Showing posts with label RCI. Show all posts
Showing posts with label RCI. Show all posts

Monday, 16 September 2013

LAJIM JANGANLAH NAK MENYIBUK!

-RCI ADALAH BADAN BERWIBAWA YANG DITAULIAHKAN UNTUK MENYIASAT MASALAH PENDATANG ASING DI SABAH & SEPATUTNYA DIHORMATI SERTA LAJIM TAK PAYAHLAH NAK MENCAMPURI URUSAN RCI! KEKEKE!!!-

Seorang pemimpin kanan Sabah pada Isnin menasihati Pengerusi PKR Sabah Datuk Seri Lajim Ukin supaya tidak mempersoalkan keupayaan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat masalah pendatang asing di Sabah.

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional Sabah Datuk Abdul Rahim Ismail berkata RCI adalah badan berwibawa yang ditauliahkan untuk menyiasat masalah pendatang asing di Sabah dan sepatutnya dihormati semua pihak.

"Terpulanglah kepada RCI untuk mengadili sama ada seseorang yang dipanggil memberi keterangan itu bercakap benar atau sebaliknya.

"Pemimpin-pemimpin politik terutama sekali daripada pembangkang tidak perlu campur tangan dengan urusan RCI," kata Rahim, yang juga Adun Pantai Manis, kepada Bernama, di sini Isnin.

Bekas Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri itu mengulas kenyataan Lajim yang kecewa dengan keterangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada RCI yang menafikan beliau telah mengeluarkan arahan berhubung 'Projek IC'.

Dr Mahathir dalam keterangannya kepada RCI menafikan beliau berperanan dalam apa yang dikatakan Projek IC, dengan kad pengenalan diberikan kepada pendatang asing untuk membolehkan mereka menjadi pemilih.

RCI yang bermula sejak Januari, menyiasat dakwaan bahawa kewarganegaraan diberikan kepada pendatang asing tanpa izin di Sabah semasa pentadbiran Dr Mahathir.

Rahim juga mempersoalkan agenda di sebalik kenyataan pengerusi PKR Sabah itu yang kelihatan cuba memperkecil-kecilkan peranan dan tanggungjawab RCI.

"Lajim mungkin membuat kenyataan itu semata-mata mahu mengalih perhatian orang ramai supaya melupakan segala janji PKR semasa pilihan raya umum lepas.

"Saya nasihatkan beliau (Lajim) supaya tidak terlalu ghairah untuk mencari kesalahan pihak lain. Lebih baik beliau memikirkan bagaimana hendak memajukan rakyat di kawasan yang dimenangi parti pembangkang," katanya. 

-UnReportedNews™®

Wednesday, 6 February 2013

JANGAN NAK MEMANDAI BABITKAN SPR DALAM ISU RCI SABAH

-USAH BUAT SEBARANG KESIMPULAN SEBELUM PRODISING ITU SELESAI & JANGANLAH TERUS TUDUH SPR TERBABIT .. TUNGGULAH SAMPAI HABIS .. HORMATILAH RCI .. YA, KITA KAN DAH TAU SIAPA SASPEK UTAMA DALAM HAL NI? KAN? KAN? KAN?  (KLIK SINI) KEKEKE!!!-

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini meminta semua pihak supaya mengelak daripada membuat sebarang kesimpulan tentang perkara berkaitan dengannya yang disebut dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai isu pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata oleh kerana siasatan RCI masih berterusan, maka adalah tidak wajar bagi mana-mana pihak memberi komen yang menyalahkan mana-mana pihak berhubung perkara yang ditimbulkan dalam prosiding itu.

"Janganlah buat sebarang kesimpulan sebelum prosiding ini selesai. Janganlah tuduh SPR itu dan ini. Tak tepat. Belum habis. Tunggulah sampai habis. Kita hormatilah RCI," katanya.

Bercakap pada sidang akhbar di sini, beliau berkata, memberi komen ketika ini samalah seperti membuat kesimpulan tentang kesudahan cerita dalam sebuah filem yang belum habis ditayang.

"Pada awal cerita dalam filem tu, hero kena tembak. Tapi, janganlah buat kesimpulan hero tu dah mati. Pada penghujung cerita, rupa-rupanya dia pengsan saja," kata beliau.

Mengenai persiapan SPR untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Abdul Aziz berkata, suruhanjaya itu dianggar memerlukan RM78 juta untuk melaksanakan tugasnya di Sarawak, dengan lebih separuh daripada jumlah itu diperlukan untuk menyewa kenderaan untuk kegunaan petugasnya.

Katanya, jumlah yang diperlukan itu adalah yang paling tinggi berbanding untuk negeri lain berikutan keluasan Sarawak.

Terdahulu, beliau menyerahkan surat pelantikan kepada lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik sebagai pemerhati tempatan bagi PRU ke-13 di Sarawak.

Dalam ucapan pada majlis itu, Abdul Aziz berkata, empat persatuan - Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh, Persatuan Kebangsaan Orang Ulu, Persatuan Belia Islam Nasional Cawangan Sarawak dan Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak - akan memantau proses pilihan raya di kawasan Kuching.

Persatuan Melanau Sibu dan Dewan Perniagaan Cina Sibu akan bertindak sebagai pemerhati bagi kawasan Sibu, manakala Persekutuan Orang Ulu Malaysia dan Persatuan Cina Miri menjadi pemerhati bagi kawasan Miri, katanya.

Sumber: BERNAMA

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List