Showing posts with label Crime. Show all posts
Showing posts with label Crime. Show all posts

Friday, 7 October 2016

Dua Pencuri Diliwat 'Lelaki Gergasi" Selama Lima Hari


Dua pencuri pastinya menyesali apabila memilih untuk memecah-masuk sebuah rumah seorang lelaki gay di mana kemudiannya mereka berdua diliwat oleh pemilik rumah tersebut selama lima hari berturut-turut.

Garfield Morgan, 54-tahun dan rakan sepenjenayah lamanya Kim Gorton, 36-tahun, kedua-duanya mempunyai rekod jenayah pecah-rumah dikatakan telah memecah-masuk beratus-ratus buah rumah sepanjang karier mereka.

Namun setelah mengalami pengalaman mengerikan dalam kejadian episod liwat di rumah yang berlokasi di Florida, Amerika Syarikat tersebut, berkemungkinan kedua-duanya mereka akan berfikir dua kali sebelum hendak melakukan jenayah lagi.

Pemilik rumah tersebut; Harry Harrington, bertubuh sasa dengan ketinggian 6 kaki 7 inci dengan berat badan 300 paun terkenal sebagai seorang gay dan pernah di penjarakan kerana jenayah kesalahan serangan seksual.

Diklasifikasikan sebagai seorang pesalah agresif dan pemangsa, pastinya dia bukanlah jenis manusia yang anda mahu sakitkan hati namun itulah yang Morgan dan Gorton lakukan apabila mereka memecah-masuk ke dalam rumahnya pada malam yang malang itu.

Harrington, yang juga dikenali sebagai 'The Wolfman', dengan mudah mengalahkan kedua-dua mereka sebelum mengikat dan mendera mereka secara seksual selama lima hari berturut-turut.

Pihak polis mendapat tahu kejadian ini hanya setelah mendapat laporan dari seorang jiran yang mendengar tangisan kedua orang lelaki tersebut meminta tolong.

Orang ramai mempunyai pelbagai respon mengenai kejadian ini dimana ada yang berpendapat memang kedua penjenayah itu memang seharusnya menerima "hukuman" sebegitu manakala ada juga yang berpendapat, "hukuman" mereka iaitu "diliwat oleh seorang 'gergasi' selama lima hari" adalah terlampau kejam.


Morgan dan Gorton ditahan atas dakwaan pecah rumah sementara Harrington ditahan atas jenayah seksual. -UnReportedNews™®

Tuesday, 4 October 2016

Pasukan Tentera Nasional Indonesia Guna Kenderaan Curi Ditahan Di Sarawak


LUBOK ANTU: Polis merampas sebuah kenderaan pacuan-empat-roda yang dipercayai dicuri dan digunakan oleh sepasukan anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) dari Markas Batalion TNI 312 Kala Hitam Indonesia) di Sarawak semalam.

Difahamkan, kenderaan itu sedang digunakan oleh anggota-anggota TNI tersebut yang berkonvoi bersama sepasukan angota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menaiki beberapa buah kenderaan lain dari Kem Penrissen Kuching ke Badau.

Pasukan anggota ATM tersebut telah ditugaskan untuk menemai pasukan TNI hingga ke sempadan Sarawak-Indonesia.

Sumber dalaman mendedahkan, konvoi tersebut kemudiannya berehat di Kem JPG Lubuk Antu namun ditahan oleh sepasukan polis yang membuat operasi berdekatan luar kem berkenaan apabila hendak menyambungkan perjalanan mereka lebih kurang jam 3:15 petang.

Siasatan awal polis mendapati, salah seorang anggota TNI mendakwa mereka telah menyewa kenderaan tersebut dari seorang lelaki di sebuah rumah di Jaoi Babang, Indonesia pada hari Ahad lepas.

Pemeriksaan lanjut polis juga mendapati kenderaan pacuan-empat-roda jenis Toyota Hilux telah menggunakan plat Indonesia KB9826LL (nombor palsu) dan nombor pendaftaran sebenarnya adalah QKW2061 yang telah dilaporkan hilang di Kota Samarahan baru-baru ini.

Kenderaan itu juga telah dipasang dengan peralatan pengesan GPS yang membolehkan pihak polis mengenalpasti lokasinya.

Kenderaan tersebut telah diserahkan kepada pihak Balai Polis Lubuk Antu untuk siasatan lanjut.-UnReportedNews™®

Friday, 19 August 2016

Seorang Suspek Bunuh Billy Kayong Serah Diri


Seorang daripada tiga suspek yang dikehendaki polis yang dipercayai terlibat dalam kes tembak mati Setiausaha Cawangan PKR Miri, Bill Kayong pada Jun lalu menyerah diri Pejabat Polis Miri petang semalam.

Difahamkan, suspek, yang dikenal pasti identitinya sebagai Chin Wui Chung, 50, telah menyerah diri lebih kurang jam 4.50 petang ditemani seorang peguam.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Dev Kumar, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Miri hari ini dan telah direman lima hari bagi membantu siasatan pihak polis.

Tambah beliau, pihak polis akan terus menggerakkan usaha bagi memburu dua lagi suspek yang masih lagi bebas.

Terdahulu, pihak polis sudah mengenal pasti dua suspek iaitu Chin Wui Chung, 50, dan Kong Sien Ming, 35.


Wui Chung merupakan pembantu peribadi kepada dalang utama kes itu iaitu, Datuk Lee Chee Kiang, 45, atau Stephen Lee, manakala Sien Ming merupakan pengusaha sebuah pusat karaoke di sini. -UnReportedNews™®

Wednesday, 17 February 2016

Lelaki Warga Asing Terburai Perut


KUCHING: Seorang lelaki warga asing ditemui mati dalam keadaan perut terburai dipercayai akibat ditikam dengan pisau di sebuah rumah kongsi di Demak Laut dekat sini, semalam.

Menurut sumber, mangsa hanya dikenali sebagai Dimas berusia 30-an dan berasal dari Indonesia ditemui oleh rakannya dalam keadaan sedemikian yang kemudian terus menghubungi ambulans untuk bantuan sekitar jam 4 petang.

Difahamkan, mangsa baharu tiba di rumah kongsi berkenaan untuk berjumpa dengan kawannya.

“Mangsa tidak lagi bekerja, tetapi dia ke sana (tempat kejadian) kerana ingin berjumpa dengan kawannya.

“Sekitar jam 4 petang tadi (semalam), kawan mangsa yang pulang dari kerja, terkejut apabila melihat mangsa baring dan berlumuran darah menyebabkan dia terus memaklumkan kepada rakan yang lain serta menghubungi ambulans,” kata sumber.

Bagaimanapun, mangsa yang mengalami kecederaan parah di perut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Keadaan perut mangsa terburai akibat ditikam dan turut ditemui berhampiran mangsa ialah sebilah pisau dipercayai senjata yang digunakan semasa kejadian,” kata sumber.

Laporan polis berhubung kejadian juga telah dibuat dan beberapa anggota dari balai polis berhampiran juga hadir di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad mengesahkan ada menerima maklumat berhubung kejadian. - UB

-UnReportedNews™®

Wednesday, 8 April 2015

Bapa Rogol Anak Ditahan Polis


SIBU: Bagai haruan makan anak, begitulah sikap keji seorang bapa yang ditahan polis kerana perbuatan terkutuknya merogol anak sendiri, berusia 12 tahun di Song.

Menurut maklumat polis, kejadian hina itu terungkai apabila ibu mangsa pulang dari pekan Song sekitar jam 7.30 pagi, pada 1 April lalu.

Terbeliak mata si ibu apabila mendapati suami dan anak perempuannya berada dalam keadaan tanpa seurat benang di dalam bilik.

Si ibu curiga sesuatu yang buruk berlaku, kemudian bertindak menyoal anaknya.

Difahamkan, mangsa memberitahu ibunya bahawa dia mengadakan hubungan seks dengan ayahnya sebanyak tiga kali termasuk dua kali pada tahun lalu selain pada hari tersebut. (Baca sepenuhnya)

-UnReportedNews™®

Thursday, 22 January 2015

Kurang Hajar! Kanak-kanak Dua Tahun Diajar Ibu Hisap Syabu


KUALA LUMPIR: Sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak menghisap dadah dipercayai jenis syabu dimuat naik di laman Facebook oleh pemilik akaun, Mohd Khir.

Video yang berdurasi 15 saat itu menunjukkan kanak-kanak dipercayai berusia dua tahun itu disuruh menghisap dadah tersebut oleh dua individu.

Malah, mereka juga menyuruh kanak-kanak tersebut menghisap untuk kali yang kedua setelah batuk.

"Satu lagi kes berat…minta pihak yang berkenaan ambil kes ini…kes dadah.. apa punya ibu," luah Mohd Khir dalam status Facebooknya.

Dalam pada itu, pelbagai pihak turut mengkritik tindakan itu membahayakan nyawa dan memberikan kesan buruk kepada kanak-kanak tersebut. (Baca sepenuhnya)
-UnReportedNews™®

Wednesday, 7 January 2015

Pegawai Khas ADUN Sarawak Ditahan Polis Berkaitan Kes Dadah


KUCHING: Polis menahan pegawai khas seorang wakil rakyat di wilayah tengah Sarawak semalam bagi membantu siasatan kes pengedaran dadah.

Difahamkan, suspek yang berusia lingkungan 50-an ditahan dalam serbuan di pusat khidmat wakil rakyat terbabit, bertindak atas maklumat risikan dan aduan awam.

Sumber memberitahu BH, hasil pemeriksaan kemudian menemui beberapa bungkusan plastik lutsinar dipercayai mengandungi pil khayal disembunyikan di premis berkenaan.

"Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret/Sesyen Mukah esok bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut, termasuk mengenalpasti dari mana bekalan dadah terlarang itu diperoleh dan rangkaian pengedarannya," katanya.

Sumber berkata, hasil siasatan awal tidak menolak kemungkinan suspek menggunakan Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkenaan sebagai pusat pengedarannya, dengan sebagai besar 'pelanggan' adalah kalangan penagih setempat.

Sementara itu, wakil rakyat terbabit gagal dihubungi bagi mendapatkan maklum balas mengenai penahanan pegawai khasnya itu. - BH -UnReportedNews™®

Saturday, 27 December 2014

Mayat Lelaki Dipercayai Mati Dipukul Kenalan Ditemui Di Bilik Hotel


Mayat seorang lelaki berusia 19-tahun, dipercayai mati setelah dipukul oleh kenalannya ditemui di sebuah bilik hotel di Jalan Song, Kuching petang semalam. 

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad, sepasukan polis dari Balai Polis Sekama telah menemui mayat tersebut setelah menerima satu panggilan talipon mengenainya lebih kurang jam 6 petang.

Polis mendapati mayat mangsa, yang berasal dari Jalan Stampin, Kuching terbaring di atas katil didalam bilik tersebut.

Roslan juga menyatakan keluarga simati telah dijumpai dan mengecam mayat.

Siasatan awal polis mendapati mangsa telah ditumbuk oleh seorang suspek walaubagaimanapun suspek yang menumbuk simati telah menyerah diri kepada pihak polis.(Baca sepenuhnya-UnReportedNews™®

Friday, 26 December 2014

Gempar: Mayat Lelaki Ditemui Dalam Stall Di Bandar Baru Samariang



Beberapa orang penduduk di Bandar Baru Samariang, Kuching terkejut apabila menemui satu mayat lelaki di dalam sebuah stall di tepi jalan pagi tadi.

Lelaki tersebut yang memakai baju-tee (berlogokan Union-Jack), berseluar jeans dan kedua belah kasutnya (berwarna hitam) di simpan berdekatan dengan bahagian kakinya.

Melihat dari susuk badan lelaki tersebut, dia dianggar dalam usia 20-han.

Pihak berkuasa telahpun dimaklum dengan penemuan ini namun sehingga berita ini ditulis, identiti lelaki tersebut masih belum dikenalpasti. (Baca sepenuhnya-UnReportedNews™®

Friday, 14 November 2014

Pegawai Kanan Kerajaan Ratah Tubuh Pemohon-pemohon Bantuan Sebagai Balasan


ALOR SETAR: Seorang pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di sebuah hotel di Jalan Putra di sini hari ini kerana dipercayai terlibat di dalam kegiatan rasuah.

Menurut sumber, pegawai tersebut berusia 50-an disyaki meminta rasuah berupa layanan seks untuk membantu meluluskan permohonan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh beberapa ibu-ibu tunggal di Kedah. (Baca sepenuhnya)

-UnReportedNews™®

Thursday, 16 October 2014

Lelaki Bunuh Anak Bekas Ketua CID Sarawak Didakwa Jumaat Ini

Rita dan abangnya, Dr Michael Chye dibunuh dalam kejadian berasingan di Australia
MELBOURNE: Seorang lelaki akan didakwa di Sydney pada Jumaat ini kerana membunuh anak perempuan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Peter Chye di rumahnya di Sydney lebih 24 tahun lepas. 

Chye turut kehilangan anak lelakinya Michael, seorang doktor bergelar jutawan, yang ditembak mati di Sydney 10 bulan sebelum itu.

Akhbar Daily Telegraph melaporkan lelaki yang ditahan itu, seorang warga Australia yang tinggal di Thailand, ditahan detektif daripada Skuad Homisid sejurus tiba di Sydney menerusi penerbangan dari Kuala Lumpur pada Ogos lepas.

Rita Caleo (nee Chye), 39, ibu dua anak, ditikam sehingga mati di apartment mewahnya di kawasan eksklusif Double Bay di Sydney pada awal pagi 10 Ogos 1990.

Caleo, seorang ahli perniagaan, ditikam di dalam bilik tidurnya, manakala bayi perempuan dan anak lelakinya berusia empat tahun tidur di bilik bersebelahan.

Pengasuh yang tinggal bersama mereka terdengar bunyi bising dari bilik tidur utama sebelum menemui mayat wanita itu pada 1.30 pagi.

Ketika kejadian, Mark Caleo, suami Rita, sedang bekerja di sebuah daripada dua restoran Itali miliknya di Sydney. Difahamkan, mereka mempunyai sebuah restoran, juga dinamakan Caleo, di Kuala Lumpur.

Lelaki yang ditahan itu masih remaja ketika pembunuhan itu berlaku dan dipercayai mempunyai kaitan dengannya. (Baca sepenuhnya)


-UnReportedNews™®

Tuesday, 30 September 2014

Wajah Individu-Individu Disyaki Terlibat Dalam Kes Godam ATM





Di atas adalah wajah individu-individu, warga asing Latin Amerika yang dipercayai terlibat dalam kes pengodaman mesin ATM yang di ambil dari CCTV di permis-permis kejadian.

Setakat semalam (Isnin) sebanyak 10 kes (dua kes pada hari Ahad dan lapan kes pada hari Isnin) berkaitan pengeluaran wang di mesin-mesin ATM yang melibatkan kerugian lebih dari RM1 juta ringgit.

Setakat ini, kes pengodaman mesin ATM hanya melibatkan Bank Al- Rajhi, Bank Affin dan Bank Islam di Negeri Selangor dan berikut adalah lokasi bank-bank yang telah digodam:

1. Cawangan bank: Al- Rajhi Kota Damansara, PJ
Masa Kejadian: 29.9.14 @ 12:46 am Kerugian: RM285,700

2. Cawangan bank: Affin Bank Jalan Yong Shook Lin, PJ
Masa kejadian: 27.9.14 Kerugian: RM303,000

3. Cawangan bank: Affin Bank USJ10/1J
Masa kejadian: 27.9.14 @ 5:30 pm Kerugian: RM265,000

4. Cawangan bank: Al- Rajhi Seksyen 9, Shah Alam
Masa kejadian: 29.9.14 @ 12:30 pm Kerugian: RM116,000

5. Cawangan bank: Al-Rajhi Wisma Metro Kajang
Masa kejadian: 29.9.14 @ 12:46 am Kerugian: belum diketahui

6. Cawangan bank: Al-Rajhi Puchong
Masa kejadian: 29.9.14 @ 01:12 am Kerugian: belum diketahui

7. Cawangan bank: Al-Rajhi Kelana Jaya
Masa kejadian: 29.9.14 @ 12:46 am Kerugian: belum diketahui

8. Cawangan bank: Al-Rajhi Jalan Raja Bot, Klang
Masa kejadian: 29.9.14 @ 4:00 pm Kerugian : RM150,000

9. Cawangan bank: Bank Islam Seksyen 14, PJ
Masa kejadian: 29.9.14 @ Kerugian: RM 395,850

10. Cawangan bank: Bank Islam Jalan PJU 5/5 Dataran Sunway
Masa kejadian : 29.9.14 @ Kerugian: RM: 221,160

Dari raut wajah suspek-suspek yang dirakam dari CCTV tersebut, mereka dipercayai berumur dalam lingkungan 20 ke 30-an.

Sumber polis memberitahu Sarawakiana bahawa pihak berkuasa di setiap sempadan di seluruh negara sedang dalam keadaan berjaga-jaga dan siap-siagam sekiranya suspek-suspek tersebut ingin melarikan diri dari negara ini. - Sarawakiana

-UnReportedNews™®

Monday, 15 September 2014

KEBOCORAN KERTAS UPSR: EMPAT GURU DITAHAN


KUALA LUMPUR: Polis menahan empat guru bagi membantu siasatan kes pembocoran kertas Science dan Bahasa Inggeris Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Pulau Pinang dan Perak pada jam 3.30 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, guru terbabit terdiri tiga lelaki dan seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 30 hingga 54 tahun. 

“Mereka ditahan selepas sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) menyerbu beberapa lokasi Pulau Pinang dan Parit Buntar, Perak. 

“Dalam tangkapan itu, pihak polis turut merampas gajet komunikasi yang digunakan untuk dianalisa," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh salurkan kepada pihak polis. 

“Kami juga menasihatkan kepada mana-mana pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai,” katanya. 

Sehingga kini, seramai 10 individu telah diambil keterangan terdiri enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia, seorang wartawan dan tiga guru. 

Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid menduduki peperiksaan itu pada Khamis manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 turut ditangguhkan sebelum mereka mengambilnya pada Khamis juga. 

LPM menetapkan 30 September ini sebagai tarikh baru bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu. 

Susulan itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pengarah LPM Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan itu selesai-MyMetro

-UnReportedNews™®

Thursday, 11 September 2014

UPSR Bocor : Guru dari Perak kena tahan polis


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan kerjasama daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengenal pasti individu yang bertanggung jawab menyebarkan soalan UPSR bagi subjek Bahasa Melayu Penulisan, Matematik dan Sains di laman-laman sosial.

Individu tersebut yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah kebangsaan di Perak telah ditahan untuk siasatan lebih lanjut. 

Difahamkan juga, sekolah tersebut merupakan sekolah yang terletak di pedalaman negeri ini. Disebabkan kedudukannya yang jauh di pedalaman, kertas-kertas soalan UPSR telah sampai di pusat-pusat peperiksaan di kawasan tersebut sehari lebih awal daripada tempat-tempat lain. 

Guru tersebut telah memanipulasikan keadaan ini dengan bertindak mengambil gambar soalan tersebut dan menyebarkan gambar-gambar itu melalui aplikasi whats app. 

Dalam kes berkaitan, peperiksaan UPSR bagi kertas Sains terpaksa di tangguhkan kepada tarikh 30 September 2014 disebabkan kebocoran soalan di laman-laman sosial yang tidak dapat dibendung lagi. 

Selain itu, pihak SPRM juga mengingat kan kepada orang ramai agar berhenti melakukan aktiviti penyebaran ini kerana ianya akan memberikan kesan buruk kepada mental murid-murid terlibat.

Perkara ini diumumkan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh sebentar tadi. (sumber)

-UnReportedNews™®

Friday, 5 September 2014

SASPEK INSIDEN RUSUHAN DI STADIUM NEGERI SARAWAK DIKENALPASTI




KUCHING: Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad menunjukkan beberapa gambar individu yang dikehendaki untuk tampil menyerah diri di Balai Polis yang berdekatan untuk siasatan lanjut berhubung dengan insiden rusuhan yang berlaku ketika perlawanan bola sepak Piala Malaysia dimana pertemuan diantara Perak dan Sarawak yang diadakan di Stadium Negeri Sarawak Sabtu lalu.

Oleh yang demikian, orang ramai yang mengenali individu terbabit diminta memberi kerjasama kepada pihak polis dalam memberi maklumat mengenai individu yang dikehendaki tersebut. Lagi gambar dari Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.-Sarawakiana 

-UnReportedNews™®

Tuesday, 2 September 2014

KETUA POLIS NEGARA: TIADA MAAF LAGI KEPADA PENGHASUT


Kuala Lumpur: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menolak permohonan maaf yang dikemukakan oleh penguna media sosial yang mengeluarkan kenyataan biadap dan menghina pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Khalid melalui laman twitternya berkata individu yang menyalahgunakan rangkaian media sosial untuk menghina, mengutuk dan menghasut hanya perlu menunggu tindakan diambil terhadap mereka.

“Tiada Maaf lagi kepada sesiapa jua yang menyalahgunakan rangkaian media untuk menghina/mengutuk dan menghasut. Tunggu tindakan@PDRMsia” ujar beliau di twitter sebentar tadi.

Beliau sebelum ini telah mengarahkan Police Cyber Investigation Response Centre (PCIRC) untuk mengambil tindakan dan menjalankan siasatan terhadap mana-mana individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina PDRM melalui media sosial.

Pengguna Twitter menggunakan nama Viktor Wong (@wonghoicheng) sebelum ini menulis: “Bastardization of @PDRMsia. Thanks to the ruthless @KBAB51 Henrich Himmler of Malaysia.” (Celaka PDRM. Terima kasih kepada @KBAB51 yang kejam, Henrich Himmler Malaysia).

Viktor kemudiannya menarik kembali kenyataan tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Khalid dan PDRM.

Manakala seorang lagi pengguna twitter bernama Nasrul Omar (@ennasrul) yang menuduh Khalid sebagai ‘anjing BN’ telah menutup akaun tersebut. -Suara.tv

-UnReportedNews™®

Sunday, 24 August 2014

PENGANGGUR TUNJUK ISYARAT LUCAH PADA POLIS DI TANGKAP


Gara-gara nak menunjuk "terrer" kepada kenkawannya, seorang penganggur 18-tahun di berkas oleh polis selepas membuat isyarat lucah dengan kedua jari hantunya di Bandaraya Kuching semalam.

Kejadian berlaku lebih kurang jam 2 petang, ketika dua anggota polis pelancung sedang membuat rodaan bit rutin di sepanjang Waterfront Kuching.

Sedang mereka membuat pemeriksaan ke atas sekumpulan remaja yang merayau-rayau di sana, salah seorang dari remaja tersebut telah menunjukkan isyarat lucah dengan menunjukkan jari hantu kedua-dua belah tangan kepada mereka.

Saspek kini dalam tahanan polis dan akan dihadap ke mahkamah pada hari Isnin depan.

Difahamkan saspek akan di dakwa di bawah seksyen 509 Penal Kod Keseksaan; mengeluarkan perkataan atau menunjuk isyarat lucah yang bermaksud mengaibkan kehormatan seseorang.

Timbalan Ketua Polis Kuching Supt Fauzilan Abdul Aziz, keteika di hubungi mengesahkan kejadian.

Jika sabit kesalahan, saspek boleh dikenakan penjara tidak lebih dari lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Hai, kok ya pun nak melepak, lepak ler, maklumlah hari Sabtu, hari muda-mudi ler katakan tapi janganlah sampai nak carik pasal dengan polis. polis hanya menjalankan tugas, hormatlah sikit, tak payahlah nak tunjuk-tunjuk jari pulak.

Kecik-kecik dah nak tunjuk rebel, kalau dah geram sangat dan tak tahan nak tunjuk-tumjuk jari tu, sumbat je jari-jari ko tu ke dalam lubang hidung sendiri .. haa.. kan dah kena tangkap .. padan muke ko .. kekeke!!!

-UnReportedNews™®

Saturday, 23 August 2014

YAYASAN HANG TAWI MALAYSIA TIADA PERMIT KUTIP DERMA, JANGAN TERPEDAYA




Rakyat Sarawak dan Malaysia amnya memang murah hati, dengar saja kutipan derma untuk Gaza dan Palestine, memang terus membuka dompet dan menghulurkan wang ringgit dengan segera.

Namun jangan anda mudah terpedaya kerana sememangnya mungkin ada yang mengambil kesempatan di atas kesengsaraan rakyat Palestine di Gaza dengan mengutip derma atas nama Palestine secara haram.

Yayasan Hang Tawi Malaysia adalah satu daripadanya.

Menurut rakan admin UnReportedNews™® pengutip-pengutip derma dari Yayasan Hang Tawi Malaysia kini beroperasi di hyper-hyper market seperti E-mart di Matang Kuching.

Gadis tersebut secara terbuka membawa kotak derma Yayasan Hang Tawi Malaysia  dan meminta sumbangan orang ramai di sana.

Untuk makluman orangramai, saluran yang sah untuk menderma bagi rakyat palestine di Gaza adalah; Aqsa Syarif, Muslim Care, Yayasan Amal Malaysia,  Aman Palestin, MAPIM, From Gaza With Love dan Tabung Media Prima.

Malah baru-baru ini, satu laporan Polis telah dibuat oleh seorang pengadu yang curiga dengan sebuah pertubuhan yang dikatakan bertindak mengutip derma kononnya untuk didermakan kepada rakyat Palestin.  (klik sini)

Hasil siasatan mendapati mereka tiada permit yang sah untuk mengutip derma bahkan pertubuhan mereka mengikut maklumat yang diperolehi mengesahkan Yayasan Hang Tawi Malaysia yang diasaskan oleh kumpulan SM Amin, difatwakan membuat ajaran sesat Azhar Wahab. 

Sebelum ini mereka dikatakan terlibat dalam sindiket kutip derma Pusat Tahfiz Amal, sudah ditutup oleh kerajaan negeri Kedah. Terbaru, agen kutipan derma yayasan ini ditangkap dan didakwa di mahkamah Negeri Sembilan. Nasihat kepada orang ramai supaya berhati-hati sebelum menderma, dan ini merupakan senarai pihak yang mempunyai permit untuk mengutip derma kepada rakyat Palestin.

-UnReportedNews™®

Wednesday, 20 August 2014

TU DIA .. PASANGAN YANG MENCURI WANG AKAUN BANK MANGSA MH370




KUALA LUMPUR: Seorang pegawai bank dan suaminya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan melakukan pelbagai kesalahan antaranya mencuri, memindahkan, menggunakan dokumen palsu dan menggunakan kad bank milik empat penumpang pesawat MH370 membabitkan wang berjumlah RM110,643.

Nur Shila Kanan dan suaminya, Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan terhadap semua pertuduhan.

Nur Shila didakwa dengan 12 pertuduhan manakala Basheer menghadapi tiga pertuduhan.

Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing dijamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasport milik mereka diserahkan kepada mahkamah.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fadhli Mahmud dan Muhd Ilmami Ahmad, manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Hakeem Aiman Mohd.

Mahkamah menetapkan 25 Ogos ini bagi sebutan kes. – BH online

-UnReportedNews™®

Saturday, 16 August 2014

INI BARU SIAL .. PASANGAN CURI DUIT DALAM AKAUN BANK MILIK MANGSA MH370


KUALA LUMPUR: Seorang pegawai bank dan suaminya yang dipercayai terbabit dalam kes memindah dan mengeluarkan wang daripada akaun milik penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 ditahan, Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abd Ghani berkata, pegawai bank itu yang bekerja di bank berkenaan sejak 10 tahun lalu ditahan di rumahnya di Ampang kira-kira 4 petang.

"Suaminya yang berusia 33 tahun turut ditahan di bengkel kereta di Ampang ketika membaiki keretanya. Polis percaya suaminya mungkin turut terlibat.

"Polis masih belum mendapat rakaman kamera litar tertutup (cctv) daripada pihak bank. Ia akan mengambil masa sedikit," katanya kepada Bernama dan menambah kedua-dua mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Kedua-dua mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Izany menasihati keluarga penumpang MH370 yang pesawat itu masih belum ditemui supaya meneliti kenyataan akaun bank penumpang.

"Keluarga mereka boleh periksa kenyataan bank penumpang. Kita minta mereka berwaspada," katanya.

Rabu lepas media melaporkan sebanyak RM110,643 milik empat penumpang pesawat MH370 lesap daripada akaun bank dipercayai dipindahkan oleh kakitangan bank tanpa kebenaran.

Siasatan mendapati wang dari akaun milik penumpang dipindahkan ke akaun penumpang lain melalui perbankan Internet melibatkan jumlah keseluruhan RM110,643.

Akaun berkenaan masing-masing milik dua penumpang warga China, seorang penumpang warga Malaysia dan akaun serang pramugara.

Kejadian disedari pada 18 Julai lepas oleh seorang petugas bank yang mengesan beberapa transaksi pengeluaran dan pemindahan secara mencurigakan dari empat akaun berkenaan. (sumber)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List