Saturday 15 March 2014

#PRKBALINGIAN: PAS KEEMPUNAN LAGI

-NI ADA TEKA TEKI, DALAM BANYAK-BANYAK PARTI PEMBANGKANG SARAWAK, PARTI MANA YANG LANGSUNG TAK ADA KERUSI? YA BETUL, PAS! KEKEKE!!!-

Umum tahu hanya PAS Sarawak adalah parti pembangkang yang berasa amat terasing dan rasa rendah diri disebabkan kegagalan mereka untuk memenangi sebarang kerusi baik di peringkat DUN ataupun Parlimen di negeri ini berbanding dengan rakan "subahat" mereka; PKR dan DAP.

Susulan perletakan semua jawatan termasuk jawatan ADUN Balingian oleh bekas Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang dilantik menjadi Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak, PAS nampaknya sudah memasang angan-angan untuk mewakili PR dengan meletakkan calon mereka sendiri dalan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Balingian.

Ianya terbukti ketika Presiden PAS Datuk Sri Hadi Awang ketika dalam lawatannya ke Sarawak baru-baru ini, PAS tanpa segan dan silu, meluahkan hasrat yakni PAS berminat dan akan meletakkan calonnya di pada PRK tersebut.

Namun malangnya, sehari kemudian Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian bagaikan tidak "memberi muka" kepada PAS mengumumkan kerusi DUN Balingian itu tetap akan diberikan kepada calon PKR dengan alasan memandangkan majoriti pengundinya terdiri daripada Melanau-Kristian.


Sekali lagi nampaknya hilang peluang untuk menonjolkan diri mereka dengan keputusan Baru Bian berkeras untuk meletakkan calon PKR bertanding di PRK Balingian.

Difahamkan, kekecewaan PAS jelas terlihat dengan tindakan Hadi Awang yang terus kembali ke Semenanjung pada hari yang sama sejurus sahaja Baru Bian membuat pengumuman tersebut.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List