-AMBOI-AMBOI-AMBOI..CEPAT PULAK SI BANG ANU INI MELATAH BILA PM NAJIB RAZAK MENGELARNYA "SI KITUL" .. SEWAKTU DI LABEL SEBAGAI "PELIWAT TEGAR" PUN TAKDE LANGSUNG MEMBERI "IMPAK" APATAH LAGI NAK NAIK EMO MACAM NI .. MMM .. NAMA "SI KITUL" TERPAHAT DALAM SEJARAH KERANA PENGKHIANATAN KEPADA BANGSA MELAYU HINGGA MENGAKIBATKAN KEJATUHAN EMPAYAR MELAKA (1511) .. KOT-KOT DIA DAH NAIK SEGAN SEBAB SATU DEMI SATU SIKAP SEBENARNYA DI KETAHUI UMUM .. DAHLAH PELIWAT TEGAR, PENGKHIANAT BANGSA & NEGARA LAGI TU! KEKEKE!!!
Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Awar Ibrahin semalam bagaikan terlupa ungkapan, "Hidup umpamanya roda yang kadangalanya di atas ,ada kalanya di bawah"', apabila menyelar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebelum ini menggelarkannya "Si Kitol" senalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agong UMNO di PWTC.
"Dia (Najib Razak) tidak mempunyai kaliber sebagai seorang pemimpin dan wajarkah bagi rakyat untuk terus mempertahankan pemimpin yang tidak mempunyai kaliber seperti itu?," persoal Anwar.
"Amatlah tidak wajar buat Perdana Menteri Najib Razak kerana menggunakan bahasa sebegitu untuk menghentam pembangkang," tambah Anwar yang bagaikan enggan menerima kenyataan yang da digelar "Si Kitul" secara langsung di kalangan di TV, disaksikan jutaan penonton seluruh dunia.
Berbalik kepada kenyatan terbaru Anwar yang menyentuh, "Pemimpin yang menggunakan kata-kata sebegitu (memberi gelaran) kepada orang lain menunjukan dia tidak berkaliber dan tidak wajar disokong.", apakah pandangan ini juga di gunapakai untuk pihak pembangkang juga"?
Mungkin Anwar sudah lupa, ketika berucap di berapa buah lokasi berasingan di Bandaraya Kuching ini bagaikan tiada hentinya menghambur sumpah seranah ke atas Keua Menteri Sarwak Pehi Sri Haji Abdul Taib malah Datuk Seri Najib serta isterinya Datuk Patinggi Rosmah Mansur juga tidak lepas dari makiannya.
Anwar Ibrahim sering kali menggunakan perkataan dan bahasa kasar terhadap Najib Razak dan beberapa pemimpin BN semasa mengadakan ceramah politik. Malah, lebih teruk Anwar Ibrahim menggunakan bahasa kesat terhadap pemimpin BN yang beragama Islam.
Dalam ucapan pembukaan Najib, kebanyakan bahasa dan kandungan yang digunapakai bagi merujuk kepada Pakatan Pembangkang hanyalah bahasa biasa saja. Ini merujuk kepada bahasa yang ditujukan kepada Anwar Ibrahim sebagai Si Kitul moden dan menghina intelek rakyat Malaysia kerana tanpa rasa malu mengadu kepada negara luar untuk menjadi pemerhati pilihan raya di negara ini.
Hakikatnya, apa yang diperkatakan Najib Razak itu adalah benar dengan merujuk kepada perilaku dan perbuatan yang telah Anwar Ibrahim lakukan sebelum ini dengan memohon bantuan Kerajaan Australia dalam memastikan PRU-13 akan datang diadakan dengan telus.
"Dah lebih separuh abad pun kita merdeka... tahulah kita selok belok negara sendiri. Persoalannya, selepas mereka menang di lima negeri pada pilihan raya lalu tiada pula rumah siap pahat berbunyi," sindir Najib yang juga Pengerusi BN.
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®