Thursday 17 March 2016

Alasan Penganjur "Tidak Cukup Dana" Tidak Munasabah, Memalukan Sarawak Saja..

 
Pembatalan Acara Berbasikal yang bertaraf Antarabangsa yang sepatutnya diadakan di Sarawak pada saat-saat akhir telah menjejaskan reputasi dan imej negeri ini.
 
Apatah lagi, banyak pasukan luar negara telah tiba di Sarawak bagi menyertai acara tersebut namun hanya dimaklumkan ianya telah dibatalkan disebabkan masalah penajaan dan kewangan.
 
Penganjuran siri jelajah basikal berstatus Union Cycliste Internationale (UCI) 2.2 itu sepatutnya bermula di Miri semalam sebelum berakhir di bandar raya Kuching, dengan beberapa lokasi seluruh negeri menjadi titik persinggahan tidak kesampaian apabila ianya dibatalkan.
 
Biarpun penganjur tersebut, mengadakan sidang media kerana "Atas Rasa Tanggungjawab" petang tadi, ia tidak mungkin dapat membersihkan imej Sarawak yang telah tercemar.
 
Pada majlis yang berlangsung di sebuah hotel di Miri, penganjur juga memohon maaf kepada Kerajaan Negeri Sarawak, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pembangunan Sosial Negeri Sarawak, Persekutuan kebangsaan Berbasikal Malaysia, Persekutuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), Persatuan Berbasikal Negeri Sarawak dan Semua Pasukan dan Kelab yang bertanding.
 
Alasan penganjur atas pembatalan tersebut adalah kerana kegagalan mereka mendapatkan sumber kewangan yang dijanjikan oleh pihak penaja yang menarik diri saat-saat akhir.
 
Pihak penganjur juga ingin menjelaskan bahawa tidak menggunakan dana daripada Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM200,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Ribu Sahaja) yang disalurkan melalui Persatuan Berbasikal Negeri Sarawak.
 
Pihak penganjur juga telah memaklumkan tiada sumbangan dana dalam bentuk tunai diperolehi dari mana-mana syarikat swasta dan koperat untuk menjalankan kejohanan tersebut.
 
Persoalannya kini, jika menyedari tidak berkemampuan mengumpul sumber kewangan, mengapa tidak dibatalkan acara tersebut sekurang-kurang seminggu dari tarikh ianya diadakan, mengapa menanti sehingga HARI ianya diadakan agar tidak menyusahkan semua pihak?
 
Sepatutnya penganjur acara yang sebesar ini harus ada perancangan rapi untuk mendapatkan tajaan dan juga back-up plan sekiranya terjadi perkara yang tidak di ingini berlaku (seperti sekarang) bukannya ternganga menunggu habuan.
 
Sumber UnReportedNews™®  sebaliknya mendedahkan pihak penganjur yang terdiri dari empat beradik dari Kedah menerusi sebuah syarikat berdaftar telah mula mengumpul dan meminta dana dari beberapa kementerian dan agensi kerajaan, orang perseorangan dan syarikat bagi tujuan penganjuran acara tersebut sejak dari tahun lepas (2015) lagi.
 
"Dianggarkan jumlah yang telah terkumpul oleh syarikat berkenaan adalah melebihi RM1 juta dan mereka juga telah mendapat penajaan 1,000 kotak air mineral namun air kotak tersebut turut telah dijual oleh mereka (penganjur)," dedah sumber berkenaan lagi.
 
Ramai yang mengecam (Kerajaan) Sarawak diatas pembatalan acara ini tanpa mengetahui ianya adalah acara yang BUKAN dianjurkan oleh kerajaan. Dalam hal ini, kerajaan negeri Sarawak HANYA menyediakan VENUE bagi acara tersebut.
 
UnReportedNews™®  juga telah menerima satu kiriman senarai nama dan bayaran gaji beberapa individu yang dipercayai terbabit dalam penganjuran acara tersebut yang mencecah jumlah keseluruhan sebanyak RM283,000 (yang enggan admin dedahkan buat masa ini).
 
Dalam sidang media tadi, penganjur mendakwa mereka telah menggunakan wang mereka sendiri hampir RM200,000 (sahaja) jadi, dari mana "dana" bayaran gaji tersebut  diperolehi sedangkan penganjur mendakwa mereka tidak mendapat sebarang dana dari sumber lain.
 
Namun sumber UnReportedNews™® mendedahkan, beberapa orang penaja acara tersebut akan tampil ke hadapan dalam satu sidang media dalam masa yang terdekat ini.
 
 
Sebentar tadi, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin juga mengarahkan agar penganjur tersebut diambilkan tindakan dan disenaraihitamkan.
 
Semoga mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab ini diambilkan tindakan dan HUKUMAN yang sewajarnya jika didapati bersalah. -UnReportedNews™®
 

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List