-WALAU APAPUN TERJADI, KITA AKAN TERUS MENDOAKAN AGAR SEMUA PENUMPANG PESAWAT MH370 MASIH DALAM KEADAAN YANG SELAMAT-
Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) masih tidak menolak sepenuhnya kemungkinan pesawat MH370 telah dirampas oleh pengganas.
Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, pada peringkat ini, pihaknya masih melihat kepada kesemua kemungkinan dan tidak hanya terhadap beberapa aspek tertentu sahaja.
“Wujud juga persoalan kapal tersebut dirampas, yea, kita tidak menolak kemungkinan (rampasan) kerana kita sedang melihat kepada semua kemungkinan,” katanya pada sidang akhbar harian di Sepang, sebentar tadi.
Kemungkinan berlaku serangan pengganas di udara tidak ditolak kerana wujud dua penumpang misteri yang mengembara menggunakan pasport curi milik pihak lain.
Tambah Azharuddin, untuk mengesahkan sama ada MH307 dirampas sebelum hilang dari radar hanay akan diketahui apabila pesawat itu ditemui kembali.
Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar selepas berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi Sabtu.
Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi waktu tempatan. –Mynewshub
Sementara itu, di Kota Bharu, dua nelayan di Kelantan mendakwa melihat sebuah pesawat terbang rendah, kira-kira lapan batu nautika dari Pantai Kuala Besar, Kota Bharu, awal pagi Sabtu lalu.
Azid Ibrahim, 55, berkata dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, dia sedang memancing bersama seorang rakan apabila jelas dapat melihat pesawat terbabit terbang di bawah awan, tidak seperti biasa.
“Kami pelik kerana biasanya, pesawat tak terbang serendah itu. Kami takut ia terhempas, tapi pesawat terbabit terus terbang rendah menuju arah utara,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Azid berkata, dia menonton televisyen kelmarin dan terkejut apabila mengetahui kehilangan pesawat MH370 bersama 227 penumpang dan 12 kru sebelum rakan yang bersamanya ke laut, bercerita kisah mereka melihat sebuah pesawat terbang rendah kepada penduduk lain.
“Pagi tadi (semalam), beberapa anggota polis datang ke rumah mengambil keterangan bagi membantu siasatan kehilangan pesawat itu. Saya kemudian diminta ke balai polis untuk buat laporan selain menunjukkan lokasi terakhir melihat pesawat terbabit,” kata bapa lima anak itu yang membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Chepa.
Ditanya sama sama ada melihat asap atau api dari pesawat itu, Azid berkata, mereka tidak melihat tanda menunjukkan pesawat berkenaan mengalami masalah.
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®