Tuesday, 1 October 2013

SAH! TAIB AKAN TERUS PIMPIN PBB, PASTI DAP SARAWAK TAK SENANG DUDUK!

-DIFAHAMKAN, KEPUTUSAN SEBULAT-SUARA TELAH DICAPAI DIMANA JAWATAN PRESIDEN PBB PEHIN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD AKAN TERUS DIKEKALKAH TANPA ADA PERTANDINGAN! BEGITU JUGA DENGAN JAWATAN-JAWATAN EKSEKUTIF TERTINGGI PBB YANG LAIN! NANTI PASTI ADA "ORANG LUAR" DARI PBB, KHUSUSNYA PIHAK PEMBANGKANG YANG TAK PUAS HATI PLAK PASAL BENDA NI! BIARLER! PARTI KAMI, SUKAATI KAMI ORANG LER! HIDUP TAIB! HIDUP PBB! KEKEKE!!!-

Semua jawatan Eksekutif tertinggi Parti Pesaka Bumi Bumputera ini (PBB) termasuk jawatan Presidennya dijangka tidak akan dipertandingkan pada Konvensyen Perwakilan PBB Ke-13 yang dijadualkan berlangsung pada 18 hingga 22 Oktober nanti.

Ketua Penerangan PBB Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Satem berkata, mereka pasti Presiden PBB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, yang juga Ketua Menteri Sarawak akan terus mengekalkan kedudukannya.

"Walau bagaimanapun, kami menjangka akan wujudnya pertandingan bagi jawatan-jawatan di PBB yang lain yang berada di bawah jawatan Eksekutif," katanya sambil melihat pertandingan tersebut adalah satu amalan yang "baik".

Menjelaskan PBB mempunyai 71 cawangan di seluruh Sarawak, Adenan berkata bahawa 35 cawangan (di mana PBB adalah yang Ahli Dewan Undangan Undangan Negeri-ADUN) dibolehkan menghantar sehingga 15 orang perwakilan setiap cawangan manakala setiap 36 cawangan PBB yang lain (dimana ADUNnya terdiri dari parti komponen Barisan Nasional-BN Sarawak ataupun pembangkang) hanya boleh menghantar 10 delegasi dan lima orang pemerhati rasmi.

"Konvensyen Perwakilan PBB Ke-13 yang akan datang nanti di jangka akan menerima banyak liputan oleh semua media kerana ianya menarik perhatian ramai, lebih-lebih lagi PBB adalah parti kompenen BN yang kedua terbanyak mempunyai 14 kerusi Parlimen selepas UMNO (188 kerusi Parlimen)."

"Sebagai parti komponen BN di Sarawak yang terbesar sekali dengan 35 kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) dari jumlah kesemuaan 71 kerusi DUN yang ada, pasti ramai ingin mengetahui perkembangan terkini PBB, terutamanya perjalanan konvensyen itu nanti."

Sambil mengingatkan borang pencalonan bagi semua jawatan dalam PBB yang dipertandingkan sudah mula diedar, Adenan mengingatkan tarikh tutup bagi menyerahkan kembali borang-borang tersebut adalah seperti demikian; Sayap Wanita dan Sayap Pemuda PBB pada Oktober 11 manakala, hari terakhir untuk mengemukakan borang bagi kaum Bapa PBB adalah pada Oktober 14.

Menjelaskan yang semua persiapan untuk Konvensyen setakat ini semuanya berjalan dengan baik dan lancar, Adenan menyatakan Konvensyen Perwakilan PBB Ke-13 ini akan menyaksikan seramai 5,000 hingga 6,000 delegasi PBB dari seluruh negerai sarawak akan berkampung selama lima hari.

"Kami juga telah menyediakan satu segment seminar pada Oktober 20 sebagai salah satu dari intipati Konvensyen Perwakilan PBB Ke-13 nanti yang akan dihadiri oleh semua perwakilan PBB yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK)." 

"Salah satu diantara topik yang akan dibincangkan semasa konvensyen tersebut adalah untuk membuat beberapa pindaan kecil dalam perlembagaan PBB berkaitan dengan bilangan Exco pada Sayap Wanita dan Pemuda PBB yang akan ditambah," kata Adenan namun enggan menjelaskan butiran berkenaan perkara berkenaan dengan lebih terperinci lagi.

Adenan, yang juga Menteri di Pejabat Ketua Menteri berkata demikian semasa sidang akhbar pertama buat Jawatankuasa Kecil Publisiti PBB bagi Konvensyen Perwakilan PBB Ke-13 PBB yang telah dilangsungkan di Yayasan Sarawak di Bandaraya Kuching petang semalam.

Ketua Menteri Sarawak, yang juga Presiden PBB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dijadual akan merasmikan Konvensyen Perwakilan PBB Ke-13 pada Oktober 20 manakala, tetamu terhormat yang aakan merasmikan keseluruhan Konvensyen Perwakilan PBB Ke-13 sehari selepas itu (Oktober 21) adalah Perdana Menteri dan juga Presiden BN Pusat Datuk Seri Najib Tun Razak.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List