Thursday, 13 March 2014

#MH370: DCA SAHKAN TIGA OBJEK DIKESAN SATELIT CHINA BUKAN DARI PESAWAT YANG HILANG

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia mengesahkan tiga objek besar terapung di kawasan terakhir pesawat MAS 370 dilaporkan terputus hubungan sebagai bukan serpihan kapal tersebut.

Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan perkara tersebut sebentar tadi.


Kata beliau, DCA telah memeriksa kawasan yang dimaksudkan dan tiada sebarang serpihan ditemui.

Malah, pasukan Vietnam juga telah melakukan pemeriksaan dan mengesahkan 3  objek yang dikesan satelit China bukan serpihan MH370 yang hilang dari radar sejak Sabtu lalu.

Pentadbiran Sains dan Teknologi China pada lewat semalam berkata, satelitnya melihat objek yang disyaki kawasan di mana pesawat hilang’ di Laut China Selatan pada 9 Mac lalu dengan imej satelit sedang dianalisis.

Objek yang disyaki dari pesawat itu dikesan di 105.63 darjah longitude Timur dan 6.7 darjah latitude Utara, demikian menurut pusat pentadbiran itu dalam laman webnya.

Ia menambah objek itu bertaburan di kawasan lingkungan 20 kilometre dengan bersaiz 13 x 18 meter, 14 x 19 meter dan 24 x 22 meter. (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List