Showing posts with label Kiram III. Show all posts
Showing posts with label Kiram III. Show all posts

Tuesday, 7 January 2014

PERBICARAAN INDIVIDU "INSIDEN PENCEROBOHAN LAHAD DATU" BERMULA!

-TIGA PULUH INDIVIDU YANG DIDAKWA MELANCARKAN PERANG TERHADAP YANG DIPERTUAN AGUNG BERMULA! MALANGNYA, "WATAK UTAMA" DALAM KES INI, IAITU JAMALUL KIRAM III, INDIVIDU YANG MENGAKUI DIRINYA ADALAH SULTAN SULU & SALAH SATU PERANCANG UTAMA DALAM INSIDEN INI TELAH MAMPUS PADA OKTOBER LEPAS! KEKEKE!!!-

Seorang anggota VAT 69 berkawal di luar Penjara Kota Kinabalu yang dijadikan Mahkamah Terbuka bagi perbicaraan 30 individu berkenaan. 
Perbicaraan kes 30 individu yang berdepan pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong serta terbabit dalam pelbagai kegiatan keganasan di Sabah awal tahun lepas, bermula di Mahkamah Tinggi semalam, yang bersidang di Penjara Sabah di sini.

Saksi pertama pendakwaan iaitu bekas Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerak Khas) Bukit Aman Datuk Abdul Rashid Harun memaklumkan beliau menyedari terdapat perbezaan dalam bilangan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu selepas dua kali ke sana.

“Majoriti mereka adalah individu berbeza daripada yang saya lihat sehari sebelum itu. Namun mereka memakai uniform yang sama dengan corak kamoflaj dan bersenjata,” katanya.

Beliau berkata jumlah penceroboh bukan sahaja menurun malah terdapat muka baharu berbanding mereka yang dilihatnya dalam lawatan pertama ke kampung itu.

Abdul Rashid, yang kini Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di Lahad Datu, berkata dalam lawatan pertamanya pada 15 Februari, beliau menyamar sebagai seorang anggota polis berpangkat Sarjan Mejar.

Abdul Rashid kemudian membantu membawa bekalan dari kenderaan polis ke dapur sebuah rumah yang diduduki dan selepas melakukan kiraan, beliau mendapati 79 penceroboh berkenaan memiliki senjata dan lima daripada mereka adalah wanita serta berpakaian seperti askar.

Bagaimanapun, dalam lawatan kedua, beliau mendapati jumlah penceroboh ialah 63 orang dan majoriti mereka bukanlah individu yang dilihatnya sebelum itu.

Kiram
Abdul Rashid berkata pada hari pertama, beliau melihat tiga lelaki memegang senapang M16 manakala seorang lagi meletakkan pistol semi automatik jenis .45 di pinggangnya.

Sehari kemudian, beliau melihat lebih banyak senjata dibawa penceroboh berkenaan seperti raifal Garand, pistol Colt G45, revolver dan karbin serta parang.

“Seorang lelaki meletakkan dua pelancar bom tangan pada kit tali pinggang yang dipakainya di bahagian dada, satu pelancar di sebelah kiri manakala satu lagi di sebelah kanan,” katanya.

Abdul Rashid berkata beliau tidak mengambil bahagian dalam rundingan antara ACP Zulkifli Abd Aziz, yang juga Timbalan Ketua Cawangan Khas 1 di Sabah, dengan ketua penceroboh berkenaan Datu Agbimuddin Kiram.

Katanya tujuan beliau menyertai lawatan ke Kampung Tanduo ialah bagi menjalankan risikan untuk mengumpul maklumat berhubung penceroboh termasuk menilai kekuatan serta senjata yang mereka miliki.

Terdahulu, pendakwaan meminda tarikh dalam semua pertuduhan daripada 9 Februari kepada 12 Februari tahun lepas.

Daripada 30 individu yang didakwa melakukan pelbagai kesalahan berkaitan kegiatan keganasan di Sabah antara 12 Februari dan 10 April, 22 termasuk dua rakyat Malaysia didakwa menganggotai kumpulan pengganas dan jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman penjara seumur hidup dan denda.

Mereka turut berdepan pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, yang membawa hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.

Seorang daripada mereka turut berdepan dua pertuduhan tambahan iaitu merekrut anggota kumpulan pengganas dan melindungi individu yang diketahui adalah anggota kumpulan pengganas.

Lima individu daripada lapan tertuduh lagi berdepan pertuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas manakala seorang lagi, iaitu satu-satunya wanita dan merupakan warganegara Malaysia, didakwa melindungi individu yang diketahuinya adalah anggota kumpulan pengganas.


Dua lagi berdepan pertuduhan cuba melindungi individu yang diketahui adalah anggota kumpulan pengganas.

Sejumlah 27 tertuduh merupakan warga Filipina manakala bakinya adalah warga tempatan.

Perbicaraan di depan Hakim Stephen Chung dibantu pasukan pendakwaan tujuh anggota diketuai Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail manakala sejumlah 10 peguam mewakili tertuduh termasuk pasukan pembelaan enam anggota diketuai peguam Datuk N. Sivananthan bagi 28 tertuduh.

Perbicaraan bersambung esok. -Bernama

-UnReportedNews™®

Sunday, 20 October 2013

SULTAN AL-KIRAM MAMPUS AKHIRNYA!

-DAN ENGKAU KIRAM KINI (DI DALAM KUBUR) PASTI AKAN DI TANYA APAKAH PENGLIBATAN ENGKAU DALAM INSIDEN LAHAD DATU YANG TELAH MENGAKIBATKAN KEHILANGAN TUJUH NYAWA ANGGOTA KESELAMATAN NEGARA MALAYSIA! KEKEKE!!-


Individu yang mengakui dirinya Sultan Sulu iaitu Jamalul Kiram III meninggal dunia awal jam 4 pagi tadi!

Kiram yang telah lama menderita penyakit buah pinggang bertanggungjawab mengeluarkan arahan kepada "tenteranya" untuk menceroboh Lahad Datu, Sabah.

Akhirnya Kiram bertemu dengan askar-askarnya yang telah terbunuh dalam insiden tersebut., Jadilah kau "sultan di Neraka" tu Kiram! Kekeke!!! (sumber)

-UnReportedNews™®

Monday, 12 August 2013

DAKWAAN SABAH DISERANG LAGI SEKADAR PROPAGANDA SI KIRAM GILA!

-MALAYSIA TOLAK DAKWAAN DISERANG "TENTERA SULU" YANG MENDAKWA DIRI MEREKA SEBAGAI SULTAN SULU JAMALUL KIRAM III ADALAH TIDAK BERASAS YANG MERUPAKAN SEBAHGIAN DARI[PADA USAHA PROPAGANDA UNTUK MENYEVARKAN KETAKUTAN DI KALANGAN RAKYAT! PENDEKATA, KIRAM MEMANG GILO! KEKEKE!!!-

Malaysia menolak dakwaan "tidak berasas" bahawa lapan tentera terbunuh dalam serangan hendap oleh kumpulan lelaki bersenjata Sulu di Lahad Datu baru-baru ini.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek berkata, dakwaan jurucakap bagi pihak kumpulan yang diketuai oleh mereka yang mendakwa diri mereka sebagai Sultan Sulu Jamalul Kiram III adalah tidak berasas dan merupakan sebahagian daripada usaha propaganda untuk menyebarkan ketakutan di kalangan rakyat.

"Mereka membuat pelbagai dakwaan untuk mewujudkan keharmonian dan rasa takut di kalangan rakyat. Saya menyeru orang ramai supaya tidak mempercayai dakwaan tersebut yang tidak berasas oleh individu-individu (Sulu) yang menggunakannya sebagai propaganda," katanya ketika dihubungi pada Isnin mengenai laporan dalam beberapa akhbar Filipina bahawa kumpulan bersenjata Sulu telah memmbunuh lapan tentera.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib turut menafikan laporan itu dan mengesahkan bahawa tiada pertempuran antara pasukan keselamatan dan pengganas Sulu.

Laporan berita itu memetik jurucakap kumpulan berkenaan, Abraham Idjirani sebagai berkata bahawa "tentera" Sultan yang diketuai oleh Raja Muda Agbimuddin Kiram (lebih dikenali sebagai Azzimuddie sini) telah memaklumkan kepadanya bahawa lapan anggota pasukan Malaysia terbunuh selepas diserang hendap oleh sekurang-kurangnya 50 anggota kumpulan "Pasukan Keselamatan Diraja" Sultan yang diketuai oleh pegawainya Utuh Ubie di kawasan Felda di Lahad Datu pada Jumaat.

Idjirani mendakwa beliau dimaklumkan oleh Agbimuddie mengenai kejadian tembakan itu menerusi panggilan telefon.

"Tidak ada asas terhadap dakwaan itu. Tiada sebarang insiden sama sekali," kata Mohammad, sambil menambah bahawa keselamatan diperketatkan berikutan terdapat khabar angin bahawa kumpulan lelaki bersenjata Sulu merancang untuk mengadakan serangan "gelombang kedua" semasa Hari Raya.

"Ia adalah Hari Raya yang tenang, jadi tidak ada sebab untuk orang ramai bimbang atau panik," katanya.

Mohammad berkata, orang ramai yang mempunyai sebaranga maklumat atau memerlukan apa-apa penjelasan mengenai sesuatu insiden boleh menghubungi Bilik Operasi mereka di 089 863181 di Lahad Datu.

"Ia beroperasi 24 jam seminggu dan orang ramai boleh menghubungi pada bila-bila masa," katanya. (sumber

-UnReportedNews™®

Saturday, 20 July 2013

KIRAM/PENGGANAS SULU JANGAN NAK MENGADA-NGADA UGUT MALAYSIA!

-KERAJAAN BERI AMARAN KERAS KEPADA PENGGANAS SULU JANGAN CUBA UGUT UNTUK MASUK SABAH, NANTI PADAH! KO DENGAR TU KIRAM, KO DOK BAIK-BAIK DALAM “ISTANA” KO TU & JANGAN NAK CARI PASAL! KEKEKE!!!-

Kerajaan memberi amaran kepada pengganas Sulu supaya jangan cuba mengugut untuk masuk semula ke Sabah bagi tujuan membalas dendam selepas insiden pencerobohan Februari lepas.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilaporkan Bernama sebagai berkata pasukan polis dan tentera yang bertugas di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sentiasa dalam keadaan bersiapsiaga bagi menghadapi sebarang ancaman daripada kumpulan itu.

"Jangan cuba mengugut kami. Jangan cuba untuk melakukan sesuatu kerana bukan sekadar pihak polis dan tentera malah rakyat Malaysia akan bangun menentang ancaman daripada pengganas Sulu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 455 orang miskin dan orang kelainan upaya (OKU) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup di sini Sabtu.

Beliau mengulas mengenai tindakan Polis Sabah yang memulakan siasatan ke atas surat yang kononnya ditulis oleh militan Sulu yang mendakwa mereka akan datang ke Tambunan, Sabah untuk membalas dendam.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dilaporkan berkata polis telah mengesan sumber surat itu walaupun ia disyaki tiada kaitan dengan pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu awal tahun ini.

Menurut laporan itu, surat bertarikh 3 Julai yang ditandatangani oleh 'Komando Militan' bagi pihak Kesultanan Sulu dan keluarga Kiram telah dihantar kepada pegawai daerah Tambunan, pegawai polis dan masyarakat Tambunan memberi amaran bahawa mereka mahu memulakan perang di daerah Tambunan sebagai membalas dendam terhadap pertempuran di Kampong Tanduo, Lahad Datu, menjelang Ogos ini.

Ahmad Zahid berkata pelbagai khabar angin termasuk kononnya bekas pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari juga akan datang ke Sabah.

"Jangan dengar sebarang khabar angin. Tidak ada orang nak bagi ugutan atau nak masuk...beritahu (kita) lebih awal. Jika benar mereka hendak masuk dalam bulan Ogos, bulan Julai kita sudah tunggu," katanya.

Beliau mengingatkan seluruh rakyat Sabah jangan memandang ringan ancaman daripada luar kerana pengganas Sulu sememangnya terkenal dengan budaya membalas dendam.

"Kita jangan leka. Kalau kita leka memang mereka akan menceroboh masuk," katanya. 


-UnReportedNews™®

SURAT ANCAMAN KIRAM/TENTERA SULU MAHU BALAS DENDAM?

-POLIS SEDANG MENYIASAT AKAN KESAHIHAN SEPUCUK SURAT YANG KONONNYA TENTERA SULU MAHU MEMULAKAN PERANG DI TAMBUNAN SEBAGAI MEMBALAS DENDAM TERHADAP PERTEMPURAN DI TANDUO, LAHAD DATU, MENJELANG OGOS INI! TAK SERIK LAGI ENGKO KIRAM YE? KEKEKE!!!-

Polis Sabah telah memulakan siasatan ke atas surat yang kononnya ditulis oleh militan Sulu menyatakan bahawa mereka akan datang ke Tambunan, kawasan pedalaman Sabah, untuk serangan membalas dendam.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib pada Sabtu berkata polis telah mengesan sumber surat itu walaupun ia disyaki tiada kaitan dengan pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu awal tahun ini.

"Kami telah memulakan siasatan kami sendiri walaupun tiada laporan rasmi polis dibuat," Hamza berkata ketika dihubungi melalui telefon.

Beliau berkata polis tidak percaya penulis surat itu mempunyai apa-apa kaitan dengan kumpulan militan Sulu, dan hanya bertindak dengan kehendaknya sendiri.

Kesahihan surat itu diragui, katanya.

Surat bertarikh 3 Julai yang ditandatangani oleh "Komando Militan" bagi pihak Kesultanan Sulu dan keluarga Kiram telah dihantar kepada pegawai daerah Tambunan, pegawai polis dan masyarakat Tambunan memberi amaran bahawa mereka mahu memulakan perang di daerah Tambunan sebagai membalas dendam terhadap pertempuran di Kampong Tanduo, Lahad Datu menjelang Ogos.

Hamza berkata pasukan polis dan keselamatan menganggap semua ancaman ini serius dan akan melakukan siasatan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tambunan dan Ahli Parlimen Keningau menggesa pihak berkuasa menyiasat surat itu walaupun meragui kesahihannya.

"Ini adalah sesuatu yang kita tidak boleh biarkan sahaja. Kita perlu mengambil perhatian serius," kata Pairin, sambil menambah beliau berharap polis akan mencari penulis surat dan "mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap orang seperti itu".

Mengenai dakwaan militan Sulu telah merancang untuk kembali ke Sabah, Hamza berkata pasukan keselamatan sentiasa bersedia untuk berdepan sebarang ancaman dan sementara itu juga memeriksa semua laporan dan khabar angin.

Bagaimanapun, beliau berkata sudah menjadi sebahagian daripada modus operandi kumpulan Sulu untuk menyebarkan "propaganda palsu" dan mewujudkan rasa takut di kalangan rakyat.

"Mereka membuat banyak kenyataan sebagai sebahagian daripada propaganda mereka," katanya. (sumber


-UnReportedNews™®

Wednesday, 17 July 2013

SASPEK TALIBARUT KIRAM DI ARAH BELA DIRI

-DETEKTIF KORPERAL HASSAN ALI BASARI DIDAKWA DI BAWAH SEKSYEN 130M KANUN KESEKSAAN YANG MEMBAWA HUKUMAN PENJARA MAKSIMUM TUJUH TAHUN ATAU DENDA KEDUA-DUANYA SEKALI JIKA SABIT KESALAHAN! PENGKHIANAT NEGARA ELOK CAMPAK KE DALAM LUBUK BUAYA JER! KEKEKE!!!-


Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Rabu memerintahkan seorang anggota polis, yang didakwa menyembunyikan maklumat mengenai aktiviti penganas di Sabah, membela diri.

Berbaloi ker membantu jahanam ni? Kekeke!!!
Ketika menyampaikan keputusannya, Hakim P Ravinthran berkata pihak pendakwaan, diketuai oleh Datuk Nordin Hassan, telah menghasilkan kes prima facie terhadap Korporal Detektif Hassan Ali Basari selepas mereka mengemukakan 18 saksi dalam perbicaraan empat hari bermula 24 Jun.

Hakim menetapkan 24, 25 dan 26 Julai bagi pendengaran, dengan sekurang-kurangnya empat saksi dan tertuduh.

Menurut hakim, beliau puas hati dengan bukti komunikasi yang dipintas pada nombor telefon Hassan, yang dilakukan secara sah.

Beliau juga berkata pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu oleh apa yang dipanggil Tentera Diraja Sulu dari Filipina Selatan berlaku dan tertuduh gagal mendedahkan maklumat relevan ketika beliau berpeluang untuk berbuat demikian.

Hassan diwakili Kamarudin Mohamad Chinki dan Ram Singh. (sumber

-UnReportedNews™®

Friday, 5 July 2013

BELUM MASANYA IDENTITI DALANG INSIDEN PENCEROBOHAN LAHAD DATU DIDEDAHKAN?

-KALAU IDENTITI DALANG TERSEBUT DIDEDAH SEKARANG, IANYA BOLEH MENJEJASKAN PROSES PENYIASATAN & MENGGANGGU PROSES PERBICARAAN MAHKAMAH! DALANG OH DALANG OI, SELAMATLAH KAU DALANG OI, BUAT MASA NI TAPI TUNGGU LE YER, BILER DAH SELESAI NANTI! KEKEKE!!!-

Kerajaan tidak akan mendedahkan dalang pencerobohan kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada Februari lalu, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Menurut laporan Antara Pos, beliau berkata, perkara itu bagi menjaga keselamatan serta menghormati urusan mahkamah yang sedang berjalan.

"Saya kalau boleh dari dulu lagi, masa saya menteri dalam negeri, mengikut hati kecil saya, saya nak dedahkan, tetapi kita kena bertanggungjawab.

"500 (orang) daripada mereka telah pun ditahan, banyak maklumat yang diterima hasil daripada soal siasat mereka ini, maka saya tidak mahu pendedahan sesuatu menjejaskan siasatan susulan kepada apa yang sebenarnya berlaku.

"Ada yang telah didakwa di mahkamah. Kalau dengan pendedahan maklumat tertentu, ia dilarang kerana perbicaraan di mahkamah, itu juga akan jadi kekangan bagi kita untuk mendedahkan segala-galanya," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sebelum ini beberapa ahli parlimen BN serta pembangkang mendesak kerajaan mendedahkan dalang di sebalik pencerobohan pengganas Sulu itu yang menyebabkan sepuluh pasukan keselamatan terbunuh.

Mereka berpendapat tindakan melengahkan pendedahan dan penghakiman ke atas dalang berkenaan akan menimbulkan syak wasangka berterusan di kalangan masyarakat.

Mengulas lanjut Hishammuddin yang juga ahli parlimen Sembrong berkata dengan tidak mendedahkan maklumat mengenai dalang ini tidak bermakna kerajaan menyembunyikan sesuatu kepada rakyat, namun perkara ini melibatkan soal keselamatan negara.

"Itu bukan bermakna kita berpolitik, menyembunyikan sesuatu kepada orang ramai, kerana perkara ini sebenarnya memihak kepada pihak polis dan tentera yang ikhlas,jujur dan terpaksa berdepan dengan korban keringat, airmata, darah dan nyawa.

"Kita mahukan akhirnya (adalah) keadilan," katanya.

Sementara itu ditanya pemberita berhubung status pelaksanaan AES, beliau berkata mesyuarat bersama Peguam Negara telah diadakan dan beliau akan mengumumkan perkara ini pada sidang Parlimen kelak setelah perbincangan selesai.

"Saya telah bermesyuarat dengan peguam negara hari ini. Dah mesyuarat ketiga. Kami dalam proses perbincangan. Saya akan umumkan statusnya di (sidang) parlimen kemudian nanti," katanya.


-UnReportedNews™®

Wednesday, 3 July 2013

BANYAK LAGI RAHSIA INSIDEN LAHAD DATU BELUM DIDEDAH KEPADA UMUM!

-POLIS BELUM CERITA SEMUA .. KERANA KHUATIR AKAN MENJEJASKAN PROSES MAHKAMAH YANG KINI DALAM PROSES PENDAKWAAN! TIBA MASA YANG SESUAI, POLIS AKAN DEDAH SEGALA-GALANYA! AGAK-AGAK, POLIS DAH TAU TAK DALANG SEBENAR INSIDEN INI? KEKEKE!!!-

Terdapat perkara sulit berhubung pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah yang belum didedahkan kepada umum, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menurutnya perkara itu masih dirahsiakan kerana tidak mahu menjejaskan proses mahkamah yang kini dalam proses pendakwaan.

"Masih ada lagi yang belum diceritakan mengenai mengapa semua ini terjadi, kami akan tunggu masa yang sesuai untuk mendedahkannnya .. adalah sukar untuk menerima hakikat kira-kira 200 orang berpakaian celoreng dan bersenjata secara tiba-tiba muncul," katanya dalam laporan Agenda Daily semalam.

Beliau berkata kepada pemberita selepas syarahan bertajuk 'Kerjasama Antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Semasa Ops Daulat: Satu Usaha Strategi Lautan Biru Kebangsaan' anjuran Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (Midas) Selasa.

Syarahan itu turut disertai Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin bagi membincangkan kerjasama antara ATM dan PDRM dalam usaha menangani insiden pencerobohon pengganas Sulu terhadap negara ketika Operasi Daulat di Sabah.

Khalid berkata pihaknya akan mendedahkan perkara mengenai pencerobohan itu kepada umum apabila tiba masanya nanti.

"Kes itu masih berjalan di mahkamah, jadi kami tidak mahu mengganggu perbicaraan kes itu. Sebagaimana saya katakan apabila tiba masanya, jika perlu kami akan mendedahkannya," katanya.

Sementara itu, Zulkifeli berkata pasukan keselamatan negara akan meningkatkan kesiapsiagaan untuk menghadapi kumpulan-kumpulan yang sebelum ini dianggap tidak memberi ancaman kepada kedaulatan dan keselamatan negara.

"Kumpulan pengganas yang tidak mewakili mana-mana negara ini adalah ancaman yang perlu diberi perhatian...kumpulan itu boleh menjadi satu cabaran jika dipergunakan pihak lain untuk politik atau agenda mereka," katanya.

Zulkifeli berpendapat pengganas Sulu yang tiba di Kampung Tanduo pada 12 Feb lepas menyasarkan serangan ketika Parlimen Malaysia dibubarkan dan seterusnya mencetus huru-hara terhadap kerajaan sementara.

"Mereka tiba kerana banyak desas-desus pilihan raya umum ke-13 (PRU13) adalah selepas Tahun Baharu Cina dan mereka hendak mengumpulkan kekuatan sebelum melakukan serangan besar-besaran untuk menuntut Sabah.

"Saya tidak tahu siapa yang memberi maklumat strategik kepada mereka tetapi bersyukurlah kita dapat mengesan mereka awal sebelum Parlimen dibubarkan dan mengambil tindakan menghalang mereka," katanya.

Insiden penceroboh pengganas selatan Filipina itu menggemparkan negara setelah mereka menduduki kawasan perkampungan di Lahad Datu pada 12 Feb lepas dan kerajaan melancarkan Operasi Daulat pada 5 Mac dalam mempertahankan kedaulatan negara.


Lapan anggota polis dan dua tentera terkorban dalam Operasi Daulat manakala 68 pengganas ditembak mati. 

-UnReportedNews™®

Saturday, 29 June 2013

PERBUALAN SASPEK YANG DISYAKI ADA HUBUNGAN DENGAN PENGGANAS LAHAD DATU DIPINTAS!

-PINTASAN KOMUNIKASI KE ATAS NO TALIPON MILIK ANAK SASPEK; SEORANG ANGGOTA POLIS BERPANGKAT KORPERAL DISYAKI MENYEMBUNYIKAN MAKLUMAT MENGENAI AKTIVITI KEGANASAN TELAH DILAKUKAN UNTUK MEMPEROLEHI MAKLUMAT & MEMASTIKAN TERDAPAT HUBUNGAN DIANTARA TERTUDUH DENGAN PENGGANAS SULU YANG MENCEROBOH KAMPUNG TANDUO, LAHAD DATU AWAL TAHUN INI-

Satu daripada nombor dalam perbualan telefon yang dipintas oleh polis adalah kepunyaan anak lelaki anggota polis yang dibicarakan kerana menyembunyikan maklumat mengenai aktiviti keganasan, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, seSabah semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Lahad Datu ASP Ang Seow Aun, yang juga pegawai penyiasat kes, yang dilaporkan Bernama sebagai berkata nombor 0138888359 didaftarkan atas nama Mohd Esham Hassan.

“Berdasarkan siasatan saya, pemilik nombor itu ialah anak lelaki tertuduh,” katanya.

Ang memberi keterangan pada perbicaraan Detektif Koperal Hassan Ali Basari kerana menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan keganasan di pejabat Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, antara Januari dan 3 Mac tahun ini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Hanafiah Zakaria memberitahu mahkamah beliau menerima permohonan daripada Supt Anwar Ahmad dari ibu pejabat Cawangan Khas di Bukit Aman untuk memintas perbualan telefon seorang anggota polis pada 15 Februari.

Beliau berkata, pintasan komunikasi itu diperlukan untuk memperoleh maklumat keselamatan dan memastikan hubungan tertuduh dengan penceroboh Kampung Tanduo.

Pendakwaan menutup kes selepas mengemukakan 18 saksi.

Hakim P. Ravinthran menetapkan 4 Julai untuk mendengar penghujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan. 


-UnReportedNews™®

Friday, 28 June 2013

SASPEK PENGGANAS LAHAD DATU SUDAH DIBAWA KE MUKA PENGADILAN, DALANGNYA BILA LAGI?

-SERAMAI 22 PENGGANAS LAHAD DATU YANG DITANGKAP SEWAKTU "OPS DAULAT" DI SABAH TIDAK LAMA DULU BERHADAPAN HUKUMAN MATI JIKA SABIT KESALAHAN. RAKYAT MALAYSIA MASIH TERNANTI-NANTI SIAPAKAH DALANG SEBENAR INSIDEN TERSEBUT? MUNGKINKAH ... KEKEKE!!!-

Seramai 22 orang termasuk komander kumpulan pengganas Kiram berpangkat ‘Jeneral’, Datu Amirbahar Hushin Kiram berhadapan hukuman mati kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Menurut laporan Utusan Malaysia, kesemua mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan semasa prosiding sebutan semula bagi merekodkan pengakuan mereka di Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu, Sabah, semalam.

Sebelum ini, mereka telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Lahad Datu dan Tawau serta Mahkamah Tinggi Tawau tetapi tanpa merekodkan pengakuan mereka.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 9 Februari dan 19 April lalu di Kampung Tanduo, Ladang Atlas 2, Kampung Tanjung Labian, Lahad Datu; Kampung Muanad Beluran; Kampung Perigi, Simunul, Bakau, Jalan Lihak-Lihak, Semporna dan Kampung Madai, Kunak.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung atau penjara seumur hidup dan denda.

Tertuduh-tertuduh itu ialah Datu Amirbahar, Basad H. Manuel, Salib Akhmad Emali, Mohamad Ali Ahmad, Pabblo Alie, Abd. Hadi Mawan, Atik Hussin Abu Bakar, Dani Ismail, Saidili Jaharul, Totoh Hismullah, Basil Samiul, Rizman Gulan, Abdul Majil Jubin, Rijmal Salleh, Julham Rashid, Tani Lahad Dahi, Al Wazir Osman@Abdul, Virgilio Nemar Patulada @ Mohamad Alam Patulada, Masir Aidin, Anwar Salib Akhmad, Ismail Yasin dan Binhar Salib Akhmad.

Kesemua mereka turut menghadapi pertuduhan kedua iaitu menganggotai kumpulan pengganas yang dikatakan dilakukan antara tarikh dan tempat yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 130KA kanun sama iaitu jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan seumur hidup dan denda.

Salib Akhmad turut menghadapi dua lagi pertuduhan iaitu merekrut anggota kumpulan pengganas baharu dan melindungi kumpulan pengganas yang didakwa dilakukan antara 9 Februari dan 25 Februari lalu di Ladang Atlas 2, Jalan Ulu Tungku, Lahad Datu.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, dia didakwa mengikut Seksyen 130E dan Seksyen 130K kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda serta penjara seumur hidup dan denda atau penjara sehingga 20 tahun dan denda bagi kesalahan keempat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan di hadapan Hakim, P. Ravinthran.

Jumlah kesemua tertuduh yang dihadapkan ke mahkamah hari ini ialah 29 orang termasuk seorang wanita dan seorang lelaki yang berkerusi roda, manakala seorang lagi tertuduh, Habil Suhaili tidak hadir ke mahkamah kerana sedang menerima rawatan di Hospital Tawau.

Mereka dibawa ke mahkamah dengan tiga buah trak dengan kawalan ketat pihak polis, iaitu setiap seorang daripada mereka diiringi anggota Unit Tindakan Khas lengkap bersenjata.

Daripada 29 tertuduh itu, 12 daripadanya dipakaikan jaket strip sebagai langkah keselamatan, malah terdapat juga sebahagian daripada mereka dipakaikan penutup kepala semasa dibawa masuk dan keluar dari mahkamah.

Tertuduh wanita, Norhaida Ibnahi dituduh melindungi kumpulan pengganas yang dikatakan dilakukannya antara 9 Februari dan 22 Mac lalu di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sri Melor, Bugaya, Semporna.

Sementara Kadir Uyung dan Lating Tiong dikatakan turut melakukan kesalahan sama pada 4 Mac lalu, pukul 4.30 petang di hadapan Pos Pasukan Gerakan Am Tanjung Labian.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 130K kanun sama, tetapi bagi dua lelaki itu hukumannya dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama. Jika sabit kesalahan Norhaida boleh dipenjara seumur hidup dan denda atau penjara sehingga 20 tahun dan denda.

Sementara Kadir dan Lating jika sabit kesalahan boleh dipenjara seumur hidup dan denda.

Bagi tiga lagi tertuduh, Timhar Hadir, Holland Kalbi dan Lin Mad Salleh, mereka dituduh menganggotai kumpulan pengganas yang dikatakan dilakukan mereka antara 9 Februari dan 4 Mac lalu di Jalan Kastam Lama dan Kampung Tanjung Labian, Lahad Datu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 130KA kanun sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan denda jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, mahkamah menetapkan 12 Julai ini di Mahkamah Tinggi Tawau untuk merekodkan pengakuan tertuduh yang tidak hadir hari ini, Habil dan 15 Julai ini untuk pengurusan kes bagi menentukan lokasi dan tarikh bersesuaian untuk perbicaraan kesemua tertuduh yang akan dijalankan secara bersama.

Dalam perkara yang berkaitan, Bernama melaporkan beberapa wakil kerajaan dan pakatan pembangkang hari ini menggesa kerajaan mendedahkan dalang di sebalik insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah pada Mac lalu. 

Mereka berpendapat tindakan melengahkan pendedahan dan penghakiman ke atas dalang berkenaan akan menimbulkan syak wasangka berterusan dalam kalangan masyarakat.

Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) berkata, walaupun yakin dengan kepimpinan kerajaan dan kehebatan pasukan keselamatan dalam menangani isu itu, pendedahan dan pendakwaan segera ke atas dalang terbabit tetap ditunggu.

"Walau ada pihak yang berkata kerajaan lambat mendedahkan dalang terbabit tetapi saya yakin kerajaan pada masa kini sedang melakukan siasatan yang begitu rapi bagi memastikan mereka yang terbabit dapat diadili," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini. 

Menjawab isu penggunaan perkhidmatan AirAsia untuk mengangkut anggota tentera ke Lahad Datu yang dibangkitkan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong), Ahmad berkata ia bukan satu isu yang harus diperbesarkan. 

"Pada saya, penggunaan perkhidmatan AirAsia tidak menjadi masalah tapi soalnya dalang atau tali barut yang berada dalam negara, itu lagi bahaya," katanya. 


Berkongsi pandangan sama, Tian Chua (PKR-Batu) berkata kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dan cepat untuk mendedahkan dalang insiden pencerobohan itu bagi membolehkan pendakwaan segera dilakukan ke atas individu terbabit.

Ahmad, ketika mengakhiri perbahasannya, menarik perhatian semua pihak perlu mengambil pengajaran daripada insiden berdarah itu dan mengenang jasa anggota keselamatan yang sanggup berkorban demi mempertahan kedaulatan negara.

"Apapun yang disebutkan di sini, kita menghala kepada satu tujuan sama iaitu mengutuk perbuatan dalang di sebalik pencerobohan berkenaan," katanya.

-UnReportedNews™®

Tuesday, 25 June 2013

PENCEROBOHAN LAHAD DATU: BUKTI SASPEK JUMPA PENGGANAS SULU

-SASPEK, SEORANG ANGGOTA POLIS DITUDUH MENYEMBUNYI MAKLUMAT MENGENAI KEGIATAN KEGANASAN SEMENTARA SEGALA BUKTI-BUKTI LISAN & BERTULIS MENGENAI HUBUNGAN RAPAT SASPEK DENGAN KESULTANAN SULU DI SELATAN FILIPINA AKAN DIKEMUKAKAN DIMAHKAMAH NANTI!-

HASSAN diiring keluar dari Mahkamah Tinggi Kinabalu atas tuduhan menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan keganasan semalam
Pihak pendakwaan semalam memberitahu Mahkamah Tinggi di Kota Kinabali, Sabah bahawa mereka mempunyai bukti kukuh mengenai seorang anggota polis Cawangan Khas yang mengadakan beberapa pertemuan dengan pengganas Sulu sebelum pencerobohan Kampung Tanduo, Lahad Datu pada Februari lalu.

Pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan yang di laporkan Kosmo Online sebagai memberitahu yang mereka yakin Koperal Hassan Ali Basari telah beberapa kali bertemu dengan ketua kumpulan pengganas itu, Datu Agbimuddin Kiram.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pembukaan pada prosiding kes ke atas Hassan yang dituduh menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan keganasan di hadapan Hakim P. Ravinthran.

“Kami akan kemukakan bukti-bukti lisan dan bertulis mengenai hubungan rapat antara tertuduh dan Kesultanan Sulu di Selatan Filipina.

“Tertuduh juga dengan sengaja tidak menyalur dan memberikan maklumat mengenai rancangan kumpulan pengganas itu untuk menceroboh kepada pegawai atasannya,” katanya.


-UnReportedNews™®

Wednesday, 19 June 2013

PENCEROBOHAN LAHAD DATU TIADA KAITAN TUNTUTAN SULU!

-PENCEROBOHAN TIADA KAITAN DENGAN TUNTUTAN "SULTAN SULU" TERHADAP SABAH NAMUN LEBIH BERNIAT MENGHURU-HARAKAN KEAMANAN MALAYSIA! KO MASIH MENYIMPAN HASRAT NAK JADI "RAJA BORNEO" KER KIRAM? GILO! KEKEKE!!!- 

Pencerobohan di Lahad Datu tidak ada kaitan dengan tuntutan 'Sultan Sulu' tetapi adalah tindakan pengganas yang cuba mengganggu-gugat keselamatan negara khususnya di Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Sabah, tegas Musa yang dilaporkan Bernama sebagai berkata, adalah sebuah negeri yang merdeka dan berdaulat dalam Malaysia.

Sambil merujuk buku bertajuk 'Putting to Rest the Claim to Sabah by Self-proclaimed Sultanate of Sulu', beliau berkata Peguam Negara Malaysia menyatakan status negeri Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia yang sah adalah berdasarkan dua asas utama.

"Pertama, berdasarkan instrumen ikatan yang sah dan mengikut undang-undang, 'Sultan Sulu' pada masa dahulu telah secara sukarela menyerahkan sepenuhnya dan muktamad wilayah yang sekarang dikenali sebagai Sabah untuk selamanya semua tuntutan dan hak selain menerima hak bayaran wang serahan tahunan.

"Kedua, sebarang tuntutan atau hak 'Sultan Sulu' terhadap Wilayah Sabah walaupun ia sah atau wujud pada tahun 1962/1963 telah menjadi terbatal dan termansuh apabila penduduk Sabah membuat satu keputusan sendiri melalui pungutan suara pada tahun 1962 oleh Suruhanjaya Cobbold pada bulan Ogos hingga bulan September 1963," katanya.

Beliau berkata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di bawah Setiausaha Agungnya telah melaksanakan satu lagi pungutan suara di mana rakyat di Sabah telah menyatakan hasrat mereka secara sukarela untuk merdeka daripada penjajahan British dan justeru, bersetuju untuk bersama-sama Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura membentuk Malaysia.

Musa berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Lajim Ukin (PKR-Klias) sama ada benar pihak Sultan Sulu III menuntut hak ke atas negeri Sabah dan siapakah yang disyaki sebagai dalang pencerobohan itu, semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Likas, di sini Selasa.

Musa yang juga pengerusi jawatankuasa keselamatan negeri berkata pengganas yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Tentera Di Raja Kesultanan Sulu' yang dianggarkan seramai 200 orang dikesan menceroboh di Lahad Datu pada 9 Feb lepas.

"Dalang pencerobohan ini ialah Datu Agbi Muddin Datu Kiram dan Jamalullail Kiram serta penglibatan warga Malaysia yang masih dalam siasatan polis.

Musa Aman
"Dalam kejadian tersebut, pengganas-pengganas berkenaan enggan berundur dari kawasan yang dicerobohi. Dengan itu pasukan keselamatan telah melancarkan gerakan ofensif terhadap kumpulan penceroboh dari Sulu tersebut pada 5 Mac," katanya.

Beliau berkata pertempuran itu menyebabkan seramai 80 orang terkorban, termasuk lapan anggota polis dan dua tentera Malaysia serta memaksa penduduk kampung meninggalkan rumah kediaman mereka.

Bagi menjamin keselamatan wilayah yang terlibat, katanya kerajaan telah mengisytiharkan kawasan Pantai Timur Sabah sebagai Kawasan Keselamatan Khas dan meletakkan pasukan keselamatan untuk mengawal kawasan berkenaan.

Musa berkata penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang diumumkan Perdana Menteri pada 7 Mac lepas adalah berikutan insiden pencerobohan di daerah Lahad Datu.

Penubuhan ESSCOM yang diterajui Ketua Pengarah Datuk Mohammad Mentek, antara lain bertujuan memantapkan lagi semua operasi yang dilaksanakan oleh pelbagai entiti pasukan keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Imigresen.

Ketua menteri berkata antara aspek utama yang dipertanggung jawabkan kepada ESSCOM ialah untuk meningkatkan kawalan keselamatan terutama di kawasan Perairan Pantai Timur Sabah selain meningkatkan kemampuan risikan di kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, Musa berkata 10 daerah diwartakan sebagai Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) yang merangkumi daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Katanya ESSCOM kini berada di landasan yang betul dan mampu bergerak seiring dengan visi, misi dan matlamat yang telah ditetapkan.

Justeru, visi ESSCOM adalah untuk menjadi peneraju kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat di kawasan Pantai Timur Sabah menjelang tahun 2017, katanya.

Beliau berkata ini termasuk mengekal dan meningkatkan aktiviti keselamatan di Kawasan Pantai Timur Sabah daripada sebarang ancaman musuh.

Ini dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara agensi kerajaan negeri dan persekutuan dalam membantu memacu pembangunan negeri demi kesejahteraan rakyat, katanya.

Selain itu, Musa berkata ESSCOM juga bermatlamat untuk memastikan dan mempertingkatkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat di Malaysia secara amnya dan di kawasan Timur secara khususnya, memastikan kesejahteraan penduduk terutama dalam menjaga kesihatan awam di kawasan yang terlibat.

Penubuhan ESSCOM turut memastikan anggota masyarakat bebas untuk membuat perjalanan di kawasan Pantai Timur Sabah dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi orang yang menduduki tanah atau premis secara tidak sah di dalam kawasan berkenaan.

Musa berkata bagi memastikan visi, misi dan matlamat dapat dicapai, ESSCOM mengenal pasti lima teras strategik yang akan dilaksanakan mulai tahun 2013 hingga 2017.

Ini termasuk memperkukuhkan kawalan keselamatan kawasan Pantai Timur Sabah secara bersepadu bagi mewujudkan persekitaran yang selamat, meningkatkan keupayaan risikan dan perkongsian maklumat, merancang dan menyelaras penempatan semula selaras dengan keperluan pemeliharaan keselamatan awam bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat, katanya.

Beliau berkata tumpuan juga diberikan kepada memupuk semangat patriotisme di kalangan masyarakat Kawasan Pantai Timur Sabah bagi mengukuhkan perpaduan nasional dan menyelaras program pembangunan sosio ekonomi sebagai pemangkin kepada perkembangan keselamatan kawasan Pantai Timur Sabah.

Kiram Al-Sulu
Sejak penubuhannya, pelbagai aktiviti dijalankan oleh ESSCOM, antaranya mengadakan pelbagai mesyuarat dan pemantauan terhadap tahap keselamatan dan ketenteraman semasa pilihan raya umum ke-13 dengan menempatkan dua pegawai kanan ESSCOM di kesemua 10 daerah yang diwartakan sebagai Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Katanya pihak ESSCOM berusaha mempertingkatkan jumlah anggota keselamatan dan aset bagi menghadapi sebarang anaman di masa hadapan. Kesemua agensi keselamatan dan penguatkuasaan akan berusaha untuk memastikan peristiwa yang berlaku di Tanduo, Lahad Datu tidak akan berulang.

Musa berkata kerajaan telah mengambil pelbagai yang wajar ke arah mewujudkan prasarana yang sesuai untuk menempatkan aset pasukan keselamatan di bawah ESSCOM.

Sehubungan itu, katanya, lima batalion akan ditempatkan di Kawasan Pantai Timur Sabah yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kerajaan masih meneliti lokasi yang sesuai untuk menempatkan kesemua lima batalion tersebut. Pada masa kini, pembinaan kabin khususnya bagi ibu pejabat ESSCOM dan beberapa balai polis hanya bersifat sementara.

"Di samping itu, kerajaan juga prihatin terhadap kebajikan penduduk kampung yang terlibat semasa penerobohan tersebut. Justeru, kerajaan mempunyai dua cadangan bagi penempatan semula kampung di Tajung Batu dan kampung di Tanjung Labian yang terlibat dalam insiden pencerobohan pengganas baru-baru ini," katanya.

Bagi penduduk kampung di Tanjung Batu, Musa berkata penempatan kampung berkenaan sedang dalam proses pembinaan di atas Tanah Cadangan Simpanan Kampung Tanjung Batu yang berkeluasan 6.1 hektar, melibatkan pembinaan 25 buah rumah baharu.

"Empat daripada rumah tersebut dibina di atas tanah bergeran, manakala sebanyak 21 buah rumah lagi dibina di atas tanah kerajaan negeri. Pada ketika ini, projek pembinaan rumah-rumah tersebut telahpun bermula dan dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2013," katanya.


Beliau berkata bagi cadangan penempatan penduduk kampung di Tanjung Labian, penempatan akan dibina di atas Tanah Simpanan Rancangan Penempatan daerah Lahad Datu iaitu Kampung Tenagian, melibatkan pembinaan sejumlah 52 buah rumah baharu.

Kebenaran bagi memasuki dan memulakan pembinaan telahpun diperoleh daripada Jabatan Tanah dan Ukur tetapi proses bagi menentukan sempadan masih belum diputuskan oleh Juruukur Daerah, katanya.

Sementara itu, sejumlah 106 rumah yang rosak semasa insiden tersebut telah dibaiki sepenuhnya oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melalui Giat Mara dan Felcra Sdn Bhd.

Berikutan pencerobohan itu, Musa berkata seramai 31 orang telah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi dan siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca dan dalang dalam pencerobohan itu.

Beliau berkata ketika ini tahap keselamatan di Sabah khususnya di daerah di bawah liputan ESSCOM adalah terkawal, dan sehingga kini, tidak ada insiden pencerobohan baru yang dilaporkan.

Bagaimanapun, Musa berkata ESSCOM sentiasa memantau perkembangan keselamatan terutama di Kawasan Pantai Timur Sabah dan menegaskan agensi keselamatan termasuk ATM, PDRM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia sentiasa membantu dan akan bertindak sekiranya terdapat sebarang ancaman baharu ke atas keselamatan Sabah

Pada masa yang sama, Malaysia menyangkal dakwaan media Filipina mengenai berlakunya ppertempran diantara pasukan keselamatan negara dengan kira-kira 400 tentera bersenjata Sulu di daerah Lahad Datu.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai ESSCOM, Datuk Mohamad Mantek memberitahu The Star pada selasa bahawa dakwaan berlaku pertempuran itu adalah tidak masuk akal.

"Tiada insiden seperti itu berlaku.

"Tiada berlaku sebarang pencerobohan atau pergerakan sesiapa. Tiada apa-apa berlaku," katanya.

Menurut beliau, dakwaan sedemikian adalah berniat jahat dan bertujuan untuk mencetuskan huru-hara.

Mohamad berkata, polis sedang meneruskan siasatan terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang mendakwa diculik sekumpulan lelaki bertopeng di Kampung Tanagian, dalam Zon Tanjung Labian, Lahad Datu pada petang Isnin sebelum mereke menghilangkan diri.

Media Filipina melaporkan bahawa kira-kira 400 lelaki bersenjata Sulu bertempur dengan pasukan keselamatan Malaysia di Kampung Tungku dekat Lahad Datu pada petang Isnin.

Jurucakap kumpulan bersenjata Sulu, Abraham Idjirani mendakwa pertempuran itu dilaporkan kepadanya oleh Agbimuddin Kiram yang juga adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram.

Abraham mengakui mereka memasuki Kampung Tungku kira-kira pukul 1 petang sebelum bertembung dengan pasukan keselamatan Malaysia.

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List