Thursday, 12 December 2013

SIKAP "KHIANAT" DAP TERHADAP PKR SARAWAK?

-SIFAT TAMAK PUAK DAP MULAI MENYERLAH DIMANA DAP MULA MENGORAK LANGKAH "MENCEROBOH" KAWASAN DUN MELAYU YANG DIKETAHUI UMUM ADALAH KAWASAN PKR, BERMULA DENGAN TUPONG & TERKINI, DUN N21 SIMUNJAN! NAH MELAYU PKR SARAWAK, SOKONGLAH LAGI DAP! KEKEKE!!!-

Seperti yang diramalkan, kerakusan DAP Sarawak untuk berkuasa di negeri ini sudah mula terserlah dengan tindakan terkini mereka; membuka cawangan DAP di Simunjan.

Seperti juga Tupong dimana DAP telah melantik seorang Bumiputera (Abdul Aziz Isa) sebagai penyelaras Pusat Khidmat DAP Tupong, sudah pastinya DAP akan melantik seorang lagi "badut" dari kalangan ahli DAP Bumiputera untuk mewakili mereka di Simunjan.

Mengikut status yang dipost dalam akaun Facebook Abdul Aziz Isa, Pusat Khidmat DAP Simunjan dibuka bagi memperdengarkan "suara-suara" orang Simunjan. Apakah selama ini, semasa PKR berkempen di Simunjan, "suara orang Simunjan" tidak didengari? 

Setakat ini, identiti "badut" DAP yang bakal menjadi wakil mereka di kawasan Simunjan masih belum diketahui namun seperkara yang pasti, DAP langsung tidak menghormati rakan mereka; PKR Sarawak kerana secara umumnya tahu kedua kawasan tersebut; Tupong dan Simunjan adalah "kawasan Melayu PKR".

Pada PRN yang lepas, PKR telah meletakkan calon mereka; Mashor Hussen (1,417 undi) di Simunjan yang ditewaskan oleh Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan) Dato' Haji Mohd Nordin Haji Majais (BN-PBB) yang mendapat 5,465 undi sementara Baharuddin @ Din Shah Mokhsen (PKR) yang mendapat 3,753 undi ditewaskan oleh Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Haji Daud Abdul Rahman (8,304 undi).

Tanpa menghirau sensitiviti orang Melayu PKR Sarawak, DAP dengan "selamba" membuka cawangan DAP di kedua kawasan Melayu tersebut kerana menganggap kaum Melayu di sana akan menerima "badut-badut" Melayu DAP yang telah dan akan dicanangkan sebagai "penyelaras pusat-pusat khidmat" berkenaan.

Apakah orang Melayu PKR di kedua kawasan tersebut tidak merasa "tercabar" dengan tindakan DAP? Ataupun mereka-mereka ini sebenarnya "dayus" dan rela kewujudan mereka di mana-mana kawasan Melayu tidak diendah malah dengan sewenangnya "diredah" secara membabi buta begitu saja?

Sesiapa yang berfikiran rasional sepatutnya mengetahui dengan jelas apa yang tersirat di hati DAP iaitu tindakan terkini mereka nyata berniat untuk mengganggu-gugat dominasi orang Melayu/Bumiputra di Sarawak. Wassallam.

Artikel berkaitan (klik sini)

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List