-TAK DAPAT DIBAYANGKAN BAGAIMANA PERASAAN KELUARGA SITI
KHUZAIMAH ANWAR PADA HARI PERTAMA BERPUASA APABILA MENGETAHUI MAYAT KHUZAIMAH TELAH
DITEMUI-
Pertama, sekali admin blog rasmi Parlimen Santubong ingin
menyampaikan salam takziah daripada Ahli Parlimen Santubong yang juga merangkap
Timbalan Speaker Dewan Parlimen Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta
kakitangan Pusat Khidmat Parlimen Santubong kepada keluarga Allahyarhamah Siti
Khuzaimah Anwar di atas pemergian ahli keluarga mereka.
Kejadian di mana sebuah helikopter EC 120 milik syarikat
Sebiro Holdings yang membawa empat orang penumpang termasuk Allahyarhamah Siti
Khuzaiman terhempas di muara Sungai Triso, Sri Aman, pagi Khamis lepas pasti
merentap jiwa keluarganya.
Sehingga kini, cuma dua mayat; Siti Khuzaimah dan Peter
Ato Mayau telah di temui sementara seorang arkitek, Henry Lo yang juga dikhuatiri
lemas belum di temui.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, namun apa
yang kami mampu katakan kepada keluarga Allahyarhamah hanya bersabarlah dan
berserah kerana ini ketentuanNYA.
ALLAH lebih menyayangi Siti Khuzaimah Anwar dan apa yang
mampu kita lakukan kini adalah mendoakan agar Allahyarhamah akan di tempatkan
disisi golongan-golongan mereka yang
beriman.
Berbanyaklah beristirfar dan bersedekah Al-Fatihah kepada
Allahyarhamah.
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®