Showing posts with label Tian Chua. Show all posts
Showing posts with label Tian Chua. Show all posts

Thursday, 23 January 2014

SI APEK TIAN CHUA DIHUKUM PENJARA

-TIAN CHUA DIPENJARA SEBULAN, DENDA RM1,000 KERANA MELANGGAR ARAHAN PERINTAH KAWASAN LARANGAN! AMBOI, RAMAILAH BEKAS BANDUAN DALAM PKR NANTI YER? KEKEKE!!!-

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua Khamis dihukum penjara sebulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah tidak mematuhi perintah polis supaya beredar dari kawasan larangan di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (Pulapol) di sini, dua tahun lalu.

Hakim Mahmud Abdullah memerintahkan Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 51, menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini dan perlu menjalani hukuman penjara sebulan lagi jika gagal membayar denda itu. Tian Chua membayar denda itu.

Bagaimanapun, Mahmud membenarkan permohonan peguam Eric Paulsen yang mewakili pemimpin pembangkang itu, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan terhadap keputusan itu selesai.

Mahkamah menaikkan jumlah wang jaminan daripada RM500 kepada RM1,000.

Mahmud dalam keputusannya mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, selepas mendengar keterangan sembilan saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan..

Tian Chua, yang juga Anggota Parlimen Batu, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tidak mematuhi perintah pegawai polis DSP A Rajagopal untuk beredar dari kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan mengikut Perintah Kawasan-Kawasan Larangan 1975.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pulapol, Jalan Semarak, di sini pada 2.30 pagi 29 April 2012, iaitu sehari selepas perhimpunan Bersih 3.0.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 7 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Amirah Mohamed Yusoff memohon hukuman setimpal dikenakan kepada tertuduh kerana kesalahan itu adalah serius walaupun tiada kecederaan berlaku semasa tertuduh berada di Pulapol.

"Sebagai Yang Berhormat, tertuduh perlu memberi contoh yang baik kepada masyarakat, tetapi dia telah melanggar perintah polis. Pohon beri hukuman setimpal dalam bentuk pemenjaraan bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak melakukan kesalahan sama," katanya.

Eric pula memohon mahkamah mengenakan hukuman denda sahaja kepada anak guamnya atas alasan ia adalah satu kesalahan teknikal yang tidak membawa apa-apa keuntungan kepada orang ramai dan juga tertuduh. -BERNAMA

-UnReportedNews™®

Sunday, 22 September 2013

HUBUNGAN PAKATAN RAKYAT DENGAN KOMUNIS?

-PENYOKONG-PENYOKONG PAKATAN RAKYAT SEHARUSNYA MEMIKIRKAN KEWARASAN MEREKA UNTUK TERUS MENYOKONG PARTI YANG SECARA TERANG-TERANGAN MENYOKONG KOMUNIS DENGAN TINDAKAN MENGHANTAR WAKIL MEREKA UNTUK MEMBERI PENGHORMATAN TERAKHIR KEPADA BAPAK KOMUNIS; CHIN PENG! LU ORANG MEMANG DUNGU LAH! KEKEKE!!!-

Tian Chuan & menantu Pemimpn PKM Abdullah CD, Anas ketika melawat mayat Chin Peng
Naib Presiden PKR, Tian Chua dilaporkan KiniTV telah menghadiri penghormatan terakhir kepada Chin Peng di kuil Wat That Thong pada Sabtu.

Tian Chua berkata Chin Peng dan generasinya telah membentuk peta Asia Tenggara hari ini dan dia perlu diiktiraf sebagai sebahagian daripada sejarah Malaysia.

“Tiada siapa yang harus memanipulasi sejarah untuk mendapatkan kepentingan politik,” kata Tian Chua.

Sebelum ini, Tian Chua dalam laman Twitternya menyifatkan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu sebagai pejuang kemerdekaan dan pemergiannya adalah satu kehilangan kepada negara.

“Pada hari Malaysia ke-50 tahun, kita kehilangan seorang patriot yang telah berjuang untuk kemerdekaan negara. Bersemadi dengan aman Chin Peng),” katanya.

Kenyataan itu bagaimanapun disambut dengan kemarahan pengikutnya di laman sosial tersebut.

“Sampah. Anda (Tian Chua) beritahu LKS (Penasihat DAP, Lim Kit Siang) berhenti buat kenyataan gila,” respon A. Chandrakumanan, salah seorang pengikut Tian Chua di Twitter.

MrAlip pula sinis merujuk Tian Chua dengan berkata: “Lagi dalang pengganas.”

Chin Peng merupakan ketua gerila PKM yang berjuang menentang British dan angkatan Komanwel untuk menubuhkan sebuah negara komunis.

Pemberontakan komunis bagaimanapun gagal dan dia hidup dalam buangan di Thailand dan tidak dibenarkan untuk kembali dalam Malaysia. - AIDCNews 22/09/13 

-UnReportedNews™®

Friday, 23 August 2013

SEBAB-SEBAB MAHKAMAH MEMBEBASKAN AZILAH & SIRUL!

-ANTARANYA ADALAH, HAKIM PERBICARAAN TELAH TERSILAP DENGAN TIDAK MEMERIKSA SAMA ADA PERCANGGAHAN & TIDAK KONSISTEN DELAM KETERANGAN SAKSI-SAKSI PENDAKWAAN DALAM KES BUNUH ALTANTUYA ADALAH MATERIAL! AMBIK KOW! KEKEKE!!!-

Mahkamah Rayuan telah membebaskan Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar daripada sabitan dan hukuman mati kerana membunuh Altantuya Shaariibuu pada Oktober 2006.

Panel Mahkamah terdiri daripada Hakim Mohamed Apandi Ali, Linton Albert dan Tengku Maimun.

Dan sebelum lebih banyak lagi spekulasi yang bersandarkan kepada khabar angin dan pengetahuan cetek kita tentang undang-undang, MiM sertakan hujah Panel tersebut :

The panel concluded that the trial judge had erred by not examining whether the contradictions and inconsistencies in the evidence of the prosecution witnesses were material. 

In regards to the explosives, they ruled that after linking the explosives to the death of Altantuya, the trial judge should have made a further finding to connect the explosives to the appellants.

"Thus with this, we acquit and discharge the two appellants," said Justice Tengku Maimun.

Terjemahannya :

Panel membuat kesimpulan bahawa hakim perbicaraan telah tersilap dengan tidak memeriksa sama ada percanggahan dan tidak konsisten dalam keterangan saksi-saksi pendakwaan adalah material. 

Dalam hal bahan letupan, mereka memutuskan bahawa selepas mengaitkan bahan letupan kepada kematian Altantuya, hakim perbicaraan sepatutnya perlu membuat  pencarian seterusnya untuk mengaitkan bahan letupan kepada perayu.

"Oleh itu, dengan ini, kita membebaskan dan keluarkan kedua-dua perayu," kata Hakim Tengku Maimun.

Satu lagi keputusan 'technical fault' yang membebaskan pihak dituduh. Anwar juga pernah dibebaskan kerana 'technical fault' kes liwat beliau.

Pembebasan kedua-dua orang ini sudah pasti akan menjadi topik panas untuk satu tempoh yang mungkin agak lama.

Sudah tentu akan timbul tuduhan pihak Mahkamah jadi tali barut kerajaan dan sebagainya tetapi mana mungkin pihak Mahkamah seperti yang dituduh kerana Anwar Ibrahim sendiri terlepas daripada 2 kes liwat beliau.

Untuk rekod, Anwar Ibrahim pernah didedahkan menjadi perancang utama dalam konspirasi menggunakan kes pembunuhan Altantuya Shariibu untuk membunuh karier politik Najib Tun Razak.

Pendedahan itu oleh bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong :

Menurut beliau, konspirasi tersebut masih diteruskan selepas PRU-13 dan dilakukan secara sistematik termasuk menerusi bantuan media propembangkang. seterusnya 

Malah, propaganda kotor jahat yang kerap digunakan pihak pembangkang berhubung pembunuhan Altantuya dan dakwaan kaitannya dengan pimpinan negara turut dinafikan sekeras-kerasnya oleh arkitek urus janji kapal selam Scorpene, Jasbir Singh Chahl.

Dan sehingga kini, kepimpinan pembangkang terkedu diam membisu tidak dapat menafikan kenyataan Jasbir.

Antara lain, beliau mendedahkan model Mongolia itu tidak pernah menjadi sebahagian daripada pasukan rundingan itu. 

Beliau juga bersedia bersumpah bahawa model itu tidak pernah berada di Perancis apabila mereka sedang memuktamadkan perjanjian itu.

Jasbir juga menjelaskan jika Altantuya bertindak sebagai penterjemah bagi Abdul Razak Baginda, seorang bekas penganalisis politik tempatan yang membantu beliau menjadi orang tengah dalam urus janji itu, dia sepatutnya hadir pada semua mesyuarat dari tahun 2000. 

Sebaliknya, dalam satu dokumen rasmi Perancis yang diberikan kepada NST, polis Perancis menyebut dengan tegas bahawa Altantuya tidak pernah memasuki Perancis dari 1999 hingga 2006, tahun di mana dia meninggal dunia. 

Ia juga menyebut bahawa semua mesyuarat berlangsung di Perancis dengan sebahagiannya di Malaysia dan semuanya dalam Bahasa Inggeris. 

"Ini apa yang saya katakan sekarang, anda faham. Inilah apa yang dikatakan oleh pihak berkuasa Perancis," kata Jasbir.

Selain daripada itu :

Laporan khas itu menimbulkan keraguan mengenai keperluan mengambil Altantuya sebagai penterjemah, apabila semua fakta menunjukkan bahawa rundingan dengan syarikat Peranics dikendalikan dalam bahasa Inggeris. 

Sebenarnya, pasukan Perancis, pada awalnya diketuai seorang lelaki Inggeris, Martin Hill, yang juga fasih berbahasa Perancis, kata laporan itu. 

Sebagai tambahan, dalam keterangan kepada pihak berkuasa Perancis pada 2010, bekas pengurus pemasaran DCNS bagi Malaysia dan Singapura pada masa itu, Fredric Faura, memberitahu para penyiasat bahawa tiada keperluan bagi seorang penterjemah memandangkan rundingan itu diajalankan dalam Bahasa Inggeris dan rakyat Malaysia fasih dalam bahasa itu, kata laporan itu. 

Jasbir hairan kenapa tiada seorang pun mempersoal kewibawaan tokoh pembangkang yang mengaku menghasilkan gambar kononnya menunjukkan Altantuya dengan Najib dan Abdul Razak, di sebuah restoran di Paris. - Bernama 

MiM lagi hairan apabila ada rakyat yang termakan dengan pembohongan jijik pemimpin pembangkang sehingga ke hari ini!

Lihat video di bawah :

Video : Pembangkang kantoi menyebar fitnah

Kpl Sirul Adi wakili oleh Kamarul Hisham dam C/Insp Azilah oleh Datuk Hazman Ahmad. -Dr MiM 

-UnReportedNews™®

Friday, 28 June 2013

SASPEK PENGGANAS LAHAD DATU SUDAH DIBAWA KE MUKA PENGADILAN, DALANGNYA BILA LAGI?

-SERAMAI 22 PENGGANAS LAHAD DATU YANG DITANGKAP SEWAKTU "OPS DAULAT" DI SABAH TIDAK LAMA DULU BERHADAPAN HUKUMAN MATI JIKA SABIT KESALAHAN. RAKYAT MALAYSIA MASIH TERNANTI-NANTI SIAPAKAH DALANG SEBENAR INSIDEN TERSEBUT? MUNGKINKAH ... KEKEKE!!!-

Seramai 22 orang termasuk komander kumpulan pengganas Kiram berpangkat ‘Jeneral’, Datu Amirbahar Hushin Kiram berhadapan hukuman mati kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Menurut laporan Utusan Malaysia, kesemua mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan semasa prosiding sebutan semula bagi merekodkan pengakuan mereka di Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu, Sabah, semalam.

Sebelum ini, mereka telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Lahad Datu dan Tawau serta Mahkamah Tinggi Tawau tetapi tanpa merekodkan pengakuan mereka.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 9 Februari dan 19 April lalu di Kampung Tanduo, Ladang Atlas 2, Kampung Tanjung Labian, Lahad Datu; Kampung Muanad Beluran; Kampung Perigi, Simunul, Bakau, Jalan Lihak-Lihak, Semporna dan Kampung Madai, Kunak.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung atau penjara seumur hidup dan denda.

Tertuduh-tertuduh itu ialah Datu Amirbahar, Basad H. Manuel, Salib Akhmad Emali, Mohamad Ali Ahmad, Pabblo Alie, Abd. Hadi Mawan, Atik Hussin Abu Bakar, Dani Ismail, Saidili Jaharul, Totoh Hismullah, Basil Samiul, Rizman Gulan, Abdul Majil Jubin, Rijmal Salleh, Julham Rashid, Tani Lahad Dahi, Al Wazir Osman@Abdul, Virgilio Nemar Patulada @ Mohamad Alam Patulada, Masir Aidin, Anwar Salib Akhmad, Ismail Yasin dan Binhar Salib Akhmad.

Kesemua mereka turut menghadapi pertuduhan kedua iaitu menganggotai kumpulan pengganas yang dikatakan dilakukan antara tarikh dan tempat yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 130KA kanun sama iaitu jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan seumur hidup dan denda.

Salib Akhmad turut menghadapi dua lagi pertuduhan iaitu merekrut anggota kumpulan pengganas baharu dan melindungi kumpulan pengganas yang didakwa dilakukan antara 9 Februari dan 25 Februari lalu di Ladang Atlas 2, Jalan Ulu Tungku, Lahad Datu.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, dia didakwa mengikut Seksyen 130E dan Seksyen 130K kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda serta penjara seumur hidup dan denda atau penjara sehingga 20 tahun dan denda bagi kesalahan keempat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan di hadapan Hakim, P. Ravinthran.

Jumlah kesemua tertuduh yang dihadapkan ke mahkamah hari ini ialah 29 orang termasuk seorang wanita dan seorang lelaki yang berkerusi roda, manakala seorang lagi tertuduh, Habil Suhaili tidak hadir ke mahkamah kerana sedang menerima rawatan di Hospital Tawau.

Mereka dibawa ke mahkamah dengan tiga buah trak dengan kawalan ketat pihak polis, iaitu setiap seorang daripada mereka diiringi anggota Unit Tindakan Khas lengkap bersenjata.

Daripada 29 tertuduh itu, 12 daripadanya dipakaikan jaket strip sebagai langkah keselamatan, malah terdapat juga sebahagian daripada mereka dipakaikan penutup kepala semasa dibawa masuk dan keluar dari mahkamah.

Tertuduh wanita, Norhaida Ibnahi dituduh melindungi kumpulan pengganas yang dikatakan dilakukannya antara 9 Februari dan 22 Mac lalu di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sri Melor, Bugaya, Semporna.

Sementara Kadir Uyung dan Lating Tiong dikatakan turut melakukan kesalahan sama pada 4 Mac lalu, pukul 4.30 petang di hadapan Pos Pasukan Gerakan Am Tanjung Labian.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 130K kanun sama, tetapi bagi dua lelaki itu hukumannya dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama. Jika sabit kesalahan Norhaida boleh dipenjara seumur hidup dan denda atau penjara sehingga 20 tahun dan denda.

Sementara Kadir dan Lating jika sabit kesalahan boleh dipenjara seumur hidup dan denda.

Bagi tiga lagi tertuduh, Timhar Hadir, Holland Kalbi dan Lin Mad Salleh, mereka dituduh menganggotai kumpulan pengganas yang dikatakan dilakukan mereka antara 9 Februari dan 4 Mac lalu di Jalan Kastam Lama dan Kampung Tanjung Labian, Lahad Datu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 130KA kanun sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan denda jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, mahkamah menetapkan 12 Julai ini di Mahkamah Tinggi Tawau untuk merekodkan pengakuan tertuduh yang tidak hadir hari ini, Habil dan 15 Julai ini untuk pengurusan kes bagi menentukan lokasi dan tarikh bersesuaian untuk perbicaraan kesemua tertuduh yang akan dijalankan secara bersama.

Dalam perkara yang berkaitan, Bernama melaporkan beberapa wakil kerajaan dan pakatan pembangkang hari ini menggesa kerajaan mendedahkan dalang di sebalik insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah pada Mac lalu. 

Mereka berpendapat tindakan melengahkan pendedahan dan penghakiman ke atas dalang berkenaan akan menimbulkan syak wasangka berterusan dalam kalangan masyarakat.

Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) berkata, walaupun yakin dengan kepimpinan kerajaan dan kehebatan pasukan keselamatan dalam menangani isu itu, pendedahan dan pendakwaan segera ke atas dalang terbabit tetap ditunggu.

"Walau ada pihak yang berkata kerajaan lambat mendedahkan dalang terbabit tetapi saya yakin kerajaan pada masa kini sedang melakukan siasatan yang begitu rapi bagi memastikan mereka yang terbabit dapat diadili," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini. 

Menjawab isu penggunaan perkhidmatan AirAsia untuk mengangkut anggota tentera ke Lahad Datu yang dibangkitkan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong), Ahmad berkata ia bukan satu isu yang harus diperbesarkan. 

"Pada saya, penggunaan perkhidmatan AirAsia tidak menjadi masalah tapi soalnya dalang atau tali barut yang berada dalam negara, itu lagi bahaya," katanya. 


Berkongsi pandangan sama, Tian Chua (PKR-Batu) berkata kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dan cepat untuk mendedahkan dalang insiden pencerobohan itu bagi membolehkan pendakwaan segera dilakukan ke atas individu terbabit.

Ahmad, ketika mengakhiri perbahasannya, menarik perhatian semua pihak perlu mengambil pengajaran daripada insiden berdarah itu dan mengenang jasa anggota keselamatan yang sanggup berkorban demi mempertahan kedaulatan negara.

"Apapun yang disebutkan di sini, kita menghala kepada satu tujuan sama iaitu mengutuk perbuatan dalang di sebalik pencerobohan berkenaan," katanya.

-UnReportedNews™®

Sunday, 23 June 2013

INI DIA PENYEBAB HIMPUNAN BLACK505 GAGAL!

-ARTIKEL DI BAWAH MENGHURAIKAN PUNCA-PUNCA SEBENAR KEGAGALAN HIMPUNAN BLACK505 SEMALAM! PELBAGAI ALASAN DIBERI PEMBANGKANG MENGAPA IANYA GAGAL! JEREBU LAH, HUSAM "SYAHID" MELEPAK KAT RESTOREN LAH & MUNGKIN JUGA TINDAKAN LELAKI YANG MENGHINA GAMBAR PM DENGAN SELIPARNYA INI YANG SEBENARNYA TELAH MENYEBABKAN SETENGAH JUTA PESERTA BLACK505 MUAK & BALIK KE RUMAH MASING-MASING ENGGAN BERDEMO! KEKEKE!!!-


Sebelum perhimpunan Blackout 505 semalam, Tian Chua ada berkata perhimpunan semalam bukan penghabis untuk perjuangan mereka menuntut Pengerusi SPR undur. Dia bagaikan sedar bahawa perhimpunan semalam akan gagal dan tidak berjaya menarik hadirin.

Walaupun diumumkan Jo Bedul sebagai 50,000, jumlahnya hanya dalam 9,500 pada kemuncak lebih kurang pukul 3 petang. Banyak blog-blog lain pun menyedari keadaan ini. 

Tian Chua sedar mereka tak dapat menarik perhatian lalu terpaksa mendapatkan sokongan PAS. Walaupun Husam ada kata satu jihad mati syahid untuk datang ke perhimpunan, dia sendiri tak pergi kerana di tangkap atas caj Hasutan di sebuah restoren di Ampang.

Tuntutan supaya Pengerusi SPR undur, pilihanraya yang dipersoal ditandingi balik dan tiada persempadanan semula.

Kredibiliti tuntutan mereka telah mula habis apabila PAS dan PKR menerima keputusan pilihanraya dan akan angkat sumpah hari Isnin ini. Anwar ajak supaya boikot angkat sumpah tapi dah konar dan kata hanya boikot taklimat.

Selain itu, jumlah petisyen yang dikatakan mahu dikemukan pun berlainan. Mulanya kata 25 tempat ada petisyen tapi akhirnya Suara Keadilan laporkan hanya 18 petisyen yang dilakukan. Rupanya hanya 5 petisyen yang dikemukan PKR.

PKR cuba spin kata BN pun tak yakin pada SPR bila Jo Bedul kata BN pun buat petisyen.

Hingga kini PKR masih tak boleh jelas dan buktikan di mana ada 40 ribu pengundi palsu Bangla, kejadian Blackout, dan lain-lain tuduhan.

Tian Chua mahu memberi justifikasi kepada tuntutan tiga mereka berasaskan SPR perlu dengar cakap rakyat. SPR respon memberitahu supaya baca Perlembagaan dan bukan main lojik bodoh mereka. 

GAP juga ada menjelaskan kepada tiga tuntutan bodoh mereka. 

Apa sekali pun, esok Anwar akan angkat sumpah dan habbis kredibiliti dan tuduhan yang dilakukan kerana ia pengakuan menerima keputusan pilihanraya. (sumber

-UnReportedNews™®

Wednesday, 12 June 2013

MAK LAMPIR AKAN ENGKARI ARAHAN ANWAR IBRAHIM?!

-ZURAIDAH BERPENDAPAT SEMUA AHLI PARLIMEN SEHARUSNYA HADIR ADA UPACARA  ANGKAT SUMPAH PARLIMEN! HAA! TAU TAK PE! KEKEKE!!!-

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin berkata semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak seharusnya memboikot upacara angkat sumpah Parlimen pada 24 Jun ini.

"Pada pendapat saya, kita harus menghadiri majlis angkat sumpah kerana hanya selepas kita mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, baru kita boleh berada di dalam Dewan," katanya dilaporkan oleh mStar pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini sebentar tadi.

Bagaimanapun beliau menyokong tindakan Ahli Parlimen pembangkang yang tidak menghadiri taklimat Dewan Rakyat pada Selasa.

"Semua kami dalam Pakatan Rakyat bersetuju untuk tidak menghadiri taklimat itu.

"Tetapi majlis mengangkat sumpah adalah penting kepada rakyat kerana mereka mengundi supaya kita membawa isu dan masalah mereka di Parlimen," katanya.

Naib Presiden PKR, Tian Chua sebelum ini mencadangkan bahawa semua Ahli Parlimen Pakatan memulaukan majlis itu, namun idea itu ditolak sekutu mereka daripada DAP dan PAS.

-UnReportedNews™®

Friday, 24 May 2013

PENAHANAN PEMBANGKANG ADA ASASNYA

-TIADA SEBARANG CAMPURTANGAN POLITIK DALAM TUGASAN POLIS MENAHAN "MAHLUK-MAHLUK" PENGHASUT BERKENAAN! KEKEKE!!!-

Kan aku dah bagi amaran! Ko ingat aku main-main ker? Kekeke!!!
Menteri Dalam Negeri, Datuk Zahid Hamidi yakin Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai asas kukuh untuk menahan beberapa pemimpin pembangkang dan aktivis berhubung siasatan terhadap cubaan untuk menumbangkan kerajaan menerusi tunjuk perasaan jalanan. 

Zahid menegaskan tindakan itu bebas daripada sebarang campurtangan politik dan polis tentunya mempunyai perkiraan sendiri daripada aspek keselamatan dalam menahan Tian Chua, Tamrin Ghafar dan Haris Ibrahim. 

"Sebagaimana yang saya jelaskan di hari pertama saya berada di KDN, segala urusan operasi saya serahkan kepada pihak PDRM dan saya berkeyakinan tentu polis mempunyai bukti dan asas-asas yang kukuh melakukan penahanan itu.

"Dan saya tidak langsung campurtangan di dalam penahanan itu dan saya harap pihak rakan-rakan wartawan dapat bertanya dengan pihak polis sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan pada lawatannya ke Jabatan Pendaftaran Negara hari ini.

Ahli Parlimen Batu, Tian, aktivis pertubuhan bukan kerajaan 'Asalkan Bukan Umno (ABU)', Haris dan bekas ahli Parlimen Batu Berendam yang juga ahli PAS Tamrin ditahan dalam operasi berasingan.

Penahanan mereka dipercayai berhubung kait dengan perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada Sabtu ini di padang Amcorp Mall. (sumber

-UnReportedNews™®

CHEGU BARD PULAK CABAR ZAHID TANGKAP DIER?

-DEPA BOLEH LE MELALAK SEKARANG, KANG TIDOQ PAKAI "SPENDER STOPA" SEMALAM DUA DALAM LOKAP BARU DEPA RASA! KEKEKE!!!-

Himpunan “Suara Rakyat 505” pada Sabtu ini akan tetap diteruskan meskipun beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan badan bukan kerajaan (NGO) pro-pembangkang semakin ramai ditangkap kerana disyaki mengeluarkan kenyataan yang berbuar hasutan dan boleh menimbulkan keganasan.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) menegaskan meskipun beliau sendiri ditahan pihak polis namun anak muda tekad untuk merealisasikan himpunan itu yang bakal mengumpulkan ribuan rakyat untuk menuntut sistem demokrasi yang adil dan membantah penipuan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), pada 5 Mei lalu.

“SAMM antara penggerak utama himpunan #SuaraRakyat505 di Padang Timur (Amcorp Mall) tetap bertekad untuk memastikan himpunan mencapai matlamat, walaupun che'GuBard sendiri ditahan.

“Setakat ini juga, terdapat cubaan pihak polis untuk memberkas che'GuBard tetapi masih gagal,” katanya yang dipetik daripada kenyataan medianya, hari ini.

SAMM juga mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun pihak berkuasa yang telah menangkap Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang; Pengerusi Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim dan pemimpin veteran, Thamrin Ghaffar.

“Siri tangkapan itu bermula apabila Adam Adli dicekup lewat minggu lalu, dijangka akan berterusan dengan beberapa lagi tangkapan.

“Negara seolah-olah berada dalam keadaan 'belum merdeka' ketika mereka yang bersuara bercakap benar disumbatkan ke dalam lokap seterusnya didakwa atas akta yang sepatutnya telah dimansuhkan,” tegasnya sambil menyifatkan penangkapan itu sebagai bukti kegagalan transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak susulan Barisan Nasional tidak mendapat sokongan majoriti rakyat Malaysia.

Chegubard juga mendakwa penangkapan itu sebagai berat sebelah kerana rakyat Malaysia dilayan umpama penjenayah besar berbanding penceroboh Sulu di Lahad Datu, Sabah yang mendapat layanan selesa.

“Inilah Malaysia, rakyat perlu bangkit membetulkan negara ini! (sumber

-UnReportedNews™®

VIDEO: TIAN CHUA DIUSUNG MACAM "MAYAT"

-SEBIJIK MACE NATE SEKOQ TU JE, YANG KURE SANGKAR ROTE PANJE JE! SYABAS ABE-ABE POLIS, JANGE LUPA PLAK SAMAK TANGE TU YE! KEKEKE!!!- 

Korang tengok sendiri Tian Chua enggan mengikut arahan yang telah dikeluarkan oleh anggota PDRM yang telah diamanahkan supaya menahannya.

Sikap kurang ajar pemimpin pembangkang ini jelas menunjukkan mereka ini kurang ajar dan tidak mengikut arahan yang telah diberikan.

Anggota PDRM telah memujuk Tian Chua supaya memberikan kerjasama, namun setelah beberapa minit anggota yang berlemah lembut memujuk namun gagal. 

Tian Chua memberikan alasan tidak akan mengikut jika tanpa pegawai atasan. Setelah lama memujuk akhirnya angkat masuk kedalam kereta. Pada masa yang sama Tian Chua melembutkan diri dan jatuh ke lantai.




Ini adalah taktik untuk menimbulkan rasa simpati. Gampang sungguh pemimpin PKR nie. Mencari publisiti murah. 

Siapa yang tak kenal Tian Chua? Pakar gigit telinga polis, langgar orang, serang polis, cetus kekecohan dan paling hebat yang dia pernah buat ialah menuduh insiden di Lahad Datu sebagai satu "sandiwara" BN..!!!

Tian Chua pernah didakwa kerana mencederakan Konstabel Rosyaidi Anuar, 22, di jalan menghala ke bangunan Parlimen pada 10.45 pagi 11 Dis 2007.

Tian Chua telah dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dengan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 selepas beliau didapati bersalah terhadap tuduhan menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya daripada menjalankan tugas.

Walaubagaimanapun mahkamah telah membenarkan penangguhan hukumanan tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan.

Jika Tian Chua gagal dalam rayuannya terhadap hukuman tersebut, maka beliau akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Batu. (sumber

-UnReportedNews™®

Thursday, 23 May 2013

TIAN CHUA DIBERKAS POLIS!

-KORANG NAK MAIN-MAIN DENGAN MENTERI KDN BARU! MAI LAH! TRY, TEST, SHI-SHI KAN! KEKEKE!!!-


Naib Presiden PKR, Tian Chua memaklumkan kini beliau telah ditahan polis ketika berada di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Sepang, jam 1 tengahari tadi.

“Saya telah ditahan di LCCT kira-kira 5 minit lalu, hanya sebelum pemeriksaan keselamatan. Sekarang dalam kenderaan polis untuk dihantar ke Balai Polis Jinjang.

“Menurut ASP Buba, saya ditahan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan,”katanya dalam twitter sekejap tadi. (sumber)

-UnReportedNews™®

Wednesday, 22 May 2013

PEMBANGKANG MANA YANG PULAK BAGI WANG KAT PENGGANAS LAHAD DATU NI?

-WAHAI PENYOKONG PAKATAN BACALAH! SEBAHAGIAN DARIPADA BUKTI KUKUH PENGLIBATAN PEMBANGKANG DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN LAHAD DATU SUDAH DIKESAN! TALI GANTUNG KINI TERASA SEMAKIN MENJERUT LEHER ANWAR! KEKEKE!!!-

Penyerahan wang oleh ahli Parlimen pembangkang kepada kumpulan pengganas Kiram di Manila, yang dikesan perisikan tentera Filipina adalah sebahagian daripada bukti kukuh pembabitan pembangkang dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada Februari lalu.

BH difahamkan urusan membawa dan menguruskan sejumlah besar wang tunai itu diarahkan oleh seorang individu berkepentingan dari negara ini berlaku pada 7 Februari, iaitu dua hari sebelum pencerobohan pada 9 Februari.

Urusan penyerahan wang pada 7 Februari dipercayai kepada wakil kumpulan pengganas Kiram dapat diintip dan direkod oleh perisikan tentera Filipina. Ia adalah isyarat utama insiden pencerobohan bakal berlaku,” sumber BH.

Dapat diintip, direkod

“Urusan penyerahan wang pada 7 Februari dipercayai kepada wakil kumpulan pengganas Kiram dapat diintip dan direkod oleh perisikan tentera Filipina. Ia adalah isyarat utama insiden pencerobohan bakal berlaku,” katanya.

Pasukan perisikan negara berkenaan juga menerima maklumat bahawa kumpulan pengganas mula menyerahkan wang kepada ahli keluarga terdekat mereka sebagai belanja sebelum mereka menceroboh Sabah.

Sumber itu juga berkata: “Isyarat makin jelas apabila lagu Sabah Nak Hilang mula didendangkan dan dinyanyikan dalam siri ceramah pembangkang seolah-olah sesuatu akan berlaku di Sabah,” katanya.

Katanya, tujuan utama lagu itu dinyanyikan adalah untuk mengalihkan tumpuan jika berlaku sebarang insiden tidak diingini ke atas Sabah, pihak yang harus dipersalahkan adalah Kerajaan Pusat sedangkan pada masa sama rancangan jahat menceroboh Sabah sedang dilakukan oleh pembangkang.

Pada 9 Februari, kumpulan pengganas Kiram dikesan memasuki Pantai Timur Sabah, iaitu hari yang sama dua Ahli Parlimen pembangkang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tiga hari kemudian, lebih 150 orang pengganas lengkap berpakaian seragam tentera dan bersenjata api dikesan memasuki kawasan Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Sudah peroleh bukti

Kelmarin, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah memperoleh semua bukti berkaitan pembabitan tiga pemimpin pembangkang dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

Semua bukti dijangka dikemukakan kepada Peguam Negara dalam tempoh terdekat. untuk tindakan susulan selepas PDRM dan ATM membuat penelitian dari segi undang-undang untuk memperkuat hujah di mahkamah. (sumber)

-UnReportedNews™®

Monday, 13 May 2013

PERHIMPUNAN BANTAH KEPUTUSAN PRU-13 PR HANYA USAHA MEMESONGKAN KES "DERHAKA TERHADAP YANG DI-PERTUAN AGONG"?!

-BERSIRI PERHIMPUNAN ANJURAN PR, RIBUAN PENYOKONG TEGAR HADIR, WAIMA ZAHIRNYA CELIK BELAKA SADISNYA MEREKA "BUTA HATI & AKAL, MALAH "SENGAJA" BUTA MATA" KERANA GAGAL MENGESAN "KEJANGGALAN" MATLAMAT UTAMA PERHIMPUNAN "MEMBANTAH KEPUTUSAN PRU-13", NGAPE PULA PR KELANTAN & P. PINANG TERIMA WATIKAH PERLANTIKAN MENTERI BESAR & KETUA MENTERINYA? NYATA SEMUA USAHA "MELENCONG" KES PENCEROBOHAN PENGANAS SULU DI LAHAD DATU YANG DIKAITKAN PEMBABITAN BEBERAPA PEMIMPIN TERTINGGI PR TERMASUK ANWAR SENDIRI? PATUTLE SPIN LEBIH-LEBIH, NAK ELAK KENA GANTUNG RUPENYE! KEKEKE!!!-

Jika dikaji atau perhatikan dengan secara yang lebih mendalam, secara logiknya kita tidak dapat mengenalpasti dengan tepat apakah matlamat atau objektif sebenarnya siri perhimpunan bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini yang telah berpihak kepada Barisan Nasional (BN) yang mendapat majoriti mudah dengan memenangi 133 kerusi Parlimen dari keseluruhan 222 kerusi yang dipertandingkan berbanding dengan Pakatan Rakyat (PR) yang menang 89 kerusi (PKR- 30, PAS- 21 dan DAP- 38).
  
Iya, memang siri-siri perhimpunan anjuran PR tersebut yang nyata dirancang serta dikemudikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan untuk "Membantah Keputusan PRU13"  tapi persoalannya, jika PR benar-benar tidak redha dengan keputusan Keputusan PRU13, mengapakah Kerajaan PR Kelantan dan Pulau Pinang diantara negeri-negeri yang terawal yang menerima watikah perlantikan Menteri Besar (MB) dan Ketua Menteri negeri masing-masing? Dan malangnya bagi Selangor, jika tiada perbezaan pendapat antara PAS, PKR dan DAP mengenai perlantikan Menteri Besarnya, pasti Selangor juga telah terawal menyusuli tindakan kedua negeri PR menerima watikah perlantikkan MBnya.


Selepas perhimpunan siri pertama diadakan di Kelana Jaya pada Rabu lalu diikuti dengan perhimpunan siri yang kedua di Pulau Pinang pada Sabtu lepas, PR kemudiannnya telah mengadakan siri perhimpunan ketiga di hadapan ibu pejabat PKR Perak bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 selepas pilihan raya dengan orang ramai memenuhi jalan-jalan di sekitar Medan Istana di Ipoh di sini semalam dan turut dilaporkan bahawa siri-siri perhimpunan yang telah diadakan tidak mendapat kebenaran daripada pihak polis dan pada masa yang sama, siri-siri perhimpunan itu seterusnya dijadualkan akan diadakan secara berasingan di Kuantan dan Johor Baru iaitu pada Selasa dan Rabu ini. 

Dilaporkan juga pada perhimpunan siri yang kedua di Pulau Pinang pada Sabtu lepas, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang baru menerima watikah perlantikkannya dengan  secara rasminya daripada TYT Negeri Pulau Pinang beberapa hari sebelum ini juga hadir pada perhimpunan tersebut! Lihatlah, bertapa hipokritnya golongan pemimpin-pemimpin tertinggi PR ini dan sadisnya, mengapa penyokong-penyokong tegar PR gagal melihat dari perspektif ini ataupun hakikatnya, mereka sebenarnya sedar namun sengaja buat-buat tak tak tahu. 

Ataupun kehadiran Guan Eng sebenarnya hanya untuk meng"iya"kan apa yang telah dilaung-laungkan Anwar iaitu "Membantah Keputusan PRU13" dalam perhimpunan tersebut tapi bukankah ianya tidak logik bagi diri Guan Eng dan DAP Pulau Pinang yang secara langsung sebenarnya tidak mengiktiraf kemenangan mereka di negeri mutiara itu?! Hakikatnya, PR  sebenarnya kini sedang meraikan kemenangan atas kejayaan mereka mencapai lebih dari PRU-12 dahulu mereka dan walaupun apa saja alasan Guan Eng dan sesiapa saja pemimpin untuk menghadiri perhimpunan tersebut termasuk Anwari Ibrahim sendiri, objektif utamanya bukanlah "Membantah Keputusan PRU13" tetapi lebih berniat menjurus kepada usaha untuk menyembunyikan sesuatu agenda pula.

Rakyat Malaysia seharusnya mengetepikan kebimbangan berhubung 'tragedi 13 Mei' dan biarlah 13 Mei menjadi hari baru untuk semangat yang baru di Malaysia, menolak semua bentuk perkauman, demikianlah mukadimah Anwar, seperti lazimnya beliau begitu bijak berkata-kata dalam ucapannya dengan memainkan perasaan setiap individu yang kebanyakan mereka berpakaian serba hitam, kononnya tanda "Berkabung Membantah Keputusan PRU13" yang ada diantara mereka hadir seawal pukul 7 malam semalam pada perhimpunan dimana Pengerusi PKR Perak, Dr Muhamad Nur Manutty dan Badrul Hashim Shaharin yang juga dikenali sebagai Chegu Bard juga telah memberi ceramah manakala, kehadiran Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya seakan memberi sokongan moral sahaja.

Jika dihayati "permainan" Anwar yang lampau, dimana beliau begitu bijak dan licik sekali membangkitkan isu-isu yang dianggap tidak relevan hanya sebagai "diversion" atau untuk memesongkan perhatian umum dari sesuatu "kesalahannya" yang lebih nyata, maka dari berdasarkan "sejarah permainan" Anwar, adalah amat logik sekali mengapa "perhimpunan PR yang sememangnya patut dan perlu diadakan" telah dianjurkan iaitu ianya lebih cenderung berniat untuk memesong satu isu yang teramat serius sebelum PRU-13 diadakan yang melibatkan "penderhakaan, pengkhianatan, ancaman serta mengisytiharkan peperangan kepada Yang di-Pertuan Agong" iaitu insiden pencerobohan kumpulan pengganas Sulu bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Memandangkan ianya adalah satu kes yang teramat serius membabitkan keselamatan negara, lebih-lebih lagi insiden tersebut juga telah mengorbankan lapan anggota polis dan dua anggota tentera terkorban dalam mempertahankan kedaulatan Malaysia, satu suruhanjaya khas sepatutnya ditubuhkan sebaik sahaja tamatnya PRU-13 baru-baru ini untuk menjalankan siasatan mencari dalang-dalang yang terdiri dari orang-orang tempatan yang telah dikenalpasti atau disyaki membantu kumpulan pengganas lanun Sulu sewaktu mendarat dan "bermaharajalela" di Lahad Datu, Sabah agar mengheret pihak terbabit ke muka pengadilan namun bagaimana suruhanjaya khas berkenaan hendak ditubuhkan dan sejauh mana keberkesanan siasatan yang bakal dijalankan dengan keadaaan kestabilan terkini politik negara yang "tidak seberapa" dek asakan perhimpunan PR yang kononnya "Membantah Keputusan PRU13"?!

Sewaktu kemuncaknya insiden pencerobohan kumpulan pengganas Sulu bersenjata di Lahad Datu terdapat sumber-sumber dari risikan Filipina yang mendedahkan terdapatnya bukti-bukti yang menjuruskan penglibatannya sekurang-kurangnya tiga pemimpin Pakatan negara ini dan daripada maklumat yang boleh dipercayai, kumpulan ini merupakan anggota MNLF pada suatu ketika dulu di bawah pimpinan Nur Misuari dan hubungan rapat di antara Anwar dengan Nur Misuari memang telah lama wujud dan diketahui umum dan mereka dipercayai menerima bantuan senjatapi dari satu elemen luar dan perkara ini yang dijangka ingin dihindari PR, terutamanya Anwar sendiri kerana hukuman terhadap mana-mana warga Malaysia, jika disabit dengan apa-apa tindakan yang menjurus kepada "penderhakaan, pengkhianatan, ancaman kepada keselamatan negara serta mengisytiharkan peperangan kepada Yang di-Pertuan Agong" maka mereka dikategorikan sebagai pembelot dan wajar dilucutkan kerakyatan serta hukuman yng menanti adalah penjara seumur hidup atau mati mandatori!

Anwar Ibrahim, yang juga penasihat PKR sendiri awal-awal lagi tidak menolak kemungkinan yang dirinya akan didakwa berhubung dakwaan penglibatannya dengan insiden penceroboh pengganas Sulu bersenjatapi di Lahad Datu, Sabah (sumber) dan secara logik, hanya dua saja motif mudah yang didapat dilihat dari segala yang yang diharap dari siri-siri perhimpunan "Membantah Keputusan PRU13" PR tersebut iaitu satu; melambatkan penubuhan suruhanjaya khas berkenaan untuk sehingga datang "ilham baru" atau dua; cuba menghuru-harakan keadaan negara ini agar campurtangan kuasa asing yang kemudiannya "menabal"kan PR sebagai kerajaan sah atas dasar" undi popular" PRU-13 yang telah memihak kepada PR.

Dipendekkan cerita, semua perancangan ini adalah memastikan Anwar Ibrahim yang dilaksanakan bagai pungguk rindukan bulan agar menjawat jawatan Perdana Menteri setelah beberapa insiden beliau tersungkur tika benar-benar hampir mencapainya biarpun "sementara"; kedudukan yang diidam-idaminya selama lebih dari dua dekad sebelum "menyerahkannya" (mungkin dengan cara teknikal yang tidak ketara) kepada DAP yang juga telah lama mengimpikan kuasa mutlak kerjaan Malaysia hanya untuk satu tujuan iaitu menghapuskan "Perkara 153" ataupun Artikel 153 Perlembagaan Malaysia iaitu Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dan sebagainya bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak. (sumber)

Saranan yang dibuat oleh Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Zulkifli Noordin semalam agar siasatan suruhanjaya khas berkaitan dalang insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah perlu disegerakan bagi mengheret pihak terbabit ke muka pengadilan kerana terdapat dakwaan pemimpin pembangkang terbabit dalam isu insiden itu, yang mengorbankan lapan anggota polis dan dua anggota tentera terkorban selepas bertempur dengan musuh tidak begitu keterlaluan malah dirasakan begitu wajar dan seharusnya dipertimbangkan oleh kerajaan dengan segera sebelum keadaan berlarutan menjadi lebih kronik lagi.

Zulkifli, yang juga bekas Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu yang ditemui pemberita selepas menghadiri program 'Wacana Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah' anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara di Kuala Lumpur disini juga menyarankan agar Polis perlu bertindak tegas dengan mengambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menyaman kerana tindakan yang mempertikai keputusan PRU13 ke atas Anwar Ibrahim kerana tindakannya menganjurkan siri perhimpunan bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini tanpa mendapat kebenaran daripada pihak polis bukan saja seakan mencabar kewibaan pihak berkuasa malah merupakan suatu penghinaan dan  pengkhianatan secara langsung kepada rakyat yang telah memilih BN untuk terus berkuasa.

Kita boleh memahami mengapa "DAP" berbuat begitu tapi yang musykilnya kemanakah hala-tuju"PKR dan PAS", sebuah parti yang majoritinya adalah golongan berbangsa Melayu dan ironinay, dipimpin oleh orng Melayu sendiri, takkan mereka tak menyedari mereka secara tidak langsung turut terbabit didalam kemusnahan yang merugikan bangsa sendiri. Apakah kebencian kepada BN berbaloi dengan kemusnahan yang bukan saja akan menjejaskan kita pada masa kini tapi anak-cucu serta keturunan kita sendiri, generasi bangsa Melayu yang seterusnya selepas kita?!

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List