Showing posts with label Idris Buang. Show all posts
Showing posts with label Idris Buang. Show all posts

Wednesday, 3 February 2016

Malu Di Halau Dari Sarawak, Mak Lampir Nak Saman Idris Buang Pulak?


Mungkin merasa malu kerana dihalau dari Sarawak baru-baru ini, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin ataupun nama glamournya "Mak Lampir" bagaikan cuba menutup "kemaluan"nya dengan mendakwa akan mengambil tindakan undang-undang ke atas ahli Majlis Tertinggi PBB Dato' Idris Buang kerana kononnya Idris sengaja mengambil kenyataannya di luar konteks.

Zuraida yang dipetik dari Facebook rasmi PKR Sarawak semalam sebagai berkata, Idris Buang sengaja mengambil kenyataannya di luar konteks dan beliau akan mengambil tindakan undang-undang akan diambil terhadap Idris yang juga merupakan bekas Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri dan bekas Senator.


Beliau juga mendakwa, pakatan pembangkang Pakatan Harapan, seperti sebelumnya Pakatan Rakyat, amat komited untuk menyokong autonomi penuh daripada negeri-negeri di Malaysia Timur Sarawak dan Sabah, dalam semangat Persekutuan Malaysia yang telah dijanjikan kepada mereka oleh pengasas-pengasas negara ini, menjaga hak dan kepentingan yang lebih besar kepada rakyat Sarawak dan Sabah, mengadakan sebuah negara yang adil, saksama dan bebas daripada skandal politik, rasuah, pembaziran dana awam dan eksploitasi ahli-ahli masyarakat yang lemah.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, beliau menyokong penuh langkah kerajaan negeri yang melarang Ibrahim Ali dan Ridhuan Tee Abdullah, yang dikenali sebagai fanatik perkauman dan agama daripada memasuki Sarawak.

"Semua pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan telah berikrar memberi sokongan penuh untuk autonomi imigresen kedua-dua negeri di Malaysia Timur, tetapi kami akan terus menyuarakan bantahan kami kuat untuk penyalahgunaan kuasa yang terletak hak di negeri ini, dan keputusan-keputusan sewenang-wenangnya untuk menghalang demokrasi ahli-ahli parlimen yang dipilih dan aktivis dari memasuki Sarawak dan Sabah untuk menjalankan aktiviti sah dan halal."

"Pemimpin-pemimpin Malaysia Barat politik dan aktivis hak sosial dan awam akan terus ke Sarawak dan Sabah untuk menyokong perjuangan yang adil dan sah rakyat Sarawak dan Sabah untuk mempertahankan hak dan kepentingan rakyat. Ini ahli-ahli parlimen yang dipilih secara demokrasi dan aktivis tidak seperti golongan fanatik perkauman dan agama seperti Perkasa dan mana-mana pihak yang seperti mereka.

"Rakyat Sarawak harus berjaga-jaga bahawa BN menyalahgunakan kuasa autonomi untuk tujuan politik sendiri...blablablabla...."


Namun begitu, Zuraida dengan jelas dipetik dari KLExpress sebagai berkata, “Apabila pembangkang mengambil alih kerajaan, parti akan memastikan mengubah undang-undang berkenaan (menghapuskan keistimewaan Imigresen) kerana tidak adil kepada rakyat Malaysia."

Pada pandangan peribadi penulis, Zuriada membuat kenyataan "U-turn" ini apabila menyedari kenyataan asalnya (iaitu untuk mengubah undang-undang menghapuskan keistimewaan Imigresen Sarawak) mendapat respon negatif dari rakyat Sarawak khususnya di media sosial.

Rata-rata rakyat Sarawak berpendapat sekiranya pembangkang berjaya mentadbir negara, semestinya 18 Perkara yang dimiliki Sarawak selama ini akan dihapuskan sama sekali sepertimana yang telah digambarkan oleh Zuraida dalam kenyataannya.

Menyedari kenyataannya mungkin akan memudaratkan PKR dalam PRN11 Sarawak nanti, Zuraida pula berdolak-dalih menyatakan Idris Buang telah sengaja mengambil hanya sebahagian daripada kenyataannya dan sebaliknya hendak mengertak untuk menyaman Idris yang juga seorang peguam.

"Hidung tak mancung, Pipi tersorong-sorong, Orang Sarawak janganlah kau nak cong, Silap-silap palak ko kenak pangkung".  -UnReportedNews™®

Saturday, 19 July 2014

YAHUDI LAKNAT DALANG SEBENAR TRAGEDI #MH17?


Saya ingin berkongsi kepada rakan semua akan firasat saya berkaitan dengan tragedi pesawat MH17 yang telah dikatakan ditembak jatuh dengan misil roket diruang udara Ukraine/Russia yang telah mengorbankan 298 nyawa penumpang serta anak kapalnya.

MH17: Siapakah dalangnya yang menembak pesawat kita? Dan Mengapa? Inilah persoalan yang memerlukan penelitian yang rapi.

Semakin saya mencari-cari jawapannya, saya bagaikan semakin terlihat "petunjuk" siapa sebenarnya dalang trajedi tersebut menerusi berita-berita yang dipaparkan di internet sejak beberapa bulan ini.

Benarkah "Pergerakan Zionis Ukraine" juga terlibat secara tidak langsung dengan kejadian ini?

Apakah nahas MH17 sengaja dibuat agar dunia beralih perhatian dan melupai sejenak nasib Gaza dan Palestine yang sekarang ini sedang dibedil dengan begitu kejam sekali oleh pihak Israel Zionis?

Apakah kerana Malaysia terlalu lantang menentang kekejaman Israel Zionis maka Malaysia dan pesawatnya telah dijadikan sasaran yang begitu mudah dan terbaik sebagai "diversion"?

Jika dikaji secara mendalam, Ukraine, bekas sebahagian daripada negara jajahan Russia adalah negara terbaru yang dikuasai secara halus oleh Zionis yang mempunyai agenda mereka tersendiri serta mendapat sokongan Amerika Syarikat.

Beberapa bulan lepas, kerajaan Ukraine yang sah telah ditumbangkan oleh pihak pemisah yang dikatakan ada kaitan Jew-mafia dari Moscow yang menentang Presiden Russia Vladmir Putin.

Pihak pemisah ini di ketuai oleh seorang yang bernama "Delta", iaitu seorang bekas tentera Israel.

Pihak inilah yang menentang Russia serta memastikan Yahudi Zionis berkuasa di Ukraine seperti sekarang.

SILA BACA LINK-LINK INI.....





Ukraine: Zionist America’s new Jewish colony

The new president and prime minister of Ukraine have now been “outed” as Jews-and this in a country where Right Sector fascists nourish a deep-seated hatred of Jews. This is surely a recipe for disaster.

-Dato' Idris Buang

-UnReportedNews™®

Tuesday, 27 November 2012

PELANCARAN KUTIPAN DERMA UNTUK PALESTINE DI DUN

Ketua Menteri Pehin Seri Haji Abdul Taib Mahmud menunjukkan sokongannya kepada rakyat Palestin dengan menderma sejumlah wang kepada kempen mengumpul derma "Sayang Gaza Sayang Palestine" semalam.

Sebelum itu, Ketua Menteri telah menerima kunjungan hormat oleh sekumpulan sukarelawan kempen"Selamatkan Gaza Selamatkan Palestine" di pejabatnya pada tingkat lima di bangunan DUN di Petra Jaya berhampiran bandaraya pada sesi petang DUN semalam.
Kumpulan sukarelawan terdiri daripada pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi dan beberapa kanak-kanak mewakili secara simbolik yang kanak-kanak dan remaja di Sarawak mahukan kedaulatan dan keamana dalam sesebuah Negara.

Menurut Ketua Penganjur kmpen "Selamatkan Gaza Save Palestin" Dato’ Idris Buang Ketua, objektif kunjungan hormat adalah untuk mendapatkan persetujuan daripada Ketua Menteri pada pelancaran kutipan derma kempen "Selamatkan Gaza Selamatkan Palestine".
"Kami (penganjur kempen "Selamatkan Gaza Save Selamatkan Palestine”) kerjasama dengan Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Sayap Pemuda dan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Aman Palestin, Lembaga Amanah Masjid Negeri Sarawak, PPWS, individu dan lain-lain.

Bercakap kepada UnReportedNews™® semalam, beliau berkata bahawa telah diberi persetujuan oleh Ketua Menteri dan DUN Speaker Datuk Amar Haji Mohammad Asfia Awang Nasar untuk meletakkan beberapa kotak kutipan derma di bangunan DUN.
Idris, bekas Senator Negeri berkata bahawa kotak kutipan derma akan diletakkan di lobi DUN sehingga akhir sesi DUN tahun ini.

"Kami juga dalam proses memohon permit yang di perlukan untuk meletakkan kotak derma di seluruh Sarawak lebih-lebih lagi di masjid, jabatan-jabatan kerajaan dan agensi-agensi, tempat-tempat awam untuk mendapatkan lebih ramai untuk terlibat dalam kempen."
Menjelaskan bahawa kempen akan dijalankan sehingga awal tahun depan untuk mengumpul seberapa banyak yang mungkin akan dihantar kepada Palestines, katanya sambil menambah bahawa di samping mengumpul derma, mereka juga menyebarkan kesedaran melalui facebook kami dan beberapa blog rakan-rakan mereka termasuk team Bloggers Anak Sarawak ™®.
 
-UnReportedNews™®

Friday, 21 September 2012

GAMBAR-GAMBAR "HIMPUNAN SEJUTA UMAT" DI BANDARAYA KUCHING SARAWAK

-JANGAN HINA NABI KAMI..SYAHID ITU JANJI ALLAH..JANJI ALLAH ITU PASTI & ABADI..LEBIH DARI 1,000 ORANG PESERTA MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM DEMONSTRASI TERSEBUT SELEPAS SOLAT JUMAAT TENGAHARI TADI & BERARAK DARI MASJID BAHAGIAN KUCHING KE BALAI POLIS SENTRAL KUCHING..INSYAALLAH CERITA SELANJUTNYA AKAN DI POSTING MALAM INI DI UnReportedNews™® .. ALLAHUAKBAR!- 













-UnReportedNews™®

Wednesday, 21 March 2012

AJAIBNYA, "BABI HALAL" DALAM TIN MUNCUL SEMULA!

-PADA PEMBALUT TIN DAGING BABI CINCANG BERPERISA CAMPURAN KACANG YANG DI IMPORT DARI CHINA INI MEMPERLIHATKAN TULISAN HURUF JAWI "HA-LAM ALIF-LAM"  & TULISAN RUMI "HALAL"-



KES kewujudan “kehalalan” Babi cincang dalam tin di import dari China muncul lagi sekali di Sarawak. Adakah orang-orang dari negeri Tanah Besar China terlalu pandai dan  “advance” sehingga mereka mampu mempelajari serta menemui cara/teknik baru penyembelihan” babi sehingga ianya dapat di “halalkan” sebab ini agak mustahil kerana sesungguhnya babi di katogerikan sebagai “najis” untuk umat Islam. Sungguh bengap dan biadap mereka ini!

Walau bagaimanapun, sebagai orang Islam, saya merasa “terhina” serta terkilan kerana kewujudan “babi halal” ini (Pork Mince With Bean Paste) di Sarawak/Malaysia amnya kerana mempamirkan tulisan jawi “Ha-Lam Alif-Lam” dan tulisan rumi “Halal”. (Terima kasih kepada teman FB Dato' Idris Buang iaitu saudara Merican Wayne atas pendedahan ini).

Namun apa yang lebih bengap lagi, mengapa makanan haram bercap halal ini boleh menembusi pasaran Sarawak/Malaysia lagi dan dengan senang lenangnya saja ianya mampu berada di atas para-para dalam kedai-kedai di sini. Apakah agensi kerajaan yang berkaitan (baik KPNDKK, Jabatan Agama Islam atau mana-mana agensi berkaitan) pun “terbengap” juga sehingga mereka tertipu melihat cap “halal” tersebut lalu terlintas pandangan? Atau sememangnya mungkin pemantauan memang tidak pernah di lakukan? 

Setakat ini (March 21hb), berapa jumlah rampasan tin “babi halal” ini telah di rekod sekiranya operasi memantau dan membasmi “menatang haram” ini dilakukan? Nyatakan secara terbuka? Satu lagi, tolong ambil tindakan ke atas perkara ini termasuk tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang telah didapati mengimport “babi halal” ini. 

Kerajaan tidak boleh “menutup mata” ke atas perkara ini dan THERE MUST BE SOMEONE RESPONSIBLE IN THIS MATTER TO BE BLAMED, AS IT IS A DIRECT HUMILIATION AND INSULT TO THE MUSLIMS COMMUNITY IN MALAYSIA. Mana nak simpan muka? Kita kan salah satu daripada negara contoh Islam di dunia? Babi boleh di halalkan kah?

Bab Halal dan Haram ini adalah perkara serius dan tidak boleh di kompromi langsung, cuba bayangkanlah sekiranya ditakdirkan ada seorang hamba ALLAH yang hanya pandai membaca tulisan jawi “terbeli dan menjamu babi halal” itu kerana dek terlihat cap “HALAL” terjentang tersebut? Siapa yang nak menanggung dosanya? Cuba jawab.

Sebagai wartawan dan blogger beragama Islam, saya dah melakukan tanggungjawap saya iaitu mewar-warkan perkara ini. Anda pula?


-UnReportedNews™®

Tuesday, 20 March 2012

KEPERIHATINAN BN KEPADA RAKYAT TERSERLAH

-BANTUAN IKHLAS DARI BN BIARPUN DI DALAM KAWASAN PEMBANGKANG-

Kejadian kebakaran yang memusnahkan rumah bekas anggota tentera, Ahmad bin Sabang, 71, telah mendapat pembelaan sewajarnya apabila kerajaan bersetuju membantu dalam membina rumah baru yang bernilai RM50,000.

Sumbangan itu telah membuatkan Ahmad berasa lega dan terharu di atas bantuan yang dihulurkan kerajaan. Biarpun begitu, Ahmad tetap mengenangkan rumahnya yang disifatkannya mempunyai seribu satu macam kenangan. Ini disebabkan rumah itu adalah peninggalan keluarganya yang mula-mula mendiami kawasan itu yang kini terletak di tengah-tengah bandar Kuching.

Selain bantuan rumah, keluarga Ahmad juga menerima sumbangan berbentuk wang tunai, barangan keperluan dan pakaian. Sejak kejadian kebakaran itu, keluarga Ahmad tidak putus-putus menerima bantuan khususnya daripada agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO). Manakala, yang menjadi persoalan tiada seorangpun pemimpin wakil rakyat daripada DAP mahupun PKR yang merupakan wakil rakyat di kawasan itu menampakkan muka atau melihat kejadian itu.

Pada majlis itu, PBB DUN N.11 Batu Lintang yang diketuai Dato’ Haji Idris Buang bersama dengan SUPP Parlimen Bandar Kuching serta Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak dan KEMAS telah bekerjasama mengadakan gotong-royong membersihkan tapak rumah Ahmad Sabang. Gotong-royong ini dilakukan bagi memberi ruang kepada pembinaan rumah baru yang dijadualkan akan dibina tidak lama lagi.

Biarpun rumah ini terletak di kawasan Pakatan Pembangkang, iaitu dalam Parlimen P.195 Bandar Kuching yang diwakili DAP manakala DUN N.11 Batu Lintang diwakili PKR, namun ia tidak sedikitpun memberikan tekanan dan meruntuhkan semangat untuk membantu rakyat. Malah, rakyat di Sarawak dan Malaysia keseluruhannya perlu berasa berbangga kerana mempunyai kerajaan yang prihatin akan masalah rakyat khususunya ketika menghadapi bencana dan musibah yang tidak diduga.

Mengulas pemberian itu, Ahmad mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan BN kerana menghulurkan bantuan. Biarpun rumah asal telah musnah namun pemberian kerajaan ini telah banyak membantu kami sekeluarga untuk meneruskan kehidupan. Paling bersyukur, dalam kejadian itu tiada sebarang kejadian kemalangan jiwa hanya melibatkan kemusnahan harta benda.

Turut hadir di majlis Prihatin Merpati Putih BN ialah Timbalan Datuk Bandar MBKS, Haji Abang Affandi Abang Anuar, wakil SUPP, Sih Hua Tong, Pengarah JASA Sarawak, Hassan Busu dan Pengarah KEMAS, Haji Abang Rabee Abang Muhi. Turut sama membantu gotong-royong itu pegawai dan kakitangan JASA Sarawak, KEMAS Sarawak, PBB, SUPP dan penduduk setempat. 

Sumber dari rakan blogger Wira Kenyalang. Sila click sini.

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List