Wednesday, 27 January 2016

PRN11 Sarawak: Rahsia Pembangkang Sarawak Didedahkan


Dari 82 kerusi DUN yang akan dipertandingkan, Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak dijangka hanya akan bertanding di 45 buah kerusi.

Sewaktu hanya diperuntukkan sebanyak 71 kerusi DUN dulu, PKR bertanding di 49 buah DUN dan logiknya, semakin bertambah kerusi (71 menjadi 82), PKR sepatutnya akan bertanding lebih 49 bukan? 

Kenapa semakin berkurang? PKR sebenarnya belajar dari kesilapan kerana mereka sudah mula menerima hakikat sebenar yakni pada PRN Sarawak ke-11 ini yang akan berlangsung tidak lama lagi, peluang untuk menang semakin kelam. 

Tiga kerusi DUN (Ba'Kalalan, Batu Lintang dan Krian) yang sedia ada pun sukar nak dipertahankan dan silap-silap pada sesi yang akan datang tiada ADUN dari PKR pada persidangan DUN Sarawak nanti.

Walaubagaimanapun, sokongan dari PKR negeri-negeri di Semenanjung dijangka amat kuat dan tersusun kali ini berbanding parti pakatan yang lain. 

Walaupun dijangka akan kalah dan hilang kerusi, PKR seperti biasa, pada luaran mereka menggambarkan mereka kuat namun hakikatnya ianya adalah sebaliknya.

Sikap mereka yang langsung tidak akan bertolak ansur kepada rakan pakatan terutama PAN adalah kekuatan mereka yang diketahui umum.

DAP Sarawak pula seperti biasa menunjukkan sikap angkuh angkuh dan sombong dengan strategi dan kekuatan diri sendiri.

Mereka masih bersikap "over-confident" dengan sokongan orang kaum Foo Chow dan Tiong Hua di bandar-bandar. 

Strategi memperkudakan Parti Amanah Negara (Pan) sebagai rakan kongsi dan "pak turut", iaitu dua parti pakatan dalam Pakatan Harapan menjadikan majoriti, bagi mengekang PKR di Sarawak agar tidak menjadi terlau kuat dari DAP.

Sumber dalaman mendedahkan, "Stratergi DAP kali ini amat mudah kerana ingin melemahkan orang Melayu dan Iban dalam Pakatan Harapan serta menjadikan mereka sebagai "Yes Man" kepada DAP. Semua kenyataan di sidang akhbar dikarang oleh DAP. Peluang Dap kali ini hanya pada kerusi di bandar. PAN langsung tidak diberimuka oleh DAP di Sarawak dan calon Melayu DAP juga akan menjadi bahan ujian bagi Dap kali ini kerana DAP ingin mencermin mereka bukanlah parti cina malah turut disertai oleh orang Melayu dan Iban."

PAS pula berhadapan dengan realiti dimana kesemua kerusi DUN yang akan mereka tandingi akan berhadapan dengan perlawanan tiga penjuru dengan PAN-PKR-DAP-Calon Bebas.

Seperti PKR, sokongan dan bantuan dari negeri-negeri Semenanjung juga amatlah kuat namun masalah utama PAS adalah mereka tiada isu untuk diketengahkan dan masih dibelenggu hudud dan juga kenyataan orang Iban di Sarawak memakai cawat oleh Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang.

Isu remeh seperti amalan dalam agama Islam dan budaya tempatan juga gagal dihayati oleh PAS dimana PAS di Semenanjung masih mengambil kira soal haram bersalam dengan orang perempuan, soal aurat dan haram mengucap selamat semasa Hari Krismas. 

Soal calon juga menjadi halangan buat PAS dimana sehingga kini, senarai calon PAS terdiri daripada mereka yang berpendidikan rendah kecuali 2-3 orang. 

Bagaimana nak berbahas dalam DUN kalau bahasa pengantar DUN pun tergagap-gagap? Kekurangan yang paling nyata bagi PAS adalah mereka tidak akan duduk semeja dengan DAP dan PAN. PAS hanya sudi duduk dengan PKR secara tidak rasmi atau di kedai-kedai kopi.

Strategi hanya memfokuskan satu kerusi DUN sahaja memberikan peluang kepada Sarawak Workers Party (SWP) untuk menang di dalam PRN nanti. 

Dengan kekuatan kewangan yang mantap walaupun jentera yang sedikit, SWP nampak bagaikan membuang masa dan tenaga, bertanding 1 daripada 82 kerusi DUN, tetapi strategi SWP ini wajar dipuji kerana mereka bagaikan sedar dan "mengukur baju di badan sendiri".

Tetapi kalau diukur betul-betul, SWP boleh bertanding separuh daripada DUN Sarawak dengan kekuatan kewangan yang ada namun, dari segi politik, satu DUN (sama ada menang atau tidak), akhirnya, SWP mesti memilih untuk berada di dalam kumpulan kerajaan atau pembangkang selepas itu namun mengenali politik Sarawak, SWP dijangka bakal akan menyertai semula BN.

Parti yang paling junior adalah PAN dan ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem telah mengklasifikasikan PAN sebagai parti dari Malaya. 

Penggerak Pan di Sarawak hanya beberapa kerat sahaja namun PAN dilihat mempunyai nafsu kuat nak bertanding mengalahkan SWP walaupun kewangan tiada. 

PAN seperti PAs di awal kewujudan mereka di Sarawak, iaitu tiada calon yang boleh diketengahkan dan prestasi dengan PAS tidak jauh mana tetapi PAN amat lemah dan tiada jentera tempatan. 

Kajian oleh Unimas membuktikan daripada 100 orang hanya tiga orang yang mengenali PAN, itupun sebab kerana ketiga orang itu adalah penggerak PAN!!!

PAN bakal bertanding di semua kerusi milik Pas walaupun mereka sedari undi PAS akan mengatasi PAN. Penggerak PAN di Sarawak rata-ratanya terdiri dari kalangan bekas ahli PAS malah ada yang dari PBB melompat ke PKR yang melompat ke PAN dan kini menjadi ahli PAN.

PAN di Sarawak semakin malang kerana tidak seperti PKR dan PAS, mereka tidak ada sokongan negeri-negeri yang kuat malah tiada kewangan pun untuk bertanding.

Jumlah kerusi yang dijangka yang akan ditandingi oleh pembangkang di Sarawak:

PKR 45
DAP 32
PAS 8
SWP 1
PAN 9

Totalnya adalah sebanyak 95 calon pembangkang yang akan bertanding tanpa mengira calon bebas atau Snap dan Star. Ini bermakna 13 kerusi akan menyaksikan perlawanan lebih daripada 2 penjuru (BN vs Pembangkang).

PKR - DAP - PAS - PAN bertembung di 1 kerusi
PKR - DAP - PAS bertembung di 1 kerusi
PKR - DAP - PAS bertembung di 2 kerusi
PKR - DAP bertembung di 5 kerusi
PKR - PAN bertembung di 2 kerusi
PKR - PAS bertembung di 2 kerusi


Dengan keadaan 5 Pembangkang yang tidak bersatu di Sarawak, BN sebagaimana dijangka akan menang mudah dan bakal membolot 69 kerusi. Dap akan kekal di 7 DUN dan baki 5 DUN akan dimenangi oleh BN atau DAP dengan majoriti tipis dan SWP menang satu DUN. -UnReportedNews™® 

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List