Impian Pembantu Khas kepada Pengerusi DAP Sarawak Abdul Aziz Isa untuk menjadi calon DAP di DUN Satok pada Pilihan Raya Negeri yang akan datang bagaikan berkecai apabila PKR Sarawak mula mengetengahkan calon mereka sendiri iaitu Ketua AMK Satok Salleh Shawkatali.
Sumber dalaman PKR mendedahkan kepada UnReportedNews™®, Salleh berpotensi menjadi calon kerana sokongan anak muda di Satok serta sentimen yang PKR adalah lebih ber"keMelayuan" berbanding dengan DAP yang memberi lebih banyak peluang untuk menang jika berbanding dengan Aziz dari DAP.
Sumber tersebut juga mendedahkan, jentera PKR kini sudah mula digerakkan di samping Salleh telah mula turun padang menemui bakal pengundi, khususnya di kawasan Satok.
Berita ini ibarat "jatuh ditimpa tangga" bagi Aziz jelas keciwa apabila tidak tersenarai dalam barisan Majlis Tertinggi DAP Sarawak baru-baru ini.
Umum tahu perhubungan DAP dan PKR khususnya di Sarawak sekarang adalah pada tahap yang "tidak begitu mesra" dan terdapat pertindihan dalam meletakkan calon masing-masing.
Dan ini diakui sendiri oleh Aziz apabila ditemui oleh penulis di Persidangan DUN Sarawak yang lepas namun, beliau begitu optimis yang "satu penyelesaian" akan dicapai oleh kedua pihak biarpun perhubungan mereka agak renggang.
Apakah ini "penyelesaian" yang Aziz nyatakan tersebut iaitu pembangkang akan meletakkan Salleh (PKR) untuk bertanding di DUN Satok?
Apakah Aziz akan berputih mata? Walau sesiapa pun jadi calon pembangkang, biarpun kedua-duanya sekali pun diletakkan di DUN Satok, mereka pastinya akan mendapat tentangan hebat dari penyandangnya iaitu Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg (PBB/BN). -UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®