Sunday 16 March 2014

PKR SARAWAK TERPAKSA "IMPORT" CALON DARI BINTULU UNTUK #PRKBALINGIAN ?


Sebentar tadi, UnReportedNews™® mendapat maklumat dalaman dari PKR iaitu calon PKR buat PRK Balingian adalah Pengerusi Hikmah Bintulu Haji Jalil Bujang yang berasal dari Bintulu.

Jalil, 53, bekas pekerja MLNG yang kini menjalankan perniagaan sendiri juga merupakan mantan calon yang bertanding di atas tiket PKR menentang Datuk Haji Talib Zulpilip dalam PRN ke-10 yang lalu.

Difahamkan Jalil telah menerima watikah pencalonan PKR bagi PRK Balingan dari Ketua Umum Pembangkang Datuk seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis yang diadakan di Sibu petang tadi.

Dijangkakan pemimpin kanan PKR Azmin Ali yang akan mengetuai PKR pada hari penamaan calon pada 17 Mac ini di Dewan Suarah, Mukah.

Sekiranya tiada calon lain yang bertanding, Jali akan bertanding secara satu lawan satu dengan Yussibnosh Balo, calon Barisan Nasional (BN) dalam PRK berkenaan.

Yussibnosh, bekas Pegawai Daerah Dalat, 47, dalah anak tempatan yang berasal dari Kampung Tellian Tengah, Mukah yang diumum sebagai calon oleh Timbalan pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassindi Dewan suarah mukah siang tadi.

Pemilihan Yussibnosh, seorang melanau Kristian, yang juga Ahli Jawatankuasa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di ranting kampung kelahirannya dilihat memenuhi 'Konsensus 1963' yang menentukan hala tuju politik etnik Melanau di Parlimen Mukah, selain DUN Balingian dan DUN Dalat.

Apakah motif PKR meletakan calon yang beragama Islam di PRK Balingian sedangkan umum tahu kretiria yang dikehendaki oleh penduduk tempatan adalah calon yang beragama Kristian.

Calon PKR amat bertentangan dengan kehendak komuniti setempat ataupun PKR sebenarnya mereka sedang merancang "sesuatu" nanti. sama-samalaqh kita tunggu.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List