasional terutama yang berkait dengan rancangan transformasi negara yang dibawa saya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Najib berkata sebagai Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) pula, Muhyiddin sentiasa bersama-sama dalam segala usaha memperkukuh dan memantapkan perjuangan Umno dan BN dan ini merupakan satu usaha berterusan dan masih banyak perlu dilakukan antara beliau dan Muhyiddin.

"Dengan adanya hubungan dan persefahaman yang amat baik di antara saya dengan Muhyiddin, saya yakin kita dapat menghadapi segala cabaran untuk membangunkan negara seterusnya meningkatkan lagi kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan BN," katanya.

Laman blog dan media sosial melaporkan kemungkinan Muhyiddin berundur bagi memberi perhatian kepada usaha memulihkan Umno.

Ia juga timbul berikutan desas-desus rombakan Kabinet yang mungkin dilakukan Perdana Menteri khususnya untuk membawa masuk pemimpin daripada parti komponen BN iaitu MCA dan Gerakan.

Bagaimanapun semalam, Muhyiddin berkata beliau akan terus berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri selagi khidmatnya diperlukan dan memberitahu setakat ini tidak ada apa-apa perkara dibangkitkan berhubung kedudukannya itu. -BERNAMA

-UnReportedNews™®

Friday, 13 June 2014

ANGGOTA TLDM SALAH SEORANG DARI TIGA SASPEK MILITAN YANG DITAHAN!


Salah seorang dari tiga saspek yang diberkas oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman merupakan seorang anggota Tentera laut DiRaja Malaysia (TLDM) yang bertugas di Sandakan, Sabah.

Menurut Siaran Media PDRM, tiga rakyat tempatan yang disyaki terlibat dalam kegiatan militan yang berusia 29 hingga 31 tahun di tangkap dalam satu operasi khas di sandakan hari ini.

Operasi ini adalah susulan dari penangkapan 12 saspek anasir militan sejak 28 April 2014 yang lalu.

Salah seorang dari tiga individu yang ditangkap juga dipercayai merupakan anggota kanan sel militan yang telah menjalani latihan ketenteraan di kem milik kumpulan Abu Sayyaf di Selatan Filipina sejak 22 April 2014.

-UnReportedNews™®

Thursday, 12 June 2014

TUJUH WARIS PENUMPANG MH370 TERIMA BAYARAN PENDAHULUAN PAMPASAN US$50,000


PUTRAJAYA: Tujuh waris penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 telah menerima bayaran pendahuluan pampasan sebanyak US$50,000 seorang melalui insurans syarikat penerbangan.

Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin pada Khamis berkata waris itu enam dari Malaysia dan seorang dari China.

"Sebelum membuat pembayaran, kami perlu mengesahkan kesahihan waris mengikut undang-undang. Kami harus memastikan mereka adalah waris yang sah. Ia mengambil masa.

"Mengenai pembayaran akhir, kami harus menunggu sehingga isu MH370 selesai. Sama ada pesawat dijumpai atau kami mengumumkan bahawa pesawat hilang, kami akan membuat pengumuman," kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Waris penumpang MH370 di sini.

Beliau berkata 40 lagi tuntutan waris penumpang dari China masih dalam proses sementara menunggi pengesahan daripada kerajaan China sementara waris dari negara lain telah melantik peguam sebelum jawatankuasa menanganinya.

Pada 8 Mac, pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal dan 153 warga China hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam.

Pada 24 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 dipercayai telah berakhir di selatan Lautan Hindi.

Mengenai Voice 370, kumpulan yang mendakwa mewakili keluarga mereka yang menaiki penerbangan MH370, yang mendesak untuk menemui Najib, Hamzah meminta kumpulan itu mengamalkan sikap 'telus', mendedahkan dan menyatakan identiti diri mereka.

"Saya ada terima e-mel mereka tanpa sebarang tandatangan  Saya minta penghantar e-mel menjelaskan siapakah beliau. Berapa ramaikah waris yang diwakili mereka," katanya.

Sebagai pengerusi jawatankuasa waris, Hamzah berkata beliau bersedia mewakili perdana menteri dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein untuk menemui Voice 370.

Beliau berkata jawatankuasa itu telah menemui anggota keluarga secara individu sama ada melalui Malaysia Airlines atau jawatankuasa teknikal.

Bagi ahli keluarga penumpang warga China di Beijing, beliau berkata Datin Paduka Chew Mei Fun dilantik untuk menemui mereka sementara duta-duta dari Malaysia juga menemui keluarga penumpang dari negara lain.

"Kami telah melibatkan diri secara aktif dengan ahli keluarga dari China. Hampir setiap hari, kami menerima hampir 20 panggilan dan kadang-kadang ahli keluarga datang secara sendirian untuk menemui kami dengan purata 30 ahli keluarga setiap hari.

"Setakat ini, kami telah melibatkan diri dengan hampir semua ahli keluarga dari China...Saya tidak faham mengapa Voice 370 mahu menemui perdana menteri," kata beliau.

Beliau berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengadakan 43 sesi pertemuan dengan waris penumpang di Malaysia. -Bernama

-UnReportedNews™®

Thursday, 5 June 2014

KES PAPA GOMO DITETAPKAN OLEH MAHKAMAH 20 JUN INI


KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini Khamis menetapkan 20 Jun untuk keputusan permohonan pengendali blog Papa Gomo menangguhkan pembayaran ganti rugi berjumlah RM850,000 kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop menetapkan tarikh itu di dalam kamar setelah mendengar hujahan daripada peguam Shahid Adli yang mewakili Anwar dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papa Gomo), yang mewakili diri sendiri.

Pada 28 Feb, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.

Dalam penghakimannya, Rosilah berkata daripada keterangan yang dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papa Gomo dan telah menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya.

Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013. -BERNAMA

-UnReportedNews™®

Tuesday, 3 June 2014

AMBIK KORANG! PEGAWAI JAKIM SEDIA MAKAN COKLAT CADBURY!

-PADA SESIAPA YANG TAK PERCAYA KEPADA STATUS HALAL COKLAT CADBURY LAGI, PEGAWAI JAKIM SUDI MEMAKAN COKLAT ITU UNTUK MEMBUKTIKAN KEHALALANNYA!-


Bagi membuktikan status halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terhadap coklat Cadbury benar-benar meyakinkan, pegawai jabatan itu sedia pada bila-bila masa untuk membuat demonstrasi memakan coklat tersebut.

Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal JAKIM, Mohd Amri Abdullah berkata pihaknya berpegang kepada keputusan yang telah mereka keluarkan dan tidak ada masalah untuk pihaknya membuktikan kepada orang ramai bahawa coklat Cadbury adalah halal.

Mohd Amri berkata, proses memberikan status halal kepada sesuatu produk dibuat setelah prosedur dan standard yang ditetapkan ditepati.

“Sebagaimana yang disebutkan bahawa status Cadbury yang diputuskan adalah halal. Kalau diminta kami makan coklat Cadbury kami yakin bahawa apa yang diberikan status pensijilan itu adalah halal sepenuhnya.

“Dalam hal ini, ia memerlukan keyakinan yang begitu utuh, yang begitu kuat untuk menentukan konsep halal.

“Kalau di pihak pengguna jika adanya was-was, adanya keraguan yang melampau, lebih baik tinggalkan,” katanya ketika kepada Astro AWANI menerusi AWANI745 malam tadi.

Mohd Amri berkata keputusan yang dibuat oleh Jakim terhadap coklat Cadbury itu adalah sama dengan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia.

Katanya, ini bermakna JAKIM membuat keputusan berdasarkan apa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kimia dan prosedur lain yang perlu dipatuhi.

“Untuk keputusan pensijilan halal ini, pihak JAKIM hanya menggunakan makmal jabatan kimia yang dibenarkan sahaja.

“Standard dan prosedur yang JAKIM gunakan untuk memberikan pensijilan halal ini adalah sama dengan apa yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.

Beliau juga menafikan keputusan yang dibuat JAKIM pada Isnin merupakan satu tindakan membuat pusingan U sepertimana yang didakwa sesetengah pihak.

Selain itu Mohd Amri masyarakat juga perlu faham bahawa semua perkara berkaitan pensijilan halal perlu dirujuk kepada JAKIM iaitu pihak yang diberi kuasa dalam bidang itu.

“JAKIM diibaratkan sebagai imam, pengguna adalah sebagai makmum, perlu mengikut apa yang ditentukan JAKIM dalam soal halal atau haram ini.”

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan adanya DNA babi (porcine) dalam dua produk coklat susu Cadbury Dairy Milk.

Hasil siasatan oleh KKM mendapati tiga (3) sampel coklat Cadbury telah diambil untuk analisis DNA babi (porcine) bagi tujuan pemantauan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Isnin bagaimanapun mengumumkan tiada DNA babi dikesan dalam dua produk coklat Cadbury berkenaan. Pengumuman dibuat selepas ujian dijalankan oleh Jabatan Kimia ke atas sampel yang diambil dari kilang.

Namun pengumuman yang dibuat oleh Jamil Khir itu masih menimbulkan was-was di kalangan pengguna berkenaan status coklat Cadbury. (sumber

-UnReportedNews™®

Friday, 7 March 2014

TERKINI: ANWAR IBRAHIM DIDAPATI SALAH MELIWAT SAIFUL!

-NUAR O NUAR, BILA KO NAK BERTAUBAT NIH? KEKEKE!!!-

Tiga ahli panel Mahkamah Rayuan hari ini membuat keputusan mensabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan di Istana Kehakiman Putrajaya sebentar tadi.

Prosiding mendengar rayuan dari pasukan pendakwaan ditetapkan bermula semalam hingga hari ini.
Hakim menerima rayuan pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Memandangkan waktu pejabat sudah hampir berakhir,agak sukar untuk pasukan pembelaan Anwar diketuai peguam Karpal Singh untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Ini bermakna, hari ini Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan dihantar ke penjara pada hari ini sebelum pasukan pembelaan boleh memfailkan prosiding rayuan di Mahkamah Persekutuan. (sumber


-UnReportedNews™®

Wednesday, 19 February 2014

TAK DAPAT “KONTROL” WANG MASYARAKAT INDIA, MOORTHY LETAK JAWATAN?

-SYABAS BUAT KJ MEMPERTAHANKAN PERDANA MENTERI DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK YANG DIKECAM OLEH P. WAYTHAMOORTHY YANG BAGAIKAN ADA “AGENDA”NYA YANG TERSENDIRI MAHU MENGAWAL BAJET KERAJAAN UNTUK MASYARAKAT INDIA TANPA MELALUI PROSEDUR AGENSI ATAU KEMENTERIAN! KEKEKE!!!-


Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin berkata adalah tidak adil bagi BEKAS timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) P Waythamoorthy menyalahkan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kegagalan bekas senator dan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu melaksanakan perubahan.

Menteri Belia dan Sukan itu dalam tulisan di twitternya berkata Waythamoorthy tidak bertindak sebagai peserta pasukan dan tidak melaksanakan apa yang diperjuangkannya.

Beliau berkata Waythamoorthy mendesak supaya semua bajet kerajaan untuk masyarakat India diletakkan di bawah budi bicaranya kerana beliau mahu mengawal wang, dengan mengetepikan agensi dan kementerian.

“Bila beliau tidak mendapat ini, beliau berhenti dan menyalahkan Perdana Menteri,” kata Khairy.

Beliau berkata bila Waythamoorthy membawa hal-hal tertentu ke perhatian Najib, segalanya diselesaikan.

Khairy berkata sekalipun ketiadaan Waythamoorthy, kerajaan tetap komited memajukan masyarakat India dan menyelesaikan isu seperti pendidikan dan kemiskinan.

Minggu lepas, Waythamoorthy melepaskan semua jawatannya, dengan mendakwa kerajaan tidak melakukan perubahan sosio-ekonomi untuk membantu masyarakat miskin India.

-UnReportedNews™®

Tuesday, 18 February 2014

KES BUNUH PENGASAS AMBANK: LELAKI BAWA SUSPEK PEMBUNUH DIPENJARA 14 TAHUN & ENAM SEBATAN

-ATAS KESALAHAN MEMILIKI SEPUCUK PISTOL WALTHER MODEL PKK/S CAL. 9MM KURZ/380AC, PEMANDU TEKSI TERSEBUT DIHUKUM PENJARA 10 TAHUN & EMPAT SEBATAN!-


Pemandu teksi yang dipercayai membawa suspek pembunuhan pengasas kumpulan Ambank, Hussain Ahmad Najadi, dihukum penjara 14 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas tuduhan memiliki pistol dan peluru, tahun lalu.

Hakim Azwarnida Affandi, menjatuhkan hukuman itu terhadap Chew Siang Chee, 46, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Azwarnida dalam penghakimannya, berkata pembelaan tertuduh bersifat penafian semata-mata dan hanya difikirkan kemudian.

Tertuduh dihukum penjara 10 tahun dan empat sebatan bagi kesalahan memiliki sepucuk pistol jenis Walther Model PPK/S Cal. 9mm Kurz/380ACP bersama sebuah majalah.

Mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara empat tahun bagi tuduhan memiliki empat butir peluru hidup tanpa lesen.

Hukuman diperintah berjalan berasingan.

Semua kesalahan didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37), yang memperuntukkan penjara maksimum 14 tahun dan sebat serta Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960, yang boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan denda atau kedua-duanya.

Wan Shaharuddin Wan Ladin adalah Timbalan Pendakwa Raya manakala peguam Ramesh Raj mewakili Chew. (sumber

-UnReportedNews™®

Thursday, 23 January 2014

SI APEK TIAN CHUA DIHUKUM PENJARA

-TIAN CHUA DIPENJARA SEBULAN, DENDA RM1,000 KERANA MELANGGAR ARAHAN PERINTAH KAWASAN LARANGAN! AMBOI, RAMAILAH BEKAS BANDUAN DALAM PKR NANTI YER? KEKEKE!!!-

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua Khamis dihukum penjara sebulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah tidak mematuhi perintah polis supaya beredar dari kawasan larangan di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (Pulapol) di sini, dua tahun lalu.

Hakim Mahmud Abdullah memerintahkan Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 51, menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini dan perlu menjalani hukuman penjara sebulan lagi jika gagal membayar denda itu. Tian Chua membayar denda itu.

Bagaimanapun, Mahmud membenarkan permohonan peguam Eric Paulsen yang mewakili pemimpin pembangkang itu, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan terhadap keputusan itu selesai.

Mahkamah menaikkan jumlah wang jaminan daripada RM500 kepada RM1,000.

Mahmud dalam keputusannya mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, selepas mendengar keterangan sembilan saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan..

Tian Chua, yang juga Anggota Parlimen Batu, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tidak mematuhi perintah pegawai polis DSP A Rajagopal untuk beredar dari kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan mengikut Perintah Kawasan-Kawasan Larangan 1975.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pulapol, Jalan Semarak, di sini pada 2.30 pagi 29 April 2012, iaitu sehari selepas perhimpunan Bersih 3.0.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 7 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Amirah Mohamed Yusoff memohon hukuman setimpal dikenakan kepada tertuduh kerana kesalahan itu adalah serius walaupun tiada kecederaan berlaku semasa tertuduh berada di Pulapol.

"Sebagai Yang Berhormat, tertuduh perlu memberi contoh yang baik kepada masyarakat, tetapi dia telah melanggar perintah polis. Pohon beri hukuman setimpal dalam bentuk pemenjaraan bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak melakukan kesalahan sama," katanya.

Eric pula memohon mahkamah mengenakan hukuman denda sahaja kepada anak guamnya atas alasan ia adalah satu kesalahan teknikal yang tidak membawa apa-apa keuntungan kepada orang ramai dan juga tertuduh. -BERNAMA

-UnReportedNews™®

Tuesday, 31 December 2013

TERKINI: HIMPUNAN GULING KERAJAAN BERMULA

-PESERTA HIMPUNAN MULA REMPUH PENGHADANG KESELAMATAN DATARAN MERDEKA! MOLEKNYA CARA PEMBANGKANG MEMULAKAN SAMBUTAN TAHUN BARU MEREKA! POYO BETUL! KEKEKE!!!-



Perserta perhimpunan haram merempuh masuk penghadang yang dibuat pasukan keselamatan di Dataran Merdeka untuk sambutan ambang Tahun Batu, jam 11.03 malam ini. 

Mereka berarak sambil melaung slogan 'Turun' sehingga mengganggu perjalanan sambutan ambang tahun baru. Sebelum ini mereka menafikan penglibatan parti pembangkang dalam perhimpunan haram untuk guling kerajaan.

Tetapi malam ini disahkan perhimpunan haram ini didalangi oleh parti pembangkang apabila tiga pemimpin Pas termasuk Naib Presiden parti itu, Salahudin Ayub muncul bersama-sama geng baju hitam yang berhimpun dan mengadakan demonstrasi haram di ibu negara.

Ketua Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat dan Ahli Jawatankuasa Pusat parti itu, Dr. Zulkifli Ahmad juga kelihatan.

Di samping itu, turut kelihatan ialah Naib Ketua Pemuda Pas Perak, Khairil Nizam Khairuddin; Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin, atau Chegubard dan Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Mohamad Azan Safar.

Mereka dikesan berucap bergilir-gilir untuk menaikkan semangat anak-anak muda dan menyeru orang ramai bergerak ke Dataran Merdeka. (sumber

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List