Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS).
Rayer ditahan kira-kira jam 6 petang tadi ketika sedang berada di dalam Ibu Pejabat Daerah (IPD) Timur Laut untuk membantu 153 anggota PPS yang direman.
Penahanan Rayer yang juga seorang peguam disahkan oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid.
“Saya juga difahamkan Rayer merupakan timbalan Pengerusi PPS Pulau Pinang, kami tahan beliau ketika hadir menguruskan pembebasan anggota PPS yang ditahan reman,” katanya di sini hari ini.
Mior Faridalatrash berkata sehingga pukul 6.30 petang ini, polis telah membebaskan 30 anggota PPS termasuk Pengerusinya Phee Boon Poh yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri.
“Kami menjangkakan akan membebaskan semua anggota PPS yang ditahan malam ini,” katanya. (sumber)
GEORGE TOWN: Tiga daripada 136 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang yang masih ditahan polis didapati positif ujian dadah jenis methamphetamine, kata Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid.
Beliau berkata pemeriksaan polis juga mendapati beberapa anggota PPS yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah dan berada dalam senarai dikehendaki polis.
Semalam polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusi pasukan itu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh.
Bagaimanapun, dua puluh orang terdiri daripada tujuh wanita dan warga emas berusia lebih 60 tahun dibebaskan dengan jaminan polis malam tadi.
Mior Faridalatrash berkata proses mendapatkan perintah tahanan reman terhadap 136 anggota PPS sedang dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini bermula pukul 12 tengah hari ini.
“Sehingga pukul 1.30 tengah hari, proses reman masih dijalankan dan semuanya berjalan lancar,” katanya.
Tinjauan Bernama di IPD Timur Laut mendapati 20 peguam termasuk Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh Deo dan RSN Rayer memasuki IPD Timur Laut pagi ini manakala keadaan di luar ibu pejabat polis itu sesak dengan orang ramai yang berkumpul. -MediaUMNO
PS: Baru ditubuhkan empat tahun dah nak buat hal..KahKahKah!!!
Apek ni macam takde keje lain ker? Apekebenda faedahnya nak berdebat Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk berdebat berhubung penahanan anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS).
"Bagaimana beliau (Khalid) ingin beri penjelasan berhubung kenyataannya (dengan melabel mereka sebagai samseng ... saya cabar beliau untuk berdebat mengenai isu ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar Ibu Pejabat Polis Daerah George Town pagi tadi.
Pada hari Ahad, polis menahan 154 anggota PPS Pulau Pinang kerana ingkar amaran supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas mendapati pasukan itu sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Khalid dilaporkan berkata kesemua anggota PPS termasuk tujuh wanita itu ditahan pada pukul 10.15 pagi Ahad di kawasan Padang Kota, di sini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan ROS.
PS: Memang tidak relevannya kalo Gyuan Eng nak menyamakan Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK) dengan PPS kerana JKKK atau mana-mana entiti yang berkaitan dengan keselamatan adalah perlantikan dari kerajaan persekutuan. Benda sebegini pun Ketua Menteri Pulau Pinang tak taw ker? Nak berdebat dengan KPN konon!!! KahKahKah!!!
Kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dilaporkan telah dibaling dengan bom botol ‘molotov cocktail’ pada kejadian kira-kira jam 11.48 malam di ambang Hari Merdeka semalam.
Koknya beberapa hari sebelum ni, Guan Eng dengan bongkak dan lantang mencabar Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk berdepan dengannya didalam isu pertubuhan haram PPS, bila dah kena hal, pandai lak apek ni memanggil polis.
Bak kata apek tu, "Saya boleh tunggu... mana mana saya tunggu"..
Apasal panggil polis plak? Ngape tak panggil PPS? Mana pegi PPS? Oh ya, lupa plak aku, kebanyakkannya telah ditahan polis pagi tadi sebab terlalu gedik nak mencabar polis dan mengambil bahagian dalam perarakan sambutan Hari Merdeka di Penang .. Ambik kaw...Kahkahkah!!!
Selepas menggelar Ketua Polis Negara Sebagai tidak waras kerana mengeluarkan arahan menyiasat pertubuhan haram PPS , DAP hari ini berkeras akan mempertahankan PPS walaupun ianya jelas menyalahi undang-undang sedia ada.
Setiausaha Agung DAP , Lim Guan Eng juga secara angkuh menyatakan bahawa Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak takut kepada Ketua Polis Negara dan PDRM serta memberi amaran supaya jangan main-main dengan PPS.
Persoalannya kini mengapa Guan Eng selaku Ketua Menteri boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan beliau tahu bahawa apa yang dipertikaikan adalah disebabkan oleh tindakan keterlaluan anggota PPS yang dilihat bukan menjurus kepada mengawal keselamatan orang awam.
Insiden memukul ala mafia melibatkan anggota PPS yang berlaku di Pulau Pinang sejak pasukan itu ditubuhkan sudah cukup untuk menimbulkan kesangsian banyak pihak.
Insiden ini berlaku setelah seorang anggota PPS dilaporkan telah menyerang seorang lelaki cina sehingga menyebabkan kecederaan serius.Disebabkan tindakan sedemikian maka banyak pihak tampil mempertikaikan PPS dan setelah disiasat pasukan itu tidak didaftarkan secara sah.
Memandangkan anggota pasukan ini terlibat dalam mengawal keselamatan orang awam maka kegagalan pasukan ini didaftarkan dengan pihak yang sepatutnya mengundang kerisauan banyak pihak memandangkan sudah terdapat insiden rakyat dibelasah oleh anggota PPS.
Persoalan timbul siapakah yang memantau para anggota pasukan PPS ?
Siapakah yang memberikan latihan kepada anggota PPS ?
Dalam masa yang sama anggota PPS turut dikesan melakukan tugas-tugas parti DAP dengan memakai pakaian seragam mereka. Adakah ini merupakan sebahagian daripada tugas-tugas PPS ?
Guan Eng ternyata cuba untuk menutup kelemahan sendiri dengan membuat kenyataan secara terbuka bahawa kerajaan negeri DAP tidak takut dengan pihak PDRM seolah-olah satu cabaran dibuat kepada pihak Polis supaya jangan sesekali mengganggu apa sahaja urusan yang dibuat oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang.
Bukankah itu juga merupakan satu ugutan yang boleh diklasifikasikan sebagai ancaman kepada pihak PDRM sendiri dan apakah DAP kini mahu "berperang" dengan PDRM ? (sumber)
Umno today, Umdap tomorrow
-
Many thanks to the readers of my blog who have followed me on X. The
experience on the platform so far in my first fortnight since I created an
account the...
Your Рccоunt Рccеss Was Flаgged for Review
-
Hello,
We've initiated a verification check due to elevated activity associated
with your recent session.
To avoid potential disruption, please confirm...
#BUBARPARLIMEN MALAYSIA BUKAN DIA PUNYA!!!
-
Percaturan yang direncanakan sebelum ini GAGAL memenuhi kehendak Mahathir
apabila gabungan PAS dan UMNO serta komponen lain dalam Muafakat Nasional
menar...
Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi
-
*Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi*
*KERAJAAN jangan sama sekali tunduk desakan ultra kiasu untuk mengadakan
pilihan raya PBT. Kawasan bandar akan ...
Hendak Kerja, Sertai Armada
-
Syabas YB Syed Saddiq kerana telah berjaya membantu Rakyat Armada di dalam
pencarian kerja. Kalau tidak semua sekalipun, hampir semua dalam senarai di
a...
Ini Cerita Kita
-
INI CERITA KITA
Inilah Jalur Gemilang
Jalurannya menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia
Ringkasnya
14 jaluran menjadi tanda perpaduan seluruh negeri-n...
Helikopter Nuri TUDM Mendarat Cemas Di Kem Gubir
-
Sebuah helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terpaksa melakukan
pendaratan cemas dalam kawasan Kem Gubir, Sik, Kedah, petang tadi.
Dalam kejad...
No immediate need to recalibrate budget - PM
-
KUALA LUMPUR, Feb 27 2019 (Bernama) -- There is no immediate need to
recalibrate the 2019 Budget following the recent decline of world crude oil
prices, ...
Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN
-
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Abdul Aziz percaya Umno akan
bertambah kuat jika bersendirian terikat dalam BN bersama parti yang “tidak
d...
TUN SAKARAN DANDAI MEMBUAT KEJUTAN DI SEMPORNA
-
I was very shocked with a new video clip that has emerged attributed to
YABhg. Tun Sakaran Dandai, former Sabah Chief Minister and minister in the
feder...
PH MENANG NEGARA LINGKUP
-
Ramai Orang Akan Hilang Kerja Kalau PH Yang Memerintah
Penjawat awam baru dibuang, pekerja ECRL mahu dibuang, pekerja HSR mahu
ditamatkan kontrak dan pem...
14 Aku Janji Manifesto BN PRU14
-
*14 AKUJANJI KEPADA RAKYAT DALAM MANIFESTO BN PADA PRU 14*
*1. Ekonomi Keperluan Rakyat*
》Kerajaan BN komited ke arah membantu rakyat dalam menangani p...
Cepat Wehh Komer...Kemaskini BR1M 2018 !!!
-
*Permohonan Baharu / Kemas Kini BR1M 2018 secara dalam talian dan
penghantaran permohonan melalui borang manual adalah bermula pada 27
November 2017 sehin...
WANG EHSAN RM100 : MASIH BELUM ADA PENJELASAN
-
Selain daripada bangsat Ng Wei Aik, Amir Ghazali dari PKR dan Yusni Mat
Piah dari PAS telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Mala...