Monday, 3 February 2014

ISU VIDEO: TERESA KOK AKAN DIDAKWA ..

-SEKIRANYA POLIS MENDAPATI KOK ADA MELANGGAR UNDANG-UNDANG & AG YAKIN TERDAPAT CUKUP BUKTI TERHADAPNYA, KES INI AKAN DIBAWA KE MAHKAMAH! KEKEKE!!!-

Polis akan teliti dalam menyiasat kenyataan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dalam klip video yang didakwa berbaur fitnah.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sekiranya polis mendapati Kok telah melanggar undang-undang dan Peguam Negara yakin terdapat cukup bukti terhadapnya, kes itu akan dibawa ke mahkamah.

"Tetapi sekiranya tidak berlaku pelanggaran undang-undang, dengan itu AG (Peguam Negara) akan kata tiada tindakan lanjut.

"Dengan itu tiada siapa boleh kata polis dan AG adalah lemah kerana jika kes itu dibawa ke mahkamah dan ditolak, dengan itu AG dan polis akan kelihatan kurang bijak," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan anggota jawatankuasa Persatuan Radio Amatur Kecemasan Sarawak (SARES) di pejabatnya di Kuching pagi tadi.

Kok mendakwa video itu 'Onederful Malaysia CNY2014", yang dimuat naik dalam sosial media pada 27 Jan hanya bersifat sindiran dan gurauan dan tidak menghina sesiapa.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Persekutuan Datuk Seri Salleh Mat Rashid sebelum ini berkata polis akan menyiasat klip video berbaur fitnah itu.

Wan Junaidi berkata anggota Parlimen mempunyai keistimewaan tertentu apabila bercakap di parlimen, tetapi ada batasan apabila memperkatakan sesuatu di luar dewan yang mulia itu.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List