Showing posts with label Najib Razak. Show all posts
Showing posts with label Najib Razak. Show all posts

Tuesday, 22 March 2016

PRN11 Sarawak: Fitnah Terhadap Ketua Pemuda PBB Dikitar Semula


Sejak kebelakangan ini, poster fitnah lama yang kononnya Ketua Pemuda PBB Datuk Sri Haji Fadillah Yusuf menggalakkan UMNO masuk ke Sarawak ini berlegar-legar kembali di ruang media sosial, khususnya di Facebook.

Umum tahu, Sarawak kini di ambang pilihanraya maka mulalah dajal-dajal media sosial mencari modal propaganda murahan sebegini untuk mencetuskan sesuatu isu.

Walhal perkara ini telah lama diperjelaskan oleh bukan saja Fadillah tetapi YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan YAB Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem yang UMNO tidak akan sesekali masuk ke Sarawak.



Hentikan Fitnah UMNO Akan Masuk Ke Sarawak

Saturday, 15 August 2015

MIRI: Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusuf menegaskan beliau tidak pernah mempromosi UMNO untuk masuk ke Sarawak.

"Hentikan fitnah siber kononnya saya mempromosi UMNO ke Sarawak. Saya dan Pemuda PBB tidak akan pernah berbuat demikian."

"Seperti ditegaskan pucuk kepimpinan Pusat dan Negeri, UMNO tidak akan masuk ke Sarawak," tegasnya lagi.

Fadillah, yang juga merupakan Menteri Kerja Raya berkata demikian dalam ucapannya selepas mempengerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi Pemuda PBB di Miri semalam.

Sejak kebelakangan ini, terdapat poster palsu yang tersebar di media sosial yang kononnya Fadillah sedang dalam usaha membawa UMNO ke Sarawak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden UMNO bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem (Presiden PBB) juga telah acap kali menafikan yang UMNO akan masuk ke Sarawak.

Fitnah tersebut dilihat sebagai usaha pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memecahbelahkan PBB serta mengganggu gugat hubungan rapat PBB dan UMNO. -UnReportedNews™®

Monday, 29 February 2016

PM Arah Kajian Terperinci Masalah Banjir Sarawak


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar telah diarahkan membuat kajian terperinci berhubung masalah banjir di Sarawak.

Najib berkata Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar selaku menteri bertanggungjawab akan membuat kajian menyeluruh mengenai masalah tersebut.

“Wan Junaidi akan mengkaji masalah perparitan termasuk kos, implikasi dan semua butiran. Kami akan melakukan apa sahaja yang perlu kita buat,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Kampung Rantau Panjang, Batu Kawa dekat sini hari ini.

Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Perumahan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian.

Najib yang tiba kira-kira 4.30 petang, meluangkan masa hampir 30 minit meninjau Kampung Rantau Panjang yang terletak di tebingan Sungai Sarawak, dan melakukan lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang.

Dalam tempoh dua bulan tahun ini, Sarawak khususnya di daerah Kuching, Serian dan Samarahan telah dilanda banjir sebanyak empat kali.

Malam tadi pada perasmian Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2016 di Sibu, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem memohon bantuan daripada Najib bagi penduduk Sarawak, untuk menyelesaikan masalah perparitan yang menjadi punca banjir di negeri ini.

Sementara itu, mengulas mengenai lawatan ke SK Rantau Panjang, Najib berkata sekolah berkenaan akan dipindahkan ke lokasi yang lebih sesuai tidak lama lagi.

“SK Rantau Panjang akan dipindahkan ke lokasi baharu kerana berada di kawasan sempit dan sering dilanda banjir setiap tahun.

“Saya sudah berbincang dengan pegawai pendidikan, kita akan ambil tindakan segera dan lokasi serta tapak baharu akan dikenal pasti,” katanya.

Ditanya mengenai lawatan dua hari beliau ke Sarawak sejak semalam, Najib berkata beliau berpuas hati dengan sambutan yang diterima.

“Sepanjang lawatan, bagus…puas hati, nampak sambutan bagus, Alhamdulillah dan kita akan terus bantu bangunkan Sarawak,” katanya.

Ditanya kekerapan beliau melawat Sarawak ada kaitan dengan pilihan raya negeri yang semakin hampir, Perdana Menteri berkata: “Kita bantu Sarawak bukan kerana pilihan raya tetapi kerana kita nak Sarawak terus maju”. -TV14

-UnReportedNews™®

Sunday, 31 January 2016

PM Cadang Bina Jambatan Batang Lupar - Jambatan Terpanjang Di Malaysia


Cadangan pembinaan jambatan terpanjang di Malaysia iaitu Jambatan Sungai Batang Lupar di Sri Aman yang diilhamkan secara spontan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatan hari ini, akan dimasukkan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN) Sarawak nanti.
 
Menurut Najib, semasa meneliti peta Sarawak semasa meninjau projek pembinaan Jambatan Batang Sadong di Simunjan pagi tadi, beliau mendapati banyak kawasan pesisir pantai di negeri ini boleh dimajukan sekiranya dibina sebuah jambatan merentasi Sungai Rejang di Batang Lupar iaitu sungai terpanjang di negara ini.
 
Katanya, semasa berada dalam kereta bersama Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, beliau telah menyuarakan hasrat untuk membina Jambatan Batang Lupar yang bakal menjadi jambatan terpanjang di  Malaysia.
 
"Saya minta kerajaan Sarawak membiayai 50 peratus kos pembinaan dan Pusat menanggung 50 peratus lagi.
 
"Idea saya ini terus dipersetujui oleh Ketua Menteri dan saya minta projek ini  dimasukkan sekali dalam manifesto BN," katanya berucap dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di padang Dewan Suarah Bintulu di sini hari ini.
 
Yang turut hadir, Adenan dan isteri, Puan Sri Jamilah Anu; Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfref Jabu Numpang dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Amar Mohamad Afsia Awang Nassar.
 
Menurut Najib, beliau belum tahu kos sebenar projek pembinaan jambatan dicadangkan itu tetapi berjanji akan berusaha mencari sumber kewangan untuk melaksanakannya. -UnReportedNews™®
 

Wednesday, 27 January 2016

Arab Saudi Sahkan Dana USD681 Juta Sumbangan Almarhum Raja Abdullah


Isu dana derma 2.6Bilion kepada Datuk Seri Najib Razak menjadi alat politik pembangkang hingga terbawa bawa ke Parlimen Malaysia dan menjadi kontroversi dikalangan ahli UMNO yang tidak sabar untuk mencari salah mengasak Najib Razak lantaran termakan fitnah orang orang tertentu. 

Dana derma yang dicanang sebanyak RM2.6 bilion (jumlah sebenar RM2.08 bilion) akhirnya terjawab bilamana sumbangan ini disahkan diberi oleh pemimpin tertinggi Arab Saudi Almarhum Raja Abdullah. (Bekas pemerintah Arab Saudi Raja Abdullah.)

Dari jumlah itu dimaklumkan untuk membantu negera negara Islam sederhana agar tidak belakunya kejadian seperti di Mesir, Libya dan Syria dengan jolokkan nama 'Arab Spring'

Sebelum berlangsungnya PRU13 lepas, Ramai dari parti pembangkang yang membawa dakyah palsu dan bersifat anarki seperti fitnah "Isu Bangla 40 Ribu dan Blackout" yang jelas hingga kini tuduhan itu tidak dapat disahkan kejadiannya, meskipun pembangkang bersungguh sungguh menyatakan ia belaku (tuduh tanpa pembuktian). 

ini menimbukan kebimbangan pelbagai pihak terutamanya saudara sesama Islam kita di Arab Saudi yang merasakan pembangkang di Malaysia berpotensi menghasilkan 'Arab Spring' di Malaysia yang juga dikenali sebuah negara Islam.

Hari ini media antarabangsa BBC.com menyiarkan laporan yang memetik sumber Istana Arab Saudi mengesahkan dana kempen pilihanraya yang dimasukkan ke akaun Najib Razak itu adalah sumbangan daripada bekas pemerintah Arab Saudi Raja Abdullah.

Arab Saudi  dan kekayaan hasil minyaknya banyak disalurkan hingga mencecah ratusan juta setiap tahun kepada negara-negara umat Islam.

Memetik sumber Istana Arab Saudi, BBC.com mendedahkan sumbangan untuk dana pilihanraya tersebut dilakukan menggunakan dana milik peribadi Raja Abdullah melalui Bank Swiss cawangan Singapura.

Najib Razak dan Malaysia memang mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga diraja Arab Saudi, sejak menjadi Perdana Menteri, Najib kerap melakukan kunjungan ke Arab saudi hampir setiap tahun bertemu dengan pemimpin-pemimpin negara itu selain untuk mengerjakan umrah dan ziarah. Tidak hairanlah pihak Arab Saudi sebelum ini bermurah hati memberikan kouta haji yang lebih kepada jemaah dari Malaysia.

Semalam (26 Januari 2016) Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan SPRM mengesahkan bahawa DS Najib Razak bebas dari dakwaan rasuah selepas siasatan mendapati wang itu adalah sumbangan daripada keluarga diraja Saudi.

Almarhum Raja Abdullah meninggal dunia pada 23 Januari 2015 ketika berusia 90 tahun. AL Fatihah!

Rujuk artikel berkenaan dana pilihanraya : http://www.bbc.com/news/world-asia-35409424 -UnReportedNews™®

Thursday, 21 January 2016

Rundingan Pemberian Kuasa 13 Perkara Kepada Kerajaan Sarawak Agak Positif


Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem menyatakan Kerajaan Sarawak telah memulakan siri perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau sendiri berhubung dengan apa-apa hak di bawah Perjanjian Perlembagaan, Malaysia, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan, cadangan-cadangan Suruhanjaya Cobbold dan kedudukan autonomi Sarawak di Malaysia. 

Rundingan akan dilaksanakan dalam tiga fasa. Fasa pertama adalah pada kuasa pentadbiran dan peringkat kedua mengenai hak-hak kami di bawah perlembagaan. Hasil fasa pertama ceramah diadakan semalam di sebagai pejabat Perdana Menteri seperti yang diperincikan di bawah agak positif:

Penyediaan kuasa pentadbiran kepada Kerajaan Negeri Sarawak.

1) Pegawai undang-undang negeri (PUU) diberi kuasa oleh pendakwa raya di bawah Kanun Tatacara Jenayah untuk menjalankan pendakwaan bagi kesalahan-kesalahan di bawah ordinan negeri daripada peringkat pertuduhan di mahkamah rendah sehingga ke peringkat rayuan.

2) Dipersetujui penurunan kuasa kepada pegawai negeri bagi mewakili SPA dan SPP untuk melantik pegawai ke Perkhidmatan Awam Persekutuan termasuk ke perkhidmatan perguruan dan kesihatan.

3) Perjawatan di Jabatan Imigresen Negeri Sarawak diperkukuhkan bagi menambahbaik fungsi penguatkuasaan di negeri berkenaan dengan pertambahan 100 jawatan baharu, penempatan sepenuhnya pada akhir Februari 2016.

4) Jumlah guru anak kelahiran Sarawak bertugas di Negeri Sarawak akan ditingkatkan kepada ratio 90% daripada jumlah keseluruhan guru di Negeri Sarawak menjelang tahun 2018. Sebagai langkah memastikan sasaran ini tercapai, maka guru sandaran daripada pasaran terbuka akan dipertimbangkan dari masa ke semasa.

5) Pemberian kuasa warden lalulintas kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) Negeri Sarawak akan diberi kepada Majlis Bandaraya Miri selain daripada Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan.

6) Kerajaan Negeri akan dirujuk sebelum permohonan mendapatkan Permit Perikanan Laut Dalam dibawa ke pertimbangan dalam Jawatankuasa Penilaian Permit Laut Dalam (JPPLD).

7) Kerajaan Negeri akan dirujuk dalam proses penggubalan undang-undang Persekutuan yang mempunyai implikasi kepada Negeri Sarawak dimana diperuntukkan oleh undang-undang.

8) Perancangan projek-projek pembangunan Kerajaan Persekutuan di Negeri Sarawak akan memberi keutamaan kepada Pelan Pembangunan 5 Tahun Negeri Sarawak berdasarkan kepada peruntukan yang diluluskan. Pelaksanaan projek akan dirujuk/dirunding bersama antara Kementerian dan Kerajaan Negeri seperti penentuan lokasi sekolah, hospital serta pelaksanaan projek-projek pembangunan yang lain.

9) Kementerian akan mengambil langkah-langkah penambahbaikan bagi meningkatkan jumlah kemasukan pelajar dari kalangan anak-anak Negeri Sarawak ke program ijazah sarjana muda perubatan di universiti awam tempatan. Anak-anak negeri akan diberi peluang yang lebih besar bagi memasuki program pengajian foundation di UNIMAS.

10) Bersetuju untuk mengenalpasti bidang-bidang berkaitan yang boleh diwakilkan Kuasa Ketua Pengarah Di Bawah Seksyen 49 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kepada pegawai / jabatan negeri.

11) Pelaksanaan pembangunan projek perumahan awam di Sarawak dilaksanakan semula melalui Joint Committee Meeting (JCM), agar agensi negeri dapat terlibat sepenuhnya dalam aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan program-program perumahan awam di negeri Sarawak.

12) Bersetuju supaya pembangunan sukan di Negeri Sarawak ditadbir bersama dengan Kerajaan Negeri. Kementerian Belia dan Sukan juga sedang dalam proses menambahbaik Akta Pembangunan Sukan 1997 dan dijangka selesai pada akhir tahun 2016.

13) Bersetuju supaya Kerajaan Negeri akan melaksanakan semua fungsi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Semua perjawatan akan dipindahkan kepada Perkhidmatan Awam Negeri. Kerajaan Persekutuan akan menyumbang 50% kos yang ditanggung seperti diputuskan oleh Majlis Kewangan Negara. EMPOWERMENT SECARA PENTADBIRAN KEPADA KERAJAAN NEGERI SARAWAK

1) Pegawai undang-undang negeri (PUU) diberi kuasa oleh pendakwa raya di bawah Kanun Tatacara Jenayah untuk menjalankan pendakwaan bagi kesalahan-kesalahan di bawah ordinan negeri daripada peringkat pertuduhan di mahkamah rendah sehingga ke peringkat rayuan.

2) Dipersetujui penurunan kuasa kepada pegawai negeri bagi mewakili SPA dan SPP untuk melantik pegawai ke Perkhidmatan Awam Persekutuan termasuk ke perkhidmatan perguruan dan kesihatan.

3) Perjawatan di Jabatan Imigresen Negeri Sarawak diperkukuhkan bagi menambahbaik fungsi penguatkuasaan di negeri berkenaan dengan pertambahan 100 jawatan baharu, penempatan sepenuhnya pada akhir Februari 2016.

4) Jumlah guru anak kelahiran Sarawak bertugas di Negeri Sarawak akan ditingkatkan kepada ratio 90% daripada jumlah keseluruhan guru di Negeri Sarawak menjelang tahun 2018. Sebagai langkah memastikan sasaran ini tercapai, maka guru sandaran daripada pasaran terbuka akan dipertimbangkan dari masa ke semasa.

5) Pemberian kuasa warden lalulintas kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) Negeri Sarawak akan diberi kepada Majlis Bandaraya Miri selain daripada Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan.

6) Kerajaan Negeri akan dirujuk sebelum permohonan mendapatkan Permit Perikanan Laut Dalam dibawa ke pertimbangan dalam Jawatankuasa Penilaian Permit Laut Dalam (JPPLD).

7) Kerajaan Negeri akan dirujuk dalam proses penggubalan undang-undang Persekutuan yang mempunyai implikasi kepada Negeri Sarawak dimana diperuntukkan oleh undang-undang.

8) Perancangan projek-projek pembangunan Kerajaan Persekutuan di Negeri Sarawak akan memberi keutamaan kepada Pelan Pembangunan 5 Tahun Negeri Sarawak berdasarkan kepada peruntukan yang diluluskan. Pelaksanaan projek akan dirujuk/dirunding bersama antara Kementerian dan Kerajaan Negeri seperti penentuan lokasi sekolah, hospital serta pelaksanaan projek-projek pembangunan yang lain.

9) Kementerian akan mengambil langkah-langkah penambahbaikan bagi meningkatkan jumlah kemasukan pelajar dari kalangan anak-anak Negeri Sarawak ke program ijazah sarjana muda perubatan di universiti awam tempatan. Anak-anak negeri akan diberi peluang yang lebih besar bagi memasuki program pengajian foundation di UNIMAS.

10) Bersetuju untuk mengenalpasti bidang-bidang berkaitan yang boleh diwakilkan Kuasa Ketua Pengarah Di Bawah Seksyen 49 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kepada pegawai / jabatan negeri.

11) Pelaksanaan pembangunan projek perumahan awam di Sarawak dilaksanakan semula melalui Joint Committee Meeting (JCM), agar agensi negeri dapat terlibat sepenuhnya dalam aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan program-program perumahan awam di negeri Sarawak.

12) Bersetuju supaya pembangunan sukan di Negeri Sarawak ditadbir bersama dengan Kerajaan Negeri. Kementerian Belia dan Sukan juga sedang dalam proses menambahbaik Akta Pembangunan Sukan 1997 dan dijangka selesai pada akhir tahun 2016.

13) Bersetuju supaya Kerajaan Negeri akan melaksanakan semua fungsi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Semua perjawatan akan dipindahkan kepada Perkhidmatan Awam Negeri. Kerajaan Persekutuan akan menyumbang 50% kos yang ditanggung seperti diputuskan oleh Majlis Kewangan Negara.-UnReportedNews™
*Kredit photo - Jiwa Bakti

Monday, 19 October 2015

Dana RM2.6 Bilion Belum Sah Derma Atau Rasuah


DENGKIL: Dana RM2.6 bilion yang mencetuskan kontroversi itu tidak boleh dikategorikan sebagai derma atau rasuah kerana siasatan kes berkenaan masih belum dimuktamadkan.


Bagaimanapun, wang itu boleh disifatkan sebagai rasuah jika pemberi memperoleh balasan hasil daripada bantuan yang disampaikan itu.



Sehubungan itu, penilaian terperinci berasaskan tiga aspek rasuah yang membabitkan pemberi dan penerima, suapan dan balasan perlu dilaksanakan untuk melengkapkan kes berkenaan.



Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Zakaria Jaffar berkata, tanpa pengesahan berkaitan ketiga-tiga aspek asas rasuah, dengan itu kes berkenaan tidak dapat dilengkapkan.



"Jika ada ketiga-tiganya baru ia boleh dikatakan rasuah, sama ada nak dakwa pemberi atau penerima.



"Ikut cakap-cakap orang ramai, penerimanya adalah Perdana Menteri, tetapi siapa pemberinya, sebab itu kita perlu cari kerana dia akan jadi saksi utama, tetapi kedudukannya di luar negara sudah tentu akan melambatkan proses siasatan," katanya pada temubual khas mStar Online bersamanya baru-baru ini.



Bersara selepas 33 tahun berkhidmat, Zakaria menambah, bagaimanapun keterangan pemberi dana yang akan menentukan kedudukan kes berkenaan.



"Jika pemberi itu mengakui dia salurkan dana itu sebagai derma untuk buat surau atau masjid seluruh Malaysia, jadi bermakna ia bukan rasuah.



"Tetapi, kalau pemberi kata wang berkenaan memang untuk pembinaan surau atau masjid tetapi dia juga terima balasan daripada bantuan itu, barulah ada unsur rasuah," katanya.



Menjelaskan lanjut, kata Zakaria lagi, suapan yang juga salah satu elemen rasuah boleh diberi menerusi pelbagai kaedah antaranya derma, wang tunai, jawatan, barangan, seks atau komisyen.



Oleh itu, katanya, bukti diperlukan untuk mengesahkan semua aspek berkaitan sebelum tindakan diambil terhadap pihak berktanggungjawab.



"Lebih menyukarkan keadaan kalau pihak terlibat merahsiakannya.



"Sebab itu saya kata masyarakat tidak faham, tugas penting sekarang selain menemui pemberi dana adalah mengesan dokumen berkaitan RM2.6 bilion itu dan mencari saksi berkaitan untuk mengesahkannya," katanya.



Bagaimanapun, beliau kesal apabila orang awam lebih gemar membuat pelbagai dakwaan dan tuduhan termasuk terhadap SPRM hingga ia menjadi viral di media sosial.



"Orang ramai kata dakwwa saja nak siasat apa lagi, tapi nak dakwa macam mana, bukan senang, kena cari dokumen, lepas tu cari orang yang akan bercakap atau saksi sebab dokumen yang ditemui tu tak boleh bercakap dan kita perlukan pengesahan pihak berwajib.



"Tapi, kalau orang ramai faham tugas kami tentu tak jadilah viral macam sekarang. Janganlah hentam SPRM, jangan tambah masalah, kata SPRM tidur la, macam-macam lagi," katanya.



Menjelaskan lanjut, Zakaria memberi satu lagi contoh untuk membolehkan orang ramai lebih memahami isu berkenaan.



"Contohnya dia tok imam yang juga guru besar dan selepas solat dia memaklumkan ada rancangan untuk sambung bumbung di tempat meletak kasut bagi elak basah semasa hujan tetapi bajet tidak mencukupi dan meminta sesiapa yang berhasrat menyumbang memasukkan dana ke akaun masjid.



"Tetapi pada masa sama, dia sebagai guru besar apabila jumpa orang tertentu berkata:"Aku boleh bagi tender kantin dengan syarat kamu derma kepada masjid untuk kerja penyambungan bumbung sebab nak jaga kepentingan aku sebagai nazir masjid.



"Dalam keadaan ini, rasuah berlaku dan semua bukti dan keterangan saksi perlu dikumpul untuk disampaikan kepada pendakwaraya jika tidak tiada kes," katanya.



Setakat Ogos lalu, SPRM mengulangi bahawa pihaknya hanya menyebut yang dana RM2.6 bilion adalah sumbangan derma daripada pihak penderma yang berasal dari Timur Tengah dan bukannya dana 1MDB.



SPRM juga menekankan bahawa siasatan berkenaan kes SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion masih berjalan. -mStar



-UnReportedNews™®

Sunday, 18 October 2015

Malaysia Komited Tangani Jerebu


Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar menolak sama sekali persepsi yang dimainkan oleh pihak-pihak tertentu yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mengambil berat akan situasi jerebu yang melanda Malaysia sekarang.
 
"Perkara pertama yang YAB Perdana Menteri tanya kepada saya (ketika saya menyambut kedatangannya) sejurus saja kaki beliau mencecah bumi Malaysia setelah balik dari lawatan luar negara pada minggu lepas adalah berkenaan jerebu."
 
Tambahnya lagi, sejurus kembali ke tanahair, Perdana Menteri terus mengaturkan pertemuan dengan Presiden Indonesia Joko Widodo bagi membincangkan apakah tindakan yang boleh diambil oleh kedua negara (Malaysia dan Indonesia) bagi mengurangkan situasi jerebu yang telah menjejaskan semua negara di rantau ini.
 
"Jelas reaksi Perdana Menteri terhadap situasi jerebu ini menunjukkan keperihatinan beliau akan kesejahteraan dan kehidupan rakyat Malaysia yang telah terjejas dengan fenomena jerebu."
 
"Masyarakat mudah membandingkan tindakan negara asing yang lain ke atas situasi jerebu namun tidak pula mengambilkira tindakan pro-aktif Kerajaan Malaysia dalam menangani masalah jerebu ini," ujarnya.
 
Beliau berkata demikian dalam satu temubual khas bersama sebuah akhbar nasional selepas menghadiri Majlis Perasmian Minggu Alam Sekitar Peringkat Kebangsaan yang dilangsungkan di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur semalam.
 
"Selain dari menghantar pesawat amfibia Bombardier CL415MP ke Indonesia bagi membantu operasi memadam kebakaran hutan di republik itu, Malaysia juga telah menawarkan Indonesia agar mengadaptasikan kepakaran Malaysia dalam pengurusan tanah gambut serta mempelajari strategi menangani masalah pembakaran ladang dan hutan secara terbuka."
 
Jelas Junaidi lagi, Malaysia mempunyai kepakaran dalam penggunaan teknologi perigi bawah tanah yang dipasang di kawasan-kawasan tanah gambut di seluruh negara dan penggunaan teknologi itu terbukti berkesan dalam mengatasi pembakaran hutan yang menyumbang dengan ketara kepada masalah jerebu.
 
"Kepakaran serta pengalaman luas dalam pengurusan tanah gambut menarik minat pihak Indonesia untuk mengadakan lawatan ke negara ini dan saya jangka rombongan dari Indonesia dijangka membuat kunjungan hormat ke kementerian saya dalam usaha mengatasi masalah jerebu sejurus masalah kebakaran di negara itu reda," tambahnya lagi. -UnReportedNews™®

Sunday, 11 October 2015

Jerebu Dan Kebakaran Hutan: Najib Ke Jakarta Bertemu Widoyo

 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berangkat ke Jakarta, Indonesia untuk bertemu Presiden Indonesia Joko Widoyo mengenai permohonan Indonesia ke atas bantuan dari Malaysia untuk mengatasi krisis kebakaran hutan di negara tersebut hari ini.
 
Najib dijadualkan akan bertemu Widoyo dalam satu majlis pertemuan tertutup bagi membincangkan perkara berkenaan dalam satu pertemuan tertutup di Istana Bogor setiba di Indonesia hari ini.
 
Sepanjang lawatan kerja dua hari Perdana Menteri disana, beliau di iringi oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komiditi Dato Sri Douglas Uggah Embas dan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato' Razali Ibrahim.
 
Deligasi Malaysia yang menaiki pesawat rasmi kerajaan berlepas dari Lapangan Terbang TUDM Subang pagi tadi. -UnReportedNews™®

Monday, 20 July 2015

Laman Sarawak Report Disekat


Akhirnya kerajaan Malaysia mengambil keputusan menyekat laman sesawang Sarawak Report yang didakwa telah menyebar fitnah dan berita palsu berkaitan dengan kerajaan dan pemimpin negara ini. 

Difahamkan, laman sesawang yang dikendali oleh Clare Rewcastle Brown yang berpusat di London, England tersebut tidak dapat di akses sejak enam jam yang lepas (10 malam semalam).

Pada skrin sekatan laman sesawang tersebut tertera, "Laman sesawang ini tidak dapat diakses di Malaysia kerana kandungannya melanggar undang-undang negara."

Sejak beberapa tahun yang lalu, Sarawak Report dilihat telah banyak "menyerang" mantan Ketua Menteri Sarawak iaitu (Tun) Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang kini telah dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak namun "serangan" tidak mampu memgugat kepimpinan beliau.

Hanyasejak beberapa bulan yang lepas, serangan Sarawak Report bertumpu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan 1MDB.

Syabas kepada SKKM kerana mengambil tindakan ini. - Sarawakiana

-UnReportedNews™®

Thursday, 16 July 2015

Video: Pengakuan Bekas Konspirator Sarawak Report


Petang tadi kami melaporkan satu Laporan Polis Ke Atas Konspirasi Jatuhkan Perdana Menteri telah dibuat bersama bukti komunikasi e-mel dan video wawancara.

Sebentar tadi kami menerima mesej memaklumkan sebuah blog telah menerbitkan bahagian pertama wawancara dengan bekas “editor” Sarawak Report, Lester Melanyi yang kini sedang sakit.

Video bahagian pertama itu telah diterbitkan di http://lestermelanyi.blogspot.com/.


Berikut ialah video terbabit:

MYKMU
-UnReportedNews™®

Video: Bekas "Editor" Sarawak Report Akui Skandal 1MDB Adakah Fitnah


Petang tadi kami melaporkan satu Laporan Polis Ke Atas Konspirasi Jatuhkan Perdana Menteri telah dibuat bersama bukti komunikasi e-mel dan video wawancara.

Sebentar tadi kami menerima mesej memaklumkan sebuah blog telah menerbitkan bahagian pertama wawancara dengan bekas “editor” Sarawak Report, Lester Melanyi yang kini sedang sakit.
Video bahagian pertama itu telah diterbitkan di http://lestermelanyi.blogspot.com/.

Berikut ialah video terbabit:
MYKMU
-UnReportedNews™®

Friday, 10 July 2015

Clare Rewcastle Brown: Penyiasat Yang Kini Sedang Disiasat


Oleh Raja Petra Kamarudin.

Semalam, terdapat dua posting blog menarik yang bertajuk "Jutaan Ringgit Dalam Akaun Rosmah - Mana datangnya? EKSKLUSIF!" dan "Pendakwaan mengejutkan oleh Sarawak Report".

Selama enam tahun atau lebih, Clare Rewcastle Brown telah menggunakan Sarawak Report menyerang Abdul Taib Mahmud, bekas Ketua Menteri Sarawak dan keluarganya, dengan hanya satu objektif: untuk menjatuhkan Barisan Nasional Sarawak dan menyerahkan negeri itu kepada PKR.

Matlamatnya hanya satu dan 'kuda' yang akan menjadi Ketua Menteri Sarawak baru sebaik PKR mengambil alih kerajaan negeri ialah Baru Bian yang telah mengadakan lawatan beberapa kali ke London untuk berjumpa Clare.

Pada suatu ketika, ketua umum PKR, Anwar Ibrahim, membuat keputusan untuk membatalkan rancangan menjadikan Baru Bian sebagai ketua PKR Sarawak dan menggantikannya dengan calon Islam. Clare marah dengan keputusan itu. Dia menghentikan operasi Sarawak Report serta-merta dan menelefon Anwar bagi membantah keputusannya. Jika Anwar tidak menaikkan Baru Bian sebagai Ketua PKR Sarawak mengikut rancangan asal, maka Sarawak Report akan terus ditutup dan Clare tidak akan membantu PKR menjatuhkan Taib.

Anwar mengalah dan beberapa hari kemudian, Sarawak Report kembali beroperasi.

Tun Dr Mahathir Mohamad melihat Sarawak Report sebagai kenderaan yang sesuai untuk digunakan dalam misi menjatuhkan Perdana Menteri, jadi dia bertemu dengan Clare untuk membincangkan kemungkinan Sarawak Report bekerjasama dengan pakatan anti-Najib.

Kemungkinan sentiasa ada, sudah tentu, tetapi semuanya bergantung pada isu wang. Sarawak Report juga dibiayai oleh pihak yang mahu menyingkirkan Taib dan mahu PKR mengambil alih Sarawak. Untuk melakukan perkara yang sama dalam kempen menggulingkan Najib, pembiayaan yang lebih besar amat ditagih.

Selama ini, Sarawak Report melakukan serangan sehala dengan menyerang Taib dan keluarganya tetapi Taib tidak melawan. Sebaliknya, dalam siri serangan Najib, penyokong Najib tidak akan membenarkan Clare terus menyerang Perdana Menteri dan keluarganya tanpa sebarang tindak balas.

Para penyiasat kini sedang menyiasat jumlah wang yang diterima Clare dan Sarawak Report untuk beberapa tahun ini dan siapa pembiayanya (walaupun identiti pembiaya itu lebih-kurang sudah diketahui). Penyiasat tahu Clare memperolehi wang dari luar UK tetapi apa yang mereka mahu tahu adalah berapa banyak daripada wang itu tidak diisytiharkan dan telah disembunyikan dari pengetahuan pengutip cukai UK.

Penyiasat juga sedang menyiasat bagaimana Clare yang bermula sebagai seorang wartawan telah menjalani gaya hidup yang berbeza selepas dia mula menyerang Taib dan kini, selepas dia mula menyerang Najib, gaya hidupnya mirip dengan gaya hidup sasaran serangannya. Tidak syak lagi bahawa Clare menerima wang dan ada seseorang yang membelanjakan wang yang banyak untuk membiayai serangan ke atas Najib, kata para penyiasat.

Penyiasat mahu membuktikan Clare adalah seorang mata duitan dan motivasi utamanya adalah wang, bukan mencari kebenaran. Malah, kata para penyiasat, Clare yang kononnya sentiasa mencari kebenaran, sanggup menggunakan taktik penipuan dan dokumen palsu bagi menyerang sasarannya.

Apa pun, semoga berjaya kepada penyiasat kerana saya yakin orang yang licik seperti Clare tahu cara menutup jejak langkah dan tidak akan meninggalkan sebarang bukti. Lagipun, kerjanya selama ini adalah menyiasat orang lain jadi dia mesti tahu apa kesilapan yang sering dibuat orang, yang juga bermaksud dia tahu apa yang perlu dilakukan untuk mengelakkan diri daripada ditangkap.

Pasukan penyiasat bagaimanapun berkata ia bukanlah sesuatu yang sukar untuk membuktikan dakwaan itu. Mereka merujuk kepada pangsapuri mewah bernilai jutaan paun yang didiaminya yang tidak mungkin dapat dimiliki orang biasa kecuali mereka yang berada dalam kategori jutawan.

Setelah jumlah hartanya dikenal pasti, tindakan undang-undang akan difailkan terhadap Clare. Para penyiasat mengatakan peguam sudah pun meneliti perkara ini dan mereka merancang untuk mengambil tindakan ke atasnya. Mereka tidak akan mendedahkan strategi tetapi penyiasat percaya Clare telah melampaui batas dalam pendedahan terbarunya mengenai akaun bank Rosmah.

Nampaknya saman juga mungkin akan difailkan terhadap Affin Bank Berhad kerana bekerjasama dengan Clare mendedahkan butiran perbankan peribadi pemegang akaun mereka. Jika mereka memutuskan untuk mendakwa pihak dari Affin Bank yang terlibat dalam koloborasi ini dengan pendakwaan jenayah, pesalah yang terlibat mungkin sanggup membuat perjanjian agar tidak dipenjarakan dengan mendedahkan pihak berkaitan yang turut terlibat dan segala urusan dengan Clare, yang akan mengukuhkan lagi kes terhadap pengasas Sarawak Report itu.

Sementara itu, pihak polis Thai telah meminta polis Malaysia beberapa nama rakyat Malaysia yang boleh membantu mereka dalam siasatan terhadap Xavier Andre Justo. Pembantu Dr Mahathir, Sufi Yusuf dikatakan adalah antara lima rakyat Malaysia yang didakwa terlibat dalam jenayah mencuri data dan jenayah pemalsuan emel. Hmm ... adakah Sufi akan menyambut Hari Raya di Kuala Lumpur atau di Bangkok tahun ini?

Selain itu, polis Thailand juga sedang menyiasat aliran wang kepada Justo. Polis mahu tahu berapa banyak yang dibayar dan bagaimana ia dibayar, melalui wang tunai atau pemindahan elektronik. Mereka mahu tahu siapa lagi yang membayar kepada Justo selain RM15 juta yang diterimanya dan sudah diketahui umum. Sekiranya wang tunai diseludup ke Thailand untuk membayar Justo, ia akan menjadi satu lagi kes jenayah kerana menyeludup wang tunai ke Thailand tanpa mengisytiharkannya adalah menyalahi undang-undang negara itu.

Plot semakin rancak dan kita mungkin di ambang melihat perkembangan yang lebih menarik dalam isu 1MDB ini. Ya, cerita ini masih belum berakhir. Sebaliknya ia baru bermula. Dijangkakan ia akan menjadi lebih panas dalam tempoh beberapa minggu akan datang. - Sarawakiana 

-UnReportedNews™®

Monday, 6 July 2015

1MDB: Taktik Terkini Sarawak Report Tidak Menjadi


Mungkin niat mereka menyebarkan gambar Najib dan Jho Low bersama sebelum usahasama PetroSaudi-1MDB dilaksanakan dalam entri terkini mereka akan memberi persepsi negatif kepada umum namun taktik Sarawak Report kali ini tidak menjadi sebaliknya telah memakan diri mereka sendiri.. 

Tidak kira berapa kacak Jho Low dalam gambar ini, jangan lihat dia dulu. Tumpukan perhatian anda kepada lelaki macho yang tinggi di sebelah dia. PM Najib juga adalah seorang yang tinggi namun orang itu lebih tinggi daripada dia. Siapa dia?

Sarawak Report mungkin berfikir bahawa dengan menyiarkan gambar-gambar Najib sekeluarga bersama-sama dengan Jho Low pada Ogos 2009 sebelum usahasama PetroSaudi-1MDB ditandatangani, ia akan merosakkan reputasi Najib.

Sebenarnya, ia adalah sebaliknya ..

Hari ini, Sarawak Report sebenarnya telah membuktikan PetroSaudi dimiliki oleh Putera Turki bin Abdullah Al Saud.

Malah, Sarawak Report sendiri telah menulis: "Dari kiri ke kanan adalah Putera Turki, pemilik PetroSaudi; Jho Low ..." (Baca sepenuhnya)

-UnReportedNews™®

Sunday, 5 July 2015

Sarawak Report: Beza Orang Sarawak Dan Orang Semenanjung


Seluruh dunia kini sedang gempar dengan "pendedahan sensasi" Sarawak Report mengenai 1MDB yang kononnya wang berbilion-bilion ringgit di "songlap" oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ironinya, Sarawak Report juga pernah (bertahun-tahun) menyerang bekas Ketua Menteri Sarawak (Tun) Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud (yang kini dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak) namun serang-serangan serta fitnah-fitnah yang dilemparkan tidak menjadi.

Persoalannya mengapa pula fitnah Sarawak Report ke atas Taib tidak menjadi dan mengapa pula fitnah terhadap Najib seakan "berjaya" pula? 

Jawapannya adalah kerana ramai rakyat Sarawak tidak percaya kepada media asing yang kesahihan maklumatnya amat di ragui dan kami penuh yakin dengan pucuk pimpinan kami.

Biarpun terdapat juga segelintir pembangkang dan rakyat Sarawak yang cuba membangkit isu-isu yang dimain oleh Sarawak Report namun keyakinan dan kesabaran kami membuahkan hasil dan Sarawak Report sudah berkali-kali didapati menipu dalam serangan mereka terhadap Taib.

Memang semestinya terdapat sedikit keraguan namun kami telah memberi ruang dan masa yang secukupnya bagi Taib dan Alhamdullillah, akhirnya segala fitnah dan serangan Sarawak Report tersebut terbukti tiada kebenaran langsung.

Kami sayang akan negeri kami, kami mempertahankan kedaulatan negeri Sarawak, kami tak izin orang asing masuk campur hal Sarawak.

Berlainan dengan situasi yang di alami oleh Najib, sadisnya, ramai pula (bukan semua) rakan-rakan di Semenanjung sana terus percaya dengan tuduhan dan fitnah Sarawak Report.

Baru sekali jentik, terus percaya? Janganlah kerana hasutan orang asing kita terus seakan hilang pedoman. Janganlah kerana serangan dari "orang dalam" (orang yang berkepentingan) kita terus hilang kepercayaan kepada Najib.

Jelas, mereka-mereka (Sarawak Report dan orang-orang berkepentingan) ini tidak akan henti-henti menyerang Najib dengan apa jua cara pun.

Satu demi satu isu mereka pertengahkan, belum dijawab satu isu mereka dah mengeluarkan isu yang lain, tidakkah itu menjadi satu keganjilan?

Yakinlah dengan Najib, berilah ruang dan masa yang secukupnya bagi dirinya dan InsyaAllah, segalanya akan terhurai jua akhirnya.

"Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai); (Al-Quran: Surah Qalam – Ayat 11)."

-UnReportedNews™®

Friday, 3 July 2015

Tuduhan Ke Atas Perdana Menteri Adalah Satu Cubaan Sabotaj Politik


Dakwaan bahawa dana 1MDB telah dipindahkan kepada akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak adalah satu “sabotaj politik,” kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).

The Wall Street Journal dan Sarawak Report menerbitkan artikel pada hari Jumaat mendakwa bahawa hampir US $ 700mil (RM2.63bil) dana 1MDB telah dipindahkan ke dalam akaun-akaun peribadi Perdana Menteri.

“Walaupun kepimpinan Perdana Menteri berjaya menghalangi kemerosotan ekonomi global terhadap ekonomi Malaysia seperti yang diiktiraf minggu ini dengan kenaikan taraf Fitch – ada usaha bersepadu oleh individu-individu tertentu untuk melemahkan keyakinan para pelabur terhadap ekonomi negara kita, menjatuhkan kredibiliti Kerajaan, dan juga cubaanm untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik.

“Dakwaan terkini, oleh penyiasat yang tidak dinamakan sebagai asas untuk menyerang Perdana Menteri, adalah kesinambungan daripada cubaan sabotaj politik ini,” kata PMO dalam satu kenyataan pada hari ini.

Ia adalah satu jenayah pemalsuan dokumen, pendoktoran dan pemerasan yang “mengelirukan media dan orang ramai”.

“Oleh itu adalah wajib bagi media yang bertanggungjawab untuk tidak menerima sebarang dokumen tersebut sebagai tulen melainkan jika telah disahkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan,” katanya.

Pejabat Perdana Menteri juga menyatakan bahawa 1MDB juga telah menyatakan bahawa syarikat itu tidak menyediakan dana kepada Najib dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lebih awal pada hari ini.

Kenyataan Akhbar 1MDB

1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini menafikan pernah menyalurkan dana ke akaun milik perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

“Merujuk kepada laporan media yang diterbitkan awal hari ini, 1MDB ingin memperjelaskan bahawa syarikat ini tidak pernah menyalurkan dana kepada perdana menteri,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan laporan Wall Street Journal dan Sarawak Report hari ini mendakwa, siasatan ke atas syarikat itu mendapati berbilion ringgit telah disalurkan ke dalam beberapa akaun peribadi Najib.

Menurut 1MDB, laporan yang dikeluarkan beberapa agensi media dan blog seperti Sarawak Report adalah tidak benar dan merupakan tuduhan liar terhadap syarikat serta kerajaan.

“Kami terkejut apabila dokumen seperti ini, di mana kewujudan dan kesahihannya belum dipastikan, masih diguna untuk memfitnah 1MDB,” kata 1MDB.

WSJ dan Sarawak Report memetik dokumen yang kononnya diperoleh daripada siasatan ke atas 1MDB.

WSJ melaporkan, dokumen menunjukkan hampir AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan ke agensi milik kerajaan dan kemudiannya ke akaun peribadi perdana menteri dalam beberapa deposit berasingan.

Sarawak Report pula mendakwa, RM42 juta dimasukkan ke akaun Najib daripada SRC International Sdn Bhd, syarikat milik Kementerian Kewangan. - MYKMU 

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List