Biarpun promosi secara besar-besaran diadakan sejak beberapa minggu lepas, Himpunan Bersih 5 Kuching ternyata mendapat sambutan yang hambar apabila cuma kurang dari 500 peserta yang muncul pada perhimpunan Bersih 5 perhimpunan tersebut di Panggung Udara petang tadi.
Mereka yang mula berkumpul bermula jam 4.00 petang tadi di sekitar kawasan Panggung Udara berdekatan Dewan Suarah Kuching.
Kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Sentosa, Chong Chen Jen yang juga Pemgerusi DAP Sarawak juga nyata gagal menarik minat warga Kuching/Sarawak ke perhimpunan tersebut.
Pihak polis dan angota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuching Utara turut melakukan kawalan keselamatan di kawasan sekitar.
Penahanan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah semalam di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) yang membolehkan beliau boleh ditahan lanjut sehingga 28 hari mungkin telah menggerunkan ramai peserta. -UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®