Tuesday, 10 November 2015

Artis Sarawak Bantu Yazid Search

 
Sukar untuk digambarkan suasana Mini Konsert Amal Misi Bantuan Yazid Search yang berlangsung di sebuah dewan di Jalan Stampin Kuching, 7 November (Sabtu) lalu, 8 malam.
 
Usaha pihak penganjur untuk membantu pemain dram kumpulan Search, Yazid Ahmad, berjaya dilaksanakan meskipun diadakan dalam suasana yang sederhana.
 
Mini konsert pertama kali diadakan ini dianjurkan untuk mengumpul dana membiayai keperluan kebajikan bagi membantu meringankan kos perubatan Yazid.
 
Menurut Pengarah Acara, Sara Mewah Event Management, Henry Garet, sumbangan sebanyak RM5,000 telah diberikan kepada pengasas kumpulan Search tersebut. Jelas beliau, kehadiran Yazid bersama isterinya memberikan momen yang sangat bermakna bagi mereka.
 
"Ini adalah sebagai menghargai jasa Yazid seorang idola pemain dram kumpulan Search dianggap lagenda bagi peminat irama rock era 80-an yang kini sedang sakit dan memerlukan bantuan.
 
"Mini konsert ini juga bertujuan menyatukan artis Dayak untuk bersama dalam memberikan sumbangan dan beramal di sampingmerapatkan silatulrahim.
 
"Terima kasih kepada Yazid dan isterinya yang sudi hadir ke mini konsert, kumpulan dan penyanyi yang terlibat, penaja, dan kru yang bekerjasama menjayakan mini konsert ini," jelas Henry.
 
Sebanyak 20 buah kumpulan termasuk penyanyi solo bergabung menjayakan mini konsert tersebut. Memang membanggakan sekali bahawa kesemua kumpulan dan penyanyi memberikan persembahan mantap dan bertenaga terutama sekali dari segi vokal.
 
Sebelum mini konsert dimulakan, diadakan acara gimik perasmian iaitu Yazid memukul salah satu peralatan dram, crash cymbal sebagai tanda perlancaran.
 
Tirai mini konsert dimulakan dengan persembahan Kimara Band menerusi lagu Fenomena. Disusuli dengan persembahan segmen pertama iaitu Alex Linang (Seribu Satu & Kejora), Adyraf (Seroja & Sayau), Valeria Thiam (Sabar Meh Sulu & Isi dan Kulit), Tiyon Juna (Bintang Intan & Gadis Misteri), Mustika Band (Suralaya & Balada Muzik Jalanan), Aorora Band (Enda Nganti Nuan & Gadisku) dan A.P.I (Baru Nuan Nemu & Langit dan Bumi).
 
Segmen kedua menampilkan persembahan Lucy M (Asa & Fantasia Bulan Madu), Sullivan (New Single & Kejora Bersatu), Norman Anding and the Band (7 Warna Pelangi, Jenuh & Derab Komando) dan Masterpiece (Nikal Pulai, Bencana & Fenomena).
 
Segmen ketiga menampilkan Jerry Kamit & Kenyalang (Instrumental Isabella, Terkayo-Kayo & Sada Ati), Aldrich Heavence (Bedau Alah), Loudness Empire (Pengerindu Nadai, Penyangkai & Rozzana), Stevenson (Tuju Ati Tua & Meniti Titian Usang) dan Sikar (Ujung Dunia & Pelesit Kota).
 
Segmen keempat menampilkan Kimara Band (U.T.K, Penyayau Ati & Gelora Cintaku), Melissa Francis feat Hairee & Angel (Perening, Agi Idup Agi Ngelaban & Pawana), The Crew (Berserara) dan Legacy (2 Jiwa 1 Hati, Gothik Malam Edan & Feel The Pain).
 
Di penghujung acara diadakan nyanyian beramai-ramai menerusi lagu Isabella. Paling mengharumkan Yazid naik ke atas pentas bermain dram menerusi lagu tersebut. Meskipun sakit, namun ternyata pukulan dram Yazid tetap kencang dan padu. - US -UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List