-SIDANG PERBAHASAAN MENGENAI PINDAAN AKTA PCA YANG SECARA TEKNIKAL TELAH DILANGSUNGKAN SELAMA DUA HARI DI PARLIMEN AKHIRNYA DILULUSKAN! PINDAAN YANG MEMBOLEHKAN SESEORANG ITU DITAHAN SELAMA DUA TAHUN TANPA BICARA SERTA TEMPOH PENAHANAN TAMBAHAN DUA TAHUN LAGI JIKA PERLU. PINDAAN AKTA PCA INI TIDAK MELIBATKAN TAHANAN POLITIK & KHUSUS UNTUK PENJENAYAH! PESANAN KEPADA YANG MENENTANG AKTA INI; NGAPER? ADA PERANCANGAN NAK JADI PENJENAYAH KER? KEKEKE!!!-
Bayangkan jam di dalam Dewan Rakyat terpaksa 'dihentikan' .Ini yang berlaku menjelang detik 12 malam Rabu.
Waktu itu sidang Dewan Rakyat dikira masuk ke dalam ' no time zone'. Ini bermakna sekalipun sudah masuk hari Khamis ia tetap dikira hari Rabu.
Langkah ini terpaksa diambil setiap kali jika sidang hendak melangkah masuk ke hari lain. ali ini dari Rabu ke Khamis.
Kalau sudah ditetapkan urusan perbahasan hendak diselesaikan pada hari itu juga maka sudah menjadi amalan sidang Dewan Rakyat perlu bereskan semua urusan pada hari berkenaan juga.
Ia mengikut peraturan mesyuarat 90 (2).
Begitulah halnya dengan pindaan keatas Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang dibahas sakan oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.
Perbahasan yang panjang dan meleret-leret keatasnya berlaku gara-gara Ahli Parlimen pembangkang menentang pindaaan dan sebaliknya Ahli Parlimen BN menyokongnya.
Pindaan keatas PCA itu dibentangkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi pada awal petang Selasa dan dibahaskan sampai 8.30 malam hari itu. Khamis perbahasan disambung dari jam 11.30 pagi.
Akhirnya setelah menempuh hari yang panjang pindaan PCA diluluskan dengan suara majoriti Ahli Parlimen BN pada jam 12.50 pagi Khamis yakni 50 minit melepasi hari Rabu.
Senario ini mengambarkan betapa panasnya ia diperbahaskan oleh puak pembangkang yang berusaha untuk memperlekeh dan mengagalkan pindaan keatas PCA yang kerajaan anggap penting untuk membendung jenayah di negara ini.
Perkara yang dipertikaikan oleh mereka ialah pindaan itu akan membolehkan penahanan tanpa bicara keatas penjenayah selama tempoh dua tahun dan boleh disambung dua tahun lagi selepas itu.
Alasan yang dihebohkan ialah ia melanggar hak asasi manusia serta mendakwa ia sama macam ISA.
Sebaliknya Zahid berkali-kali menjelaskan pindaan berkenaan cuma melibatkan penjenayah dan tidak melibatkan orang politik seperti ISA.
Beliau menegaskan penahanan seumpama itu perlu kerana terdapat banyak kes dimana sekalipun diketahui seseorang itu penjenayah tetapi tidak cukup bukti untuk diheret ke mahkamah.
Menteri itu mengingatkan kerajaan sangat menentingkan keselamatan dan kenteramaan awam.
Zahid juga turut menjelaskan bahawa perbincangan terperinci telah diadakan antara Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara dalam proses menggubal pindaan keatas PCA sebelum dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat.
Beliau menafikan dakwaan pembangkang bahawa kerajaan tidak berbincang dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengenai rang undang-undang itu.
"Tidak benar tuduhan Peguam Negara tidak berbincang dengan kami. Malah kami adakan seminar dan forum dengan beberapa badan bukan kerajaan untuk mendapatkan maklum balas.
"Kita sama-sama rundingkan kerana kita tidak melakukan sesuatu secara semberono kerana apa yang kita lakukan adalah sesuatu yang dibuat untuk menangani permasalahan penjenayah," katanya..
Beliau turut menegaskan pindaan yang dicadangkan itu tidak mempunyai niat tersurat untuk menahan mana-mana pemimpin politik yang mempunyai fahaman atau pandangan berbeza.
Zahid berkata menteri tidak lagi mempunyai kuasa berbanding peruntukan membenarkan kuasa mutlak menteri untuk menandatangani arahan penahanan dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 yang telah dimansuhkan.
"Dalam pindaan ini, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah arahkan Peguam Negara menyebut perkara itu kerana kerajaan tidak mahu diimplikasikan berlaku salah guna kuasa menteri," katanya.
Sikap Ahli Parlimen pembangkang yang kelihatan seolah hendak mempertahankan pembangkang mengunakan alasan hak asasi manusia telah membuatkan kalangan Ahli Parlimen BN bersemangat mematahkan hujah-hujah mereka.
Rabu...bukan sahaja kalangan Ahli Parlimen BN malam menteri,Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir pada perbahasan.
Malah Najib tunggu hingga menjelang akhir sidang bila pindaan PCA diluluskan.
Tidak kurang menarik Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sendiri telah mempengerusikan sidang secara marathon selama lebih lapan jam.
Ini mendorong Zahid mengucapkan terima kasih banyak pada Pandikar semasa ucapan beliau sejurus pindaan diluluskan.
Selain dari kalangan Ahli Parlimen .. drama dan ketegangan perbahasan turut dirasai oleh para wartawan yang membuat liputan.
Ada juga kedengaran mengeluh melihat gelagat Ahli Parlimen pembangkang cuba sedaya upaya nak tonjolkan hujah negatif mengenai pindaan itu dan beri hujah sama berulang-ulang.
Antara yang paling vokal ialah Ahli Parlimen mereka yang kerja sebagai peguam seperti wakil dari PKR-Padang Serai, Kedah N.Surendran, PKR-Subang S Sivarasa dan PAS-Sepang Hanipa Maidin.
Di pihak BN pula Datuk Noh Omar BN-Tanjong Karang,Datuk Azalina Othman Said BN-Pengerang, Datuk Azeez Rahim BN-Baling, Datuk Bung Mokthar Raden BN-Kinabatangan bertindak mematahkan hujah-hujah mereka. (sumber)
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®