Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

Thursday, 11 September 2014

UPSR Bocor : Guru dari Perak kena tahan polis


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan kerjasama daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengenal pasti individu yang bertanggung jawab menyebarkan soalan UPSR bagi subjek Bahasa Melayu Penulisan, Matematik dan Sains di laman-laman sosial.

Individu tersebut yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah kebangsaan di Perak telah ditahan untuk siasatan lebih lanjut. 

Difahamkan juga, sekolah tersebut merupakan sekolah yang terletak di pedalaman negeri ini. Disebabkan kedudukannya yang jauh di pedalaman, kertas-kertas soalan UPSR telah sampai di pusat-pusat peperiksaan di kawasan tersebut sehari lebih awal daripada tempat-tempat lain. 

Guru tersebut telah memanipulasikan keadaan ini dengan bertindak mengambil gambar soalan tersebut dan menyebarkan gambar-gambar itu melalui aplikasi whats app. 

Dalam kes berkaitan, peperiksaan UPSR bagi kertas Sains terpaksa di tangguhkan kepada tarikh 30 September 2014 disebabkan kebocoran soalan di laman-laman sosial yang tidak dapat dibendung lagi. 

Selain itu, pihak SPRM juga mengingat kan kepada orang ramai agar berhenti melakukan aktiviti penyebaran ini kerana ianya akan memberikan kesan buruk kepada mental murid-murid terlibat.

Perkara ini diumumkan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh sebentar tadi. (sumber)

-UnReportedNews™®

Monday, 2 June 2014

TIGA ALASAN DAP MENGAPA DYANA KALAH PADA PRK TELUK INTAN


SHAH ALAM: DAP memberi tiga alasan yang menyebabkan parti itu kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, semalam.

Menurut Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng peratusan keluar mengundi yang rendah iaitu sebanyak 66.5 peratus antara punca Dyana kalah di tangan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, peratusan keluar mengundi adalah memberangsangkan iaitu 80 peratus. 

Ujar Lim, jumlah besar pemilih yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka semalam adalah di kalangan mereka yang pro-pembangkang dan berada di luar kawasan.

Sementara itu, dua punca lain menyumbang kepada kekalahan tipis Dyana itu adalah dakwaan permainan politik Umno sepanjang tempoh berkempen dan hakikat bahawa Dyana Sofya adalah muka baharu serta tidak mempunyai cukup masa untuk membiasakan diri dengan penduduk setempat.

"Kami tidak menyesal meletakkan calon muda Melayu (Dyana Sofya) di Teluk Intan kerana dia telah mempamerkan prestasi yang boleh dipuji," katanya sambil menegaskan bahawa walaupun kalah, Dyana akan terus berjuang dan berkhidmat kepada penduduk kawasan itu.

BN menang kerusi Parlimen Teluk Intan apabila calonnya, Datuk Mah Siew Keong, yang juga Presiden Gerakan, memperoleh majoriti 238 undi setelah mendapat 20,157 undi, manakala calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud meraih 19,919 undi.

Mah sebelum ini bertanding dalam dua PRU iaitu pada 2008 dan 2013. (sumber

-UnReportedNews™®

Thursday, 17 April 2014

KARPAL SINGH TERBUNUH DALAM KEMALANGAN NGERI


Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung -- kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.

Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez.

Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah meninggal dunua di tempat kejadian akibat cedera parah.


Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat. 

Perkara itu turut diumumkan anaknya Gobind Singh Deo yang juga Ahli Parlimen Puchong menerusi laman twitternya.


(sumber


-UnReportedNews™®

Thursday, 20 February 2014

PENGERUSI BAHAGIAN DAP MATI DITEMBAK

-PENGERUSI DAP KAMPUNG JERING WONG KONG TING MATI DITEMBAK DI HADAPAN PINTU PAGAR RUMAHNYA SEMALAM!-


Seorang ketua bahagian DAP mati selepas ditembak lelaki tidak dikenali di hadapan rumahnya di kampung Jering Ayer Tawar, di Manjung, Perak.

Dalam kejadian jam 10 malam kelmarin, mangsa,Wong Kong Ting, 56, ditemui terbaring berlumuran darah di hadapan pintu pagar rumahnya. 

Ahli keluarga mangsa telah membawa mangsa ke hospital manjung untuk mendapatkan rawatan kecemasan namun mangsa mati di hospital itu kira-kira 50 minit selepas ditembak. Terdapat 4 kesan tembakan pada tubuh mangsa. (sumber)

-UnReportedNews™®

Tuesday, 4 February 2014

TAK TAHANLAH BANG NON!

-AKIBAT TERLALU BANYAK MAKAN HATI ULAM JANTUNG KOT, SEORANG LAGI WAKIL RAKYAT PKR DARI NEGERI PERAK KELUAR PARTI! TAK TAHAN LAH TU! KEKEKE!!!-


Bagaikan tidak tahan lagi dengan kepimpinan Anwar Ibrahim, seorang lagi Wakil Rakyat PKR dari negeri Perak, YB Kesavan secara rasmi mengumumkan dirinya bukan lagi ADUN PKR.


ADUN N54 Hutan Melintang ini telah memberikan surat pengumuman beliau kepada Speaker DUN Negeri Perak pagi tadi.

Pada surat tersebut YB Kesavan memaklumkan beliau hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Anwar Ibrahim.

-UnReportedNews™®

Thursday, 5 September 2013

"GANGSTER" DALAM POLITIK DAH DIKENALPASTI!

-KDN SUDAH MENGENALPASTI ANGGOTA KONGSI GELAP YANG "MENYERAP" MASUK KE ARENA POLITIK NEGARA INI! JIKA DAH "BERSARA" & BERTAUBAT, TAK APA LER TAPI TAKUT-TAKUT JER KEDUDUKAN & PENGARUH POLITIK DISALAHGUNA UNTUK MENINGKATKAN LAGI PEMBABITAN KONGSI GELAP KE TAHAP YANG LEBIH DAHSYAT LAGI! GODFATHER TU! KEKEKE!!!-

Kementerian Dalam Negeri sudah mengenal pasti individu yang mempunyai kaitan dengan kongsi gelap dan dikatakan turut bergiat dalam bidang politik di negara ini, kata Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis.

"Sekiranya ahli politik ini adalah bekas anggota kongsi gelap, mungkin mereka sudah bertaubat dan tidak adillah untuk mengaitkan mereka lagi dengan kongsi gelap. "Tapi, jika siasatan mendapati mereka masih mempunyai kaitan dengan kongsi gelap, maka kami akan dedah nama mereka dan mengambil tindakan undang-undang." 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara kepada 56 anggota pasukan keselamatan Kota KInabalu.

Ahmad Zahid berkata demikian bagi mengulas pendedahan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan bahawa seorang bekas banduan yang pernah menjadi ketua kongsi gelap, kini menjadi pemimpin peringkat rendah sebuah parti politik di Pulau Pinang. 

Dalam perkembangan berkaitan gangsterisma, kawalan disepanjang sempadan Thailand diperketatkan bagi mengelak ahli-ahli kumpulan kongsi gelap membuang tatu mereka di negara tersebyt.

Difahamkan polis Perak telah menubuhkan pasukan khas untuk mengawal kawasan sempadan dengan Thailand bagi mengawasi pergerakan ahli kumpulan kongsi gelap menyeberangi sempadan untuk membuang tatu di badan mereka.

Menurut Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata pasukan berkenaan ditempatkan di sempadan Pengkalan Hulu.

"Kami sedang mengawasi pergerakan mereka," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Terbaru, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan bahawa ahli kumpulan kongsi gelap dikatakan menyeberangi sempadan untuk membuang tatu di badan mereka bagi mengelakkan mereka di tahan dalam Ops Cantas yang sedang dijalankan oleh pihak polis.

-UnReportedNews™®

Monday, 2 September 2013

KETUA KONGSI GELAP 36 DITEMBAK MATI

-LEBIH MENGEJUTKAN LAGI ADALAH SIASATAN AWAL POLIS PERCAYA KETUA GENG 36 YANG MATI DITEMBAK ITU ADALAH BEKAS PEGAWAI TENTERA UDARA MALAYSIA (TUDM)! APA NAK JADI NE? KEKEKE!!!-

Anggota forensik menjalankan pemeriksaan di lokasi Jambu Keshan ditembak
mati dari jarak dekat berhampiran restoran bapanya, awal pagi Ahad. -BERNAMA
Bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mati ditembak di Taman Rishah di sini pada Ahad merupakan ketua Geng 36 di Batu Gajah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Perak, Datuk Mohd. Dzuraidi Ibrahim berkata, S. Jambu Keshan, 39, dipercayai ditembak mati oleh musuh kumpulan tersebut kerana ada kaitan dengan dadah.

"Kami juga percaya insiden itu ada kaitan dengan pertelingkahan di antara ahli kumpulan mangsa, Geng 04 dan Geng 08," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Jambu Keshan mati ditembak oleh seorang lelaki bertopeng berhampiran restoran bapanya di Taman Rishah di sini kira-kira pukul 7.15 pagi Ahad.

Mohd Dzuraidi berkata polis telah merakam keterangan dua orang saksi dan percaya suspek yang terlibat dalam insiden itu lebih daripada dua orang.

"Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil dari kedai berhampiran menunjukkan lelaki bertopeng itu manakala cermin kereta Toyota Vios yang dipandu rakan suspek itu berwarna gelap. (sumber)

-UnReportedNews™®

Wednesday, 28 August 2013

PERGILAH SAYANG, DERITAMU KINI SUDAH BERAKHIR ...

-SASPEK DERA ANAK HINGGA MATI MENANGIS DI UPACARA PENGKEBUMIAN ANAKNYA! MENANGIS MENGENANG PEMERGIAN  ANAK KER MENANGIS MENGENANGKAN HUKUMAN YANG BAKAL DITERIMA NANTI? TAPI HAKIKATNYA, MENANGIS SAMPAI KELUAR AIRMATA DARAH PUN TAK GUNA SEKARANG!-

Ibu kepada kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia selepas koma akibat dipercayai didera, hadir di Sanatorium Persatuan Ku Kong Chow Perak di sini untuk upacara pengebumian anaknya itu pada Selasa.

Choong Mee Chin, 30, yang menghadapi pertuduhan membunuh kanak-kanak berusia lima tahun itu, tiba di sanatorium berkenaan pada tengah hari dengan diiringi anggota polis serta pegawai kesihatan dari Hospital Bahagia Ulu Kinta.

Suri rumah yang mendapat pelepasan bagi menghadiri upacara itu juga berpeluang berjumpa dua anaknya yang lain, seorang lelaki berusia tujuh tahun dan perempuan berumur dua tahun, yang kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Wanita yang ditahan di Hospital Bahagia atas perintah mahkamah bagi pemeriksaan psikiatri itu, ketika menatap wajah anaknya untuk kali terakhir, kedengaran mengucapkan dengan suara perlahan “pergi dengan baik, pergi dengan tenang” dalam bahasa Cina.

Ketika suaminya, Ho Kok Peng, 39, dan dua anak mereka datang menghampirinya, Choong dilihat berkata sesuatu kepada anak sulungnya dengan linangan air mata.

Anak sulungnya juga dilihat mengatakan sesuatu kepada Choong yang cuba mengesat airmatanya yang bercucuran dan beberapa minit kemudian kedua-dua anaknya mengucapkan selamat tinggal kepada Choong dengan melambai-lambaikan tangan ketika mereka dibawa oleh Ho ke kenderaan JKM.

Keadaan itu membuatkan suasana di sanatorium bertambah pilu malah ada yang turut menitiskan air mata.

Sejurus selepas itu, Choong dibawa dengan kereta polis untuk upacara persemadian anaknya di Krematorium Kek Look Seah di Bercham di sini.

Semalam, ibu itu dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh anaknya yang meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada Ahad lepas.

Pada 20 Ogos lepas, Choong didakwa melakukan kesalahan menganiaya kanak-kanak terbabit dengan memukul kepala dan seluruh badannya menggunakan rotan di kediaman mereka serta dituduh mendatangkan kecederaan parah terhadap mangsa di kediaman mereka di Taman Wang, Menglembu di sini, pada pukul 9 pagi, 12 Ogos. – BERNAMA

-UnReportedNews™®

Saturday, 24 August 2013

TERKINI: GANGSTER 04/08 SERANG POLIS!

-SEKUMPULAN LELAKI DIPERCAYAI DARI AHLI-AHLI KUMPULAN GANGSTER 04 & 08 TELAH MENGEPUNG SEBELUM MENYERANG EMPAT ANGGOTA POLIS DI PERAK! AMACAM PEMBANGKANG? NAK BAGI MUKA LAGI KAT BANJINGAN-BANJINGAN PENJENAYAH MACAM NIH? KEKEKE!!!-

Lebih 20 samseng dipercayai anggota geng kongsi gelap 04 atau 08 bertindak biadab dan ganas apabila mengepung serta menyerang empat anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di Mengelembu, Ipoh Perak yang menyebabkan seorang anggota polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan amaran ke udara, pada awal pagi.

Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, polis melepaskan tembakan amaran itu selepas suspek menyerang anggota polis menggunakan kapak, pedang samurai dan parang.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, anggotanya nyaris dicederakan kumpulan samseng berkenaan yang dipercayai sedang bertempur satu sama lain untuk membalas dendam kematian ahli kumpulan mereka di Batu Gajah, Selasa lalu.

Menurutnya, kejadian berlaku selepas anggota polis mendapat maklumat berhubung pergaduhan bakal tercetus antara dua kumpulan samseng di kawasan Jalan Perusahaan Mengelembu 13, di sini.

“Empat anggota polis berpakaian biasa bergegas ke lokasi kejadian dengan sebuah kereta Proton Waja.

“Sebaik sampai di kawasan itu, polis mendapati antara 20 hingga 25 lelaki menaiki motosikal berkumpul sambil membawa parang dan pelbagai senjata tajam lain,” katanya.

Menurutnya, kumpulan samseng itu terus menyerang anggota dan kenderaan polis walaupun diberi amaran supaya beredar.

“Dalam keadaan cemas itu, seorang anggota melepaskan tiga das tembakan ke udara bagi menyuraikan kumpulan samseng terbabit daripada terus menyerang mereka.

“Serangan itu menyebabkan bahagian cermin hadapan kereta polis pecah selain pintu kereta kemek dipercayai ditetak dengan parang atau kapak. Semua suspek kemudian melarikan diri,” katanya.

Susulan itu, polis mengadakan operasi memburu penjenayah dan menahan enam lelaki dipercayai ahli Geng 08 berusia antara 20-an hingga 30-an beberapa jam selepas kejadian.

“Hasil tangkapan pertama itu, polis turut merampas 23 parang panjang dan satu pedang samurai.

“Polis kemudian memberkas dua lagi lelaki berusia 23 dan 24 tahun di Taman Kledang dan Bandar Baru Mengelembu di sini, antara jam 2 pagi hingga 3 pagi semalam,” katanya.

Siasatan polis mendapati empat daripada lapan suspek ditahan itu pernah mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah.

Shukri berkata, polis kini memburu tujuh lagi suspek utama dikenali sebagai V Vigneswaran Naidu atau Vicky, 31, Prabagaran Monosamay, 25, Sarat Babu Suseelan, 27, Thangasamy Adakkalam, 40, Viknesvaran Subramaniam, 29, Jayakumar Subramin, 31 dan Prakash Thavatas, 26. “Semua suspek yang diburu itu berasal dari Ipoh, Perak dan polis meminta orang ramai menyalurkan maklumat jika mengetahui di mana suspek berada kini,” katanya. 

Menurutnya, pergaduhan antara dua kumpulan samseng ini mungkin tercetus apabila salah seorang ahli geng O8 berusia 20 tahun diserang di hadapan rumahnya di Mengelembu, malam Selasa lalu.

“Serangan itu dipercayai dilakukan Geng 04 Mengelembu yang didakwa menetak, menculik dan membuang mayat mangsa di tepi jalan berhampiran kawasan Batu Gajah, di sini,” katanya. -MPP 

-UnReportedNews™®

Monday, 5 August 2013

VIDEO: PONDAN "DISERANG" MERCUN AIR-BOMB!

-RASA KESIAN PUN ADA, LUCU PUN ADA BILA AKU TENGOK VIDEO NI DIMANA SEORANG PONDAN MENJADI MANGSA MERCUN REMAJA-REMAJA NAKAL! YANG TUKANG BALING MERCUN NI BOLEH TAHAN GAK, DALAM KENDERAAN BERGERAK PUN BOLEH BALING MERCUN DENGAN TEPAT MASUK KE CELAH PINTU DIMANA PONDAN ITU BERSEMBUNYI! KEKEKE!!!-

Kenakalan kanak-kanak dan remaja bermain mercun menjelang Syawal tidak dapat dipisahkan.

Mana tidaknya, ketika di usia muda inilah mereka mempunyai keinginan untuk mencuba yang tinggi.

Kali ini MyNewsHub ingin berkongsi sebuah video amatur yang merakamkan kenakalan remaja bermain mercun.

Video tersebut dipercayai dirakamkan di Jalan Yang Kalsom, Ipoh berhampiran Bulatan Jalan Bendahara.

Kawasan tersebut telah lama menjadi kawasan tumpuan golongan pondan.

Kumpulan remaja itu dipercayai menaiki kereta dan secara tiba-tiba menghidupkan mercun.

Mereka bertindak untuk mencampakkan mercun tersebut ke pondan yang duduk dihadapan pintu sebuah rumah kedai.

Menyedari dibaling mercun, pondan itu bertindak untuk menutup pintu rumah kedai tersebut.

Malangnya mercun tersebut tepat masuk ke dalam rumah kedai itu.

Pastinya ramai yang menonton video tersebut akan gelak besar, tetapi ingat, perlakuan tersebut mungkin boleh mendatangkan bahaya kepada mereka yang terkena serpihan mercun itu.

Saksikan video tersebut.. 


(sumber

-UnReportedNews™®

Friday, 21 June 2013

RANCANGAN "BESAR" BLACK505 SEBENAR TERDEDAH!

-SEMUA PERANCANGAN MENGENAI PERHIMPUNAN TERSEBUT TELAH DIBINCANGKAN DALAM SATU MESYUARAT DIANTARA PEMIMPIN PEMBANGKANG D IBU PEJABAT PKR DI TROPICANA, DAMANSARA , PETALING JAYA DUA HARI LEPAS TERDEDAH/DIDEDAHKAN! FUH! BAEEEK PUNYA PLANNING! KEKEKE!!!-

Kemuncak perhimpunan 'Blackout 505' pada Sabtu ini adalah untuk mengadakan demonstrasi jalanan ala Occupy Padang Merbok sebelum peserta himpunan itu bergerak ke bangunan Parlimen pada Isnin depan bagi mengganggu upacara pembukaan sidang Dewan Rakyat.

Menurut sumber Pakatan Rakyat, sasaran pembangkang adalah untuk mengumpul kira-kira 500,000 orang hadir pada perhimpunan itu bagi menjayakan agenda Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Blackout 505 bukanlah bermatlamat untuk membantah keputusan PRU-13 tetapi ada agenda yang lebih besar kononnya bagi mempamerkan kuasa rakyat.

"Selepas tamat perhimpunan itu, ahli dan penyokong PKR, PAS dan DAP serta gerakan mahasiswa telah diarahkan supaya tidak bersurai, sebaliknya mereka akan berkhemah sekitar Padang Merbok," kata sumber dalam laporan AP.

Menurutnya, setiap kumpulan juga akan dibekalkan dengan khemah dan makanan, termasuk minuman, yang cukup untuk bertahan selama tiga hari.

Sumber itu berkata, atas alasan berkenaan penganjur perhimpunan itu tetap mahu mengadakan demonstrasi mereka di Padang Merbok dan bukannya di Stadium Merdeka kerana ia merupakan lokasi yang strategik.

Tolak lokasi alternatif

Sebelum ini pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan polis telah menawarkan beberapa lokasi alternatif seperti di Stadium Titiwangsa, Stadium Merdeka dan Taman Rekreasi Air Panas di Setapak, tetapi terus ditolak.

"Mereka berdegil dan tidak mahu ikut arahan polis dengan alasan akan menghadapi kesukaran jika mengadakan perhimpunan itu di stadium.

"Padang Merbok dipilih kerana lebih luas dari Dataran Merdeka serta tidak tertutup, itu alasan sebenarnya dan mudah bagi mereka berarak ke bangunan Parlimen," katanya.

Menurut sumber itu lagi, pihak penganjur dengan bijak memilih lokasi strategik bagi berkumpul kerana tindakan itu dilihat mampu melumpuhkan pergerakan lalu lintas di seluruh ibu negara dan mencetuskan rasa panik dikalangan warga kota.

"Pada perhimpunan Sabtu ini, peserta dikehendaki berkumpul di tujuh lokasi iaitu Brickfields, Universiti Malaya, Jalan Pudu, Masjid Negara, pusat beli-belah Sogo dan Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut serta Pekeliling sebelum bergerak bersama pemimpin mereka ke Padang Merbok.

"Sebenarnya lokasi perhimpunan itu hanya sebagai tanda sahaja kerana matlamat pembangkang ialah mahu menawan jalan raya bagi tujuan menghuru-harakan kerajaan seperti pernah berlaku di Tunisia sebelum ini," katanya.

Cuci tangan

Sumber itu juga memberitahu agenda pembangkang bukan untuk mengambil alih kerajaan tetapi mendesak pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan.

Menurut beliau, semua perancangan mengenai perhimpunan itu dibincangkan dalam mesyuarat antara pemimpin pembangkang di Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Damansara, Petaling Jaya, pagi semalam.

Antara yang hadir dalam mesyuarat berkenaan ialah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Khalid  Samad yang juga Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Naib Presiden PKR Tian Chua, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, aktivis propembangkang Hishamuddin Rais dan aktivis mahasiswa propembangkang Adam Adli Abdul Halim.

Difahamkan, satu lagi mesyuarat membincangkan isu sama juga telah diadakan di tempat sama semalam.

Selain itu, katanya, semua pemimpin yang hadir pada mesyuarat semalam, secara automatik adalah urus setia bagi perhimpunan itu dan anggota unit amal bersedia mengambil alih tugas memberi arahan kepada peserta sekiranya ada tangkapan terhadap ahli jawatankuasa nanti.

Sementara itu, akhbar Utusan Malaysia yang memetik sumber juga berkata, selain mengadakan perhimpunan haram, ahli Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) turut akan dibekalkan khemah bagi membolehkan mereka bermalam dan meneruskan bantahan sehingga Isnin depan di lokasi yang belum ditentukan.

Beliau berkata, semasa perhimpunan nanti, pemimpin pembangkang yang hadir akan memberi mandat bermula pukul 12 tengah hari sehingga 6 petang.

"Selepas itu, mereka akan 'cuci tangan' dan tiada arahan bersurai akan diberikan kononnya bagi membolehkan peserta perhimpunan mengambil tindakan selanjutnya sedangkan ia taktik bagi mengelak pemimpin pembangkang terlibat dipersalahkan jika berlaku insiden tidak diingini nanti," katanya.

Sementara itu, polis akan meminta bantuan tentera jika keadaan memerlukan dalam menangani pelbagai perkara yang mungkin timbul andai pembangkang meneruskan perhimpunan mereka di ibu negara Sabtu ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid yang dipetik dalam AP sebagai berkata setakat ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil langkah perlu bagi menghadapi perhimpunan yang dijangka diadakan di Padang Merbok itu.

"Setakat ini PDRM masih lagi mampu untuk kekalkan keamanan (negara). Kami sentiasa berhubung dengan tentera dan sekiranya perlu tentera akan diminta turun membantu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Upacara Tamat Latihan Asas Konstabel Orang Asli PDRM di Ipoh, Perak semalam.

-UnReportedNews™®

Thursday, 12 April 2012

ANWAR, DALANG PENDERHAKA MELAYU SEBENARNYA

-ANWAR, KETIKA MENJADI NAIB PRESIDEN UMNO PADA TAHUN 1993, BERLEBIH-LEBIH DALAM KESUNGGUHAN MENGAJAK SELURUH RAKYAT MALAYSIA MELAKUKAN DEMONSTRASI BESAR-BESARAN MENGHAKIS KUASA RAJA-RAJA-


SIAPA sebenarnya penderhaka kepada Institusi Raja-Raja? Baca sipnosis-sipnosis kejadian ini:

Asal ditegur tindakan mereka menderhaka pada Sultan, mereka segera menuduh UMNO pernah derhaka kepada Raja.

Memang ada isu perlembagaan dimasa lepas apabila berdepan dengan salahlaku pihak Raja Melayu yang sudah melampaui ruang kuasa seperti memukul rakyat (pemain hoki) dan menghalang kuasa rakyat (parlimen) meluluskan undang-undang.

Hasilnya adalah institusi raja dapat dipelihara dengan pengemasan undang-undang dan peraturan untuk mengekalkan penghormatan rakyat kepada sovereign.

Ruang kuasa raja mengikut perlembagaan dan sentiasa dihormati dan diakur.

Bandingkan dengan beberapa kes dimana melibatkan pihak Pakatan Rakyat dalam isu yang melibatkan ruang kuasa Sultan.

Pada bulan Disember 2010, dalam isu perlantikan Dato Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan negeri Selangor, kerajaan negeri mahu melampaui kuasa Raja untuk melantik SUK.

Lalu timbul kata-kata ugutan terhadap Sultan oleh ADUN Suhaimi Shafie. Baca sepenuhnya di GAP sini.

Diakhir tulisan blognya, dia menulis ugutan:

Dalam sejarah telah terbukti, apabila rakyat bangkit menentang Raja, biarpun beribu tahun kebangkitan itu berlansung akhirnya kebenaran akan menghenyak ketidakadilan. Rakyat akan menang dalam peperangan menentang ketidakadilan! Didoakan agar ia tidak berlaku di Selangor.

Shuhaimi Bin Haji Shafiei
ADUN Sri Muda
30hb Disember 2010

Ini tidak termasuk pelanggaran nasihat Sultan agar Masjid tidak dijadikan tempat untuk politik benci yang hanya memecahbelahkan rakyat.

Bila ditegur menjawab pula.

Terus diengkari titah Tuanku ...

Banyak sekali titah perintah Tuanku diengkar oleh puak pentadbir negeri Selangor yang didalang DAP dan pemimpin bukan ISlam PKR serta disokong oleh puak Erdogan PAS dan melayu PKR.

Bila kehendak mereka tidak tercapai, mereka cuba meminda undang-undang hanya untuk mengingkari titah perintah dan pilihan Tuanku.

Ingat balik kita ke peristiwa Perak dimana kerajaan perak Pakatan hilang tiga ADUN untuk lompat keluar parti menjadi bebas dan menyokong BN. 

Nizar sepatutnya tahu dia sudah hilang majoriti tetapi tak tahu malu untuk meletak jawatan hingga dititah oleh Sultan. Nizar enggan dan melakukan 'sembah derhaka.'

Dia cuba mengkaburi rakyat dengan percubaan membubarkan dewan undangan negeri sesuka hati seolah Sultan tidak tahu sudah itu helah mereka untuk mengundur diri dari menyerahkan kuasa pada BN.

Undang Tubuh Negeri jelas memberi kuasa tertentu kepada Sultan. Pakatan Rakyat membuat penderhakaan untuk menggantung ADUN2 BN sesuka hati untuk mengekal kuasa, memanggil DUN sesuka hati mereka dan pelbagai gimik mengadakan sidang DUN di hotel dan bawah pokok.

Mereka menghina Raja Nazrin yang terpaksa menunggu satu hari menunggu untuk membuka sidang DUN. DUN di jadikan macam zoo. Sikap biadap di DUN dikekalkan hingga hari ini.

Mereka hilang majoriti tetapi enggan serahkan kuasa. Itu saja isunya, bukan pasal kuasa rakyat dinafikan. rakyat dah lakukan tanggungjawab untuk memilih wakil rakyat dan terpulang kepada wakil2 rakyat untuk mendirikan kerajaan.

Peristiwa di Perak itu dirancang dan didalang oleh Anwar Ibrahim dari belakang. Anwar ada bersama dalam pengisytiharan perang terhadap Sultan Azlan Shah kerana ia mahu jadinya pemula REVOLUSI MENJATUHKAN RAJA-RAJA MELAYU!

'Ketuanan rakyat' yang digemburkan sebagai platform kebangkitan rakyat menentang pemerintahan negara dengan slogan 'KUASA KEMBALI KEPADA RAKYAT' kerap dicanang. Ia tersirat cita-cita Anwar untuk menjadi KETUA YANG BERKUASA TERHADAP RAKYAT DENGAN ERTIKATA LAIN MENJADI 'PRESIDEN OF MALAYSIA' !

Pada tahun 1993, Anwar telah memberi sokongan kepada agenda menarik balik kuasa Raja-Raja Melayu. Ketika dia adalah Naib Presiden UMNO, dialah yang berlebih-lebih dalam kesungguhan mengajak seluruh rakyat melakukan demonstrasi besar-besaran menghakis kuasa raja-raja.

Seluruh Sultan-Sultan Melayu terpaksa tunduk ke tangan Anwar. Imej mahu menumbangkan kuasa Raja yang diguna untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden UMNO.

Dia telah menyambung usaha-usaha regim kafir dari barat untuk menghakis kedaulatan Raja-Raja Melayu. Ketuanan rakyat bermakna berakhir Ketuanan Melayu yang berlandaskan kedaulatan raja-raja Melayu yang mempunya tuntutan sejarah terhadap kerajaan.

Konsep 'Ketuanan Rakyat' Anwar ada persamaan dengan Malayan Union.

Bila berkuasa sikit, sewenang-wenang saja mereka singgung perasaan raja

Bila berpihak kepada mereka dan untuk tujuan jahat, mudah saja nama Raja dijaja. Adakah betul Sultan Kedah sebagai ketua Ugama rela masjid 100 tahun Madrasah Salsiah diruntuhkan jadi kompleks shopping kepada developer DAP dari Pulau Pinang? Ingat apa DAP mahu? -The Unspinners

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List