Monday, 10 February 2014

HORMATILAH KEPUTUSAN TAIB!

-TAK PERLU MEMBUAT SPEKULASI SIAPA YANG AKAN MENJADI KETUA MENTERI SARAWAK MENGGANTI PEHIN SERI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD!-


Sememangnya, pengumuman Ketua Menteri Sarawak Pehin Seri Haji Abdul Taib Mahmud yang berniat hendak meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak dan memohon masa untuk memgumumkan penggantinya dalam tempoh yang terdekat begitu jelas sekali.

Tapi mengapa pula ada pihak yang seolah-olahnya cuba hendak "bermain dengan api" dengan membuat spekulasi mereka sendiri dengan menamakan pengganti Taib dengan secara terbuka?

Tidak begitu keterlaluan jika dikatakan, spekulasi sedemikian sebenarnya boleh mengganggu-gugat suasana "kekeluargaan" dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)  itu sendiri semasa proses peralihan kuasa ini dilaksanakan.

Seperti yang diumumkan oleh Pengerusi Tetap PBB Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar, Taib diberi masa untuk memilih sendiri calon pengganti dan semua Ahli Majlis Tertinggi parti dan kaukus akan menyokong penuh bakal Ketua Menteri baharu itu dan peralihan kuasa akan berlaku sebaik sahaja beliau selesai membuat keputusan mengenai calon pilihan tetapi tarikh sebenar belum diputuskan.

Maka, biarpun sesiapa saja yang terpilih, samada Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan mahupun Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Satem yang akan diumumkan oleh Taib sebagai penggantinya, biarlah ianya dari mulut Taib sendiri bukannya dari spekulasi-spekulasi tersendiri. Tolong hormati keputusan Pehin Seri Taib.

Lagi artikel berkaitan dari rakan blogger- MELANAU BLOGGER™ 

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List