Showing posts with label Israel. Show all posts
Showing posts with label Israel. Show all posts

Monday, 4 August 2014

ISRAEL BLOK RAKYAT MALAYSIA DARI LAYARI LAMAN FACEBOOK IDF

                       
Israel hari ini nampaknya telah menghalang pelayar dari Malaysia dari melayari laman Facebook IDF. Mungkin mereka telah goyang apabila banyak kali 'troll' ataupun laman Facebook mereka dikatakan telah digodam sebelum ini. Atau mungkin ada helah yang mereka tidak mahu rakyat Malaysia tahu.


Sememangnya ada ciri yang membolehkan Admin page Facebook mengehadkan negara mana yang boleh melayari laman Facebook mereka.

Hal ini dapat dilihat jika pengguna dari Malaysia pergi ke  laman Facebook IDF secara terus, pengguna akan dibawa ke Laman Utama, bukan page berkenaan.

Tetapi jika menggunakan proksi dari luar negara  seperti ini dan memasukkan alamat (URL) laman facebook IDF, iaitu https://www.facebook.com/idfonline , laman berkenaan masih lagi kelihatan berfungsi dengan elok.

Sebab kenapa mereka melakukan perkara itu tidak diketahui. Tapi nampaknya Malaysia telah berjaya memberi sedikit gentar kepada Zionis. Malaysia Boleh. (sumber

-UnReportedNews™®

Sunday, 3 August 2014

VIDEO: PENGANTIN & TETAMU PIJAK BENDERA ISRAEL


MELAKA: “Kami hanya mampu menunjukkan bantahan sebegini terhadap kekejaman rejim Zionis ke atas rakyat Palestin,” kata pereka grafik Mohd Hilmi Muslim, 27, yang bersanding sambil menzahirkan semangat anti Israel.

Mohd Hilmi yang bernikah dengan Norfadhilah Mohd Badroldin, 27, mengabadikan hari persandingan mereka di rumah pengantin perempuan di Kampung Umbai, Merlimau, di sini, semalam dengan berpakaian serba hijau sebagai tanda menyokong rakyat Palestin.

Mereka diarak masuk ke perkarangan rumah pengantin perempuan sebelum memijak dan membakar bendera negara Israel, sebagai tanda protes terhadap kekejaman Zionis.

Menurut Norfadhilah, dia dan suami simpati dengan nasib menimpa rakyat Palestin.


“Kami kesal dan sedih melihat kekejaman tidak berperi kemanusiaan Israel. Sebagai umat Islam, kita mesti membantah sekeras-kerasnya tindakan mereka kerana mereka memang layak dikeji,” katanya yang ditemui selepas majlis persandingan jam 2 petang, semalam. (sumber)


-UnReportedNews™®

Saturday, 2 August 2014

ISRAEL TUDUH MALAYSIA UNTUK TUTUP MALU


KUALA LUMPUR: Tuduhan yang dilemparkan Israel ke atas Malaysia berhubung pejuang Hamas merupakan propaganda yang dirangka oleh agensi perisikan Israel Shin Bet untuk mencemarkan nama baik negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, propaganda kononnya Malaysia menjadi tempat melatih pejuang Hamas juga bertujuan menutup malu Israel kerana gagal berdepan dengan pejuang-pejuang Hamas di Gaza.

“Malaysia tidak pernah menjalin sebarang kerjasama terutamanya dari segi ketenteraan dengan Hamas atau mana-mana pihak di Palestin.

“Setakat ini hubungan dan kerjasama Malaysia dengan Palestin merupakan hubungan diplomatik, perdagangan, dan kebudayaan sahaja,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid menuntut Israel membuktikan dakwaan serius itu yang sengaja ditimbulkan selepas masyarakat antarabangsa mengecam keganasan tentera Israel ke atas Palestin.

Beliau bagaimanapun mengakui Malaysia merupakan penyokong kuat pejuang Palestin daripada segi moral dan bantuan kemanusiaan.

Katanya, sokongan padu rakyat Malaysia itu kerana hubungan baik antara pemimpin Malaysia dan Palestin yang terjalin sejak sekian lama.

“Ada kemungkinan ini menyebabkan pihak Israel tidak berpuas hati,” katanya.

(sumber

-UnReportedNews™®

Friday, 1 August 2014

MUSLIHAT ISRAEL MENGAITKAN MALAYSIA DENGAN HAMAS


Jerusalem Post semalam melaporkan yang kononnya seorang pejuang Hamas yang berpangkat komander sebuah unit Hamas yang berjaya ditahan oleh Isreal di Khan Younis telah mendedahkan dia menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan menggunakan payung terjun berkuasa.

Apa sebenarnya muslihat Israel "mengfitnah" Malaysia, sebuah negara yang dianggap bukan negara berkuasa besar di dunia ini dengan kumpulan pejuang Hamas?

Apakah disebabkan Malaysia, di antara negara-negara Islam yang paling lantang dan berani membantah sekeras-kerasnya ke atas ketidakadilan tindakan Israel terhadap negara Palestine selama ini telah menekankan Israel sehinggakan memaksa mereka untuk mencipta fitnah tersebut?

Umum tahu Israel sememangnya adalah pakar dalam sesuatu konspirasi dimana mereka berkemampuan dan tidak mustahil boleh merancang sesuatu kejadian atau keadaan biarpun di dalam sesebuah negara asing yang lain, lebih-lebih lagi ke atas sebuah negara kerdil seperti Malaysia.

Setiap tindak-tanduk Israel pasti ada motif yang terselindung dan jika difikirkan kembali, adalah tidak mustahil kedua kejadian; kehilangan pesawat MH370 dan penembakan jatuh pesawat MH17 adalah hasil "kerjatangan" Israel jahanam itu. 

China adalah kuasa negara yang terbesar di Asia yang selama ini menjadi rakan perniagaan utama dan mempunyai hubungan dua-hala yang baik dengan Malaysia dan alasan yang terbaik untuk memusnahkan hubungan tersebut adalah dengan "menghilangkan" pesawat MH370 yang membawa 153 warganegara China.

Setelah berjaya mencalarkan imej Malaysia di mata dunia serta mengikis sokongan China terhadap Malaysia menerusi tragedi MH370, mempengaruhi puak-puak pemisah di Ukraine untuk menembak jatuh pesawat MH17 adalah sesuatu yang di anggap mudah bagi Israel dimana pengaruh Zionist/Israel sememangnya sudah meresapi ke dalam kerajaan negara Ukraine.

Bagi Israel, penembakan pesawat MH17 bagaikan melontar "seketul batu ke arah dua burung", dimana mereka boleh mencalarkan kredibilti Malaysia dan menuduh puak pro-Rusia/Rusia yang sebenarnya dalang tragedi tersebut dalam masa yang sama.

Jika direnungkan kembali, permainan Israel ini bagaikan satu skrip drama lama yang boleh di jangka dimana pada akhir babak nanti Amerika Syarikat, rakan sekutu Israel akan bertindak sebagai hero dunia dan cuba menyelesaikan masalah ini.

Rakyat Malaysia janganlah memandang enteng di atas perkara ini kerana Amerika Syarikat yang telah sebegitu lama mengidam dan mengintai peluang untuk memperluaskan pengaruh mereka di rantau ini menerusi Malaysia sememangnya tidak akan melepaskan peluang untuk menjadikan alasan Malaysia sebagai sarang latihan pejuang Hamas untuk campurtangan serta memberi tekanan kepada negara ini agar mengikuti telunjuk mereka.

Bersedialah, Malaysia akan ditekan oleh Israel, Amerika Syarikat serta sekutu-sekutu mereka yang lain dan selain dari berdoa, apa yang rakyat Malaysia boleh lakukan adalah bersatu, ketepikan ideologi dan politik kerana sesungguhnya Malaysia akan menghadapi "serangan susulan" selepas ini. 

-UnReportedNews™®

Thursday, 31 July 2014

ISRAEL FITNAH MALAYSIA SEBAGAI SARANG LATIHAN PEJUANG HAMAS


KUALA LUMPUR: Seorang pejuang Hamas yang ditahan Israel mendedahkan dia menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan menggunakan payung terjun berkuasa, menurut satu laporan Jerusalem Post.

Shin Bet (Agensi Sekuriti Israel) berkata suspek tersebut merupakan seorang komander sebuah unit Hamas yang berjaya ditahan di Khan Younis.

Pejuang itu memberitahu para penyiasat bahawa latihan yang diterimanya adalah sebahagian daripada persiapan Hamas untuk menentang Israel di Semenanjung Gaza.

Pejuang itu dikatakan menyertai Hamas pada tahun 2007 dan menjadi ahli sayap ketenteraannya yang bernama Izzadin Kassam.

Dia dilaporkan ke Malaysia pada 2012, di mana dia dan sembilan anggota Hamas lain menjalani latihan menerbangkan payung terjun berkuasa.

Shin Bet berkata pejuang Hamas itu menyertai unit rizab Hamas pada tahun yang sama dan telah ditugaskan untuk operasi-operasi khas.

Pada tahun 2013, pejuang Hamas itu menyertai unit elit dan menerima senapang Kalashnikov untuk dibawa bersamanya pada setiap masa.

Dia kemudian dilatih menggunakan senapang M-16, bom tangan roket dan bom lain.

Pejuang-pejuang tersebut juga telah diajar bagaimana untuk menculik askar dan cara peperangan dalam terowong.

Shin Bet berkata pejuang Hamas itu dijadualkan untuk melatih pejuang lain dalam kemahiran pertempuran bulan ini. (sumber)


Timbalan Menteri Dalam Menteri Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam responnya terhadap lapuran ini menafikan sekeras-kerasnya terhadap pertuduhan ini.

-UnReportedNews™®

Saturday, 19 July 2014

YAHUDI LAKNAT DALANG SEBENAR TRAGEDI #MH17?


Saya ingin berkongsi kepada rakan semua akan firasat saya berkaitan dengan tragedi pesawat MH17 yang telah dikatakan ditembak jatuh dengan misil roket diruang udara Ukraine/Russia yang telah mengorbankan 298 nyawa penumpang serta anak kapalnya.

MH17: Siapakah dalangnya yang menembak pesawat kita? Dan Mengapa? Inilah persoalan yang memerlukan penelitian yang rapi.

Semakin saya mencari-cari jawapannya, saya bagaikan semakin terlihat "petunjuk" siapa sebenarnya dalang trajedi tersebut menerusi berita-berita yang dipaparkan di internet sejak beberapa bulan ini.

Benarkah "Pergerakan Zionis Ukraine" juga terlibat secara tidak langsung dengan kejadian ini?

Apakah nahas MH17 sengaja dibuat agar dunia beralih perhatian dan melupai sejenak nasib Gaza dan Palestine yang sekarang ini sedang dibedil dengan begitu kejam sekali oleh pihak Israel Zionis?

Apakah kerana Malaysia terlalu lantang menentang kekejaman Israel Zionis maka Malaysia dan pesawatnya telah dijadikan sasaran yang begitu mudah dan terbaik sebagai "diversion"?

Jika dikaji secara mendalam, Ukraine, bekas sebahagian daripada negara jajahan Russia adalah negara terbaru yang dikuasai secara halus oleh Zionis yang mempunyai agenda mereka tersendiri serta mendapat sokongan Amerika Syarikat.

Beberapa bulan lepas, kerajaan Ukraine yang sah telah ditumbangkan oleh pihak pemisah yang dikatakan ada kaitan Jew-mafia dari Moscow yang menentang Presiden Russia Vladmir Putin.

Pihak pemisah ini di ketuai oleh seorang yang bernama "Delta", iaitu seorang bekas tentera Israel.

Pihak inilah yang menentang Russia serta memastikan Yahudi Zionis berkuasa di Ukraine seperti sekarang.

SILA BACA LINK-LINK INI.....





Ukraine: Zionist America’s new Jewish colony

The new president and prime minister of Ukraine have now been “outed” as Jews-and this in a country where Right Sector fascists nourish a deep-seated hatred of Jews. This is surely a recipe for disaster.

-Dato' Idris Buang

-UnReportedNews™®

Saturday, 28 July 2012

CAUTION: ZIONIST REGIME AT WORK! .. AGAIN

-AS THE ENTIRE WORLD WATCHED HELPLESSLY THE PALESTINIANS BEING SLAUGHTERED & MURDERED BY ISRAEL , THIS PKR “CREATURE” HISYAMUDDIN RAIS THROUGH HIS WRITING FINGER-POINTING, POTRAYING AS IF THE SAUDI ARABIA WAS THE ACTUAL “CULPRIT”, AN OBVIOUS & PATHETIC ATTEMPT TO SPIN & DIVERT AWAY THE ATTENTION FROM THE ZIONIST’S “SYSTEMATIC-ETHNIC-CLEANSING"-

As the world began to realize and mocking the terror of Zionist regime, some somehow tries to divert the attention and raises questions on Islamic government, Saudi Arabia.


The side that we are talking about here is not from the West, but a pro-PKR writer, hence, strengthening rakyat's perception that PKR is truly Zionist's agent for the South East Asian region.

The writer is of course none other than Hishamuddin Rais.

In KeAdilandaily, Hishamuddin wrote in an article entitled 'Saudi Arabia and Israel Zionist' where he insulted the people of Saudi by saying that they had acted immorally and turned violent against foreigners including raping and bashing female workers from Philippines and Indonesia.


Few of his article mentioned:

"To me, Saudi Arabia is just a scam for all Muslims around the world."

"History showed that Saudi Arabia was formed from the planning of Anglo-Saxon imperial power right after the first World War.
"
"This Arab peninsular, just like the Gulf countries, was led by various tribal leaders."

"Clashes between tribes often happen. So that is when T.E Lawrence, an agent from Britain who plans to bring down the imperial power of Ottoman which stands in Istanbul decided to come."

By providing support to tribe leader, Abdul Aziz al- Saud, the strength of Ottoman government in the southern region - Jordan, Palestine, Syria and Iraq - turned weak.

On October 29, 1923, Turkey turned to a Republic.

Officially, the power of Ottoman government was wiped out on March 3, 1924.

Finally in 1932, the country known as Kingdom of Saudi Arabia was formed.

T.E Lawrence, a British agent, who also practiced homosexuality had played a huge role in forming Saudi Arabia.

The question is, why would Hishamudin Rais or PKR insulted and mocked Saudi government as such ???


Does PKR want to trigger doubt, prejudice and hate towards the government of Saudi Arabia among Muslim around the world ???

Does he want to see Saudi to be in chaos ???

Modern Saudi was formed in 1932.

The history behind it showed the invasion of Nejd and Hejaz by Abdul Aziz bin Saud in 1902, a failed revolution in 1916, and mass murder of badwi wahabbi soldiers in 1930 in Sabilla when they did not agree with King Abdul Aziz who did not want to be in war and to invade Jordan, Iraq and Kuwait.

Since then, Saudi's politics are always unstable due to internal crisis between Royals, army and Islamic extremists.

But, it was a blessing for Muslims all over the world when Saudi government reached peace and that they managed to keep developing to make it possible for people to go to Mecca without getting any threats.

Digging back history just to mock the Saudi government is a stupid thing to do, especially when it is done by a foreigner, not people of Saudi.


That is why, it is not wrong for us to think that Hishamuddin Rais and PKR is carrying Zionist agenda to trigger hate towards the country that is rich with oil and holds the house of Allah.

This may be a desperate move for Hishamuddin to retain the good image of Anwar Ibrahim as a fighter for Islam and not a Zionist agent, and it was done by linking the Saudi government with Zionist.

Too bad, such statements are just too overrated.

Or perhaps his intention as to trigger tension between Malaysia-Saudi.

If that is his intention, he should know that PKR can never be the government, and that is why he did not even care to keep diplomatic relationship with foreign nations clean.

Whatever it is, Anwar Ibrahim need to explain various matters to Muslims all around the world especially to the people of Saudi Arabia about what his 'slave', Hishamuddin Rais had written.

The article should not be mentioned as Hishamuddin's personal opinion because it was printed and published within PKR.

Especially when PKR's involvement with Zionism can be seen through Anwar Ibrahim's close relationship with Zionism leaders.


The apology tour case, for example, showed that Anwar had to beg for forgiveness from Zionist leaders when he 'accidentally' criticized their intrusion towards Palestine, had opened the eyes of many.

We are well aware of Zionist's strategy in taking over the world, divide and rule.

People in nations would be separated to tribes, races and religions with their agents moving each of these groups, these agents would then begin to accuse the government, which then would lead to people going against the government.

For such a long time, Zionists have managed to use their puppets in few countries with this strategy.

Countries which became their target are usually countries with rich natural resources such as oil, or logistics in forms of space and sea for their trading interest.

Besides that, even countries without natural resources would still become their victims because Zionists target all countries around the world to be controlled by them.

This is not about being paranoid or having such high imagination but it is fact which had been revealed by few CIA agents.

Thus, with the article written by Hishamuddin Rais, it seems that PKR was given the responsibility by Zionist to break Malaysians, and to trigger hate towards the country which becomes the 'kiblat' for Muslims around the world.


What's important is that we should not let Zionist agents such as PKR contaminate the Holy Land by triggering riot there.

Peace in the Holy Land should be kept at any cost, that is the promise made by Saudi Arabian government so that all Muslims around the world would be able to perform Haj each year.

One question which comes from all this is that what does PAS think about this ???

Do they want to see the Holy Land turn to Tahrir Square like how they have hoped for all these while ???

Source: Info 4 The Truth


-UnReportedNews™®



Friday, 29 June 2012

ANWAR SEMEMANGNYA PELOBI US?

-SAINTIS POLITIK ISLAM MALAYSIA, REFORMIS ISLAM & JUGA AKTIVIS CAHNDRA MUZAFFAR DALAM WAWANCARANYA BERSAMA NILE BOWIE BARU-BARU INI PERCAYA US MEMERLUKAN PELOBI DI ASIA INI .. MACAM KENA JE SALAH SEORANG DARI PELOBI TU .. KEKEKE-


Nile Bowie seorang penulis dan jurugambar Amerika Syarikat (AS) dari Pusat Penyelidikan Globalisasi yang berpangkalan di Montreal, Kanada telah wawancara Profesor Dr Chandra Muzafar pada 17 Jun 2012 di pejabat JUST, Petaling Jaya, Kuala Lumpur.

Wartawan Barat itu bertanyakan tentang strategi AS di rantau Asia Pasifik dalam menghadapi ancaman negara China sebagai kuasa baru dunia dan kaitannya dengan negara-negara Asia Tenggara seperti Burma, Thailand dan Malaysia dalam agenda tersebut.

“Mereka (AS) memerlukan lebih ramai pemimpin untuk memainkan peranan menghadapi China..Pemimpin yang boleh dikawal AS dari segi pembangunan ekonomi dan politik di rantau ini.

“Mereka mempunyai pemimpin di sini.. yang dipersiapkan untuk tujuan itu iaitu Anwar Ibrahim yang sangat rapat dengan kepentingan neocon di AS,”kata Dr Chandra.

Bowie turut bertanyakan pandangan Dr Chandra tentang grand design ‘Regime Change’ melalui BERSIH yang dibiayai oleh NDI dan yayasan George Soros, Open Society Institute (OSI).

Untuk mendapatkan pandangan Dr Chandra berkenaan persoalan di atas, sila tonton rakaman video di atas. (klik di sini)

Nile Bowie yang kini mula berpindah pangkalan ke Malaysia sering menghantar pandangan-pandangannya tentang isu globalisasi kepada rakannya, Tony Cartalucci, Land Destroyer Report dan Professor Michel Chossudovsky, seorang pakar ekonomi dari Kanada yang menulis di GlobalResearch.ca.


Sumber: AIDC

-UnReportedNews™®



Friday, 22 June 2012

SINGAPURA KURANG AJAR, NAK MINTAK KENA AJAR?


-KALO HENTIKAN BEKALAN AIR DARI JOHOR KE SINGAPURA, TAKUT PULAK RAKYATNYA YANG TERSIKSA DEK KESOMBONGAN & KEANGKUHAN PEMIMPIN SERTA SEGELINTIR RAKYATNYA YANG TERKURANG AJAR. NANTI KANG TERPAKSA DIER ORANG RECYCLE AIR KENCING SENDIRI ATAU AIR LAUT NAK BUAT AIR MINUM, KESIAN PULAK!!-


Jika kita mengtakrifkan Singapura sebagai seorang manusia, maka ia pastinya seorang manusia yang paling busuk hati di dunia ini.


Sejarah penubuhan negara tersebut iaitu dengan keluar dari Malaysia juga, menyaksikan yang negara itu ditubuh atas dasar khianat, angkuh, perkauman dan pentingkan diri sendiri. Akibat penubuhan yang tidak berasaskan niat yang baik, Singapura mempunyai sikap ‘paranoid’ yang kronik iaitu sentiasa menyimpan syak wasangka dan memusuhi Malaysia.

Sikap ‘paranoid’ berlebihan inilah yang menyebabkan ruang angkasa Malaysia sering diceroboh mereka. Malah, bukan kita tidak tahu bahawa agen-agen mereka sentiasa bergerak cergas mengumpul maklumat dan memerhati pergerakan dan perkembangan negara ini. 

Walaupun Malaysia menghulurkan tangan persahabatan dan sering mengajak untuk bekerjasama dan menjunjung sifat sefahaman serta toleransi dalam menangani masalah-masalah yang membabitkan kedua-dua negara seperti perairan, ruang udara serta bekalan air mahupun dalam isu jambatan bengkok, tetapi huluran tangan Malaysia sering disambut dengan sepakan kaki sahaja oleh Singapura.

Kini, Singapura semakin kurang ajar apabila mula campurtangan dalam urusan politik negara. Ini dilakukan dengan menyelinap masuk melalui aktiviti-aktiviti yang didalangi pembangkang yang bertujuan untuk melemahkan kerajaan. Antaranya, Singapura telah menghantar wakil ke perhimpunan BERSIH 3.0, dan Himpunan Hijau yang menentang Lynas. Agen-agen mereka yang dikenalpasti bukannya ke perhimpunan tersebut untuk memerhati tetapi turut berdemonstrasi bagi memburukkan imej dan mengsabotaj ekonomi negara ini.

Amat kurang ajar sekali apabila antara yang agen yang dihantar untuk menyertai himpunan ini bukanlah orang-orang biasa atau rakyat marhaen tetapi terdiri dari diplomat-diplomat negara mereka, seperti:

1. Regina LOW Kay Yin (regina_low@mfa.gov.sg), First Secretary (Political) yang turut memakai baju kuning BERSIH 3.0.
2. Philomena AW Li Fen (philomena_aw@mfa.gov.sg), First Secretary (Political).
3. Ariel Eunice TAN Hwi Tiang (ariel_tan@mfa.gov.sg), Deputy High Commissioner and Counsellor.

Bagi sebuah negara yang mendabik diri sebagai negara maju, tindakan tidak bertamadun iaitu tidak menghormati jiran dan tidak tahu batas-batas hubungan diplomasi membuktikan betapa busuk dan buruknya hati perut dan perangai Singapura.

Maka tidak hairanlah Singapura digelar Yahudi Asia kerana hati perutnya yang busuk, biadap serta angkuh. Jika anda mengorek punca kenapa kaum Yahudi di laknat dan kenapa mereka dihalau lebih 70 kali sepanjang sejarah bangsa mereka di dunia ini, anda akan dapati bahawa secara umumnya, (walaupun bukan semua), kaum Yahudi terkenal dengan busuk hati, angkuh, biadap dan pentingkan diri juga.

Lee Kwan Yew dalam bukunya "From Third World to First: The Singapore Story 1965-2000” pernah mendedahkan bahawa tentera Singapura diasaskan oleh tentera Israel. Beliau menulis, “misi ketenteraan Israel diketuai oleh Yaakov (Jack) Elazari, ketika itu berpangkat kolonel, kemudian dinaik pangkat ke brigadier jeneral. Setelah meninggalkan tentera,beliau menjadi penasihat tentera Singapura”.

Hubungan akrab Singapura dengan Israel ini dengan sendirinya menjelaskan kenapa Singapura tidak senang dengan Malaysia sebuah negara Islam yang maju dan berpotensi, yang menjadi jirannya yang sabar dan setia.

Sikap kurang ajar Singapura tiada batasnya. Baru-baru ini, terdedah lagi bagaimana Singapura merancang untuk ‘menceroboh’ pilihanraya negara ini. Ini dilakukan dengan melatih beberapa wakilnya untuk menyertai pilihanraya dan semestinya dengan tujuan untuk menjatuhkan kerajaan parti memerintah untuk digantikan dengan parti anak didiknya iaitu DAP, dengan kerjasama dua ekor keldai iaitu PAS dan PKR.

Sebagai musuh azali, tidak mustahil Singapura mempunyai pelan yang jauh lebih besar terhadap Malaysia. Menyertai demonstrasi dan menceroboh pilihanraya adalah Pelan A. 

Justeru, jangan sekali-kali kita terlepas pandang bahawa mereka pasti telah melakarkan Pelan B dan seterusnya sekiranya percubaan menakluk Malaysia melalui Pelan A tersebut gagal.

Sebelum ini, Wikileaks pernah mendedahkan bagaimana pemimpin Singapura merendah dan menghina hampir semua pemimpin dunia lain melalui perbualan sulit yang dirakam. Namun, Singapura langsung tidak terasa malu, jauh sekali meminta maaf.

Maka, kita yakin bahawa Singapura akan mengambil sikap jelik yang sama dalam isu campurtangan dalam politik Malaysia ini. Seperti seorang manusia yang tidak pernah dididik dengan adab sopan serta nilai-nilai murni kemanusiaan, Singapura hanya akan mengambil sikap selamba walaupun sikap dan rancangan jahat mereka telah terdedah luas.

Apa yang pasti, Lee Kwan Yew tentu merasa megah melihat bagaimana negaranya menjadi negara paling biadap dengan diplomat-diplomat yang amat kurang ajar sekali.

Jika beginilah sikap Singapura, maka Malaysia wajib berpegang kepada pepatah iaitu ‘buat baik berpada-pada’ apabila berurusan dengan Singapura kerana Singapura telah berbuat jahat kepada kita, bukannya sekali - tetapi berkali-kali.

Diharap kerajaan akan mengambil tindakan sebaiknya dalam menghadapi ancaman negara jiran ini. Harapan kita juga agar rakyat akan semakin membuka mata dalam membuat pilihan antara parti yang mendapat bantuan Singapura, dengan parti pemerintah yang tegas mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan Negara.

Sumber: Cik Zah



-UnReportedNews™®



Friday, 17 February 2012

BANG ANU MEROYAN SANGAT & KEMARUK NAK JADI PM KER?

-TAHUN 1998 DAH “KEEMPUNAN” JADI PM, SEKARANG UMUR DAH LANJUT, JADI PM “SEKEJAP” PUN MEMADAI, DEMI MENCAPAI CITA-CITA NAK JADI PM, KINI SANGGUP JUAL MARUAH KAT ISRAEL DEMI UNTUK SOKONGAN KUASA ASING!
KALAU di kaji betul-betul, memang patut pun Datuk Seri Anwar Ibrahim “bermati-matian” memburukkan kerajaan Barisan Nasional sebab dia “keempunan” nak jadi PM bila “tersungkur” di saat-saat akhir perlantikannya sebagai PM pada tahun 1998 dek gara-gara kes liwat episod pertamanya.

Fitnah demi fitnah di cipta dan di lemparkan oleh Bang Anu and Co. untuk menyemarakkan rasa kebencian rakyat kepada kerajaan BN baik di zaman kedua mantan PM Tun Mahadir serta Tun Abdullah dan kini PM Datuk Seri Najib tanpa mengambil kira kesan dan impact negatif, khususnya perpaduan rakyat, kestabilan politik dan ekonomi Malaysia dari tindakannya yang nyata sekali hanya untuk mencapai matlamatnya dan cita-cita untuk menjadi PM.

Kepetahan berpidato Bang Anu membolehkan beliau dengan mudah mengaburi mata golongan mereka yang tidak peka dengan keadaan sebenarnya dan golongan ini juga mudah dipengaruhi Bang Anu, lebih-lebih lagi berkaitan dengan semua setiap tindakan atau program kerajaan yang realitinya memberi kebaikan kepada rakyat namun diputarbelitkan menjdi sebaliknya.

Sebut saja-bantuan RM100 kepada penuntut sekolah, bantuan RM200 baucer buku penuntut insitusi tinggi, bantuan RM500 rakyat 1Malaysia dan banyak lagi program bantuan kerajaan, semuanya digambarkan Bang Anu kepada rakyat sebagai “tidak baik” namun pada hakikatnya, rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana kerajaan kini, yakni kerajaan BN memang mendahulukan rakyatnya dengan segala bantuan yang telah di hulurkan.

Kerakusan Bang Anu untuk menjadi PM semakin terserlah baru-baru ini dengan pendiriannya menyokong negara Israel secara terbuka demi untuk mendapat sokongan yang lebih padu lagi, lebih-lagi dah dekat-dekat nak PRU13 ni, maklum lah Israel selama ini telah membayangkan Bang Anu sebagai “the future Malaysia PM” (Prdana Menteri Malaysia seterusnya).

Rakyat Malaysia harus sedar akan “nawaitu”sebenar Bang Anu ini yang sekadar ingin memegang jawatan PM walaupun dengan apa cara sahaja supaya jangan “keempunan” lagi sekali.

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List