-LAZIMNYA PIHAK RISIKAN AS TEGAS DALAM MENYIASAT SESUATU KES SEHINGGAKAN TERDAPAT SASPEK YANG TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN SESUATU KES JUGA AKAN DITAHAN BERBULAN-BULAN NAMUN LAIN PULA CARA MEREKA MENANGANI KES KEHILANGAN PESAWAT MH370! SIAPA SEBENARNYA DUA PENYAMAR MENAIKI MH370 TU? APAKAH MEREKA JUGA PERISIK?-
Biarpun pesawat MH370 belum di temui, seorang pakar perisikan dari Amerika Syarikat (AS) telah dilaporkan sebagai berkata penggunaan pasport curi itu menepati corak rangkaian penyeludupan manusia dan kemungkinan besar tidak berkait dengan kehilangan pesawat MH370.
Menurut laporan CNN, penggunaan pasport curi oleh dua lelaki misteri yang menaiki penerbangan MH370 Sabtu lalu lebih berarah kepada aktiviti pemerdagangan orang dan bukannya pengganas.
Hebat betul perisik AS ni ye? Belum disoaljawab lagi saspek-saspek tersebut, beliau sudah membuat penilaian dengan dalil kedua individu misteri berkenaan dikatakan telah merancang untuk meneruskan penerbangan ke Eropah selepas mendarat di Beijing.
Selalunya, pihak risikan AS tidak akan melepas pandang segala kemungkinan dalam sesuatu kes namun cara atau pattern mereka menyiasat kes ini nyata begitu "cincai" sekali seolah-olah sengaja hendak "melepaskan saspek-saspek utama" berkaitan kehilangan pesawat tersebut.
Apakah encik perisik AS telah lupa, sekiranya (InsyaAllah) penumpang-penumpang di temui selamat nanti, sesiapa saja saspek, lebih-lebih lagi individu-individu yang mengunakan passport palsu itu akan ditahan, di bicara dan dipenjara di Malaysia di atas kesalahan mereka.
Ataupun adakah kedua individu tersebut akan "hilang" nanti sepertimana watak-watak perisik yang kita lihat dalam filem-filem AS? Apa rahsia yang sebenarya disebalik kehilangan MH370 ini?
-UnReportedNews™®
Dalam akhbar Straits Times Singapura semalam 10/03/2014, Isnin, seorang pakar penerbangan berkata sudah tentu pesawat MAS MH370 pada mula hari Ahad selepas tengah malam Sabtu jatuh secara nahas teruk. Inilah yang menandakan juruterbang tiada sempat membuat ‘distress signal’ dan mereka semua hilang contact trafik udara.
ReplyDeleteCuaca tidak menjadi masa’alah, tetapi tiap perkara dari kesilapan juruterbang ke kesalahan struktur dan mekanikal yang mungkin berlaku. ‘Transponder’ pesawat mungkin tidak berfungsi. Bila transponder tidak berfungsi disebabkan kegagalan mekanik atau gangguan insan. Itu sebab pesawat terlepas jauh dari radar, dan tak dapat berkomunikasi.
Seorang pesara warga Amerika dari USFAA (United States Aviation Administration) berpendapat jika tiada ‘distress signal’ menandakan pesawat jatuh dengan ligat.
Seorang Assistant Professor Terence Fan, pakar penerbangan berkata maintenance dan operation paling mustahak jua.
(i) Separuh struktur badan pesawat jatuh ke tengah udara atau tangki oksijen tidak di simpan ketat dengan betul, kemungkinan pesawat terpaksa letupkan kebocoran dan menolak juruterbang terpelanting.
(ii) Fakta lain termasuk rekod juruterbang yang cergas dapat bertindak mengatasi keadaan cemas.
Contoh beberapa pesawat ditimpa malang ialah:
1. Asiana Airlines B-777 di San Francisco tahun lepas – 3 mangsa. Pesawat ini satu-satunya paling selamat, pun ditimpa malang.
2. SilkAir Flinght M1185, yang jatuh ke dalam 9,14km dalam Sungai Musi di Palembang pada bulan December tahun 1997. Selepas 16 berlalu, kami masih tidak tahu bagaimana trajedi ini berlaku.
3. Air France Flight AF447, terhempas dalam Lautan Atlantic Ocean pada tahun 2009, Jun. Selepas 3 tahun, penyiasat mengetahui beberapa siri kesilapan juruterbang dan gagal bertindak masa’alah teknikal yang berkesan.
Bagaimana dengan nasib Adam Air ? Lagi teruk, pun makan masa yang lama.