Showing posts with label Chegu Bard. Show all posts
Showing posts with label Chegu Bard. Show all posts

Monday, 30 December 2013

TERKINI: CHEGU BARD BETUL-BETUL BAWAK SUWEH PERGI KE SARAWAK!

-KALAULAH STATUS YANG BARU DIPOSTING KAT FB CHEGU BARD NI BETUL, CHEGU BARD PATUT SALAHKAN DIRI SENDIRI KERANA KEHADIRANNYA DI BUMI KENYALANG MEMBAWA KETEGANGAN PADA KEAMANAN NEGERI INI! DAH JUMPA KER "BIJIK KEDAUNG" (TELUR) KO YANG HILANG TU? KEKEKE!!!-


Sebentar, tadi Chegu Bard atau yang nama sebenarnya Badrul Hisyam Shahrin, aktivis Malaysia dan ahli Parti Keadilan Rakyat membuat posting pada akaun FB mendakwa seorang rakan SAMM Sarawak ditahan polis ketika menghantarnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Chegu Bard, yang nyata gagal mengkotakan janji setelah bercakap besar akan mengadakan demonstrasi dihadapan rumah Ketua Menteri Sarawak semalam bagaikan anjing yang menyepit ekor dicelah bontotnya (padanlah dengan namanya Chegu Butt) dijadualkan balik ke Semenanjung selepas lawatan hambarnya di negeri Sarawak.

Walaupun berita mengenai tangkapan ini masih belum ada kesahihannya, namun terdapat juga sumber menyatakan seorang lelaki yang didakwa telah mengeluarkan ugutan terhadap Ketua Menteri Sarawak beberapa hari yang lalu.

Jika benarnya kata sumber ini, akulah yang pertama sekali ingin mengucap syabas dan tahniah kepada PDRM kerana menjalankan tugas yang pantas dan cekap. Aku juga lah pertama bertepuk tangan dan ketawa tergoleng-goleng! Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

Sunday, 29 December 2013

GAMBAR: KALAU CHEGU BARD ADA, PASTI SUDAH KENA "NGAP SAYOT"!

-RATUSAN PEMUDA-PEMUDA TURUN KE HADAPAN RUMAH KETUA MENTERI SARAWAK UNTUK MEMPERTAHANKAN MARUAH PEMIMPIN YANG AMAT KAMI SAYANGI! MALANGNYA, MAKHLUK YANG BERNAMA CHEGU BARD ITU TIDAK ADA, KALAULAH DIA ADA, PASTI KAMI AKAN BERI "KENANGAN MANIS" YANG MUNGKIN BELIAU TIDAK AKAN LUPAKAN DI SEPANJANG HIDUPNYA! KEKEKE!!!-


Chegu Bard atau yang nama sebenarnya Badrul Hisyam Shahrin, aktivis Malaysia dan ahli Parti Keadilan Rakyat memang lelaki yang dayus, bacul dan tidak mempunyai telur.

Sehingga jam 6 petang ini, beliau yang di uar-uarkan ke Sarawak dan mengepalai demonstrasi yang dirancang diadakan di hadapan kediaman Ketua Menteri Sarawak pada jam 2.30 petang hari ini tidak berani menunjukkan mukanya, sedangkan beliau sememang sudah tiba di Sarawak!

Hampir 200 wakil-wakil pemuda dan penyokong PBB dari seluruh pelusuk Sarawak pimpinan Dato Idris Buang telah "menziarahi" kawasan hadapan rumah Ketua Menteri namun kelibat makhluk yang begitu "dirindui" oleh anak-anak muda Sarawak khususnya kumpulan yang ada petang tadi tidak muncul tiba.

Bahkan kawasan tersebut telah dikawal rapi oleh pihak Berkuasa yang bertugas.

Apa-apapun, Chegu Bard mesti berfikir dua kali selepas ini jika nak mencabar anakmuda di Sarawak ini kerana sesungguhnya kami hanya takut kepada Tuhan, akur kepada undang-undang, taat setia kepada pemimpin namun tidak sama sekali gentar dengan manusia, apatah lagi kepada makhluk kerdil seperti dirinya!










-UnReportedNews™®

Friday, 27 December 2013

KALO CHEGU BARD BERANI MENJUAL, ANAK-ANAK SARAWAK SEDIA MEMBELI

-JIKA BENAR CHEGU BARD ANAK JANTAN & BERHASRAT MENDUGA KEBERANIAN ANAK-ANAK JATI SARAWAK, SILALAH TERUSKAN HASRAT ANDA ITU. SILALAH DATANG KE SARAWAK, KAMI PASTI AKAN MENYAMBUT ANDA SECARA "BESAR-BESARAN"! KEKEKE!!!-


Tiga laporan polis dibuat oleh beberapa NGO di Kuching Sarawak hari ini bagi membantah tindakan beberapa individu yang tidak bertanggungjawab merancang untuk mengadakan beberapa perhimpunan haram.

Laporan-laporan polis tersebut adalah gabungan daripada persatuan-persatuan seperti PEWARIS (Sarawak), Saberkas, Berjasa dan beberapa individu yang merupakan lebih daripada 30 orang anak jati Sarawak yang membantah sebarang aktiviti demonstrasi yang boleh memudaratkan keamanan negeri Sarawak.

Tiga perhimpunan-perhimpunan haram yang dimaksudkan adalah; 1) Pada Malam 31 Disember 2013 DiDataran Merdeka Kuala Lumpur dan Padang Merdeka Kuching Berhimpun dan Mengajak Rakyat Mengguling Kerajaan. 2) Demostrasi Dihadapan Kediaman Rasmi Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud Yang Diketuai Aktivis Malaysia Iaitu Chegu Bard Pada 29 Disember 2013. 3) Perhimpunan Yang Dianjurkan Oleh Lina Soo Pada 28 Disember 2013 Bertujuan Menghasut Rakyat Sarawak Keluar Malaysia.

Persoalan kini, apa Chegu Bard atau yang nama sebenarnya Badrul Hisyam Shahrin, seorang aktivis Malaysia dan ahli Parti Keadilan Rakyat mempunyai telur untuk datang ke Sarawak dan mengepalai demonstrasi yang dirancang diadakan di hadapan kediaman Ketua Menteri Sarawak seperti yang dicanang-canangkan ataupun ianya hanya salah satu daripada gimmick PKR seperti janji Anwar Ibrahim menjadi kerajaan pada 16 September beberapa tahun yang lalu.

Rata-rata mereka yang hadir semasa laporan polis tersebut dibuat menyuarakan ketidakpuasanhati mereka kepada Chegu Bard yang seolah-olah mencabar orang Sarawak yang telah membuat pemilihan pemimpin negeri ini secara demokrasi menerusi pilihanraya.

"Apa hak Chegu Bard mengadakan demonstrrasi menggesa Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud untuk meletak jawatan? PBB dan BN  menang secara sah dalam pilihanraya-pilihanraya yang lepas, maka itu adalah hak kami sebagai majoriti menentukan sesiapa saja yang menjadi Ketua Menteri dan semestinya, kami tetap menyokong sepenuhnya agar Taib terus menjadi Ketua Menteri Sarawak!," laung salah seorang daripada pemuda yang enggan identitinya didedahkan.

"Tapi jika Chegu Bard benar-benar anak jantan dan ingin menduga sampai tahap mana keberanian anak jati Sarawak, silalah ke mari dan teruskan niat anda. Tapi ketahuilah, kedatangan anda ke sini tidak dialu-alukan,' ujarnya lagi dengan lantang. 

Sebelum ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menegaskan sesiapa yang didapati melakukan tindakan menyalahi undang-undang yang ditetapkan akan diambil tindakan tegas dan ini termasuk mengambil bahagian dalam mana-mana demonstrasi atau perhimpunan haram.

Kepada mereka-mereka yang mempunyai niat waima sebesar hama pun untuk mengambil bahagian di dalam perhimpunan-perhimpunan tersebut, batalkan saja kerana sekiranya anda diambil tindakan oleh pihak berkuasa disebabkan menyalahi undang-undang, yang susahnya nanti adalah anda dan keluarga anda sendiri. Tidak akan Anwar Ibrahim dan Chegu Bard yang akan turun dari langit untuk membantu anda nanti, percayalah!

-UnReportedNews™®

Tuesday, 30 July 2013

CHEGUBARD DIDAKWA MERUSUH DI DEPAN PARLIMEN

-BELIAU & "GENG"NYA DI DAKWA MERUSUH BERHAMPIRAN PARLIMEN KETIKA ANWAR IBRAHIM SEDANG "BERSENAG LENANG & BERGURAU-SENDA" DENGAN "MUSUH-PSETERUNYA"; PM NAJIB! KESIAN ZOMBIE-ZOMBIE NIH! KEKEKE!!!-

Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin AKA Chegubard (tiga dari kiri) bersama-sama 32 lagi individu lain dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan merusuh dan menyertai perhimpunan haram di hadapan jalan masuk bangunan Parlimen, bulan lalu.

Kesemua tertuduh termasuk tiga wanita mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan dibaca oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim, Mat Ghani Abdullah.

Selain Chegubard turut didakwa adalah Anne Ooi, yang lebih dikenali sebagai Auntie Bersih, yatas tuduhan menyertai perhimpunan haram dan menyebabkan kacau ganggu awam di hadapan Parlimen.

Turut didakwa hari ini adalah Adam Adli Abdul Halim dan Mohd Safwan Anang.

Pada 24 Jun lalu, mereka ditahan selepas berhimpun di jalan masuk menuju ke Parlimen sehingga menyebabkan keadaan lalu lintas  sesak di Jalan Parlimen.

Mereka yang kononnya menyertai protes menentang SPR cuba merempuh ke arah Parlimen ketika hari pertama persidangan Dewan Rakyat, namun tidak berjaya melepasi sekatan polis yang berkawal dan meneruskan protes dengan berbaring di atas jalan raya sejak jam 10 pagi ini.

Mereka bersorak "SPR Syaitan" "SPR Penipu" dan "Reformasi" sambil membawa sepanduk menggesa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletak jawatan. (sumber)

-UnReportedNews™®

Friday, 21 June 2013

BLACK505: RAFIZI & CHE'GUBARD, KO BERDUA JANGAN NAK MAIN-MAIN DENGAN NYAWA ORANG!

-SEEKOR CAKAP TAKDE RANCANGAN NAK BERHIMPUN HINGGA SESSI PARLIMEN KE13, ISNIN DEPAN TAPI YANG SEEKOR LAGI CAKAP BAWAK BEKALAN SIAP DENGAN PERALATAN PERKHEMAHAN LAGI TU? NATE MANER YANG KECE BETUL NI? KEKEKE!!!-

Perhimpunan Black505 di Padang Merbok akan diteruskan tetapi tiada sebarang rancangan untuk terus berhimpun di lokasi tersebut sehingga sesi Parlimen Ke-13 bermula Isnin depan, kata Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli.

Beliau berkata tiada arahan daripada Pakatan Rakyat meminta peserta perhimpunan untuk terus berhimpun di Padang Merbok sehingga Parlimen dibuka semula bagi penggal baru selepas Pilihan Raya Umum, 5 Mei lalu.

Bagaimanapun, Rafizi mengakui beliau tidak pasti mengenai arahan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengambil bahagian dalam perhimpunan pada Sabtu.

"Seperti yang kita sedia sedia maklum, tiada sebarang arahan daripada Pakatan kepada peserta untuk terus berhimpun sehingga Isnin.

"Namun saya tidak pasti mengenai arahan diberikan oleh NGO lain yang terlibat," katanya ketika dihubungi mStar sebentar tadi.

Ketika ditanya mengenai tahap kesihatan peserta perhimpunan yang perlu diambil kira dalam keadaan jerebu teruk, Rafizi berkata pihak penganjur telah menyediakan pasukan perubatan di lokasi tersebut.

"Kita tidak melihat sebarang keperluan untuk membatalkan perhimpunan itu kerana keadaan jerebu di Kuala Lumpur tidak serius.

"Kita menasihatkan para peserta untuk membawa beberapa botol air dan memakai penutup hidung jika perlu," katanya.

Rafizi berkata Pakatan menasihatkan para peserta perhimpunan untuk berkumpul pada tengah hari sebelum berarak ke Padang Merbok.

"Kami menasihatkan orang ramai untuk berkumpul pada pukul 12 tengah hari di tujuh lokasi yang ditetapkan. Kemudian mereka akan mula berarak ke Padang Merbok pada pukul 2 petang.

"Kami menjangka perhimpunan itu akan bermula kira-kira pukul 3 petang di Padang Merbok.

"Terdahulu kami akan meninggalkan padang pada pukul 6 petang kerana acara larian Olimpik 2013. Kini, tiada masalah, kami menjangka perhimpunan itu akan bermula pukul 3 petang dan akan berlangsung selama dua atau tiga jam," katanya.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencadangkan perhimpunan itu diadakan di Stadium Merdeka tetapi Rafizi tetap mahu ia diadakan di Padang Merbok.

Pakatan menetapkan tujuh lokasi utama untuk orang ramai berkumpul sebelum berarak ke Padang Merbok di Kuala Lumpur untuk perhimpunan Black505.

Tujuh lokasi itu termasuk Brickfields, Masjid Negara, Pudu, Jalan Raja Laut (Ibu Pejabat PAS), Universiti Malaya, pusat beli belah Sogo dan Pekeliling.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad memberi amaran kepada pihak penganjur bahawa tindakan akan diambil ke atas mereka jika tetap ingin mengadakan perhimpunan itu tanpa permit.

Difahamkan beberapa pemimpin Pakatan tidak berminat untuk menyertai perhimpunan itu kerana mereka tidak mahu menanggung risiko kehilangan jawatan sekiranya didenda melebihi RM2,000 kerana melanggar undang-undang.

Bah! Lain pula cadangan si Che'gubard pulak!

Lain Kali Ini Pasti Berbeza: Sedia Untuk Lebih Dari Sehari. Oleh CHE'GUBARD

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) selaku penggerak Gabungan NGO #SuaraRakyat505 yang juga terlibat secara langsung dalam kemuncak #Black505 22 Jun 2013 di Padang Merbok menegaskan;

1. Himpunan akan tetap diteruskan secara aman dan terancang seperti yang dijadualkan.

2. Semua pihak jangan gundah gulana kerana himpunan mega ini bukan bertujuan untuk guling kerajaan sebaliknya tujuan utama himpunan ini untuk desak SPR yang menjadi dalang penipuan pilihanraya harus letak jawatan dan hadapkan ke muka pengadilan kerana penipuannya. Namun jika regim itu lemah sangat dan terguling dgn sendirinya itu bukan salah kita.

3. Tiada sebarang perancangan sulit dan setiap kata putus telah diumum secara terbuka untuk elak prasangka. Maka semua dijemput hadir ke dewan perhimpunan KLSCAH pada 21Jun ini (8.30mlm) untuk taklimat akhir menjelang esoknya himpunan besar. Pimpinan utama parti politik dan NGO turut hadir menyampaikan taklimat dan pedoman penting.

Ye ke bantahan secara aman? Apa yang si Khalid Syiah tweet ni?
Nak menumbangkan kobau kat rumah Tok Wan engko ke ? Kekeke!!!
4. SAMM juga mengakui akan bersama beberapa kumpulan anak muda telah merancang untuk melanjutkan protes bantahan ini secara aman dengan berkhemah seramai mungkin. Semua protes akan dilakukan dalam menjunjung tinggi semangat perlembagaan negara dan deklarasi kemerdekaan negara.

5. Semua harus sedia mental dan fizikal untuk aksi rakyat secara aman lebih dari sehari khususnya tarikh 24Jun apabila dunia bakal menyaksikan protes rakyat pada hari parlimen malaysia mengangkat sumpah. SAMM menyediakan 150 khemah sebagai kemudahan, turut menggesa orang ramai turut hadir membawa kelengkapan untuk bermalam seperti khemah dan 'sleeping bag'.

Ayuh semua anak muda kita turun bersama mencipta sejarah mengambil semula kemenangan rakyat dan kedaulatan negara.

-UnReportedNews™®

Friday, 24 May 2013

CHEGU BARD PULAK CABAR ZAHID TANGKAP DIER?

-DEPA BOLEH LE MELALAK SEKARANG, KANG TIDOQ PAKAI "SPENDER STOPA" SEMALAM DUA DALAM LOKAP BARU DEPA RASA! KEKEKE!!!-

Himpunan “Suara Rakyat 505” pada Sabtu ini akan tetap diteruskan meskipun beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan badan bukan kerajaan (NGO) pro-pembangkang semakin ramai ditangkap kerana disyaki mengeluarkan kenyataan yang berbuar hasutan dan boleh menimbulkan keganasan.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) menegaskan meskipun beliau sendiri ditahan pihak polis namun anak muda tekad untuk merealisasikan himpunan itu yang bakal mengumpulkan ribuan rakyat untuk menuntut sistem demokrasi yang adil dan membantah penipuan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), pada 5 Mei lalu.

“SAMM antara penggerak utama himpunan #SuaraRakyat505 di Padang Timur (Amcorp Mall) tetap bertekad untuk memastikan himpunan mencapai matlamat, walaupun che'GuBard sendiri ditahan.

“Setakat ini juga, terdapat cubaan pihak polis untuk memberkas che'GuBard tetapi masih gagal,” katanya yang dipetik daripada kenyataan medianya, hari ini.

SAMM juga mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun pihak berkuasa yang telah menangkap Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang; Pengerusi Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim dan pemimpin veteran, Thamrin Ghaffar.

“Siri tangkapan itu bermula apabila Adam Adli dicekup lewat minggu lalu, dijangka akan berterusan dengan beberapa lagi tangkapan.

“Negara seolah-olah berada dalam keadaan 'belum merdeka' ketika mereka yang bersuara bercakap benar disumbatkan ke dalam lokap seterusnya didakwa atas akta yang sepatutnya telah dimansuhkan,” tegasnya sambil menyifatkan penangkapan itu sebagai bukti kegagalan transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak susulan Barisan Nasional tidak mendapat sokongan majoriti rakyat Malaysia.

Chegubard juga mendakwa penangkapan itu sebagai berat sebelah kerana rakyat Malaysia dilayan umpama penjenayah besar berbanding penceroboh Sulu di Lahad Datu, Sabah yang mendapat layanan selesa.

“Inilah Malaysia, rakyat perlu bangkit membetulkan negara ini! (sumber

-UnReportedNews™®

Thursday, 23 May 2013

OPERASI BERKAS PENGHASUT-PENGHASUT NEGARA BERMULA!

-MANA MAU LARI HAH? KORANG BERANI TEBANG, BERANILAH PIKUL BEB! DENGAR-DENGAR RUANG LOKAP BALAI JINJANG TU LUAS LAGI! PADAT JE KAT DALAM TU! KEKEKE!!!-

Nampaknya Anwar Ibrahim sedang ditinggalkan menjanda dan terkontang-kanting.

Polis seolah-olah sudah memulakan Operasi Lalang 3 apabila mulai memburu beberapa nama atas Akta Hasutan. Orang pertama yang telah diburu, ditangkap dan sekarang sedang bersantai dengan enaknya dalam lokap di Balai Polis Jinjang adalah Adam Adli, ANAK IBLIS yang telah mencabar polis menangkapnya dengan berterus-terang bahawa dia sedang menghasut rakyat Malaysia agar melakukan rusuhan bagi menggulingkan kerajaan dalam satu majlis untuk memperingati ulang tahun 13 Mei 1969.

Sangkaan ANAK IBLIS bahawa penangkapannya akan membolehkan para penyokong bermata sepet berkumpul dan melakukan kekacauan, ternyata meleset. Walaupun para penyokongnya sekarang ini sedang cuba melakukan provokasi di Pulau Pinang dan di hadapan Balai Polis Jinjang, tetapi apabila polis memulakan operasi penangkapan, mereka bagaikan baru tersedar bahawa keberanian mereka tidaklah setara mana.

12:50 tengah hari tadi, Tian Chua, salah seorang pemimpin kanan PKR yang dikatakan sedang kepanasan punggung, telah ditahan oleh polis sewaktu berada di Terminal Tambang Murah (LCCT) Sepang untuk ke Kuala Terengganu atas tuduhan menghasut di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.

Polis turut menahan Haris Ibrahim yang sedang hendak menjamu selera di Segambut dan telah dibawa ke Balai Polis Jinjang, juga di bawah Sekyen dan Akta yang sama.

Malam tadi, 18 orang BABI BLACK-OUT 505 telah ditahan dan disoalsiasat. Bagaimanapun, difahamkan mereka kemudiannya dibebaskan selepas memberi keterangan.

Terbaru, turut ditahan adalah Tamrin Ghafar. Dia telah ditahan di Bangsar dan sekarang sedang 'direhatkan' di Balai Polis Jinjang.

Nampaknya Balai Polis Jinjang yang sebelum ini hanya menjadi tumpuan penduduk setempat membuat laporan, sedang menjadi tumpuan puak-puak Pakatan Rakyat. 

Beberapa nama lain turut sedang diburu oleh pihak polis termasuklah Chegu Bard. Khabarnya ketika artikel ini ditulis, Chegu Bard telah ditahan di Johor Bahru ketika dia dalam usaha melarikan diri ke Batam, Indonesia.

Lim Kit Siang, apa khabar? Sivarasa, apa khabar? Ambiga, apa khabar? Cynthia Gabriel, apa khabar? Ngeh Koo Ham, apa khabar? (sumber)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List