Showing posts with label Drugs. Show all posts
Showing posts with label Drugs. Show all posts

Sunday, 22 December 2013

FAKTA: PENAGIH DADAH PERTAMA DI MALAYSIA?

-MEREKA-MEREKA YANG MEMBAWA GEJALA BURUK INI KE MALAYSIA KINI KEBANYAKKANNYA TELAH MENJADI "TOKAN-TOKAN" BESAR SEMENTARA KAUM MELAYU/BUMIPUTERA PULA YANG MENJADI PENAGIH DADAH! KEKEKE!!!-

Dadah adalah musuh No.1 negara namun tahukah anda siapakah yang mula-mula menjadi penagih dadah di Malaysia dan bagaimana aktiviti penyalahangunaan dadah mula menular ke negara ini?

Ianya sebenarnya bermulanya pada abad ke 19 lagi di mana pada masa itu ramai buruh dari China dan India Selatan datang secara beramai-ramai ke sini untuk bekerja di lombong-lombong timah dan ladang-ladang getah dan juga lada hitam.

Tabiat orang-orang Cina iaitu menghisap candu turut dibawa mereka ke Tanah Melayu.

Aktiviti menghisap candu ini bagaikan aktiviti rutin bagi mereka kerana bekalan candu mudah diperolehi, candu dipercayai boleh menghilangkan rasa sakit, mempunyai khasiat mengubati penyakit batuk kering, sakit paru-paru, cirit-birit dan malaria serta menghilangkan rasa kesunyian kerana tiadanya keluarga bersama mereka.

Ianya juga dapat mengisi masa lapang mereka yang membosankan serta ditambahkan lagi, orang-orang Cina mempunyai wang untuk membeli dan menyara tabiat ini.

Tabiat buruk ini juga mengundang permasalahan sampingan iaitu penglibatan kongsi-kongsi gelap yang ingin memonopolikan perniagaan candu dimana pada penghujung abad 19.

Pelbagai tindakan yang diambil seperti kawalan yang lebih ketat terpaksa dikuatkuasakan dan juga candu hanya boleh dijual kepada mereka yang diperakukan oleh pegawai-pegawai perubatan sahaja.

Walaupun sekatan dijalankan dengan sebegitu ketat, bilangan pengguna candu meningkat sebanyak dua kali dan sehinggalah setelah tamat Perang Dunia Ke2, penghisapan candu diharamkan sepenuhnya.

Masa berlalu dan seperti benda-benda lain, dadah juga telah dievolusikan sehingga terciptanya dadah-dadah sintetik sperti emorfin, kokain dan terkini methaphamine dan juga pil-pil physcotropik.

Ironik dan amat malang sekali kerana secara realitinya (mengikut statistik tangkapan) mereka-mereka yang membawa gejala buruk ini ke Malaysia kini kebanyakkannya telah menjadi "tokan-tokan" besar dadah dan sadisnya, kita kaum Melayu pula yang semakin layu kerana terjebak sama dan menjadi penagih dadah. Wassallam.

-UnReportedNews™®

Wednesday, 13 November 2013

TIGA ANAK DERHAKA BELASAH IBU KERANA DADAH

-TIGA BERADIK DI SIBU SARAWAK MEMBELASAH IBU MEREKA SENDIRI KERANA ENGGAN MEMBERI WANG UNTUK MEMBELI DADAH! ADA JUGAK MANUSIA LAKNAT SEPERTI NI YER? KEKEKE!!!-

Tiga beradik berusia 16 hingga 19 tahun layak digelar anak derhaka kerana sanggup membelasah ibu kandung yang enggan memberikan wang untuk membeli dadah.

Ibu mereka yang tidak tahan dengan sikap anak-anaknya membuat laporan polis bagi mendapatkan bantuan.

Polis bertindak atas maklumat kemudian melakukan serbuan ke rumah mereka di Kampung Sentosa di Sibu, Sarawak.

Difahamkan, semasa penahanan dibuat semua suspek termasuk salah seorang daripada mereka masih bersekolah di sekolah menengah di sini, berada dalam keadaan khayal.

Hasil pemeriksaan perubatan, ketiga-tiga beradik terbabit didapati positif mengambil dadah dipercayai jenis syabu.
Dalam pada itu, polis mengenal pasti taktik penjualan dadah di bandar ini.

Siasatan awal, penjual dadah difahamkan memberi nombor akaun mereka kepada pembeli dadah sebelum urusan jual beli dilakukan.

Sebaik sahaja bayaran dibuat, dadah tersebut dicampak di kawasan yang dijanjikan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Justeru, polis merayu kerjasama orang ramai untuk memberi maklumat agar kegiatan tidak sihat itu berjaya dibanteras. (sumber

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List