-SEPUPU KETUA MENTERI SARAWAK PEHIN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD, NORAH ABDUL RAHMAN YANG JUGA PENYANDANG KERUSI PARLIMEN TANJUNG MANIS YANG DIKAITKAN DENGAN "VIDEO GLOBAL WITNESS" MEMBERI JAMINAN AKAN TUMPUANNYA UNTUK MENGHADAPI PRU-13 SEDIKIT PUN TIDAK AKAN TERJEJAS OLEH KEWUJUDAN VIDEO YANG TIDAK BERETIKA ITU!-
SRIKANDI BN SARAWAK- (dua dari kiri) Norah, (dari kiri) Hajah Nancy Syukri-Batang Sadong, Rabiah Wang-Kota Samarahan dan Datuk Hajah Rohani Karim-Batang Lupar yang akan berjuang dalam PRU-13 nanti |
Sesudah sekian lama, penyandang kerusi Kawasan Parlimen Tanjung Manis, Norah Rahman, kakak kepada dua individu yang didakwa Global Witness dalam satu keratan rakaman videonya sebagai "bukti salahguna kuasa serta penglibatan Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dalam satu urusniaga haram tanah" tidak berapa lama dahulu akhirnya memecahkan kebuntuan apabila mengeluarkan kenyataan beliau berkaitan perkara tersebut.
"Video yang"tidak beretika" itu adalah sebagai alat kempen (PRU-13) untuk terhadapnya dan ianya terpulang kepada rakyat untuk memikirkannya namun persepsi yang cuba digambarkan oleh mereka (Global Witness) secara umumnya bagaikan menunjukkan bahawa kita (BN) tidak bekerja keras ianya adalah tidak benar kerana sesungguhnya kami telah bekerja keras," kata Norah, yang juga merupakan sepupu Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud nyata enggan mengulas banyak tentang dakwaan yang terhadap adik-adiknya serta tawaran tanah sepertimana yang digembar-gemburkan oleh video berkenaan dan sebaliknya, menyuarakan yang beliau masih menaruh harapan untuk mempertahankan kerusi itu.
"Allah adalah besar, sesiapa yang cuba untuk mempermainkan secara begitu pasti akan ditangani oleh undang-undang dan dengan PRU-13 yang tidak lama dan sememangnya terdapat banyak pihak yang cuba untuk menjatuhkan BN dan saya menjangkakan mungkin lebih banyak lagi khabar angin mahupun keratan video yang tidak beretika yang tidak menunjukkan sesuatu senario yang tidak benar mengenai keadaan negeri, maka iyu, saya hanya berserah kepada Allah."
"Jika anda melihat video tersebut, terdapat banyak ... Seolah-olah tanah itu tidak bekerja, seolah-olah orang-orang di belakang, seolah-olah kerajaan tidak menjaga rakyat, yang tidak benar," Norah yang apabila ditanya mengenai tawaran tanah dan dakwaan itu, menegaskan bahawa apa yang ditunjukkan dalam video tidak mencerminkan gambaran sebenar.
"Saya tidak faham mengapa perkara ini berlaku ... saya tidak ada, saya tidak boleh komen," katanya kepada pemberita selepas menerima surat watikah calon BN Sarawak untuk mempertahankan kerusi Kawasan Parlimennya serta pelancaran Manifesto BN Sarawak untuk PRU-13 yang dirasmikan oleh Taib, yang juga merupakan Pengerusi BN Negeri bertempat di ibupejabat PBB, Jalan Bako berdekatan dengan Bandaraya Kuching di sini pada hari Selasa lepas.
Sebuah NGO Antarabangsa; Global Witness mendakwa keratan video yang telah dirakam secara rahsia ke atas dua orang adik Norah iaitu Norlia dan Fatimah yang kononnya sedang membuat urusnaga penjualan 5,000 hektar tanah yang dimiliki oleh ahli-ahli keluarga dengan seorang wartawan Global Witness yang menyamar sebagai pelabur.
Mengakui yang kedua-dua adiknya akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap penerbitan video, Norah yang akan mempertahankan Kawasan Parlimen Tanjung Manis yang meliputi dua DUN; Belawai dan Semop dengan jumah keseluruhan pengundi berdaftar seramai 19267 orang pengundi berdaftar menegaskan, tumpuannya kini hanya untuk mnghadapi PRU-13 dan selama ini dia telah bekerja keras menjaga pengundi dikawasannya dan beliau ada rancangan tersendiri untuk membangunkan kawasan itu.
Norah, anak perempuan bekas Ketua Menteri Tun Abdul Rahman dan juga kini merupakan Pengerusi Eksekutif Tanjung Manis Halal Hub Pembangunan telah dipilih tanpa bertanding sebagai Ahli Parlimen Tanjung Manis yang diwartakan setelah menjalani persempadanan semula Parlimen dalam PRU-12 pada Mac 2008 dan dalam PRU-13 ini, beliau dijangka akan bertanding dengan calon PAS, Jurina Mut, seorang ahli perniagaan muda. (sumber)
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®