Thursday 4 September 2014

SEMINAR PENUBUHAN MALAYSIA PEMIMPIN BN SARAWAK UNTUK TANGKIS SSKM


Parti Pesaka Bumiputera (PBB) akan mengadakan Seminar Penubuhan Malaysia pada 20hb September ini bagi sesi penerangan dan maklumat terperinci buat pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak untuk menepis tohmahan pembangkang dan pihak-pihak tertentu berkaitan Penubuhan Malaysia. 

Ini didedahkan oleh Ahli Majlis Tertinggi PBB Datuk Abdul Karim Hamzah apabila di hubungi secara eksklusif oleh Sarawakiana sebentar tadi apabila ditanya mengenai tindakan kerajaan terhadap kegiatan aktivis-aktivis Sarawak, Sabah Keluar Malaysia (SSKM) yang menghasut orangramai menerusi media sosial.

"Dijangka semua wakil rakyat BN Sarawak akan menghadiri seminar tersebut yang telah dijadual diadakan di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) di sini."

"Dengan segala info dan fakta yang ada nanti, mereka (wakil rakyat) boleh membuat pencerahan kepada orang ramai serta menepis tohmahan pembangkang atau mana-mana pihak lain  berkaitan dengan penubuhan Malaysia," jelas Karim lagi.

"Malah, petang tadi di sebuah majlis di Sempadi, Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Satem secara khusus telah menyentuh perkara ini."

Karim, yang juga memegang portfolio Menteri Muda Perumahan menyatakan tindakan SSKM ini (menghasut orang ramai) melampau dan tindakan tegas patut diambil atas mereka sekira betul ada ura-ura mereka nak bawa Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Menurut satu sumber lain yang boleh dipercayai, antara yang akan menjadi speaker dalam seminar tersebut adalah Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. Baca selanjutnya 

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List