Saturday 15 March 2014

PENGUMUMAN CALON BN PADA #PRKBALINGIAN

Barisan Nasional (BN) telah menyandarkan harapan kepada Yussibnosh Balo sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian pada 29 Mac ini.

Pengumuman calon rasmi BN itu dibuat Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam di satu majlis yang di adakan di Dewan Suarah Mukah sebentar tadi.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata bekas Pegawai Daerah Dalat, Yussibnosh Balo, 47, dalah anak tempatan yang berasal dari Kampung Tellian Tengah, Mukah.

Pemilihan Yussibnosh yang juga Ahli Jawatankuasa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di ranting kampung kelahirannya dilihat memenuhi 'Konsensus 1963' yang menentukan hala tuju politik etnik Melanau di Parlimen Mukah, selain DUN Balingian dan DUN Dalat.

"Pemilihan calon berkretiria beragama Kristian ini adalah juga telah ditekankan oleh pemimpin agung Sarawak, mantan Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib mahmud sebelum beliau mengundur diri dan di lantik sebagai Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak."

"Pehin Sri menunjukan keperihatinan dan berpesan agar kerajaan negeri memenuhi janji yang sekurang-kurang seorang pemimpin di kawasan tersebut mesti dari golongan mereka yang beragama Kristian."


Dengan perkembangan ini, Muhyiddin yakin pemilihan Yussibnosh sekali gus menamatkan ketidakpuasan hati banyak pihak berikutan wujudnya cadangan nama-nama dari luar kerangka politik PBB Cawangan Balingian.

Pemilihan Yussibnosh sekaligus mengakhiri teka-teki mengenai calon pengganti bagi kerusi DUN Balingian sejak dikosongkan penyandangnya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, 28 Februari lalu berikutan keputusannya berundur dari arena politik dan pentadbiran kerajaan sebelum dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak Ke-7.

Muhyiddin sebelum itu, yang turut diiringi Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem merangkap Pengerusi BN Sarawak: Setiausaha Agung BN Pusat, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar mengikuti taklimat ringkas persiapan jentera pilihan raya BN negeri, juga di lokasi sama.

Yossibnosh dalam ucapan ringkasnya berterimakasih kepada pucuk pimpinan serta merasa berbangga kerana dipilih sebagai calon BN pada PRK Balingian.

"Saya selama ini berusaha untuk berkhidmat kepada rakyat (sebagai Pegawai Daerah) namun kini (sekiranya memenangi PRK Balingian nanti) akan berkhidmat di atas platform yang lain (sebagai wakil rakyat) dan sudah pastinya saya akan meneruskan perkhidmatan saya kepada rakyat."  

Turut kelihatan bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Muhammad Leo Toyad sebagai Pengarah Pilihan Raya BN DUN Balingian atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Mukah.

Pada minggu lepas, SPR telah memutuskan tarikh penamaan calon yang akan bertanding di PRK Balingian ditetapkan pada 17 Mac sementara pengundian awal dijadual akan diadakan pada 29 Mac.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-10 pada April 2011 telah menyaksikan Pehin Sri Taib menang bergaya dalam pertandingan tiga-penjuru dengan mengalahkan calon bebas Datuk Salleh Jafaruddin dan Suriati Abdullah (PKR) dengan majoriti 5,154 undi (Salleh-1,056 undi dan Suriati-871 undi).

Fakta-fakta berkaitan dengan Balingian:

-terdapat 21 Daerah mengundi (39 saluran)
-berkeluasan 1,384 kilometer persegi
-majoriti bumiputera (Melanau & Iban)
-rangkuman projek SCORE
-jalanraya meliputi 90 peratus
-terkenal dengan perusahaan sagu
-terdapat sebanyak 68 buah rumah panjang
-63 kawasan perumahan dan kampung
-terdapat Melanau melayu, Melanau Kristian dan Melanau Liko

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List