-GUAN ENG KINI HARUS BERFIKIR DUA KALI SAMAADA IANYA SATU LANGKAH YANG BIJAK JIKA BELIAU TERUS BERSIKAP "SOMBONG-BODOH" SEPERTI DULU-DULU KERANA POPULARITINYA DALAM DAP TIDAKLAH SEHEBAT MANA YANG DISANGKA! KEKEKE!!!-
Keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP tetap menyaksikan calon Melayu tiada tempat dalam parti itu apabila hanya seorang wakil dipilih menyertai kepimpinan tertinggi DAP pada pemilihan semula pada Ahad.
Keputusan pemilihan menyaksikan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari menduduki tempat ke-12 dengan memperoleh 1,132 undi.
Zairil berjaya meningkatkan kedudukannya kali ini berbanding pemilihan parti itu Disember lalu apabila beliau hanya berada pada tangga ke-20.
Selain itu keputusan pemilihan semula ini yang diumumkan kira-kira pukul 8.15 malam Ahad turut tidak menunjukkan sebarang kejutan apabila perwakilan mengekalkan senarai 20 calon yang sama seperti pemilihan yang lalu.
Bagaimanapun keputusan hanya menyaksikan perubahan dari segi jumlah undi yang diperoleh pemimpin-pemimpin berkenaan.
Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong berjaya menafikan penguasaan keluarga Lim Kit Siang apabila beliau berada di kedudukan pertama dengan memperoleh undi tertinggi iaitu 1,438 undi.
Sebaliknya Kit Siang hanya berada pada tangga kedua dengan undi sebanyak 1,436.
Guan Eng bagaimanapun hanya berada di tangga kelima apabila mendapat 1,304 undi dibelakang Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dengan 1,409 undi.
Pengerusi DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh mendahului Gobind apabila berada di tangga ketiga dengan memperoleh 1,421 undi.
Berikut adalah keputusan pemilihan semula CEC yang diadakan di One World Hotel di sini pada Ahad:
1. Liew Chin Tong - 1,438
2. Lim Kit Siang - 1,436
3. Karpal Singh - 1,421
4. Gobind Singh - 1,409
5. Lim Guan Eng - 1,304
6. Chong Chieng Jen - 1,294
7. Anthony Loke Siew Fook - 1,263
8. Chow Kon Yeow - 1,203
9. Fong Kui Lun - 1,193
10. Teng Chang Khim - 1,164
11. Tony Pua - 1,158
12. Zairil Khir Johari - 1,132
13. Teresa Kok - 1,127
14. Chong Eng - 1,111
15. M. Kulasegaran - 1,088
16. Tan Kok Wai - 1,088
17. Teo Nie Ching - 1,081
18. Boo Cheng Hau - 961
19. Nga Kor Ming - 956
20. Ngeh Koo Ham - 809 (sumber)
Kesemua jawatan ini dipilih tanpa bantahan.
Pengerusi: Karpal Singh
Timbalan Pengerusi: Tan Kok Wai
Naib Pengerusi (lima jawatan):
1) Chow Kon Yeow
2) Dr Senator Ariffin SM Omar
3) Chong Chieng Jen
4) M. Kulasegaran
5) Teresa Kok
Setiausaha Agung: Lim Guan Eng
Penolong Setiausaha Agung (tiga jawatan):
1) Chong Eng
2) Ngeh Koo Ham
3) Dr P. Ramasamy
Bendahari Kebangsaan: Fong Kui Lun
Penolong Bendahari Kebangsaan: Nga Kor Ming
Setiausaha Organisasi Kebangsaan: Anthony Loke Siew Fook
Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan:
1) Vincent Wu Him Ven
2) Thomas Su Keong Siong
Setiausaha Publisiti Kebangsaan: Tony Pua Kiam Wee
Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan:
1) Teo Nie Ching
2) Zairil Khir Johari
Setiausaha Antarabangsa: V. Sivakumar
Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan: Liew Chin Tong
Penolong Pengarah Pendidikan Politik: Dr Boo Cheng Hau
Penasihat parti seumur hidup: Dr Chen Man Hin
Ketua Ahli Parlimen DAP: Lim Kit Siang
Jawatankuasa Disiplin: Tan Kok Wai Wai
Biro Kebudayaan: P.Gunasekaran
Biro Buruh: A.Sivanesan
Sepuluh anggota CEC dilantik:
1. Dr Tan Seng Giaw
2. Dr P. Ramasamy
3. Senator Dr Ariffin SM Omar
4. Vincent Wu
5. Jimmy Wong Sze Phin
6. Dr John Brian Anthony
7. Dr Edwin Bosi
8. Leong Ngah Ngah
9. V. Sivakumar
10. Thomas Su Keong Siong
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®