Dalam satu kawasan parlimen di Sarawak lazimnya mempunyai dua atau tiga DUN..
Terdapat senario dimana semua penduduk di semua DUN tersebut mahukan calon Ahli Parlimen dari DUN masing-masing.
Saya bagi contoh mudah; DUN A berbaik dengan DUN B tapi "bermusuh" dengan DUN C. DUN B pula "berkawan" dengan kedua DUN A dan C manakala, DUN C "bermusuh" dengan DUN A dan berkawan dengan DUN B.
Ada juga yang telah mencapai tahap kronik dimana sekiranya DUN A mengadakan program (yang turut melibatkan pemimpin-pemimpin tertinggi Sarawak sekali pun) hanya penduduk DUN A dan B yang datang manakala, penduduk di DUN C tidak akan menghadiri majlis tersebut.. sampai begitu sekali..
Saya tak tahulah jika ADUN-ADUN ditempat berkenaan mengetahui perkara ini (mustahil lah kalau tak tahu, sedangkan saya yang berjauhan di sini pun mengetahuinya 😎) harus mengambil inisiatif memperbaiki keadaan ini.
Akurlah dengan pilihan pucuk pimpinan parti .. biarlah dari DUN A, B atau C asalkan anak tempatan dari Parlimen tersebut sudah memadai.. sudah-sudahlah dengan politik kedaerahan melampau ini yang hanya merugikan BN Sarawak..
Sekiranya Ahli Parlimen tersebut menganaktirikan mana-mana DUN dalam kawasannya, senang je ubatnya..
Bak kata Ketua Menteri DP Abang Johari, "Tulis surat kepada saya jika terdapat mana-mana wakil rakyat BN yang tidak berprestasi dan kalau mereka tidak buat, kita tukarkan mereka."
Mungkin inilah sebabnya kadang-kadang "orang luar" yang akan di angkat menjadi calon Parlimen bgi sesebuah kawasan yakni untuk mengelakkan perpecahan.. atau calon tersebut benar-benar mempunyai potensi dan berkaliber... 😎
*gambar "kerusi" sebagai hiasan😂-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®