Thursday, 13 December 2012

ANWAR SEBENARNYA TIDAK "MATANG"!

-MAHUKAN CAMPURTANGAN ASING JUGA BERERTI BERNIAT MAHU MENGGULING KERAJAAN YANG SEDIA ADA .. NAPA? TAK YAKIN BOLEH MENANG PRU KE 13 KER? KEKEKE!!!- 



Tindakan oleh beberapa ahli politik tempatan yang memburuk-burukkan tentang hal ehwal dalaman Malaysia kepada negara-negara asing lain baru-baru ini mungkin berniat dengan harapan agar ada campur tangan asing dalam hal ehwal negara kita dan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata bahawa terdapat niat yang jelas dan harapan agar ada campur tangan asing dalam urusan dalaman negara kita seperti yang telah berlaku di Mesir dan beberapa negara lain di timur tengah.

"Ianya ingin dicetuskan oleh ahli-ahli politik yang sangat tidak beretika, terutamanya apabila mereka mempertikaikan sistem pengundian kita, sistem kehakiman dan lain-lain seolah-olah cuba untuk memberi tanggapan buruk dan menggambarkan kepada dunia bahawa kerajaan Malaysia sekarang ini adalah tidak adil dan tidak mengamalkan demokrasi."

Mujurlah, negara-negara lain seperti Australia dan lain-lain sedang menghormati kedaulatan negara lain dan untuk mengekalkan hubungan baik dengan Malaysia dan seandainya sebaliknya, mungkin kesudahannya berlainan, tambah Junaidi.

Junaidi, yang juga Ahli Parlimen Santubong telah ditanya oleh pemberita pagi tadi untuk mengulas mengenai penolakan negara Australia atas permintaan ketua pemimpin pembangkamng Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk campur tangan dalam urusan dalaman Malaysia baru-baru ini.

"Ini perbuatan yang tidak beretika oleh pemimpin pembangkang yang meminta orang lain untuk bergaul ke dalam hal-ehwal dalaman kita menunjukkan bahawa sesungguhnya mereka bukanlah "pemimpin yang matang" dan niat mereka hanya mahu untuk menggulingkan kerajaan sedia ada dengan harapan untuk menggantikan sekiranya ianya berlaku."

"Pelajari dari apa yang telah berlaku kepada negara-negara lain di mana kerajaan mereka telah digulingkan dengan bantuan kuasa asing dan setelah "diganti" oleh kerajaan sekarang, ianya tidak menjaminkan masa depan yang lebih baik bagi rakyat-rakyat negara tersebut sebaliknya keadaan mereka telah menjadi lebih buruk lagi."

Junaidi ditemui pemberita selepas melawat projek pengindahan Waterfront Kampung Buntal berhampiran Santubong yang bernilai RM4.5 juta.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List