Showing posts with label PRK. Show all posts
Showing posts with label PRK. Show all posts

Thursday, 18 September 2014

#PRKPENGKALANKUBOR: Calon "Teruna" PAS Pandai Berceramah


PENGKALAN KUBOR: PAS menafikan calon parti itu yang bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Wan Rosdi Wan Ibrahim tidak pandai berceramah sehingga menjadikan suasana kempen 'lesu'.

Pengarah Jawatankuasa Operasi PAS PRK Pengkalan Kubor, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah berkata, pihaknya mempunyai strategi tersendiri dalam berkempen iaitu mendekati pengundi di peringkat akar umbi dengan membuat lawatan rumah ke rumah.

"Tok Wan Di (Wan Rosdi) mempunyai latar belakang agama. Dia boleh berceramah, bagaimanapun kami menyimpannya seperti 'anak teruna'.

"Fokus calon kami adalah bertemu orang ramai, jadi kita tidak akan mengganggunya dengan program-progam kempen. Dia tidak akan memainkan isu," katanya pada sidang media harian di Markas Besar PAS di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kempen PAS yang dilihat tidak serancak Barisan Nasional (BN) kerana calonnya yang dilihat tidak agresif dalam berkempen, khususnya ketika menyampaikan ceramah.

Sebaliknya, Wan Abd Rahim berkata, slot kempen ceramah PAS akan diisi oleh penceramah yang terdiri daripada pimpinan tertinggi parti.

Mengulas lanjut beliau berkata, kempen secara senyap dan tidak mendapat liputan media adalah disengajakan.

"Bila calon kita pergi rumah ke rumah, ia tidak diberi fokus atau perhatian. Dia pergi secara senyap tanpa diketahui pihak media," katanya.

Menurutnya, PAS menyasarkan untuk berjumpa dengan 75 peratus daripada keseluruhan pengundi.

Difahamkan, setakat ini PAS telah bertemu dengan 50 peratus daripada pengundi di DUN Pengkalan Kubor. -mStar

-UnReportedNews™®

Monday, 15 September 2014

#PRKPENGKALANKUBOR : PAS UMPAN RM300-RM2,000 BAGI SETIAP UNDI?


Sekarang ini sedang berlangsung hebat acara berkempen di seluruh Pengkalan Kubor. PAS bersungguh-sungguh mahu menawan kubu kuat UMNO selama tiga penggal berturut-turut itu dengan pelbagai taktik dan dakyah termasuklah menyerang peribadi calon BN dan juga memperlekehkan pondok pengajian yang dibina oleh calon UMNO itu.

Namun yang paling menarik adalah apabila Jentera PAS menjadikan golongan muda sebagai sasaran apabila mereka mula memainkan isu yang mempersoalkan kemampuan calon BN sekarang meneruskan legasi bekas ADUN Pengkalan Kubor dahulu. Jentera PAS turut mengugut pengundi sekiranya tuntutan royalti minyak berjaya diperolehi, kawasan Pengkalan Kubor yang dimenangi oleh UMNO-BN tidak akan menerima satu sen pun royalti berkenaan.

Sedangkan Kerajaan Negeri Kelantan sendiri masih tercari-cari ruang dan kelemahan pada akta yang berkaitan untuk merealisasikan tuntutan mereka. Malah lebih tepat lagi, kempen royalti minyak sudah semakin hampir menyamai kempen HUDUD yang PAS pernah popularkan sedikit masa lalu sebelum PKR dan DAP mematikan kempen tersebut dengan ancaman, ugutan dan penghinaan ke atas PAS.

Daripada maklumat yang diperolehi, jentera PAS itu turut menawarkan pembelian ke atas Pemuda UMNO Cawangan dan PDM pada kadar harga antara RM300 sehingga RM2000 bagi memastikan mereka memberikan sokongan serta bekerja untuk PAS. Kerja utama mereka adalah untuk menarik pengundi-pengundi muda secara senyap sepertimana yang berlaku di Teluk Intan.

Untuk tujuan tersebut, PAS dikatakan telah memperuntukkan dana sekitar RM450,000 sehingga RM480,000 bagi memastikan golongan muda berpihak kepada mereka.

Manakala Jentera Dewan Muslimat dan Briged Muslimat pula bergerak dari rumah ke rumah dengan menjadikan golongan ibu tunggal, fakir miskin dan OKU sebagai sasaran. Mereka menggunakan slogan, UNTUK AKHIRAT.

PAS turut melakukan penyebaran risalah sekitar jam 4:30 pagi sehingga jam 5:30 pagi.

Pada masa yang sama, PAS juga sedang berusaha untuk mencungkil latar belakang peribadi calon UMNO-BN yang dikatakan pernah berkahwin sebelum ini tetapi tidak mempunyai anak. Bekas isteri calon UMNO-BN dikatakan telah menetap di Kuala Lumpur dan berkahwin lain.  

Tidak ketinggalan juga FITNAH yang sedang gigih dimainkan dan disebarkan oleh jentera propaganda PAS melibatkan kaum nelayan. Pengerusi Persatuan Nelayan yang pro-PAS dikesan memainkan isu bantuan one-off RM200 kepada nelayan. Menurutnya, bantuan itu sebenarnya berjumlah RM800 tetapi kerajaan dan Perikanan telah menyebat duit mereka sebanyak RM600. Oleh kerana itu, pihak kerajaan menurutnya, telah berhutang kepada setiap nelayan wang berjumlah RM600.

Dakyah tersebut dilihat memberi kesan apabila para nelayan yang kurang membaca sebaliknya sekadar mendengar cakap-cakap dan ceramah, mula termakan dengan hasutan berkenaan.

Nampaknya, PAS menggunakan apa-apa sahaja kaedah dan menghalalkan apa-apa sahaja cara asalkan matlamat mereka untuk menawan DUN Pengkalan Kubor tercapai! -The Flying Kick 

-UnReportedNews™®

Saturday, 29 March 2014

#PRKBALINGIAN : PKR DAH MULA BUNGKUS BEG?

-SETAKAT JAM 2 HINGGA 3 PETANG TADI SERAMAI 482 ORANG KELUAR MEMBUANG UNDI MENJADIKAN JUMLAH TERKUMPUL SERAMAI 9,332 ORANG PENGUNDI ATAU 69.82 PERATUS!-

Keyakinan dan keoptimistikkan Barisan Nasional (BN) untuk memenangi PRK Balingian memang tinggi namun yang dikejar kini hanyalah jumlah majoriti kemenangannya nanti.

Kejayaan pasti menyebelahi Yussibnosh Balo dan BN tapi setakat mana sokongan tersebut? 

Prk Balingian adalah Prk pertama yang akan di terajui oleh Ketua Menteri Sarawak yang baru Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Satem selepas mengambil alih pucuk pimpinan.

Segala aspek keputusan Prk Balingian akan menggambarkan perjalanan yang bakal dilalui BN Sarawak dan PBB pimpinannya.

Untuk rekod, keputusan PRN N51 Baligian yang lepas adalah seperti berikut:

1. Suriati Abdullah (PKR)- 871 undi
2. TAN SRI ABDUL TAIB MAHMUD (BN-PBB) - 6,210 undi
3. Datuk Salleh Jafaruddin (Bebas) - 1,056

Jumlah mengundi - 8,253
Peratus - 70.22%
Undi rosak - 116
Majoriti- 5,154

Penyandang: Tan Sri Abdul Taib Mahmud (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,393 Majoriti: 5,726

Walau apa pun, satu yang pasti adalah calon PKR Haji Jalil Bujang pasti akan kecundang buat kali yang kedua (pada PRN yang lepas Jalil tewas selepas bertanding di Jepak)..

Di fahamkan juga, pihak PKR yang berkampung selama hampir dua minggu di Mukah sudah mula membuat "membungkus beg" kerana tiada keyakinan langsung untuk menang pada PKR ini. Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

Wednesday, 26 March 2014

#PRKBALINGIAN : KEMPEN TERPOYO PKR

-AKIBAT TERDESAK & KURANG SOKONGAN PENDUDUK, PKR NAK BERCERAMAH SETIAP MALAM. CERAMAHLAH SETIAP MALAM LABU, ASALKAN ADA PERMIT! AMK PKR JUGA CABAR BN BERDEBAT TENTANG VISI, VISI APA? VISI MENCARI JAM OMEGA? KEKEKE!!!-

Kalau dalam bab jual-jual ubat ni, PKR kira dah tahap pro sebab ada saja idea diaorang mencari isu nak membakar kemarahan dan kebencian orangramai terhadap kerajaan.

Malangnya taktik kotor mereka kali ini tidak menjadi di kempen Prk Balingian dan lebih malang lagi, penduduk setempat menyuarakan isihati mereka secara fiskal menolak parti yang diketuai oleh seorang peliwat.

Anwar kali ini dimalukan dengan keaiban yang teramat sangat di Balingian. Tidak cukup dengan kain renteng penduduk menolak PKR dipimpin oleh peliwat, layanan dan respon terhadap ceramah Anwar begitu hampeh sekali!

Semalam Anwar hanya mampu berucap selama 15 minit sebelum tergesa-gesa menghentikan ceramahnya dan terpancar kehampaannya dengan jumlah kehadiran penduduk setempat yang kurang memberangsangkan.

Mungkin untuk menjaga hati Anwar, PKR Sarawak berikrar untuk mengadakan ceramah pada setiap malam di sepanjang tempoh kempen Prk Balingian.

Punyalah dungu PKR Sarawak, memanglah korang patut berceramah pada setiap hari di sepanjang tempoh berkempen tu sebab itulah ianya dinamakan tempoh berkempen, asalkan mendapat permit polislah! 

Masalah utama PKR kini adalah untuk mendapatkan para hadirin yang seakan sudah muak mendengar cemuhan-cemuhan mereka terhadap kerajaan.

Untuk menarik perhatian orangramai, pentas AMK Sarawak dijadual akan diadakan dalam masa terdekat dimana mereka akan mencabar pemuda BN untuk berdebat.

Fuh, memang dah desperado tahap ultraman diaorang ni kan? Bab bercakap mengenai visi ni PKR memang nombor satu, lihat saja "visi-visi" manifesto PR negeri Selangor dalam PRU tahun 2008 dahulu yang "sudah terlaksana", banyaklah korang punya visi. 

Baik korang balik Kajang tolong Kak Jijah cari jam Omega Nuar Brahim yang konon-kononya tersalah letak, ade gak faedah.

Sebenarnya tiada apa yang dapat Nuar Brahim dan PKR persembahkan kepada penduduk Balingian selain dari kata-kata dan janji manis sepertimana dikawasan-kawasan yang lain sebelum ini, namun untuk mengkotakan janji itu, jauh sekali.

Sesungguhnya, kali ini secara total, Nuar Brahim dan PKR pasti akan merasa penangan orang Mukah yang sentiasa akan menyokong BN untuk kesinambungan pembangunan di kawasan tersebut.

-UnReportedNews™®

Tuesday, 25 March 2014

#PRKBALINGIAN : TIADA SAMBUTAN, ANWAR TERPAKSA BERJALAN SAMBIL BERKEMPEN

-AKSI NUAR BRAHIM SEBIJIK MACAM PENGUTIP "OLD NEWSPAPER ATAU  BESI BURUK" MERAYU PENDUDUK MUKAH AGAR MENDENGAR AUTANYA NAMUN TAK MENDAPAT RESPON LANGSUNG! ADOI NUAR, HINANYA ENGKAU DI SARAWAK NI YA! KEKEKE!!!-


Gara-gara tidak mendapat sambutan, Anwar terpaksa merayu sambil berjalan. 

Anwar kelihatan terkinja-kinja dengan ceramah yang tidak mendapat sambutan itu demi menarik perhatian penduduk Mukah.

Malah sambutan terhadap kehadiran Anwar malam ini, lebih buruk dari sambutan terhadap Mat Sabu yang berceramah dilokasi yang sama minggu lalu.

Nampak sangat rakyat DUN Balingian menolak Anwar dan PKR. Nak lihat lagi gambar-gambar pengutip old newspaper beraksi, klik sini.

-UnReportedNews™®

#PRKBALINGIAN: SAMBUTAN BUAT PELIWAT?!

-SAMBUTAN PENDUDUK YANG TAK DIDUGA TERHADAP KETIBAAN PELIWAT TEGAR YANG DAH DISAHKAN DI MAHKAMAH MELAWAT BALINGIAN MEMBUAT NUAR BRAHIM NAIK HANGIN! HABISLAH KO JALIL! KEKEKE!!!-



Pengundi-pengundi tak nak terima calon parti yang diketuai oleh peliwat? Hahaha!!!




Dalam usaha untuk meng"spin"kan tajuk "liwat-meliwat" ni, Nuar Brahim akan membangkitkan isu beberapa orang pemimpin kanan PKR yang di larang memasuki Sarawak baru-baru ini dalam ceramahnya di Balingian yang dijadualkan akan bermula sebentar lagi.

Tahukah Encik Nuar Brahim, Sarawak ada hak untuk menghalang sesiapa yang dianggap boleh mengganggu-gugat perpaduan dan keselamatan negeri ini?

Seperti yang dijelaskan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar baru-baru ini, beliau telah dimaklumkan kerajaan negeri mengambil langkah itu bagi memastikan perpaduan dan keselamatan di Sarawak tidak tergugat.

“(Kenyataan) ini bukanlah soal politik tetapi soal perpaduan dan soal keselamatan di negeri ini sentiasa terpelihara,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri perhimpunan rakyat di Kampung Tellian Tengah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan akhbar yang dikeluarkan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Haji Adenan satem di Kuching semalam yang bertegas untuk menghalang kemasukan individu yang mungkin akan mencetuskan ketegangan kaum dan agama di negeri ini.

Menurut kenyataan itu, sebagai kerajaan yang bertanggung jawab, ia akan menggunakan hak imigresen yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia untuk menghalang kemasukan individu terbabit atau menghantar mereka balik menurut undang-undang yang ada.

Junaidi berkata kenyataan ini tidak seharusnya dilihat hanya dituju kepada pemimpin dan penyokong parti pembangkang sahaja kerana soal perpaduan dan keselamatan negeri Sarawak merupakan tanggungjawab semua pihak.

“Saya berharap semua pihak agar tidak angkuh atau cuba ingkar dengan larangan ini. Janganlah bersikap hipokrit,” katanya.

-UnReportedNews™®

Monday, 24 March 2014

#PRKBALINGIAN: KEMENANGAN PKR DI KAJANG TAK LEMAHKAN SEMANGAT BN

-MASYARAKAT KAJANG TELAH MEMBUAT PILIHAN TERSEBUT NAMUN BUAT PENDUDUK DI BALINGIAN, PILIHAN MEREKA TETAP KEPADA BN! KEKEKE!!!-

Mungkin Nuar Brahim, Kak Jijah, Jalil (calon PKR pada PRK Balingian) dan puak-puak PKR ingat kemenangan mereka di PRK Kajang semalam dapat mempengaruhi PRK Balingian nanti.

Fikir lagi sekali, kerana majoriti kemenangan PKR di PRK Kajang sebenarnya telah merosot. 

Masyarakat dah muak dengan sandiwara PKR.
Ianya dipamirkan dengan keputusan pada PRK Kajang:
Wan Azizah Wan Ismail (PKR) - 16,741
Chew Mei Fun (BN) - 11,362
Undi ditolak - 176
Majoriti - 5,379
Peratus pengundi - 72.1 

Berbanding dengan keputusan PRU 13 (tahun 2011) sebelum ini di N25 Kajang:
Lee Ban Seng (BN) - 12,747
Lee Chin Cheh (PKR) - 19,571
Ir. Mohd Iwan Jefry Abdul Majid (Bebas) - 249 (HD)
Mohd Khalid Kassim (Bebas) - 83 (HD)
Ong Yan Foo (Bebas) - 85 (HD)
Undi di tolak - 541
Majoriti - 6,824 
Peratus pengundi - 88.0

Berbalik kepada tajuk posting ini, sumber terdekat calon BN pada PRK Balingian Yussibnosh Balo menyatakan keputusan PRK Kajang tidak sama sekali mematahkan semangat calon untuk berkempen dan memenangi PRK itu nanti dengan majoriti yang besar.

"Mereka (masyarakat Kajang) telah membuat keputusan sedemikian namun ianya tidak akan melemahkan semangat kami untuk mendapat kemenangan dengan mandat yang tinggi kerana kami yakin penduduk Balingian akan terus menyokong BN agar pembangunan akan terus dibawa ke daerah ini."

Kalau pada PRK Kajang dah merosot sokongannya, bayangkanlah keputusan pada PRK Balingian nanti, silap-silap wang cengkeram Jalil pun boleh terbang! Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

Sunday, 23 March 2014

#PRKBALINGIAN: AHLI PKR DAH TERIMA ELAUN CABUT TAK NAK BERKEMPEN?

-DAH DAPAT DUIT ELAUN, BUAT APA NAK TUNGGU? CABUT LER .. MEMANG PKR KOMPOM AKAN KALAH, BUANG MASA JE NAK TOLONG BERKEMPEN KAT MUKAH! HABIS LAH KO JALIL! KEKEKE!!!-

"Aih, bukan kau sepatutnya berkempen kat Mukah ker? Kenapa pula kau ada di sini (Kuching)?," tanya seorang lelaki kepada rakannya.

"(Ketawa) Duit elaun (kempen) dah keluar, apa nak ditunggu lagi kat sana (Mukah), cabut ler .. memang Jalil (Calon PKR) takkan menang, kompom PKR kalah, buang masa je aku tolong berkempen kat sana (ketawa lagi)," kata rakannya sambil menyambut salam lelaki tersebut.

"Wah, loaded lah ni, bolehlah belanja aku makan, berapa (ringgit) kau dapat?," tanya lelaki itu lagi sambil duduk bersebelahan dengan rakannya.

"Ala .. setakat belanja ko ni makan takde problem .. dapat ler dua-tiga ratus, (ketawa lagi sambil memerhati kiri dan tangan) bukannya aku macam penceramah-penceramah import dari Semenanjung tu yang dapat ribu-ribu," jawab rakannya selamba. 

"Kau berkempen mati-mati macam mana pun kat sana (Mukah), kita (PKR) tetap akan kalah, jadi bahan makian orang jer ader ler, diaorang (orang-orang Mukah), belum tiba hari mengundi pun muka diaorang dah nampak diorang akan pangkah dacing (BN)," tambahnya  lagi.

"Jadi, lepas dapat duit, aku belah ler, buat apa nak tunggu lagi (ketawa).. bah, jom order, aku belanja."

Perbualan dua rakan ini sempat aku curi-curi dengar ketika sedang makan disebuah kedai kopi di bandaraya Kuching pagi tadi. 

Musuh Jalil, bukan sekadar BN tetapi orang-orang dalaman PKR sendiri. Nyata mereka-mereka ini berjuang demi untuk $$$ sahaja.. Kekeke!!!  

-UnReportedNews™®

Friday, 21 March 2014

#PRKBALINGIAN : 19 RIBU ORANG HADIR DI CERAMAH PKR DI KAMPUNG PETANAK

-MOHON MAAF, SAYA "TERTYPO", SEBENARNYA HANYA LEBIH KURANG 19 ORANG SAJA YANG HADIR DI CERAMAH TERSEBUT! KEKEKE!!!-




Lucu betul, pengumuman pembinaan Sekolah Menengah baru di Balingian dibuat oleh TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin tapi pembangkang pula yang mendabik dada mengaku kerana merekalah sekolah itu akan dibina!

Entah ke mana semua "kemaluan" pembangkang ni melayang hinggakan segala usaha orang lain pun sanggup diperakui mereka sebagai "hasil kerjatangan" mereka sendiri.

Berbalik kepada tajuk posting saya di atas, cuba perhatikan kekosongan pada kerusi-kerusi penonton.

Jangan pula ada macai-macai pembangkang nak spin pula gambar tersebut di ambil sebelum ceramah itu bermula kerana si penceramah sudah pun mula berceramah.

Lihat sendiri, inilah sokongan rakyat kepada PKR dan pembangkang Sarawak! Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

Thursday, 20 March 2014

#PRKBALINGIAN : TAHU AKAN KALAH, PKR BERTANDING SEKADAR MARUAH

-PKR NI "MENGHABIS BERAS" ORANG BALINGIAN JE .. DAH TAHU NAK KALAH, MASIH NAK TABUR "JANJI-JANJI PALSU" KAT PENDUDUK MUKAH? KEKEKE!!!-

Pemimpin PKR Sarawak yang berkampung di Mukah menyedari hakikat ianya adalah amat mustahil bagi calon PKR memperolehi sokongan pengundi untuk memenangi PRK tersebut.

"Calon PKR berhadapan kesukaran untuk mendapatkan undi dari penduduk N51 Balingian, walaupun setakat 40 peratus, apatah lagi untuk menang" ujar seorang pemimpin masyarakat yang dikenali dengan Michael.

"Bahkan pemimpin PKR YB See Chee How sendiri turut mengakui calon yang diketengahkan PKR amat sukar untuk mencabar calon BN Yussibnosh Balo," katanya lagi sambil menyatakan beliau sempat berbual dengan See Chee How mengenai peluang PKR untuk menang.

"Namun begitu, perjuangan dan maruah parti tetap diteruskan walaupun mereka sedar peluang untuk menang memang tidak ada," tambahnya lagi.

Kalau begitu, kesian betul dengan calon PKR si Jalil dijadikan boneka, di pertayangkan disana dan ke mari seperti barang peragaan walauoun disudut hati pemimpin PKR sendiri tahu Jalil sebenarnya "tak laku" di Mukah!

Tapi kalau difikirkan sekali lagi, buat apa hendak kesihan dengan si Jalil sedangkan dia pun tidak kasihan dengannya sendiri yang bagaikan tidak sedar akan kemampuan sebenarnya dirinya tapi masih sudi dijadikan "keldai" PKR? 

Kalau macam tu, amacam orang Balingian? Kita taruh garam kat "luka" PKR yang bakal di rasai mereka pada PRK Balingian nanti dengan langsung tidak memberi sebarang undi kepada Jalil? Okay? Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

#PRKBALINGIAN : MAT SABU TABUR "FITNAH" DI SARAWAK!

-MAT SABU YANG PERNAH DITANGKAP KHALWAT DENGAN ISTERI ORANG NAK MENGAJAR ORANG SARAWAK BAGAIMANA NAK HIDUP BERINTEGRITI? BETUL-BETUL MACAM BABOON! KEKEKE!!!-

"Rakyat Sarawak akan terus hidup menanggung penderitaan jika masih memilih Barisan Nasional sebagai pemerintah."

Begitulah antara kata-kata Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu dalam satu ceramah yang dihadiri sekitar 100 orang di Boulevard Setia Raja Mukah pada dua malam lepas

"Sarawak tidak patut jadi negeri ketiga miskin kerana mempunyai hasil yang banyakm" kata Mat Sabu mengingatkan penduduk Mukah agar membuat perubahan sempena PRK DUN Balingian pada 29 Mac ini.

"Sudah 50 tahun Sarawak merdeka, tapi satu sekolah menengah pun tidak ada di Balingian dan kerajaan BN telah menjadikan Malaysia setaraf Afrika; mundur dan penuh dengan rasuah serta penyelewengan."

Tahukah Mat Sabu, di Mukah sudah ada MRSM? Tahukah Mat Sabu TPM Muhyiddin Yassin telah mengarahkan EPU untuk pembinaan segera sebuah sekolah menengah di Balingian? Tahukah orang Mukah Mat Sabu pernah di tangkap khalwat dengan isteri orang? Kahkahkah!

Tahukah orang Mukah bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur siang tadi telah  memerintahkan Mat Sabu dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali membayar ganti rugi RM200,000 kepada bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana memfitnah bekas penjawat awam itu berhubung Projek IC di Sabah.

Di samping itu, Mat Sabu dan Mustafa juga diperintah membayar kos sebanyak RM50,000 kepada Wan Ahmad.

Mat Sabu datang ke sini kononnya nak membantu calon PKR Haji  Abdul Jalal Bujang pada PRK Balingian tapi kehadiran Mat Sabu yang terkenal dan dah didakwa mengfitnah ini sebenarnya langsung memalapkan peluang mendapat undi dari penduduk Balingian.

-UnReportedNews™®

#PRKBALINGIAN: CALON PKR IBARAT TONGKANG HANYUT & MINTA KASIHAN BANTUAN

Apa khabar?: Jabu bersalaman dengan Remuah Geruna sambil diiringi Yussibnosh.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang menyifatkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian hanya untuk mencuba nasib.

Beliau mengibaratkan calon PKR sebagai sebuah tongkang yang hanyut dan meminta kasihan daripada orang ramai untuk membantunya.

Beliau memberitahu, calon PKR yang menentang calon Barisan Nasional (BN) pada PRK DUN Balingian merupakan calon yang pernah kecundang di tangan BN ketika bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2011 di Bintulu untuk merebut kerusi DUN Jepak yang kini disandang Datuk Talib Zulpilip.

“Calon PKR seolah-oleh sebuah tongkang yang hanyut dari Bintulu dan sekarang tersekat di muara yang hanya meminta kasihan daripada kelasi kapal untuk mengikutnya selain meminta bantuan dan pertolongan daripada orang ramai,” katanya dengan nada berseloroh.

“Perkara ini juga jelas kedengaran daripada mulut masyarakat yang bercerita mengenai calon PKR ini di kedai-kedai kopi yang me-ngatakan calon PKR pernah kalah di Bintulu.

“Calon PKR bertanding di kerusi DUN Balingian pada PRK ini meminta perhatian daripada rakyat atau pengundi kerana dia ingin mencuba nasib di sini selepas dia kalah pada PRN untuk merebut kerusi DUN Jepak pada 2011 yang lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Geruna di Temesu.

Jabu berkata rakyat harus sedar dan boleh menyedari perkara ini.

Oleh itu, beliau berharap pengundi yang akan mengundi pada 29 Mac ini memilih pucuk pimpinan sedia ada.

Selain itu, beliau memberitahu bahawa peringkat tertinggi BN telah memilih calon yang sesuai, layak dan mampu memikul amanah yang diberikan.

“Kerajaan telah memilih calon yang sesuai yang terus mampu memberi sumbangan kepada rakyat untuk membawa kemajuan dan pembangunan di kawasan DUN Balingian khususnya,” kata Jabu.

Justeru, beliau berharap rakyat akan terus memberi sokongan padu dan terus memilih BN untuk terus memerintah di kawasan DUN Balingian.

Turut hadir Datuk Dr Stephen Rundi Utom dan calon BN Yussibnosh Balo serta isterinya Elizabeth Nelson dan pegawai kerajaan yang lain. (sumber

-UnReportedNews™®

Wednesday, 19 March 2014

#PRKBALINGIAN: KOLEKSI GAMBAR YANG BOLEH BUAT CALON PKR TARIK DIRI!

-INGAT TAK DAKWAAN CALON PKR HAJI JALIL YANG "BUTA MATA, BUTA HATI" MENGENAI "TIADA SEBARANG PERUBAHAN SELAMA 30 TAHUN DI BAWAH BN"? CUBA PEMBACA NILAIKAN SENDIRI DAKWAANNYA. INI REALITI, INILAH PEMBANGUNAN YANG DIBAWA OLEH BN KE BALINGIAN! KEKEKE!!!-






 






Apakah semuanya ini Jalil? Bukan ini yang dimaksudkan pembangunan? Ini semuanya adalah politik realiti BN bukannya politik rethorik pembangkang yang hanya inginkan kuasa yang diberi oleh rakyat untuk hanya seorang individu yang nawaitunya hanya untuk menjadi PM.

Masyarakat Balingian mahukan lebih banyak pembangunan masuk ke kawasan mereka dan pilihan yang terbaik agar pembangunan di Balingian berterusan adalah dengan memberi mandat kepada BN.

(Ucapan terimakasih dari UnReportedNews™® buat Sahabat Harits Baharom yang memberi info gambar-gambar di atas)


-UnReportedNews™®

#PRKBALINGIAN: SIAPA YANG NAK MEMURTADKAN ORANG ISLAM DI BALINGIAN NI?

Ingat tak kenyataan, “Hak kebebasan memilih agama sepatutnya tidak terhad kepada non-muslim tetapi juga kepada orang melayu yang beragama Islam”?

Siapa yang mengeluarkan kenyataan tu yer? Yang pastinya bukan calon BN PRK Balingian Yussibnosh Balo yang berkata demikian tetapi si Nurul Izzah anak Ketua Umum Pembangkang Nuar Brahim.

Kumpulan pembangkang yang sama ini jugalah yang menamakan calon mereka sendiri, Haji Jalil Bujang dan kumpulan pembangkang ini juga yang kini cuba memainkan sentimen murtad sebagai salah satu dari isu mereka semasa kempen PRK Balingian. (Klik sini)


Kenyataan Nurul semasa ketika menjadi ahli panel forum “Islamic State: Which Version; Who’s Responsibility?” anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang pada tahun lepas mampu menyemarakkan api kemarahan dan ketidakpuasan hati seluruh umat Islam.

Nurul adalah anak kepada Nuar Brahim dan Kak Jijah, yakni Presiden PKR iaitu parti yng dianggotai oleh Jalil yang bertanding atas tiket PKR dalam PRK Balingian.

Lazimnya, sesorang calon sesebuah parti akan mengikut apa saja telunjuk "boss"nya. Jika bossnya mengarah beliau mempratikkan murtad atau LGBT sekali pun, tidak mustahil juga Jalil terpaksa berbuat demikian kan? 

Orang Balingian nak ke wakil rakyat yang sedemikian? Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

#PRKBALINGIAN: NASIHAT BUAT CALON PKR, "JANGAN DILIWAT" NUAR BRAHIM


Seperti yang diduga, pencalonan Haji Jalil Bujang sebagai calon PKR pada PRK Balingian sebenarnya ada muslihat disebaliknya. (Klik sini)

Ada sumber dalaman PKR memberitahu UnReportedNews™® Pembangkang Sarawak akan mengunakan taktik "divide & conquer" (pecah & takluki) masyarakat Balingian dengan membangkitkan sentimen bangsa dan agama. (Klik sini)

Mereka cuba membayangkan kepada masyarakat Balingian, PRK Balingian adalah pertandingan di antara Islam dan Kristian.

Mungkin taktik keji sebegini boleh digunapakai di Semenanjung dan boleh mempengaruhi segelintir pengundi di sana namun InsyaAllah, ianya takkan berkesan di Sarawak.

Masyarakat Sarawak termasuk calon PKR Haji Bujang sendiri tahu yang rakyat dari pelbagai kaum dan ethnik di negeri ini telah hidup aman damai dalam suasana yang harmoni walaupun berbeza agama dan kepercayaan.

Jika Jalil pun mengguna pendekatan agama untuk memecah-belahkan keharmonian yang sedia ada, beliau seumpama membiarkan dirinya "di liwat" oleh Nuar Brahim yang umumnya tahu cenderung menggunakan sentimen agama dan bangsa bagi meraih undi dari sesetengah golongan atau kumpulan masyarakat.

Jadi, politik keji sebegini harus sama sekali ditolak oleh rakyat Sarawak. Politik pembangkang yang kotor ini harus tidak boleh di terima. 

Calon PKR Haji Jalil Bujang harus ditentang dan jangan di izinkan menerima sebarang undi dari penduduk Balingian yang semestinya tidak mahu "di liwat" Nuar Brahim! Kekeke!!!


-UnReportedNews™®

Tuesday, 18 March 2014

#PRKBALINGIAN: JALIL, CALON PKR "BUTA MATA, BUTA HATI"?

-DAKWAANNYA, "TIADA SEBARANG PERUBAHAN SELAMA 30 TAHUN DI BAWAH BN" BETUL-BETUL "MENGETUK" KEPALANYA SENDIRI! KEKEKE!!!-

"Bengap atau sengaja bodoh", itulah pandangan UnReportedNews™® terhadap calon PKR Haji Abdul Jalil Bujang dengan ucapan mukadimah beliau dalam ceramahnya di Medan Setia Raja, Mukah semalam.

Pertanyaan Jalil, yang baru saja balik dari proses penamaan calon, "Mana Pembangunan di DUN Balingian?", betul-betul menunjukkan kejahilan Jalil terhadap Mukah.

Kalau begitulah pendekatan calon PKR kepada masyarakat Mukah untuk meraih undi, adalah lebih baiklah Jalil bersara dalam politik dan duduk diam-diam balik ke tempat asalnya ke Bintulu sahaja.

"Tiada SEBARANG perubahan selama 30 tahun di bawah BN, Balingian masih mundur walaupun banyak hasil balak dan minyak," kata Jalil sambil menambah rakyat di DUN Balingian mencontohi keputusan rakyat di negeri yang diperintah PR, yang jelas menolak BN.

Apakah Jalil tertidur di sepanjang perjalanan dari Bintulu ke Balingian, khususnya Bandar Mukah sehinggakan beliau tidak perasan segala pasarana dan infrastruktur yang kini sudah  tersergam indah.

Bagaimana pula dengan kewujudan jalanraya utama Selangau-Mukah-Balingian serta jalan-jalan kampung yang sering dinaiktaraf? Siapa yang membuat segalanya ya, Nuar Brahim ker?

Tidak kurang juga dengan bangunan-bangunan kerajaan dan komersil, IPTA (UITM & POLI), MRSM, SCORE, RECODA, Kilang press metal, perusahaan arangbatu, perladangan dan sebagainya. Siapa yang mewujudkannya ya, Jalil dan PKR ker?

Dakwaan Jalil mengenai pembangunan di negeri-negeri jajahan pembangkang yang tiada tolok bandingnya betul-betul menggambarkan calon tersebut berfikir dengan kepala lutut.

Memanglah Selangor dan Pulau Pinang dah maju, tolong ingat sikit siapa yang membangunkan negeri-negeri tersebut-tak lain dan tak bukan kerajaan BN.

Pakatan baru jer memimpin negara tersebut dari tahun 2008, memang dah maju pun jadi tak perlulah nak ambik kredit. 

Bagaimana pula dengan Kelantan yang berdekad-dekad diterajui PAS? Bengap tak sudahlah ko Jalil! Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List