-TAK BELAJAR DARI KESILAPAN LAMPAU KE? TAK SERIK-SERIK LAGI KE NAK MELAYAN SEPENUHNYA KARENAH PEMBANGKANG? TIME-TIME MACAM NE ABANGDA MERINDUI KETEGASAN TUN M SEMASA BELIAU MASIH MENJADI PM DULU! KEKEKE!!!-
Impak atau kesan kepada tindakan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dulu memang begitu siknifikan sekali dengan berlakunya siri-siri demonstrasi besar-besaran anjuran pihak pembangkang.
Pemimpin-pemimpin pembangkang menyebarkan kebencian secara terbuka dengan berluas-luasa saja sehingga memberikan gambaran seolah-olah kerajaan Malaysia kini bagaikan amat kerdil sekali dan tak berkuasa.
Mengapa kerajaan harus tunduk dengan desakan-desakan "minoriti" dalam Parlimen itu yang hanya menyusahkan kerajaan sahaja? Mengapa harus mengikut telunjuk mereka?
Kebebasan bersuara bagaimana lagi yang di mahukan oleh pembangkang? Tidak cukupkah dengan kebebasan yang ada sekarang sehinggakan pemimpin tertinggi pembangkang samapai boleh "mengadu" masalah dalaman negara kepada negara asing?
Memetik kata-kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, "Akta Hasutan 1948 perlu dipertahankan supaya tidak timbul permasalahan kelak jika berlaku situasi yang boleh mengancam ketenteraman awam."
"Mengambil kira kepentingan umum itu, maka akta tersebut wajar dikekalkan supaya tidak menerima nasib sama dengan Akta ISA yang telah pun dihapuskan dan akibatnya, banyak kejadian jenayah tidak mampu dikawal selain tidak dapat mengambil tindakan ke atas mereka yang menimbulkan masalah."
Shahidan yang senada dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi agar akta itu tidak perlu dimansuhkan juga berpendapat selepas kerajaan hapuskan Akta ISA, banyak masalah kita hadapi sekarang, jadi kita mesti ada undang-undang bagi menjamin keselamatan orang ramai.
Usahlah terperdaya lagi dengan "permainan" pembangkang yang bermatlamat hanya untuk menimbulkan lebih banyak permasalahaan sekiranya Akta Hasutan dimansuhkan.
Secara tidak langsungnya, Akta Hasutan adalan benteng terakhir yang melindungi perlembagaan yang membabitkan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, kedudukan Raja-raja Melayu serta hak istimewa orang Melayu dan pemansuhannya akan membuka luas ruang pertikaian.
-UnReportedNews™®
Akta Hasutan tidak boleh dihapuskan. Inilah agenda kafir bila melihat melayu dan Islam tidak bersatu. Walaupun sekarang ini Akta Hasutan ada, kafir dan talibarut masih bebas menghasut. Bayangkanlah jika akta ini dihapuskan.
ReplyDelete