Sunday, 17 August 2014

PAS HAMPEH, HANGAT-HANGAT TAHI AYAM, DAH TAK SOKONG KHALID LAGI?


KUALA LUMPUR: PAS hari ini menggesa Tan Sri Khalid Ibrahim berundur sebagai Menteri Besar Selangor susulan keputusan parti itu mahukan sama ada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ataupun Azmin Ali menggantikan beliau.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata Khalid tidak lagi boleh menjadi Menteri Besar kerana beliau telah dipecat daripada PKR dan bukan lagi merupakan wakil Pakatan Rakyat menerajui Selangor.

"Keputusan ini bukan keputusan individu, ini keputusan sebulat suara.

"Jelas Khalid telah disingkir oleh parti (PKR), dia tidak boleh kekal untuk jawatan itu," tegasnya. (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List