Showing posts with label Wan Azizah. Show all posts
Showing posts with label Wan Azizah. Show all posts

Monday, 21 September 2015

Azizah Ajak Ahli Parlimen Sabah Dan Sarawak Khianati BN


Memang muka tak tahu malu, setelah gagal memenangi Pilihan Umum secara adil, gagal menjatuhkan kerajaan menerusi serangan fitnah, gagal menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi, kini Jijah Kipas tanpa segan dan silu secara terbuka mengajak Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak menyertai pembangkang dan mengkhianati Barisan Nasional (BN) pula.

Azizah menyaran agar Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak menjadi "47 Ronin Jepun" yang sanggup berjuang dan mati kononnya untuk membela nasib rakyat dan maruah negara.

Secara umumnya, semua rakyat tahu yang perjuangan pembangkang khususnya PKR pimpinan Jijah Kipas adalah untuk menobatkan suaminya Anwar Ibrahim yang kini terperuk didalam penjara rakyat kerana menjalani hukuman di atas kesalahan meliwat (kali kedua) menjadi Perdana Menteri.

Dalam erti kata lain, Jijah mengajak Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak mengkhianati BN demi untuk membela dan membebaskan suaminya seperti dalam filem 47 Ronin.

Untuk makluman Jijah Kipas, pemimpin Jepun Asano Naganori yang kematiannya telah dibela oleh 47 Ronin tersebut tidak meliwat seperti suaminya.

Banyaklah cikadak Ronin si Jijah Kipas ni..cukuplah dengan "Geng Ronin PAN" inspirasi DAP yang telah memecahkan PAS menjadi dua.

Janji Jijah kipas kepada Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak yakni dia akan menunaikan janji kemerdekaan sekiranya pembangkang berkuasa adalah bagaikan umpanan murahan kerana masih banyak manifesto pembangkang yang telah dijanjikan sejak sedekad lalu pun tidak tertunai. -UnReportedNews™®

Wednesday, 24 September 2014

Pembohongan Jijah Kipas Yang Nyata


Keegoan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melampaui segalanya sehinggakan kadangkala beliau sendiri "terbohong" dengan nyata sekali.

Mungkin keadaan emosinya sudah terganggu bukan sahaja kerana tidak dilantik menjadi Menteri Besar (MB) Selangor yang baharu malahan beliau lamgsung tidak mendapat perkenan untuk menemui Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj sebelum ini.

Keadaan ini mungkin telah membuat Wan Azizah "tidak sedarkan diri" sewaktu menulis kenyataan media berkaitan perlantikan MB Selangor yang baru sehingga terdapat beberapa kenyataan amat bercanggah dengan keadaan yang sebenarnya.

" ... saya telah membuat keputusan untuk menarik diri dari pencalonan Menteri Besar Selangor. Saya telah mencadangkan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) agar YB Tuan Mohamed Azmin Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, diangkat sebagai MB Selangor ..." 

Apakah Wan Azizah terlupa yang beliau telah ditolak mentah-mentah oleh pihak Istana untuk jawatan MB Selangor sebelum ini sehinggakan Sultan Selengor menitahkan setiap komponen parti PR menghantar sekurang-kurangnya tiga nama calon?

Malah, nama Wan Azizah tak tersenarai langsung sebagai calon-calon MB Selangor dan difahamkan hanya Timbalan Presiden PKR Azmin ali (ADUN Bukit Antarabangsa), ADUN Chempaka (PAS) Iskandar Samad dan ADUN Sijingkang Dr Ahmad Yunus Hairi saya yang telah di "temuduga" Sultan Selangor. 

Jadi dimanakah relevannya Wan Azizah mengguna phrasa "menarik diri" sedangkan pada mula lagi, beliau tidak tersenarai langsung dalam senarai nama calon-calon MB Selangor?

Kadangkala apabila emosi seseorang itu terganggu kerana tertekan atau kecewa, ianya boleh mengaburi pemikiran dan hilang pertimbangan ketika membuat kenyataan maka, di sini penulis berpendapat Wan Azizah telah mengelami keadaan tersebut. -Sarawakiana

-UnReportedNews™®

Tuesday, 23 September 2014

Azmin Pilihan Utama Anwar Jadi MB Selangor Bukan Jijah


PETALING JAYA: Walaupun mendapat perkenan pihak istana untuk mengisi kerusi Menteri Besar Selangor, beberapa pihak mendakwa pelantikan Mohamed Azmin Ali bermakna matlamat ketua pembangkang kini sudah tercapai.

Malahan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dikatakan menjadi pilihan utama Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak awal lagi untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Mantan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Prof Dr Mohammad Fairus Khairuddin pula berkata, menjadi strategi Anwar untuk mengusulkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar.

“Hakikatnya memang itulah strategi Anwar kerana memang sekian lama dia mahukan Azmin menjadi MB.

“Segala yang lain hanyalah lakonan sahaja untuk mencipta diversion (mengalih perhatian) dan apabila Azmin diangkat menjadi MB, semakin lengkaplah kerosakan terhadap Selangor dari segi kepentingan Islam dan Melayu,” katanya kepada mStar Online, Isnin.

Fairus berkata, usaha mengalih perhatian dengan usul pelantikan Presiden PKR itu hanya untuk memudahkan laluan Azmin dilantik sebagai menteri besar.

“Bagaimanapun, dalam hal ini istana tidak bersalah apa-apa pun,” katanya.

Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit ketua umum PKR itu, Anuar Shaari berkata, Azmin adalah pilihan tepat bagi melaksanakan agenda Anwar.

“Agenda Anwar tetap untuk memenuhi cita-citanya menjadi Perdana Menteri, walaupun dibelenggu masalah moral yang serius,” katanya kepada mStar Online.

Sehubungan itu, kata Anuar, kemungkinan Azmin menjadi boneka Anwar itu tetap ada kerana ketua pembangkang itu tidak dapat melakukannya ketika era Selangor ditadbir Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim – mStar

-UnReportedNews™®

Tak Dapat Jadi MB, Jijah Dilantik Menjadi Exco Selangor?


BERKEMUNGKINAN Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan dilantik sebagai ahli exco kerajaan negeri bergantung kepada perbincangan Azmin dengan pihak berkenaan. 

Menurut Azmin, siapa Exco dalam pentabirannya akan dibuat Khamis ini manakala majlis angkat sumpah pada Jumaat ini. 

"Jadi saya tidak sebut siapa akan dilantik dan kemungkinan dilantik," kata beliau pada sidang media di sini sebentar tadi. 

Mengenai empat EXCO PAS yang baru-baru ini kekal dalam kerajaan pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim , Azmin berkata hal berkenaan juga akan dibincangkan. 

Terdapat 10 orang ecxo semasa pentabiran Khalid iaitu sebanyak tiga dari PKR, tiga DAP dan empat PAS. Speaker pula dari DAP manakala timbalan Speaker dari PKR.

Azmin menegaskan keutamaan kepada beliau ialah membawa Selangor keluar daripada kemelut yang telah berpanjangan selama sembilan bulan sehingga menjejaskan perpaduan di dalam Pakatan Rakyat. 

Beliau akan mengkaji semula perjanjian pengambilalihan industri air serta perjanjian lain yang dibuat semasa pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum membuat apa-apa keputusan. 

"Beri saya masa untuk semak," kata beliau.

Beliau juga menolak andaian dan kebimbangan sesetengah pihak beliau akan menjadi Menteri Besar kawalan jauh atau ' remote control' oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.-Sarawakiana

-UnReportedNews™®

Akibat Kemaluan Besar, KETUM & Isteri Tak Hadir Majlis Istiadat Angkat Sumpah MB Selangor?



Sikap dendam dan kecewa suami-isteri yang kedua-duanya gagal menjadi Menteri Besar (MB) Selangor dipercayai telah menyebabkan tidak hadir ke Majlis Istiadat Angkat Sumpah MB Selangor yang dilangsungkan di Istana Alam Syah sebentar tadi.

Semalam, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah menzahirkan perasaan "kecewanya" menerusi kenyataan media beliau.

Biar pun beliau berkata beliau menerima dengan hati terbuka pemilihan Timbalan Presidennya Mohamed Azmin Ali sebagai MB Selangor yang baharu, umum tahu ianya adalah sebaliknya.

Umum juga tahu yang kenyataannya mengenai yang "beliaulah yang mencadangkan nama Azmin sebagai calom MB Selangor serta menarik diri dalam perlantikkan MB" adalah satu penipuan besar.

Ini adalah kerana Azizah dan Anwarlah yang "bermati-matian" tidak mahu nama Azmin disertakan didalam senarai calon-calon MB Selangor sepertimana yang dititah Sulta Selangor sebelum ini.

Kenyataan Azizah yang keputusan itu dibuat bagi menyelesaikan kemelut MB Selangor, selain memelihara kepentingan rakyat di negeri ini langsung tidak masuk akal sekali kerana jika benar dia ikhlas, beliau dan suaminya sepatutnya tidak engkar dengan titah Sultan.

Beliau juga telah meluahkan kekecewaannya apabila menyatakan  secara sinis walaupun proses pelantikan ini pada hemat dirinya, yang tidak menepati peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Ada atau tiada kelibat KETUM dan isterinya pada majlis tersebut, ianya berjalan dengan lancar bermula dengan Azmin membaca "Surat Aku Janji" dan angkat sumpah sebanyak tiga kali sebelum menandatangani surat perlantikan jawatan MB Selangor serta surat akuan rahsia pada jam 10.40 pagi.

-UnReportedNews™®

Monday, 22 September 2014

Akhirnya Wan Azizah "Redha" Azmin Sebagai MB Selangor


SHAH ALAM: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau menerima dengan hati terbuka pemilihan Timbalan Presidennya Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar (MB) Selangor yang baharu.

"Saya menerima dengan hati yang terbuka keputusan yang telah dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor yang memperkenankan YB Mohamed Azmin Ali, sebagai MB Selangor yang baharu.

"Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang bermesyuarat pada hari ini juga sebulat suara bersetuju agar YB Tuan Mohamed Azmin Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, diangkat sebagai MB Selangor," katanya dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

Dr Wan Azizah berkata keputusan itu dibuat bagi menyelesaikan kemelut MB Selangor, selain memelihara kepentingan rakyat di negeri ini.

"Saya yakin bahawa PKR telah kekal mempertahankan prinsip demokrasi raja berperlembagaan.

"Walaupun proses pelantikan ini pada hemat saya tidak menepati peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, saya percaya tumpuan perlu dikembalikan kepada usaha membela rakyat di Selangor," kata Dr Wan Azizah.

Sebentar tadi, Azmin telah mengesahkan pelantikannya sebagai MB Selangor yang ke-15 berkuat kuasa esok selepas Istiadat Angkat Sumpah dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan di Istana Alam Shah, Klang pada 10.30 pagi. -Sarawakiana

-UnReportedNews™®

SAH! BUKAN JIJAH KIPAS JADI MB SELANGOR BAHARU!


Tahniah kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang juga ADUN Bukit Antarabangsa kerana terpilih menjadi Menteri Besar (MB)Selangor yang baharu mengganti Tan Sri Khalid Ibrahim.

Surat perlantikan beliau ke jawatan tersebut telah tersebar dengan meluas di media sosial.

Beliau adalah di antara tiga calon termasuk ADUN Chempaka (PAS) Iskandar Samad dan ADUN Sijingkang Dr Ahmad Yunus Hairi yang telah di "temuduga" Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj baru-baru ini.

Sumber siang tadi telah mendedahkan bakal MB Selangor yang baharu (Azmin) sedang giat menjalankan  raptai Majlis Angkat Sumpah MB Selangor di Istana Kayangan yang dijadualkan akan berlangsung pada pagi esok.

Apa-apa pun Jijah Kipas keempunanlah seperti suaminya si Nuar Brahim nak menjadi MB Selangor! Kire double keempunanlah .. hasrat suami-isteri tu nampaknya tak kesampaian! KahKahKah!!!

Apa agaknya tindakan KETUM seterusnya ye? Nak pecat Azmin jugak ker? Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

Calon MB Selangor Baharu (Bukan Jijah Kipas) Berlatih Angkat Sumpah Di Istana





Teka-teki siapakah bakal Menteri Besar (MB) Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sudah pun hampir sampai ke kemuncaknya.

Terkini, satu sumber mendedahkan salah seorang dari tiga calon Menteri Besar (MB) Selangor yang baharu sedang giat menjalankan  raptai Majlis Angkat Sumpah MB Selangor di Istana Kayangan sekarang.

Majlis Angkat Sumpah BM Selangor baharu dijadualkan akan dilangsung di hadapan Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah Al-Haj di Istana Kayangan esok.

Pelbagai spekulasi berkaitan siapakah pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim termasuk Presiden PKR Datin Sri Wan Azizah Wan Ismail yang juga ADUN Kajang.

Setakat ini, diwar-warkan hanya tiga calon; Timbalan Presiden PKR Azmin ali (ADUN Bukit Antarabangsa), ADUN Chempaka (PAS) Iskandar Samad dan ADUN Sijingkang Dr Ahmad Yunus Hairi telah di "temuduga" Sultan Selangor. -Sarawakiana

-UnReportedNews™®

Tuesday, 16 September 2014

Isu MB Selangor: PAS Sepatutnya Berdiam Diri


KUALA LUMPUR: PAS sepatutnya "berdiam diri" demi menghormati PR setelah dua parti komponen bertegas dengan cadangan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Peguam PAS Zulhazmi Sharif yang dipetik dari Sinar Harian sebagai berkata, PAS tidak sepatutnya menyuarakan penentangan terhadap cadangan tersebut.

Beliau berkata, sebenarnya masalah ini datang dari PAS dimana sekiranya 15 ADUN PAS (Selangor) bersetuju nak tukar menteri besar, masalah ini sudah selesai.

“Kalau tidak setuju pun, tidak perlu bantah. Itu sahaja. Dalam PR ada tiga komponen, PKR, DAP dan Pas. PKR sudah setuju, DAP sudah setuju, jadi dua lawan satu."

"Majoriti sudah bersetuju. Jadi kalau kita tidak setuju jangan bantahlah, duduk diam-diam sahaja,” katanya dalam sesi soal jawab “Kemelut MB Selangor: Mampukah PR Bertahan?" anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma), semalam.

"Kedegilan PAS yang menolak Wan Azizah melambatkan proses  pertukaran menteri besar di negeri itu," kata Zulhami sambil menambah, seramai 28 ADUN telah bersetuju menteri besar ditukar, hanya 15 ADUN PAS sahaja yang masih mahu kekalkan Khalid.

"Yang 15 (DUN) ni tunggu apa lagi? ... yang kita (PAS) degil sangat ni kenapa? Apa yang kita (PAS) mahu?"

“Sepatutnya hal ini sudah lama selesai, tapi PAS boleh pula keluar kenyataan kata tak setuju (Dengan Wan Azizah) ... PAS kata tidak setuju dengan Wan Azizah, tapi dia (PAS) juga yang calonkan Wan Azizah,” katanya lagi. -Sarawakiana

-UnReportedNews™®

Saturday, 13 September 2014

ADA RAHSIA TERKANDUNG DALAM SURAT KEDUA PKR KEPADA ISTANA SELANGOR?


KUALA SELANGOR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail enggan mendedahkan kandungan surat kedua yang dihantar parti itu kepada Istana Selangor pada Selasa lepas.

Beliau juga enggan menyebut sama ada nama calon lain disertakan dalam surat itu bagi jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu.

"Kita tunggu dahulu, hari ini separuh hari kan. Kita tunggu respon Istana.

"Hari ini saya jumpa (anggota PKR Kuala Selangor) selepas pemilihan parti bersama-sama (Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok) Dr Idris Ahmad, (bekas Exco kerajaan Selangor) Elizabeth Wong, (Anggota Parlimen Subang) R. Sivarasa dan Anggota Parlimen Ampang (Zuraida Kamaruddin)," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri penyampaian sijil program bacaan Bahasa Inggeris dan penyerahan wang bantuan program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), di sini.

Selasa lepas, PKR dan DAP masing-masing menyerahkan sepucuk surat kepada Istana Selangor susulan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap tindakan kedua-dua parti itu yang hanya mengemukakan satu nama iaitu Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar baharu.

Selain menghantar surat kedua itu, pada hari yang sama PKR dan DAP mengeluarkan kenyataan memohon ampun secara terbuka kepada Sultan Selangor.

Walaupun memohon ampun kepada Sultan Selangor, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tetap mempertahankan tindakan kedua-dua parti itu berhubung calon mereka bagi jawatan Menteri Besar Selangor. -Bernama

-UnReportedNews™®

Thursday, 4 September 2014

BIJAK-BIJAK ... JIJAH KIPAS & NUAR BRAHIM KENA "MAIN" HADI


Krisis menteri besar di Selangor telah menemui episod baru apabila PAS dipercayai telah menolak pencalonan isteri Anwar Ibrahim Wan Azizah sebagai MB Selangor serta mengemukakan nama tiga ahli majlis eksekutif PAS untuk jawatan itu.

Tiga nama tersebut ialah Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus.

Surat daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dihantar sebelum tarikh 3 September bagi mengemukakan lebih daripada dua nama calon jawatan menteri besar berikutan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR, menurut beberapa sumber di negeri ini. 

Menurut sumber mereka berkata Hadi secara peribadi telah menandatangani surat untuk istana, menamakan tiga ahli exco parti itu dalam pentadbiran negeri sebagai calon. Dan lebih pasti Pas menolak pencalonan Wan Azizah sebagai MB Selangor.

PAS menegaskan bahawa lebih dari dua nama hendaklah dikemukakan mengikut permintaan istana.

Sudah sampai masa Pas perlu bersuara demi mencegah kemungkaran yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan sekutunya. (sumber

-UnReportedNews™®

Friday, 29 August 2014

VIDEO: BAKAL MB SELANGOR BERUCAP? HAMPEH!!!


Meh lihat bakal MB Selangor Jijah Kipas beraksi dalam DUN Selangor ... sungguh memalu kan .. ku kira Khalid yang tergagap-gagap rupanya Jijah pun mengalami syndrom kegagapan yang kronik.

Ini jer yang dapat ku transkrip dari ucapan video tersebut (0:00 hingga 0:30) sewaktu Jijah  Kipas berucap:

"Dan juga kalaulah kita tengok ya ... dalam ertikatanya ... hilang dalam ... berakhir ... tidak memberikan apa-apa ... saya akui bahawa ... apa ni ... usaha-usaha untuk mencari itu  ... Alhamdullillah ... melibatkan banyak-banyak negara tapi negara-negara ini telah memberi satu kerjasama yang ... terpaksa ... bukannya kata Malaysia ini baik sangat tapi ... terpaksa ..."

Terus terang aku cakap, aku tak paham langsung ape yang bakal MB Selangor ni katakan ...  sebagai seorang yang bakal memegang jawatan tinggi, punye lah "hebat" quality ucapannya apatah lagi mengutuk Malaysia secara terang-terangan ...

Mungkin beliau tak bersemangat untuk berucap kerana tidak memegang kipas di tangannya kot? Kahkahkah!!! (sumber)

 


-UnReportedNews™®

RAFIZI GESA ADUN PR SELANGOR BUKTIKAN "CINTA" KEPADA AZIZAH?


PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari parti itu supaya menolak pencalonan sebagai menteri besar Selangor.

Menurutnya, tindakan tersebut membuktikan lambang kesetiaan mereka (Adun) kepada parti dan perpaduan dalam menentang parti lawan.

"Setiap Adun PKR di Selangor harus menarik diri daripada sebarang pencalonan oleh mana-mana pihak sebagai menghormati keputusan sebulat suara parti itu yang turut dipersetuju Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.

Terdahulu, PKR menegaskan tetap akan menghantar nama Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal untuk jawatan tersebut kepada Istana Selangor.

Jelas Rafizi, setiap Adun (PKR) harus menyokong keputusan parti untuk menamakan presiden parti sebagai calon tunggal untuk jawatan menteri besar Selangor yang baharu.

"PKR dan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara memilih Wan Azizah sebagai calon tunggal Pakatan Rakyat sebagai menteri besar Selangor. Keputusan ini perlulah dihormati," katanya.

Pada masa sama, beliau turut memuji tindakan Ketua Angkatan Muda Keadilan dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad yang menolak cadangan PAS agar beliau dinamakan sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Saya ucapkan tahniah kepada Nik Nazmi kerana menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap Wan Azizah," katanya.

Pada Khamis, Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat berpendapat Nik Nazmi adalah calon yang sesuai bagi jawatan tersebut kerana beliau merupakan seorang calon yang muda dan mampu memimpin dengan baik.

Bagaimanapun, Nik Nazmi menolak cadangan tersebut dan tetap menyokong pencalonan Wan Azizah untuk dilantik ke jawatan tersebut. -mStar

-UnReportedNews™®

Thursday, 28 August 2014

SESIAPA TAK TAAT KEPADA KETUM BOLEH BERAMBUS KELUAR DARI PAS!!!


Patut pun Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (PAS) di ludah dan di lempang oleh orang awam sebelum ini kerana beliau adalah manusia yang lupa akan asal usul dirinya.

Belum lagi hilang kesan tamparan di pipinya, Khalid, semalam memberi amaran kepada pemimpin dan ahli PASnya sendiri agar mentaati KETUM Nuar Brahim Pakatan Rakyat (PR) dengan hanya mencalonkan isterinya Jijah Kipas sebagai MB Selangor baru dan sesiapa yang tidak menyokongnya boleh berambus keluar dari PAS.

"Saya gesa mereka baik di kalangan pemimpin atau ahli PAS yang tidak mahu melaksanakannya (menyokong Jijah Kipas menjadi MB Selangor) agar masuk Umno atau BN atau bergerak sendiri. Tinggalkan PAS dan buatlah apa yang anda mahu,” kata Khalid.

Agaknya Khalid begitu marah dengan keengganan Presiden PAS Haji Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama yang telah membuat keputusan yang bercanggah dengan pendirian Pakatan Rakyat dalam isu MB Selangor. 

Sebaik-baiknya, sebelum Khalid menasihati orang lain agar mentaati pemimpin mereka, beliau harus dulu ingat siapa dan taat kepada ketua partinya sendiri (Hadi Awang-PAS) dan bukanlah si KETUM Nuar Brahim.

Janganlah pula Khalid ibarat seperti anjing yang bukan saja telah lupa dengan tuannya sendiri malah sanggup menyalak dan mengigitnya apabila menemui "tuan" yang baru .. Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

Wednesday, 27 August 2014

DILEMA ISTANA SELANGOR: PRN ATAU "TUNDUK" KEPADA NUAR BRAHIM


Krisis pelantikan Menteri Besar Selangor mungkin berlarutan beberapa minggu lagi berikutan kenyataan tegas Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang hanya akan mencalonkan satu nama sahaja iaitu Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Hanya Parti Islam Se-Malaysia dikatakan akur akan menghantar dua nama iaitu Wan Azizah dan Azmin Ali.

Tindakan ini jelas bertentangan dengan titah Tuanku Sultan Selangor supaya parti-parti PAS, DAP dan PKR yang membentuk ikatan longgar di bawah nama Pakatan Rakyat memberi dua nama kepada baginda.

PKR dan DAP memilih jalan untuk derhaka dengan permintaan Sultan kerana mereka berpendapat Tuanku tidak boleh masuk campur langsung dalam pemilihan Menteri Besar. Mereka juga percaya bahawa Tuanku enggan memperkenan Wan Azizah sebagai Menteri Besar sebab itu baginda meminta pilihan nama lain.

PKR dan DAP juga tiada pilihan kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan Wan Azizah menjadi Menteri Besar. Dalam masa yang sama DAP tidak mahu Azmin Ali menjadi Menteri Besar. Anwar dan DAP tidak mahu Azmin kerana mereka sukar mengawal tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa ini sekiranya Anwar Ibrahim dipenjarakan atas kesalahan liwat.

Anwar dan DAP mahukan seorang calon yang setia kepada Anwar Ibrahim bagi memudahkan pergerakan Pakatan Rakyat. Azmin mungkin setia kepada Anwar, namun ia boleh berubah jika Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Jika Azmin bukan Wan Azizah

Berdasarkan kenyataan Pas semalam, sekiranya mereka tidak membuat U Turn lagi, Tuanku boleh memilih nama Azmin Ali sebagai Menteri Besar. Namun hampir pasti Azmin Ali tidak akan menerimanya. Ini akan menimbulkan satu lagi keributan dan menjejaskan imej istana Selangor.

Sekiranya Pas memberi nama lain, dan calon tersebut diperkenan Tuanku, ia masih terdedah kepada undi tidak percaya daripada PKR, DAP dan dua ADUN Pas yang belot dari parti tersebut. Malah beberapa Adun Pas yang lain seperti Dr Rani Osmanjuga mungkin akan menyokong usul tersebut.

Jika ini berlaku, krisis kepimpinan negeri akan berlanjutan lagi dan memberi implikasi yang tidak baik bukan sahaja kepada negeri Selangor, tetapi juga imej institusi kesultanan. Baginda akan dilihat tidak bijak dan menimbang dengan teliti sebelum melantik Menteri Besar baru.

Wan Azizah Sebagai Menteri Besar

Menerima Wan Azizah sebagai Menteri Besar sepatutnya bukan lagi satu pilihan kepada Tuanku Sultan. Pendedahan Pas bahawa Sultan Selangor tidak mahu Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor sebenarnya jalan mati untuk Presiden PKR tersebut.

Bagaimanakah Sultan mahu memperkenankan Wan Azizah setelah seluruh rakyat jelata tahu baginda tidak merestui pencalonan Wan Azizah? Jika dilantik juga, ia akan menunjukkan institusi kesultanan Selangor sudah hilang daulat dan martabat sehingga terpaksa tunduk kepada ugutan Anwar Ibrahim dan DAP.

Jika UMNO boleh menerima penolakan Sultan Terengganu ke atas Datuk Seri Idris Jusoh dan Raja Perlis ke atas Datuk Seri Shahidan Kassim, dimanakah maruah Sultan Selangor jika terpaksa tunduk kepada Anwar Ibrahim dan DAP?

Justeru Tuanku Sultan Selangor tiada pilihan kecuali memanggil satu pilihan raya negeri jika pakatan masih berdegil mahukan Wan Azizah.

Bolehkah Pilihan Raya Negeri Diadakan?

Beberapa media melaporkan tidak akan ada pilihan raya negeri Selangor memandangkan Tan Sri Khalid Ibrahim telah menghantar surat perletakan jawatan semalam. Laporan ini mungkin berdasarkan anggapan perletakan jawatan Khalid telah menyelesaikan krisis politik Selangor dan tiada keperluan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Sudah tentu andaian ini tidak tepat sama sekali memandangkan PKR dan DAP enggan tunduk kepada titah Tuanku Sultan Selangor yang mahukan lebih dari satu nama untuk calon Menteri Besar.

Ada juga beranggapan, dengan perletakan jawatan Kahlid Ibrahim, Tuanku tidak boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor lagi kerana Perkara LV (2) (b) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959, hanya memberi kuasa budi bicara mutlak kepada Sultan untuk memberi perkenan atau tidak di dalam permintaan oleh Menteri Besar bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri, bukannya dengan sendiri membubarkan DUN tanpa permohonan Menteri Besar.

(2) Duli Yang Maha Mulia boleh bertindak menurut budi bicara Baginda pada melaksanakan fungsi-fungsi yang berikut (sebagai tambahan kepada fungsi-fungsi yang pada melaksanakannya Baginda boleh bertindak menurut budi bicara Baginda di bawah Perlembagaan Persekutuan) iaitu -

a) Pelantikan Menteri Besar;

b) Keengganan untuk memperkenankan permintaan bagi pembubaran Dewan Negeri

Dengan kata lain, Tuanku tidak boleh membubarkan DUN dengan sendirinya kecuali dipohon oleh Menteri Besar. Oleh kerana Khalid telah umum meletak jawatan, maka tidak akan ada permohonan untuk membubarkan Dewan.

Namun anggapan ini salah kerana Tuanku telah memaklumkan Khalid masih Menteri Besar Selangor sehingga baginda memperkenankan perlantikan Menteri Besar baru. Ini bermakna Khalid berkuasa dan berhak memohon pembubaran DUN jika isu ini tidak diselesaikan.

Malah, sekiranya Khalid enggan memohon pembubaran, bekas profesor undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan calon PKR Parlimen Sabak Bernam dalam pilihan raya lalu, Dr Aziz Bari berpendapat, Tuanku boleh membubarkan DUN secara sendirian berdasarkan kuasa budi bicara beliau.

Justeru pada hemat penulis, sungguhpun PRN ini tidak menguntungkan Barisan Nasional, namun ia merupakan pilihan terbaik Tuanku Sultan demi menjaga kedaulatan institusi kesultanan Selangor. (sumber)

-UnReportedNews™®

Monday, 25 August 2014

ISU MB SELANGOR: SEKEJAP BERIA BENAR, SEKEJAP TIDAK .. ENTAH APA-APA LAH PAS NIH ...


Ketika PKR mengharap sentuhan kasih dari parti PAS, namun sekali lagi PAS membuat keputusan bercanggah dengan impian PKR yang ingin melihat isteri Ketua Umum parti itu bertahta sebagai Menteri Besar Selangor.

Tidak cukup dengan isu 13 ADUN PAS Selangor yang tidak menandatangani surat akuan bersumpah menyokong Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB yang baharu menggantikan Tan Sri Khalid.

Sebaliknya PAS hari ini menyatakan keputusan sebulat suara parti itu akan menyerahkan isu pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu kepada Sultan Selangor.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bersetuju menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan Sultan Selangor dalam menentukan (memilih individu bagi ) jawatan menteri besar Selangor. (berita selanjutnya, klik di sini


-UnReportedNews™®

JIJAH KIPAS SEBENARNYA TAK HINGIN JADI MB SELANGOR BARU TAPI ...


SHAH ALAM: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendedahkan bahawa beliau sebenarnya 'berat hati' untuk memikul tanggungjawab sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

Pendedahan itu dibuat ketika Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang berusaha mendapatkan sokongan penuh sekutunya iaitu PAS mengenai keupayaan Presiden parti itu.

Bagaimanapun, menurut Dr Wan Azizah, beliau terpaksa meneruskan rancangan partinya untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas dasar perjuangan.

"Bila saya ditanya nak sangat ke jawatan ini (menteri besar) apabila bertanding di (DUN) Kajang, terus terang saya katakan bahawa bukanlah niat dan keinginan di hati.

"Tapi nama saya dikemukakan, jadi sebagai seorang pejuang saya terima. Kalau inilah amanah yang diberikan, saya terima walaupun hati berat.

"Bukan ini (jawatan) yang saya inginkan, bukan ini yang saya cari tapi saya cari redha Allah," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR ke-10 di sini, Ahad.

Dr Wan Azizah menghadapi laluan sukar untuk diangkat sebagai menteri besar Selangor terutama keraguan yang ditimbulkan PAS berhubung keupayaannya untuk memimpin sebuah kerajaan negeri.

Menerusi mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos lalu, parti akhirnya menamakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai calon kedua menteri besar Selangor yang baharu, selain Dr Wan Azizah. -(sumber)

-UnReportedNews™®

Wednesday, 20 August 2014

PANAS: PR NAK "PAKSA" SULTAN SELANGOR TERIMA JIJAH KIPAS JADI MB SELANGOR BARU?


Desperate betul nampaknya Nuar Brahim nak "menabalkan" isterinya si Jijah Kipas menjadi MB Selangor yang baru untuk mengganti Tan Sri Khalid Ibrahim.

Umum tahu Sultan Selangor tidak begitu memperkenankan Jijah kerana Jijah bukanlah anak jati Negeri Selangor dan biarpun PAS sebelum ini dikatakan menamakan dua calon MB selepas Hadi Awang mengadap Sultan dengan mencadangkan Azmin Ali sebagai calon alternatif, PKR pula bertegas mengemukakan nama Jijah sahaja.

Tindakan menamakan nama Jijah seorang berkemungkinan bagi mengelakkan kemungkinan pihak istana memilih pilihan alternatif dan menolak Jijah.

Dalam ertikata lain PR seolah tidak mahu memberi memberi option atau pilihan kepada Sultan Selaongor untuk Tuanku memilih calon yang lain untuk menjadi MB Selangor yang baru selain dari Jijah Kipas.

Nuar Brahim dan PR harus beringat, Sultan Selangor boleh menolak pencalonan MB Selangor, malah Tuanku boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan sekiranya Tuanku menerima saranan dari Tan Sri Khalid.

The Malaysian Insider hari ini memetik pakar perundangan sebagai tidak menolak Sultan Selangor masih boleh membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan semula.

Difahamkan selain mempunyai pilihan mengarahkan peletakan jawatan MB kerana hilang sokongan majoriti ahli DUN, Sultan Selangor juga boleh memanggil sidang tergempar dan mengarahkan MB menguji sokongan di DUN.

Jelas di sini biarpun PR seolah "memaksa" Sultan Selangor untuk memperkenankan Jijah Kipas sebagai MB Selangor yang baru, laluan untuk Jijah Kipas masih agak tipis...

-UnReportedNews™®

Tuesday, 19 August 2014

ISU MB SELANGOR: "PENANGAN TERAKHIR" MASIH BERADA DI TANGAN KHALID .. BUBAR ..


PAS sudah membuat pendirian mencalonkan dua pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim manakala PKR dan DAP pula hanya mahukan Wan Azizah sahaja.

Langkah Pas itu bermakna berakhirnya sokongan mereka kepada Abdul Khalid biarpun mereka akan terus berada dalam pentadbiran kerajaan negeri sehingga Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pulang pada 27 Ogos nanti.

Tetapi apa lebih dinanti-nantikan oleh pelbagai pihak, apakah langkah yang akan diambil Abdul Khalid? Jika berdasarkan kepada pendirian PKR, Pas dan DAP sudah jelas, beliau sudah kehilangan sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Malah kalaupun Pas semalam membuat keputusan menyokong beliau, ia tidak akan membawa apa-apa makna kerana jumlah kerusi masih belum mencukupi untuk mempertahankan beliau.

Tambahan pula daripada 15 kerusi yang dimiliki oleh Pas ia boleh dikatakan berkurangan kepada 13 kerusi berikutan tindakan dua ADUN parti itu, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) menyokong Wan Azizah.

Malah sokongan daripada UMNO sebanyak 12 kerusi pun tidak mampu menolong Abdul Khalid kerana keseluruhannya baru 26 kerusi (termasuk kerusi beliau).

Oleh itu mahu tidak mahu Abdul Khalid terpaksa akur dengan keputusan Pas dan perlu menghadap Sultan Selangor untuk langkah seterusnya.

Apa yang perlu diketahui `peluru akhir' masih ada di tangan Abdul Khalid iaitu membubarkan DUN, itupun jika beliau boleh meyakinkan baginda untuk berbuat demikian atas alasan pemilihan Wan Azizah atau Azmin tetap akan mencetuskan konflik politik di Selangor.

Bukanlah rahsia lagi, Wan Azizah kini sudah menjadi musuh politik Abdul Khalid kerana terlalu mendengar perancangan politik suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Manakala pemilihan Azmin oleh Pas, ibarat gunung berapi yang memuntahkah laharnya setelah sekian lama ia membuak-buak sejak Abdul Khalid menjadi Menteri Besar pada 2008. Konflik yang tercetus kini juga dikatakan bermula daripada konflik antara kedua-dua mereka.

Sudah tentulah Abdul Khalid tidak sanggup melihat musuh-musuh politiknya itu menggantikan beliau, tetapi dalam masa sama, Abdul Khalid akan menghadapi kesukaran untuk berbuat demikian jika salah satu calon itu mendapat sokongan majoriti ADUN.

Sebab itulah, biarpun 'peluru akhir' masih di tangan Abdul Khalid, namun ia belum tentu berkesan kecuali beliau mempunyai alasan kukuh untuk memastikan 'peluru' tersebut walaupun akan mengakhiri tugasnya sebagai Menteri Besar tetapi juga turut 'mendatangkan kecederaan parah' khususnya kepada PKR dan DAP.

Namun apa yang pasti, langkah politik Abdul Khalid sepanjang isu Menteri Besar Selangor telah banyak membantu rakyat untuk mengenali hati budi pemimpin-pemimpin PKR, DAP dan Pas.

Paling penting, beliau membuktikan kepada rakyat betapa hipokritnya politik pemimpin-pemimpin pembangkang terutamanya sanggup melakukan apa sahaja demi merebut kuasa waima mempermainkan demokrasi sekalipun! -Suara Politik Belantan

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List