-EKORAN DARI PENGUMUMAN MANIFESTO PKR OLEH PRESIDEN PKR DS WAN AZIZAH YANG JUGA CALON PKR PADA PRK KAJANG, PEMBANGKANG SARAWAK JUGA AKAN UMUM "MANISKATO" MEREKA SENDIRI? JANGAN BUAT LAWAKLAH! KEKEKE!!!-
Sememangnya, sesiapa saja yang akan dinamakan sebagai calon pembangkang Sarawak pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Balingian pasti akan cuba mencari isu-isu bagi meraih sokongan pengundi pada 29 Mac ini.
Awas, tidak mustahil calon PKR PRK Balingian juga akan mengeluarkan manisfestonya sendiri sepertimana Presiden PKR sendiri iaitu Datin Sri Wan Azizah yang secara kebetulan akan bertanding di PRK Kajang tidak lama lagi.
Perlu diingatkan, istilah "manifesto" bagi PKR bukanlah sesuatu janji atau ikrar yang harus dikotakan namun ianya hanya sekadar kata-kata manis ataupun "MANISKATO" sahaja.
Berapa manifesto PKR daa? Sedangkan dalam "manifesto PKR" pada PRU 13 pada tahun 2008, tersenarai panjang segala janji-janji manis kepada rakyat hingga kini pun masih belum ditunaikan, sudah nak bermanifesto lagi?
Umum tahu, PKR hanya pandai menabur janji kosong kepada rakyat namun langsung tidak pernah ditunaikan sebagai contoh sedangkan negeri Selangor di Menteri Besarkan oleh pemimpin kanan PKR sendiri Khalid Ibrahim tetapi tiada satu pun rancangan yang dikhaskan dalam manifesto yang mereka telah umumkan telah ditunaikan.
Tidak mustahil PKR juga mungkin akan sanggup menjanji langit dan bumi kepada masyarakat Balingian demi meraih undi dan mencapai matlamat mereka namun untuk menunaikannya, "jauhlah pakwi" (istilah Sarawak-takkanlah ada!).
Sedangkan pada peringkat kepimpinan PKR pusat sudah terbukti tiada kesepakatan lagi untuk menunaikan janji-janji manifesto mereka apatah lagi pada peringkat PKR Negeri Sarawak.
Cukuplah dengan pembohongan PKR, DAP dan PAS selama ini, InsyaAllah, masyarakat Balingian dan Kajang tidak akan tertipu dengan "MANISKATO" mereka lagi.
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®